CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45079|Reply: 243

Linda Onn, Suria FM diperintah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MOY

[Copy link]
Post time 21-8-2015 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-8-2015 09:48 AM

Linda Onn, Suria FM diperintah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MOY

Published: 21 August 2015 4:09 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/linda-onn-suria-fm-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm50000-kepada-moy

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini memerintahkan juruhebah Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, “Ujang” berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada Januari tahun lepas.

Hakim See Mee Chun turut memerintahkan defendan, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dan Rimakmur Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Suria FM, supaya membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.

See membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam C. Vignesh Kumar yang mewakili plaintif dan peguam Bhag Singh yang mewakili defendan.

Vignesh Kumar memberitahu pemberita  mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah 5% kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes hari ini.

Selain itu, katanya, mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan dengan sendirinya atau melalui ejen atau pengkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif.

Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen “Carta 30 Lagu Top Mingguan” kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Januari tahun lepas,  menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang  berlaku kepada majalah “Ujang” yang dimiliki plaintif.

Plaintif mendakwa segmen itu  diulang siar pada 26 Januari tahun lepas, kira-kira pukul 6.30 petang di stesen radio sama.

Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, juruhebah itu  mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif.

Plaintif mendakwa perkataan-perkataan tersebut  mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.

Seterusnya plaintif mendakwa perkataan yang dikatakan memfitnah mereka disebut hanya sebelum lagu juara dalam carta itu disiarkan di mana kebanyakan pendengar akan mengikuti program sehingga lagu juara dimainkan dan dalam pada itu program tersebut juga dikendalikan oleh juruhebah terkemuka Halim Othman serta Linda Onn yang mempunyai peminat tersendiri.

Plaintif turut mendakwa sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat hebahan di dalam siaran radio nasional, defendan tidak membuat sebarang verifikasi dengan plaintif mengenai ketepatan maklumat yang diperoleh defendan dan setelah mengetahui maklumat yang diberikan kepada pendengar bersifat fitnah, defendan tidak membuat sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah tersebut selain faedah 8%, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – Bernama, 21 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/linda-onn-suria-fm-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm50000-kepada-moy#sthash.qwoNpJQV.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 05:20 PM | Show all posts
Kata2 apa yang sabitkan fitnah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Moy ni tau nak duit org jah..dlu ko naya ujang kan..sian mamat tu smpai tak bleh nak claim ape2 karya dia pasal ujang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:22 PM | Show all posts
nak tahu apa kandungan info yang Linda Onn bacakan time bertugas tu dulu...sebab setau meols, info2 linda onn semua solid molid...sheols rajin research & x merapu mcm announcer lain (baca: fafau, johara, sate etc) ...

lagipun, situasi sekarang, MOY tu pun dah lingkup... agaknya apa yg linda baca tu based on artikel yg Ujang tulis mengenai MOY . better clarify ler.

kdg2 org gertak saman fitnah ni, part of the fitnah tu sbnrnya betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:22 PM | Show all posts
errrr... x paham apakah cerita nya di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:22 PM | Show all posts
toxicated replied at 21-8-2015 05:20 PM
Moy ni tau nak duit org jah..dlu ko naya ujang kan..sian mamat tu smpai tak bleh nak claim ape2 kary ...

Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2015 05:24 PM | Show all posts
pandai MOY carik duit dikala Ujang pupus
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:26 PM | Show all posts
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:22 PM
Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?

MOY ni sekat semua copyright, nama, brand Ujang drpd kartunis Ujang (b4 that dia tarik ujang keluar dr gila2 n set up Ujang magazine)..n after that kick Ujang, and run Ujang without Ujang... ngerti? bertahun jugak Ujang jd papa kedana....nama pena heols diguna oleh pihak lain... sbb Ujang ni buta kontrak...tau melukis je , tp x tau deal contract copyright bagai.

cerita lebih2 nnt x pasal2 meols plak kene heret ke court sama2 dgn linda onn.... pening kepala pulak nk mikir nk pakai busana RTW siapa ke court nanti... hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:22 PM
nak tahu apa kandungan info yang Linda Onn bacakan time bertugas tu dulu...sebab setau meols, info2  ...

