View: 7101|Reply: 23
|
Hazami Kurus Sebab pendarahan dalam urus
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga tahun memperlahankan rentak kerjaya seni, penyanyi dan komposer Hazami dilihat seperti cuba menghilangkan diri. Malah keadaan terkini Hazami yang dilihat baru-baru ini ketika berkunjung ke Balai Berita dengan keadaan berat badannya yang kian menyusut serta nampak cengkung mula menimbulkan pelbagai andaian termasuk yang mengatakan beliau sebenarnya sedang sakit. Tetapi dalam temubual yang dijalankan Hazami, penyanyi lagu Sonata Musim Salju itu menafikan dirinya sedang sakit. Tetapi mengamalkan diet hingga berat badannya menyusut dari 72 kilogram menjadi 52 kilogram.
Barangkali ketika itu Hazami mahu menyembunyikan penyakit yang dihidapinya sekali gus tidak mahu menimbulkan kebimbangan kepada sesiapa yang mengenalinya. Bagaimanapun sebentar tadi BH Online dimaklumkan Aszuad Zakaria yang menguruskan kerjaya seninya bahawa Hazami sedang berperang dengan kesakitan yang cukup teruk akibat pendarahan dalam usus dan terpaksa dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana sejak malam tadi. Usaha bercakap dengan Hazami tidak dapat kerana dia sedang tidur dan berehat. Namun abang Hazami, Azhari Ahmad mewakili adiknya itu untuk berkongsi serba sedikit cerita dan keadaan terkini penyanyi berusia 40 tahun itu. "Dia mula mengadu sakit perut dan mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan sejak semalam. Tetapi ketika itu dia menghubungi kawannya untuk membawanya ke klinik. Sebelum ke klinik pun, dia sudah pitam. Sekali lagi dia pitam di klinik dan doktor meminta penyakitnya itu dirujuk kepada pihak hospital. Pada sebelah malamnya, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. "Saya sudah lama melihat keadaannya yang cepat penat dan berat badan menyusut. Tapi dia cuba menyembunyikan perkara sebenar. Saya sendiri pernah mengidap penyakit yang sama. Malah arwah bapa kami pun meninggal kerana penyakit itu. "Sepanjang melihat adik saya, dia jenis akan sakit perut selepas makan. Mungkin itu juga sebab dia jadi kurus sekalipun berselera makan. Mujur dia tak degil seperti arwah bapa kami yang makan tak menentu," kata Azhari. Menurut Azhari, doktor memberitahu mereka terpaksa memasukkan kamera di dalam mulut dan punggung Hazami untuk melihat apa yang tersimpan di dalam ususnya. "Memang usus dia berdarah. Doktor pun memberitahu ususnya berkemungkinan ada benda yang berpotensi menyumbang ke arah penyakit kanser. Memang kena buat benda yang tersekat dalam ususnya itu. Ketika ini, keadaannya belum stabil sepenuhnya. Tadi dia okey, kemudian dia demam pula," kata Azahari. Hazami sepatutnya mengeluarkan single terbaharu dalam masa terdekat tetapi terbantut kerana apa yang dilaluinya kini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73027
kesiannnyeee
kalau dah ade thread ni katop jela...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada thread heols kurus. boleh sambung sana tapi takpela.
gws hazami. iols sedeh sket bab2 penyakit sakit neh |
|
|
|
|
|
|
|
yeke? sorry la Maya terbaca td tu share... suke sangat lagu2 hazami... huhu
semoga dia sembuh dari penyakitnya.. aminnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
aku terbaca hazama tadi..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nye.. nampak dah kurus. semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Alah..wartawan ni pon cari ler term yg diguna utk masukkan kamera tu..yg ckp terang2 tu dah kenapa..bimbo amat wartawan yg lapor ni .x silap me proses tu kan nama dia endoscopy... kan sedap skit dengar.. ini lapor mcm mok cik2 gosip bawah pokok ceri... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sembuhkan penyakit yg dihadapinya dan semoga kuat semangat. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah... moga hazami kmbli sihat sprti sediakala, inshaaAllah aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 replied at 7-8-2015 11:28 PM
Alah..wartawan ni pon cari ler term yg diguna utk masukkan kamera tu..yg ckp terang2 tu dah kenapa.. ...
Aku baru nak komen pasal benda yang sama... Wartawan tak buat homework...atau dia ingat pembaca tak faham maksud endoscopy tu..
Apa-apa pun, memang Hazami nampak sakit dalam gambar berbaju melayu tu... Mata dia nampak tak sihat... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mommymonster82 at 8-8-2015 04:49 AM
imransulaiman replied at 8-8-2015 02:28 AM
Aku baru nak komen pasal benda yang sama... Wartawan tak buat homework...atau dia ingat pembaca ta ...
Kalu tulis gitu kan nampaklah bijak skit..jd pengetahuan untuk pembaca jugak .pembaca pon klu dia xtau carilah ... kan dah dapat belajar 1 perkataan baru...dari tak tahu jd tahu... ini ckp mcm budak2 sekolah tak habis...padahal nk jd wartawan ni ada kelulusan..ijazah kurg2 klu xsilap me.. ke nk jd wartawan hiburan xperlu kelulusan aper2? Asal boleh jer
Syafakallah utk hazami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syafakallah mimi.
Lekas2 sembuh okayy
|
|
|
|
|
|
|
|
in shaa Allah sakit menghapus dosa2, speedy recovery hazami |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sembuh, sian heolss |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak tu 20kg... lebih lebih lagi dari seorang yang 72kg asal nya.
Berdarah dari usus boleh cause anaemia, tapi tak lah pulak menghilangkan berat badan.
Otak sgt sensitif tau dgn hilang berat badan ni.. dia akan lawan jugak supaya berat badan kita tak hilang.
Nauzubillah.. tetapi, jika ada pendarahan usus + hilang berat, nombo satu diagnosis ialah C++ |
|
|
|
|
|
|
| |
|