View: 4572|Reply: 25
|
[Tempatan]
Mahkamah arah Najib, 3 individu bela diri bhubung dakwaan terlebih belanja PRU13
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 3-9-2015 05:53 AM
Mahkamah arah Najib, 3 individu bela diri berhubung dakwaan terlebih belanja PRU13
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 3 September 2015 12:53 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-arah-najib-3-individu-bela-diri-berhubung-dakwaan-terlebih-belanja
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu diarah memfailkan pembelaan mereka terhadap saman berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13). – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober.
"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.
Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.
Nama lain yang diletakkan sebagai defendan adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.
Pada 12 Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya.
Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata dana itu adalah derma.
Plaintif dalam saman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.
Nurul Izzah berkata, pendedahan itu menunjukkan rasuah dan taktik rasuah yang digunakan oleh BN untuk memenangi PRU13. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Habislah Norfauzani |
|
|
|
|
|
|
|
so kalo arah bela diri maknanya ada prima facie la yer?..sorry laa aku law fail |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 3-9-2015 06:00 AM
Iols pun fail pasal law nih....
Calling for @namirulmukminin
|
|
|
|
|
|
|
|
2.6b yang penting memang wujud...sbb tu jadi lawsuit
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 arah bela diri
mainan BERSHIT bar council
apakah ini
pfftt |
|
|
|
|
|
|
|
siapa pulak yg kena tukar/bersara awal lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
sama2 la kita nantikan
sambil mkn popcorn
|
|
|
|
|
|
|
|
Term Prima facie ni tuk tuduhan jenayah la...
Dalam kes sivil ni, bila ada pihak yg menuntut, maka pihak yg dituntut memang akan diperintahkan memasukkan penyata pembelaan utk Mahkamah mengadilinya..
|
|
|
|
|
|
|
|
So, is this good news or bad news to the rakyat?
|
|
|
|
|
|
|
|
so, cincai bagi alasan tak pun dah kira settle lah nanti... small case tak mampu jatuhkan pahlawan daeng pripong pripang mapudulong al bugisan... |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi yang mengendalikannya adalah badan perundangan Malaysia ianya adalah 'BAD NEWS'
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh... baru je nak bersorak gumbira..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak lama nie......tengok tak caya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober. Dihadapan persuruhjaya kehakiman ke pesuruhjaya guaman??
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib belum guna lagi skill tangguh menangguh papa Ketum. Kalau guna, silap2 sampai next piliharaya pun tak settle. |
|
|
|
|
|
|
|
Okeh...iols faham |
|
|
|
|
|
|
|
Mari Chin: "So belapa jumlah
yang mesi mo belanja..
..balu you olang consider tak lebih miya..
..hoh?" |
|
|
|
|
|
|
|
perut dah kembung mkn pop corn
drama tak abes2 lagi ni..
jibbon masih berkuasa
|
|
|
|
|
|
|
|
ni ala2 telenovela uols
beratus2 episod pon tak abes2 lg
gitew
jenuh beli popcorn tgk drama lakonan jibby nih
lakonan selamba sempoi dengan muka tanpa rasa bersalah, leh menang award
ahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|