View: 8398|Reply: 88
|
[Tempatan]
Che Det keluar dari UMNO lagi?
[Copy link]
|
|
Tun Mahathir keluar UMNO hari ini?
Faiz Zainudin | October 27, 2015
Pembantu Khas Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan oleh Papa Gomo.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa akan mengisytiharkan keluar UMNO selepas segala usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui kegagalan.
Dakwaan itu disebarkan menerusi blog Papa Gomo yang yang mendakwa mantan Perdana Menteri itu akan membuat pengumuman tersebut jam lima petang ini di kediaman beliau.
“Tun Mahathir akan mengumumkan keluar parti UMNO pada petang ini jam lima petang di kediaman rasmi beliau,” dakwa Papa Gomo.
Seorang pegawai khas Dr Mahathir ketika dihubungi FMT menafikan dakwaan Papa Gomo itu.
“Tidak,” jawab pegawai itu apabila ditanya adakah benar Dr Mahathir akan keluar UMNO petang ini.
Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi dan masuk semula UMNO setahun selepas itu.
http://www.freemalaysiatoday.com ... luar-umno-hari-ini/
|
|
|
|
|
|
|
|
papagomo cemburu ali tinju dan jamal lembu da jadi glamour...
dia pun da nk bising |
|
|
|
|
|
|
|
harap bijan mampu buat dia masuk dap. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat umrah ke , tahun depan buat haji pula
Tinggallah Najib tu...
Kita bukannya nak tongkat langit ,ada urusan jadi tanggungjawab kita ,adakalanya urusan2 itu semua bukan lg tanggungjawab kita.
Kalau umur yg ada dan kudrat masih ada , taubat sampai puas hati.
Hati kita xsakit , akhirnya kita semua nak mati.
Tun Mahathir ambil berat lah pesanan sy ni. Sy ckp bersungguh2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua tu buat lah cara org tua....baik banyakkan beramal, jaga cucu....kita kena siapkan diri utk ke sana...perjalanan jauh yg tak berpenghujung... |
|
|
|
|
|
|
|
che det dah tak sempat nak tubuh partai baru |
|
|
|
|
|
|
|
mati tak kira usia bang
jangan ghairah nak mengingatkan org lain utk beramal tapi lupa nak ingatkan diri sendiri
bagaimana pula jika sudah tertulis dalam takdir Allah bahawa sedara yang akan mati lebih dahulu dari Tun M ? Amal dah cukup ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Che det ni seolah fikir yg dia akn hidup seratus tahun lagi, selagi nyawa dikandung bdn, selagi tu la gigih berpolitik. Perbaiki dan perbanyakkan amalan la che det. :zz |
|
|
|
|
|
|
|
itu ja la drama yang dia boley buat utk masa ni.. lantak la nak pecah belahkan melayu pun.. janji hajat dia tercapai.. |
|
|
|
|
|
|
|
si bodoh tu mmg macai najib abadi
btl2 dungu
dlm pala otak cuma pikir nk bekap najib je
mcm die tu muda xbole mati plak
mcm bgus je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibadah bukan terhad pada umrah dan haji saja bang
jangan sempitkan saraf otak tu
membongkar perkara yang mungkar, menegakkan kebenaran pun adalah ibadah juga malah jika ianya memberi kesan yang besar kpd masyarakat jika tidak didedahkan insyallah ganjaran yang besar dari Allah akan menanti kepada hamba Nya
betul kita bukan hidup utk menongkat langit tapi selagi hayat dikandung badan selagi itu kita kena melakukan kebaikkan sebanyak mungkin dan mencegah dan menghalang sebarang perkara mungkar
hidup kerana Allah bukan hidup kerana najib ye bang
najib tu bukan tuhan dan dia sendiri pun takkan mampu memberi ganjaran syurga kpd penyokong dia
ingat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin nyanyok dah atuk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama berita pun berita bohong
gigih betul dia percaya
|
|
|
|
|
|
|
|
dek benci yang meruap2 dgn Jibun....sampai camni gaya tindakan tun det...
bawaklah2 sedar diri yang awak tu bukannya muda lagi...adesss |
|
|
|
|
|
|
|
semua orang perlu gigih dan perbaiki amalan
tapi jgn lupa
membongkar kemungkaran pun amalan ibadah yang besar ganjarannya
itu sebab dalam Al quran dah tertulis
Amar makruf dan nahi mungkar (Bahasa Arab: الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر‎) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
selagi hayat dikandung badan tiada sebab kenapa perlu amar makruf nahi mungkar ni terhenti sebab kerana usia
lebih baik dikutuk, dihina dan dicerca kerana dedah perkara mungkar daripada berpewatakkan warak tapi diam membisu bila berdepan dgn kemungkaran
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cabalero at 28-10-2015 09:00 AM
benci dgn perbuatan jahat dia bukan benci pada batang tubuh dia
beza tu
nak sayang najib pun agak-agak la
jgn sampai dia buat benda tak elok pun kita dok beria sokong
sepatutnya bila tau dia buat benda tak betul adalah menjadi kewajiban penyokong utk tegur dan betulkan
bukannya join sekaki makan kari
tak betul tu
|
|
|
|
|
|
|
|
cabalero replied at 28-10-2015 08:56 AM
semua orang perlu gigih dan perbaiki amalan
tapi jgn lupa
Boleh juga diibaratkan pencuri menipu ketua penyamun? Kemudian ketua penyamun menegur pencuri supaya jgn mencuri lagi??
Ini yg di maksudkan mengajak berbuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran??
Sudah lah che det. Rumah kata pergi kubur kata mari da. Dah lama daaah! |
|
|
|
|
|
|
|
najib: sy tunggu, tgo berapa lma ko boleh lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
balik2 itulah alasan yang diguna pakai oleh fans najib
saya dah banyak kali ulang dah
kalau betul Tun M tu ketua penyamun sila bongkar dan dedah segala perbuatan dia
bawak segala bukti masuk mahkmah dan dakwa dia
kalau betul bersalah hukum dia
abis cerita
tolong jangan bagitau saya kamu semua takde bukti nak dakwa dia
please la
dgn Najib sebagai PM takkann laaa benda2 bukti segala salah laku Tun M kamu tak boleh nak korek
sembang kemain Tun M ketua penyamun tapi sampai sekarang takda apa pun yang nak dakwa
ceh
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang saya perhatikan kita di malaysia ni meletakkan kesetiaan kpd parti
lebih tinggi dari kesetiaan kpd Allah
seolah kadang kalau keluar parti seolah mcm keluar Islam
Tun M dah dua kali keluar parti
1st dipecat
2nd sukarela keluar
so keluar masuk parti ni bukan benda yg baru pada dia
cuma yang peliknya
walaupun dia keluar parti umno dia tak pernah masuk mana2 parti ataupun tubuh parti baru
sebab dia tau yg dia against is the leader bukannya parti
walau apa pun viral yg kononnya tun m keluar parti dah terbukti palsu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|