CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13695|Reply: 107

[Tempatan] Program Da'i 3 Dikritik Ramai, Netizen Mohon TV3 Buka Mata

[Copy link]
Post time 18-8-2015 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Program Da'i 3 Dikritik Ramai, Netizen Mohon TV3 Buka Mata



Program Da'i musim ketiga mendapat kritikan ramai apabila dikatakan tidak menjaga batas-batas yang sepatutnya dijaga di dalam adab pergaulan.

Pandangan seorang pengguna Facebook, Emmelynn Amal Alyn, yang mengkritik program itu disokong oleh ramai pengguna Facebook yang lain.

"Saya mengambil inisiatif untuk tonton semula rancangan da'i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi.", tulis Emmelynn.

Emmelynn juga memberikan beberapa perkara yang dilihat tidak kena dalam program tersebut. Antara satunya adalah sesi luahan cinta yang tidak kesampaian.

"Saya puji dengan inisiatif pihak tv3 dalam mengadakan program sebegini. Namun apa yang saya lihat semalam adalah:
1. Batas-batas pergaulan tak dijaga
2. Wargame lelaki perempuan
3. Pumping lelaki perempuan sekali
4. Para daieyah kurang menjaga adab, duk menjerit sana sini main wargame
5. Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak
6. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
7. Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda.

Sambil menyifatkan episod pertama program itu sudah menjelekkan, Emmelynn turut memberi nasihat kepada pihak TV3 supaya sedar dan membuka mata akan perkara itu selain menyeru peserta Da'i 3 supaya lebih lantang menyuarakan pendirian terhadap hal-hal sebegini.

"Saya mohon pada pihak tv3, murrabi, murabbiah serta mursyid meneliti semula perkara-perkara ini kerana asas dalam membina kekuatan sebagai seorang da'i adalah dengan menjaga batas pergaulan itu sendiri."
"Janganlah asbab program itu merupakan program tv, dan itu hanyalah permainan maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab?"
"Mohon sama pihak tv3 sedar dan mulai buka mata, episod pertama semalam sudah cukup menjelekkan dan cukup banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan pendakwah itu sendiri."
"Mohon sama peserta da'i 3 lebih tegas menyuarakan pendirian terhadap hal hal begini kerana in the end antum la yang akan menjadi ikon remaja--kata ustaz syarhan. Jagalah asolah antum sebagai da'i"
"Saya berharap sangat episod akan datang, hal ini dapat dielakkan. Sebolehnya asingkanlah aktivit antara lelaki dan perempuan."
"Cukup cukuplah wahai tv3 menjadi asbab fitnah kepada peserta, asatizah dan pendakwah generally. Kami dah jelek!", tulisnya panjang.

Kritikan dari Emmlynn telah dikongsi oleh netizen yang sependapat dengannya. Setakat ini, status itu dikongsi sebanyak 2,429 kali. - Siakapkeli.my

[Kemaskini]

Pengguna Facebook, Zulfadhli Ridzuan berkata kaki da'i dan da'iyah diikat secara berjauhan. Untuk mengelakkan salah faham kami lampirkan bersama gambar yang diberikan oleh Zulfadhli Ridzuan.
Point 7 lebih kepada menimbulkan fitnah. Tengok siri tu pun agak jauh ikatnya, Atas alasan denda. Pada minit ke 58:47, daiyah tu dah terangkan, mereka diikat jarak yang jauh, dan meminta penonton jangan salah sangka. Boleh tengok screen shot di bawah(atas). - Zulfadhli Ridzuan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 08:10 AM | Show all posts
setakat ni, yang terbaik..slot imam muda..
pencetus ummah pun ke laut jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:13 AM | Show all posts
murabbi
murobbiah
mursyid
ikhtilat
asolah antum
asatizah


rasa laboh sampai ke tumit sangat jilbab ana ini pagi dapat subut 6,7 patah perkataan ereb sambil cakap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Da'i tu apa? Daiyah tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:19 AM | Show all posts
Proses Arabisasi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:20 AM | Show all posts
nikaido replied at 18-8-2015 08:16 AM
Da'i tu apa? Daiyah tu apa?

Da'i tu maskulin ...
Daiyah tu ... feminine ...
i speku jer

teringat jaman study dulu .. belajo bahasa arab ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2015 08:20 AM | Show all posts
Edited by hzln at 18-8-2015 08:23 AM

ummah di jaman setad dan setazah segera kat media sosial memang hobinya suka meletakkan expectation kesempurnaan iman dan akhlak pada ORANG LAIN, hingga ke menda tetek bengek pun nak dimeroyan macam langit nak runtuh, tapi hat kat diri sendiri duk tang tuuuuuuu lah jugak, ntah lagi jelek dr pihak yg dimeroyankan tu, feeling2 remeh, feeling2 orang tak nampak...so takpe lah...
jijikkksssss  
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:23 AM | Show all posts
menatang apa ni?
dah lama tak tgktv..
kosa sgt nak melayan citer2 caprut ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 08:26 AM | Show all posts
teringat kat iklan pencuci Daia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang masa ja tgk dai pelbagai ni...xde faedah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:31 AM | Show all posts
hzln replied at 18-8-2015 08:13 AM
murabbi
murobbiah
mursyid

iols plk rse mcm dh berniqab..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:35 AM | Show all posts
Tgk anime Jepun lagi sedap daripada tgk rancangan sampah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:37 AM | Show all posts
programme apa ini?
programe nak jadi terkenal lagi? yg ada pun dah tak dapat dikenali pun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:38 AM | Show all posts
klau pkai style ulama ckap pasal derma usd700juta, selit sikit ayat2 qoran, selit sikit fatwa...da bole jadi halal ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:39 AM | Show all posts
marah sampai berhalusinasi? hebat sungguh. cuma kadang-kadang aku pelik sebab banyak perkataan arab yang cuba dimelayukan. zaman dulu, bahasa inggeris. pada aku kadang-kadang expectation semua orang terlalu tinggi terhadap rancangan camni. come on...at last it's still a tv program to capture everyone's attention and to get viewer for higher rating.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:39 AM | Show all posts
kakak tk pernah tonton pun rancangan tahap felda dan pprt ni....buang masa jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 08:39 AM | Show all posts
kenapa me nk speku Emmelynn Amal Alyn ni adalah proxy tv3 nk naikkan rating rancangan ni. awl2 dh buat publisiti murahan... typical ummah moslim melayu suka cari slh org dr mencari jln uk mengukuhkan pandangan orang luar terhadap islam
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:39 AM | Show all posts
CaTtLeRaNcH replied at 18-8-2015 08:26 AM
Buang masa ja tgk dai pelbagai ni...xde faedah

Betul.. Tgk anime Jepun dan sukan bola lagi bagus sebab sesetengah anime ada part ganas/suspen sementara semua sukan ada aksi lagi kecuali sukan golf.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:39 AM | Show all posts
hzln replied at 17-8-2015 12:13 PM
murabbi
murobbiah
mursyid

Melluattt khen, ngader2 dah mcm dipaksa2 bunyi nyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:46 AM | Show all posts
Jadi ulamak melalui undian SMS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.315754 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list