CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7133|Reply: 70

[prinsip agama] Asal Usul Bacaan Talqin???

[Copy link]
Post time 30-8-2015 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ussopp at 23-9-2015 08:42 AM

Nak tanya bijak pandai agama...dr mana ayat Talqin diambil...dan dari siapa amalan ini muncul.

Aku tanya ni bukan apa...orang Melayu hina Perjanjian Lama kata dah berubah..hina Bani Israel kata sesat...tapi kenapa ambil ibadah Yahudi dan syariat Musa dan kenapa tak ikit Syariat Muhammad yg luhur dan bersih?

Dalam Judaisme...mereka buat sesuatu berdasar Nas2 atau ayat2 dr Perjanjian lama...termasuk Talqin juga diambil dari Kitab Zabur/Mazmur.

Muslim baca Talqin ambil ayat dari kitab apa?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2015 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 30-8-2015 08:21 AM

Antara ayat dibacakan sebelum mayat dimasukkan ke kubur...dari Mazmur 91

        Pasal berikutnya       
91:1        Orang yang duduk dalam lindungan Yang Mahatinggi dan bermalam dalam naungan Yang Mahakuasa
91:2        akan berkata kepada TUHAN: "Tempat perlindunganku dan kubu pertahananku, Allahku, yang kupercayai."
91:3        Sungguh, Dialah yang akan melepaskan engkau dari jerat penangkap burung, dari penyakit sampar yang busuk.
91:4        Dengan kepak-Nya Ia akan menudungi engkau, di bawah sayap-Nya engkau akan berlindung, kesetiaan-Nya ialah perisai dan pagar tembok.
91:5        Engkau tak usah takut terhadap kedahsyatan malam, terhadap panah yang terbang di waktu siang,
91:6        terhadap penyakit sampar yang berjalan di dalam gelap, terhadap penyakit menular yang mengamuk di waktu petang.
91:7        Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu.
91:8        Engkau hanya menontonnya dengan matamu sendiri dan melihat pembalasan terhadap orang-orang fasik.
91:9        Sebab TUHAN ialah tempat perlindunganmu, Yang Mahatinggi telah kaubuat tempat perteduhanmu,
91:10        malapetaka tidak akan menimpa kamu, dan tulah tidak akan mendekat kepada kemahmu;
91:11        sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu.
91:12        Mereka akan menatang engkau di atas tangannya, supaya kakimu jangan terantuk kepada batu.
91:13        Singa dan ular tedung akan kaulangkahi, engkau akan menginjak anak singa dan ular naga.
91:14        "Sungguh, hatinya melekat kepada-Ku, maka Aku akan meluputkannya, Aku akan membentenginya, sebab ia mengenal nama-Ku.
91:15        Bila ia berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab, Aku akan menyertai dia dalam kesesakan, Aku akan meluputkannya dan memuliakannya.
91:16        Dengan panjang umur akan Kukenyangkan dia, dan akan Kuperlihatkan kepadanya keselamatan dari pada-Ku."
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 03:30 PM | Show all posts
talqin yang sahih ada dlm Quran dn sunnah...tpi tak serupa bidaah yg org melayu buat....

anda pun tahu, ada geng wahabi yg anti bidaah dan ada yg suka buat innovation sendiri dlm islam...

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 04:07 PM | Show all posts
Aku tanya ni bukan apa...orang Melayu hina Perjanjian Lama kata dah berubah..hina Bani Israel kata sesat...tapi kenapa ambil ibadah Yahudi dan syariat Musa dan kenapa tak ikit Syariat Muhammad yg luhur dan bersih?

Encik sabbath,

1. Bukan orang Melayu hina Perjanjian Lama kata dah berubah, akan tetapi itu yang termaktub dalam Al-Quran (orang Yahudi ubah sebahagian dari kitab yang diturunkan oleh Allah dan mendakwa itu dari Allah). Ini bukan penghinaan, ini Kalam Allah yang memberitahu hakikat yang sebenar.

2. Memang orang Islam ikut Syariat Nabi Muhammad SAW. Ada di anatara syariat Nabi terdahulu dikekalkan dalam syariat Nabi Muhammad, ada yang tidak dikekalkan. Contohnya puasa, umat terdahulu pun ada disyariatkan berpuasa. Ini disebut dalam Al-Quran. Cumanya dalam syariat Nabi Muhammad, puasa diwajibkan dalam bulan Ramadhan.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 04:13 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 3-9-2015 04:14 PM
Muslim baca Talqin ambil ayat dari kitab apa?????

Dalil dari hadith:

Hadith Nabi Mengharuskan Talqin

Diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mu’jam Sighir dan Mu’jam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata:

[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء” .

Yang bermaksud : “Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanahlah dan berdirilah seorang dikalangan kamusemua pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan engkau telah meredhoi dengan allah sebagai tuhanmua dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.” Tamat hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal Kabir.

Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :

وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه

Yang bermaksud : “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam”.

Maka hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana jua para ulama salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya.

Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin

Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan :

: “وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره”.

“Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkannya dalam kuburnya”.

Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin

Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 :

باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده

Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.

Mazhab Syafi’e Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan Talqin

Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304 :

قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه” ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي”

Yang bermaksud : “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.

Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :

“وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به”

Imam Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”.

Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
“ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله …” إلى اخره .

Yang bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).

Di malaysia kita umat islam kebanyakannya berpegang dengan mazhab Syafi’e.

Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin

Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.

Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :

“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya di sisi kebanyakan ulama (selainnya hanya mengaruskan sahaja).



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 3-9-2015 04:07 PM
Encik sabbath,

1. Bukan orang Melayu hina Perjanjian Lama kata dah berubah, akan tetapi itu yan ...

Korang tak percaya perjanjian lama...tapi percaya kisah2 Israel dalm tu...cuba tengok Jejak Rasul dan Ayat Riwayat...banyak yg ambik dr Perjanjian Lama....

Kenapa????....tak malu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 3-9-2015 04:13 PM
Dalil dari hadith:

So hadis tu kategori apa???

Dhoif atau Sohih?

Btw yahudi pon baca Ayat dr zabur dengan gantikan ganti diri kamu kepada si mati yg di bin/binti kepada si ibu.

Yg pelik kenapa Yahudi baca doa dr dalil2 yg jelas....bukan dr talmud ye. Tapi Muslim baca talqin bukan dr kitab suci mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 05:01 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 3-9-2015 04:38 PM
Korang tak percaya perjanjian lama...tapi percaya kisah2 Israel dalm tu...cuba tengok Jejak Rasul  ...
Korang tak percaya perjanjian lama...tapi percaya kisah2 Israel dalm tu...cuba tengok Jejak Rasul dan Ayat Riwayat...banyak yg ambik dr Perjanjian Lama....

Kenapa????....tak malu?

Rileks la.... ini bukan isu malu tak malu

Sebagai orang Islam, wajib beriman dengan Al-Quran dan Kitab terdahulu (injil, Taurat, Zabur) sebelum Al-Quran yang diturunkan oleh Allah.

Oleh kerana ada kandungan kitab terdahulu yang telah diubah, maka segala apa yang disampaikan yang bersumber dari Yahudi yang didakwa dari Kitab Allah (yang tiada kepastian percanggahan yang jelas dalam isu aqidah) tidaklah boleh diiyakan mahupun dinafikan. Cukup sekadar beriman dengan apa yang Allah turunkan, dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sudah ada syariat yang jelas.

Kisah-kisah israiliyyat tentang kisah Nabi-Nabi terdahulu yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah, tidak menjadi kesalahan untuk diriwayatkan. Cumanya tidak boleh dijadikan dalil untuk berhukum.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 05:05 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 3-9-2015 04:52 PM
So hadis tu kategori apa???

Dhoif atau Sohih?


Itu dalam perbahasan ahli ilmu. Jika kamu seorang Islam yang beriman kepada kesemua kitab Allah, maka boleh dibahaskan lagi. Kalau kamu seorang penganut Judaisme, kamu tak perlu kisah sahih atau dhoif pasal hadith Nabi Muhammad. Al-Quran yang sahih di sisi Muslim pun kamu tolak, kan?

Btw yahudi pon baca Ayat dr zabur dengan gantikan ganti diri kamu kepada si mati yg di bin/binti kepada si ibu.

Yg pelik kenapa Yahudi baca doa dr dalil2 yg jelas....bukan dr talmud ye. Tapi Muslim baca talqin bukan dr kitab suci mereka.

Tak pelik. Muslim ada 2 sumber, Al-Quran dan Sunnah.

Talqin yang pelik-pelik bukan dari Al-Quran dan Sunnah, itu yang diada-adakan. Yang tu tidaklah dijadikan hujjah talqin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 3-9-2015 05:01 PM
Rileks la.... ini bukan isu malu tak malu

Sebagai orang Islam, wajib beriman dengan Al-Quran  ...

So ayat mana yang bercanggah tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 3-9-2015 05:05 PM
Itu dalam perbahasan ahli ilmu. Jika kamu seorang Islam yang beriman kepada kesemua kitab Allah, ...

Perlu ke nak baca Talqin?

Orang mati boleh dengar ke?

Cukup la doakan dgn ayat Al-quran kannn
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 12:44 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 3-9-2015 05:49 PM
Perlu ke nak baca Talqin?

