CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15380|Reply: 64

Kampung Paling Sejuk Di Dunia

[Copy link]
Post time 30-9-2015 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by anees~nuhara at 30-9-2015 09:08 AM






OYMYAKON - Sebuah kawasan perkampungan terpencil yang terletak di Republik Sakha, Rusia merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia. Memeranjatkan, suhu paling rendah pernah dicapai adalah -71.2 darjah celcius, iaitu pada tahun 1924.Meskipun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air yang tidak membeku. Nama tersebut diambil bersempena kewujudan mata air panas suatu ketia dahulu di kawasan tersebut.


Soalnya, bagaimana penduduk di sana menjalani kehidupan seharian dalam keadaan sejuk melampau begitu? Mereka seolah-olah sudah kebal dengan situasi begitu. Namun, tidak bermakna pakaian mereka terdiri daripada fabrik nipis. Penduduk masih lagi perlu memakai pakaian tebal yang berlapis-lapis bagi mengurangkan rasa sejuk pada tubuh. Walaupun hidup dalam suhu rendah, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien. Selain susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub & kuda adalah sumber makanan utama penduduk di sana. Dikhbarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang. Selebihnya adalah seperti haiwan dan rusa kutub.



Tahukah anda, Kampung Oymyakon hanya 3 jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika kedatangan musim panas. Waktu siang berada dalam tempoh masa lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Namun begitu, kepanasan yang dialami bukanlah sampai tahap keringat seperti kita sering rasai. Suhu musim panas di Oymyakon berada pada tahap 30 darjah Celcius. Boleh dikatakan kemungkinan untuk mereka merasai keadaan panas sehingga ke tahap berpeluh itu agak mustahil.

Sementara itu, meskipun penduduk tidak mengalami masalah dalam mendapatkan makanan, masih ada kesulitan lain yang mereka perlu hadapi. Kenderaan perlu sentiasa dihidupkan semalaman untuk mengelakkan daripada enjin membeku. Selain itu, masalah utama yang sering menjadi isu ialah apabila berlakunya kematian. Penduduk di sana menguruskan kematian dengan cara pengebumian. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menanam mayat dalam tanah yang sudah membeku? Jika kebiasaannya kita mengambil masa sehari untuk urusan pengebumian tetapi berbeza dengan penduduk di sana yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk menyelesaikan urusan tersebut.Tugasan yang pertama adalah menyalakan unggun api bertujuan untuk mencairkan tanah  supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali.Proses itu akan dibuat berulang kali sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.


  

Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, lokasi ini sering menerima kunjungan daripada pelancong luar kerana ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa di sana sejak perkampungan ini terkenal sebagai kamping paling sejuk di dunia.   







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 09:47 AM | Show all posts
barangan paling laris kat situ mesti heater
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 09:58 AM | Show all posts
gilerla....ekon kat ofis ni pun dah sejuk giler
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:06 AM | Show all posts
cenggana lah kalau -52 tu ye...

tu sidai baju pon xpayah kot...sidai pon makin sejuk je baju tu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:11 AM | Show all posts
sejuk giler..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:12 AM | Show all posts
hohoho....iols mmg tokleh duduk kat sini la gamaknya
sbb mmg jns yg tak tahan sejuk
aircond kat opis ni pun ada masa dah ckup buat iols ketaq!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2015 10:18 AM | Show all posts
aku yg baca ni pon dah rasa mengigil kesejukan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:34 AM | Show all posts
  sejuk kaki aku..membacanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 10:39 AM | Show all posts
nak masak pun 2/3 jam tgu panas..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:40 AM | Show all posts
jadi kejung baju tu bila angkat dari ampaian. hehehe boleh jual dryer kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:41 AM | Show all posts
kalau orang yang ada asthma mesti selalu kena attack kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:04 AM | Show all posts
-71 tu sejuk gila extreme.  -20 kat Harbin pun dah mintak ampun ni kan -71.  Belum ada kesanggupan nak kesana le kalau dah macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:21 AM | Show all posts
Kena hidupkan enjin kenderaan setiap mlm..mcm mana tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:29 AM | Show all posts
kecut manjang




Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:35 AM | Show all posts
sejuk ketaqqq baq angggg
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:07 PM | Show all posts
JohnPuteh replied at 30-9-2015 11:21 AM
Kena hidupkan enjin kenderaan setiap mlm..mcm mana tu

2 jam skali pi idupkan enjin kut...jenuhla nak berjaga malam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 12:10 PM | Show all posts
Orange_7491 replied at 30-9-2015 12:07 PM
2 jam skali pi idupkan enjin kut...jenuhla nak berjaga malam

tu lah..dari td pikir..xkan on enjin sampai pagi..mcm tu niaga minyak petrol lagi untung
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:48 PM | Show all posts
tengok gambar pun dah rasa sejuk sampai ke tulang !!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:50 PM | Show all posts
ade adik member belajar kt Rusia..
mmg kalo musim sejuk siang skejap je...tp musim pana s mmg lama...bygkan kalo bulan posa diarg hanya ade masa mkn hanya 3-4 jam sahaja...selebihnya puasa..
kalo musim sejuk semua sekolah n U di tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 03:00 PM | Show all posts
tak sanggup rasanya dengan suhu camtu...

heh, gambar ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069948 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list