CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6018|Reply: 53

[Tempatan] Julat gaji fresh graduate kekal antara RM2,100 - RM2,300 sebulan

[Copy link]
Post time 19-10-2015 05:42 PM | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA: Persepsi negatif terhadap keadaan ekonomi semasa negara tidak mencerminkan senario pasaran pekerjaan yang sebenar.

Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) Johan Mahmood Merican berkata asas ekonomi negara masih kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.

Katanya walaupun kadar pengangguran naik sedikit daripada 3.0 peratus kepada 3.2 peratus, kadar tersebut masih dianggap sebagai guna tenaga penuh.

"Keadaan ekonomi semasa kita masih terurus dan kerajaan memantau keadaan dengan teliti serta telah mengambil langkah-langkah awal.

"Ini termasuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan mendaftar lebih ramai graduan untuk Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) daripada lebih 10,000 pada tahun ini kepada 15,000 pada 2016," katanya baru-baru ini.

Johan berkata walaupun terdapat penyederhanaan dalam sektor tertentu, terutamanya dalam industri minyak dan gas apabila pengambilan pekerja terjejas disebabkan harga komoditi rendah, keadaan itu telah diimbangi oleh pertumbuhan dalam sektor lain.


Selain itu, katanya melalui kerjasamanya dengan JobStreet.com, TalentCorp memperoleh gambaran yang lebih baik mengenai pasaran pekerjaan berikutan syarikat pekerjaan dalam talian itu dapat mengesan jumlah pekerjaan yang diwujudkan.

Sementara itu, Pengurus Negara JobStreet.com Chook Yuh Yng berkata walaupun terdapat persepsi negatif terhadap ekonomi, jumlah pekerjaan yang dipaparkan di laman webnya lebih kurang sama dengan tahun lepas.

"Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pekerjaan yang dipaparkan di JobStreet.com adalah 1.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas. Bagaimanapun, jumlah tersebut susut satu peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sama tahun lepas.

"Berdasarkan kajian prospek pasaran pekerjaan kami, untuk tiga suku yang lepas, kami menyaksikan sentimen agak negatif dari segi ramai majikan kurang mengambil pekerja dan orang ramai lebih berhati-hati.

"Bagaimanapun, senario pasaran pekerjaan tidak begitu susut dan kami terus memantau keadaan," katanya.

Yuh Yng berkata julat gaji untuk graduan baharu adalah hampir sama dengan tahun lepas iaitu antara RM2,100 dan RM2,300 sebulan.

JobStreet dan TalentCorp baru-baru ini menjalin kerjasama untuk membangunkan graduan yang bersedia untuk industri bagi Zon Pembabitan Industri TalentCorp (Ind-E-Zone) yang memastikan mereka lebih bersedia dalam proses mencari kerja.
Ind-E-Zone merupakan pusat maklumat kerjaya yang menghubungkan pelajar dengan kandungan berkaitan industri dan mendidik mereka mengenai peluang latihan dan kerjaya dalam industri utama Malaysia.

JobStreet akan bekerjasama dengan TalentCorp untuk meningkatkan aktiviti  Ind-E-Zone termasuk program duta pelajar, latihan hari pasaran dan ceramah kerjaya universiti.

Menjelang akhir tahun ini, sebanyak 11 Ind-E-Zone akan diwujudkan di universiti awam di seluruh negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
2007,  1st keje 2,300. 3bulan confirm 2.5. 1 tahun 3k.

Ini degree holder punye stat ke overall?
Mcm kencing he stat. 2007-2015 xde beza, harga barang tiap2 BULAN naik.

Mfmmfmfmfmfmfmmfmfmfffgghhffggff
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
4-5 tahun lps pn range cenggitu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:02 PM | Show all posts
choiiii.. itu tangga gaji 10 thn lps..
nampak sangat tak pernah naik2..
nak naik cepat kena lompat kompeni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:07 PM | Show all posts
nk kaya, sila isi borang keahlian umno dula la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
5 thn lepas starting aku fresh grad degree pon dh 2.7k ... terok nyeee kalo average skang 2.1-2.3k je.. kesiaannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 06:21 PM | Show all posts


bergantung kepada kerja apa, company mana, tempat dan lain lain....
sebab akak percaya graduan kejuruteraan dan graduan sains sukan berbeza gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:24 PM | Show all posts
semua graduan baru harus diberi gaji antara rm2100 - rm2300 ke walaupun dia terima jawatan sbg admin assistant jah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
graduan jurutera gaji stended basic 2.2k, elaun 600 jadila 2.8k. pastu merungut tak ckup

datang org tua2 kata zaman dia dulu itu ini itu ini cukup je.fresh grad skarang taunya bermewah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:37 PM | Show all posts
10 tahun lepas aku first time kerja pun gaji starting fresh (termasuk allowance bagai) atas RM2,100 jugak. Skarang pun masih sama?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
rendah lagik gaji marketing..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:57 PM | Show all posts
white_musk replied at 19-10-2015 06:24 PM
semua graduan baru harus diberi gaji antara rm2100 - rm2300 ke walaupun dia terima jawatan sbg admin ...

utk jawatn yg perlukn degree lah sis...executive lah slalunya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampeni aku keje bagi 3k utk fresh grad
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes, apa yang ditulis dalam artikel tu memang betul. Kalo area kampung2,ada je grad yang gaji 1500 tau .
Sebab tu ada parent yg galakkan anaknya join program realiti nyanyian dan lakonan tu. Keje berapa jam je. Tapi bayaran boleh tahan. Kalo yang jenis beringat, time dia glemer, Muda, simpan duit. Dah agak2 sendu sikit, buat bisnes yg dia suka
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:08 PM | Show all posts
yang below 2k pun ada.. tengok pada company gaks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ONce upon a time almost 7 yrs ago gaji starting dak2 fresh grad time tu pon range cenggini..agak 10 tahun lg rate pon sama maka jadi negara miskin le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 07:12 PM | Show all posts
15 tahun dulu pun starting gaji lebih kurang sama je wei. Inilah akibat lambakan graduan yang terlampau banyak, jadinya gaji pon depressed.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 19-10-2015 06:24 PM
semua graduan baru harus diberi gaji antara rm2100 - rm2300 ke walaupun dia terima jawatan sbg admin ...

X agree sis... ayol rasa patut 3500...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:25 PM | Show all posts
ellejo replied at 19-10-2015 06:31 PM
graduan jurutera gaji stended basic 2.2k, elaun 600 jadila 2.8k. pastu merungut tak ckup

datang o ...

ellooooooooo
dulu nasi lemak 20 sen sama mcm nasi lemak singgit skrg
50 sen nasi lemak dulu sama mcm sepinggan nasi lemak premium skrg... siap telur dadar seketol
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:26 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 19-10-2015 07:19 PM
X agree sis... ayol rasa patut 3500...

company mana nak bayar admin assistant rm3500 dik?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.069417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list