Orang mati boleh dengar ke?

talkin yang sunnah.....adalah utk peringatan org hidup,,,bukan utk org mati...

yg utk org mati itu bidaah....wallahua'lam... @mnm77 betulkan saya kalo sy salah

satu lagi, nak malu apa, musa tu nabi yang kami perlu imani juga....


nabi Allah juga

Comments

Alhamdulillah... saya setuju. Walaupun talkin itu nampak seolah-olah untuk 'bantu si mati', hakikatnya ia peringatan untuk yang masih hidup apabila mati nanti, itulah yang akan dihadapi...  Post time 4-9-2015 08:35 AM
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 08:28 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 3-9-2015 05:39 PM
So ayat mana yang bercanggah tu???

Siapa yang kata bercanggah?

Saya kata talkin yang tiada dalam Al-Quran dan Sunnah, itu yang diada-adakan. Saya tak kata pun ayat bercanggah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 08:32 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 4-9-2015 08:46 AM
sabbath_shalom replied at 3-9-2015 05:49 PM
Perlu ke nak baca Talqin?

Orang mati boleh dengar ke?

Selagi tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, siapa nak buat boleh. Tak buat tak berdosa.

Orang mati boleh dengar bila diizinkan Allah. Jika sekalipun orang yang mati itu tak boleh dengar, yang hidup masih boleh dengar supaya dapat keinsafan dari talqin tersebut.

Cukup la doakan dgn ayat Al-quran kannn

Antara sunnah cara 'talkin' termasuklah dari sumber hadith yang memuatkan doa dan bacaan ayat Al-Quran. Jika ada persamaan dengan amalan Yahudi, tak menjadi isu pun kerana dah ada dari sumber hadith. Persamaan itu boleh diambil sebagai persamaan syariat yang ada dalam Al-Quran dengan syariat dari kitab-kitab yang sebelumnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp replied at 4-9-2015 12:44 AM
talkin yang sunnah.....adalah utk peringatan org hidup,,,bukan utk org mati...

yg utk org mati  ...

Al-quran tu kan peringatan utk org hidup...but apa sebuat nama si mati dan ibu nya sebagai peingatan yg hidup?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 4-9-2015 08:28 AM
Siapa yang kata bercanggah?

Saya kata talkin yang tiada dalam Al-Quran dan Sunnah, itu yang dia ...

Ayat Taurat dan Zabur mana yg bercanggah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 4-9-2015 08:32 AM
Selagi tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, siapa nak buat boleh. Tak buat tak berdosa.
...

Kalau dia mendengar (mempunyai deria pendengaran) adakah mereka boleh menjawab soalan2 tu dgn mulut dan lidah?

Saya ada baca ni amalan orang Syam sebelum Islam...saya syak ini adalah serapan dari amalan Judaisme pada era Talmudic...bukan perintah Tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:28 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 4-9-2015 12:17 PM
Ayat Taurat dan Zabur mana yg bercanggah?

Orang Islam diperintahkan beriman dengan semua Kitab Allah.

Dalam Al-Quran, dah disebut ada ayat Allah dari Kitab terdahulu diubah. Maka sebagai orang Islam, kami beriman kepada apa yang diturunkan oleh Allah.

Apabila diubah, sudah tentu ia menyebabkan percanggahan. Namun tidak disebut secara spesifik dalam Al-Quran, ayat mana yang diubah.

Bagi yang mengkaji, mereka boleh menilai...



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:35 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 4-9-2015 12:21 PM
Kalau dia mendengar (mempunyai deria pendengaran) adakah mereka boleh menjawab soalan2 tu dgn mulut


Perkara berkaitan alam kubur dan alam barzakh, ia termasuk perkara ghaib yang tidak boleh digunakan akal logik duniawi. Dalam hadith yang disebut sebelum ini, disebut boleh dengar tetapi tidak boleh menjawab. Namun ini bukannya umum untuk semua orang yang mati.

Saya ada baca ni amalan orang Syam sebelum Islam...saya syak ini adalah serapan dari amalan Judaisme pada era Talmudic...bukan perintah Tuhan...

Apa-apa yang ada dalil dari Al-Quran dan Sunnah, sekalipun ada persamaan dengan amalan umat terdahulu, bukanlah menjadi isu kepada orang Islam.

Soalan saya pula:
Jadi anda percaya Judaisme pada era Talmudic bukannya agama Judaisme yang benar?

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:44 PM | Show all posts
Dalam Judaisme...mereka buat sesuatu berdasar Nas2 atau ayat2 dr Perjanjian lama...termasuk Talqin juga diambil dari Kitab Zabur/Mazmur.

Boleh anda jelaskan:

1. Ada berapa banyak versi Zabur/Mazmur samada yang lengkap, atau yang tak lengkap?

2. Versi yang mana yang dipersetujui seperti yang asli yang diturunkan Allah?

3. Adakah masih wujud zabur yang asli dalam bentuk tulisan zaman dahulu?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071483 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list