L.o tu walaupon dibenci ummah pendengar tp sheols jenis buat keje dengan bekerja dulu..mmg jenis research n amek tau isu semasa. Tak bengap mcm lofa jadi host letop segala info pun blur2 jah..iols syak l.o ckp pasal ujang dianiaya la kot..sah2 si moy ni ngaku semua hak dia sbb dia dptkan copyright katun tu guna nama sykt dia..walaupon ujang yg create identity tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:27 PM | Show all posts
Haah pebenda yg LO  cakap yg sampai dikatakan fitnah tu. Nak tahu jugak.

MOY ni dah hentikan kan segala pengeluaran majalah berkaitan. No more ujang, gila-gila, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:28 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:26 PM
MOY ni sekat semua copyright, nama, brand Ujang drpd kartunis Ujang (b4 that dia tarik ujang kelua ...

Yelah, Gila2 tak sekat ke masa dia tarik tu..sbb Ujang tu lahir dari Gila2. Itu yang Ioulls tak faham kaka...


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:29 PM | Show all posts
jadah ape MOY nak buat cmni?

bisnes dah lingkup kan? lagi nk mkn duit org atas angin
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:22 PM
Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?

X silap moy buat hak cipta atas sykt semua kartun2 ujang tu.ujang x bleh claim tu hak cipta dia dan dia tak dibenar guna karakter tu lg..itu based on pembacaan iols la..takot gak nak cite lebih takut kenw heret pegi court sama dkt datok yg sykt baru lingkup ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:30 PM | Show all posts
kakasotong replied at 21-8-2015 05:27 PM
Haah pebenda yg LO  cakap yg sampai dikatakan fitnah tu. Nak tahu jugak.

MOY ni dah hentikan kan  ...

Gila-gila tak berkubur lagi. Cuma keluar sebulan sekali je...kalau zaman gemilang dua bulan sekali. Production pun sekadar 10,000 naskah/bulan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:30 PM | Show all posts
toxicated replied at 21-8-2015 05:27 PM
L.o tu walaupon dibenci ummah pendengar tp sheols jenis buat keje dengan bekerja dulu..mmg jenis r ...

kalau bab Lofa tu meols mmg setuju 100% ... lofa lah pengacara terbimboo abad ni..latest, masa interview Saleha, sheols buat connotation seolah2 polygami tu perkara taboo dan menyedihkan, walhal tu topik dlm drama yg saleha dok promote. pastu...manjang la dok throwback..."kalau lofa, lofa biasanya. bla bla bla"

seriously lofa tu bimbo opportunist nombor wahid di malaya


back to topic... si LO kalau betul baca kes Ujang ckp dia dianiaya MOY tu, maknanya dia amik story tu dr mana2 akhbar...sbb setau meols Ujang came out dgn story tu dlm satu exclusive interview several years ago. LO tu walaupun org meluat dgn sheols, tp sheols buat krja bagus...segala mala note/rujukan/notakaki sheols ada rekod..bukan jenis main taram je merapu dlm konti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:31 PM | Show all posts
linda onn dh bersalin ke blm ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 05:31 PM | Show all posts
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:30 PM
Gila-gila tak berkubur lagi. Cuma keluar sebulan sekali je...kalau zaman gemilang dua bulan sekali ...

chuols...semua majalah dgn down skrg ni...majalah Remaja pun dah kluar sebulan sekali.

media hiburan aje yg menten 2 minggu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:32 PM | Show all posts
toxicated replied at 21-8-2015 05:29 PM
X silap moy buat hak cipta atas sykt semua kartun2 ujang tu.ujang x bleh claim tu hak cipta dia da ...

Yg Ioulls tertanya-tanya...Gila2 tak buat apa2 ke masa Ujang keluar dr Syarikat tu...smpkan Dato' MOY tu boleh ambil pulak hak cipta kartun Ujang...Ibarat anak kita, lps tu terlepas ke tangan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kesian ujang..teraniaya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:34 PM | Show all posts
kakasotong replied at 21-8-2015 05:27 PM
Haah pebenda yg LO  cakap yg sampai dikatakan fitnah tu. Nak tahu jugak.

MOY ni dah hentikan kan  ...

chuols

majalah Ujang, Apo? under MOY (jangka hayat 1993 - 2015)

gila-gila (usia 43 tahun dah) terbitan Creative Publications

lain2 company

satu lagu majalah Geli Hati..masih ada lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.820682 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list