View: 17330|Reply: 106
|
[Dunia]
Slps 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Dedahkan Cerita Sbnr Disebalik Gmbr Viral
[Copy link]
|
|
Selepas 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Mendedahkan Cerita Sebenar Disebalik Gambar Viral
Ditulis oleh: Staff Oh! Media | Pada: 13:12
Selepas tiga tahun menjadi bahan hinaan di media sosial akibat daripada sekeping gambar pasangan yang cantik dan kacak bersama tiga orang anak yang mempunyai rupa yang hodoh tersebar di seluruh dunia, model Taiwan Heidi Yeh tampil mendedahkan cerita sebenar.
Wanita cantik didalam gambar itu merupakan seorang model terkenal di Taiwan mendakwa segalanya bermula apabila dia menerima kontrak pengiklanan daripada sebuah agensi iklan J. Walter Thompson (JWT) untuk menjadi model bagi sebuah klinik kosmetik.
Namun, tidak lama selepas itu gambar itu turut digunakan oleh sebuah klinik kosmetik dalam iklan kempen online sehingga ia menjadi viral serta-merta ke seluruh dunia.
Apa yang lebih memeritkan lagi, ia ditambah pula dengan kisah palsu kononnya seorang lelaki menfailkan saman terhadap isterinya kerana mempunyai anak-anak yang terlalu hodoh sehingga menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu.
Akibatnya, kehidupan Heidi bagaikan mimpi ngeri kerana dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara. Malah, dia turut dituduh menipu untuk berkahwin dan melakukan pembedahan plastik.
Tidak tahan dengan perkara tersebut, Heidi mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi.
Namun, pihak Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang terbabit mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka menggunakan prosedur yang betul bagi mendapatkan hak gambar tersebut dan masalah yang timbul hanyalah melibatkan Heidi dan JWT.
Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Heidi iaitu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai.
Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.
|
|
|
|
|
|
|
|
erk.....tapi mmg serius hodoh pic budak2 tu. photoshop ke apa ek? |
|
|
|
|
|
|
|
JWT dgn JDT apa beza? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa laki tu? kendo jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Lama juga dia bersabar ya |
|
|
|
|
|
|
|
bezanya JWT x disayangi si kontol @peYno, tp JDT selalu menghantui siang dan malam si konjtol @peYni.....lol
|
|
|
|
|
|
|
|
dah betul dia gi plastic surgery kannn... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu mmg hubby dan her children ? atau pelakon utk shooting iklan je? |
|
|
|
|
|
|
|
sib bek aku x join menviralkan gambo ni..
kltak akhirat nanti abesla aku kene carik minah ni nak mintak maap |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. ingatkan iklan pasal cosmetic surgery kat korea.... dari taiwan rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
cantik la model ni...kalau dia mmg x pernah buat apa2 kt muka dia utk jd cantik mcm tu...x payah la nak saman bagai....takkan la org sekeliling yg dh lama hidup dgn dia x tau rupa sebenar dia camana |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ko heidi..
tp apasal effect kat ko je..model lelaki tu pe citer |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ada menda yg aku tak jelas |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Themilo at 12-10-2015 06:24 AM
saladin780 replied at 12-10-2015 06:12 AM
kesian ko heidi..
tp apasal effect kat ko je..model lelaki tu pe citer
Kisahnya konon2 si ciknek menyaman cikki kerana dituduh melakukan pembedahan plastik, sebab anak yang lahir semua persis the ugly duckling. So, model ciknek takde la rasa efek apa-apa. Cikki ni je lah yang terpalit kontroversi, seolah-olah heshe ada buat pembedahan kosmetik.
Next time, selidik la dulu job offer yang dapat sis. Jangan main sebat jek, kesudahannya jadi macam cikki nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
gitu kisahnya....bertabahlah lah heidi
|
|
|
|
|
|
|
|
all4rez replied at 12-10-2015 01:59 PM
JWT dgn JDT apa beza?
Sama tp tak serupa...lawak jer ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa citer sebenarnya. Budak2 tu mmg anak2 dia ke? Dia cuma saman syarikat tu sbb menyiarkan gambar tersebutbukan sbb dia nak menafikan yang tu anak2 dia? |
|
|
|
|
|
|
|
errr....sorry...x brp paham apa yg nk disampaikan dlm artikel ni....
1. Heidi ni buat PS ke x?
2. Itu family dia ke bukan?
3. Yg suami saman tu suami dia ke sape?
4. Tu anak2 dia ke bukan?
5. Nape ada 2 sya. kosmetik guna pic ni?
Err....okey dah cukup persoalan |
|
|
|
|
|
|
|
rmi forumer kata anak dia dlm gmbr tu hodoh2.
agak2 la wei nak katakan org.
kalo ko jd bdk2 dlm gmbr tu apa perasaan? |
|
|
|
|
|
|
|
so budak2 ni memang anak si pompuan ni ke bukan?
tak paham pulak aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|