CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2121|Reply: 0

[Lain-Lain] Tiada gangguan elektrik semasa Aidilfitri

[Copy link]
Post time 14-7-2015 08:51 PM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA - Tiada gangguan bekalan elektrik dijangka berlaku pada musim sambutan Aidilfitri ini, manakala hanya 55 peratus daripada keseluruhan keupayaan bekalan tenaga digunakan dalam tempoh itu, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).  

Pengurus Besar Kanan Operasi Aset, Bahagian Penjanaan TNB Ir Roslan Abd Rahman berkata penurunan kadar penggunaan itu dijangka berlaku berikutan tindakan sesetengah industri menutup operasi masing-masing dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, dari 17 hingga 19 Julai, sebanyak 1,199 pekerja TNB akan bertugas dan diletakkan dalam keadaan tunggu sedia, terdiri daripada 328 staf operasi, 194 staf penyenggaraan dan 677 staf tunggu sedia.

Bercakap pada taklimat media mengenai persiapan TNB untuk menghadapi cuti sambutan Aidilfitri di sini hari ini, beliau berkata petugas yang diletakkan dalam keadaan tunggu sedia berada dalam jarak 25km dari tempat kerja masing-masing.

"Petugas tunggu sedia sentiasa bersiap sedia untuk dipanggil jika berlaku kecemasan," katanya.

Menjawab soalan pemberita, beliau berkata antara faktor lazim yang menjadi penyebab terputusnya bekalan elektrik semasa musim perayaan ialah kejadian pokok tumbang.

"TNB akan berusaha sedaya upaya untuk mencari punca terputusnya bekalan kepada pengguna atau yang menjadi penyebab berlakunya gangguan bekalan elektrik dan akan memulihkannya dengan secepat mungkin," katanya. - Bernama   








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
    ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
    Views : 19199 Replies : 2
    JUST-IN: Epstein Files pt. 2
    Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
    Views : 49823 Replies : 1
    Welcome to The Holy Land...
    Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
    Views : 23468 Replies : 7
    berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
    YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
    Views : 10831 Replies : 2
    madu2 gula Tok Matahari
    aaanf14madu2 gula Tok Matahari
    Views : 363932 Replies : 3551
    DISCLOSURE DAY
    SY_MumiDISCLOSURE DAY
    Views : 371 Replies : 5
    K-VARIETY SHOW
    RahahK-VARIETY SHOW
    Views : 278422 Replies : 1525
    PROJECT HAIL MARY
    SY_MumiPROJECT HAIL MARY
    Views : 266 Replies : 2
    Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
    ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
    Views : 31876 Replies : 22
    Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
    ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
    Views : 19929 Replies : 7

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    © 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    10-2-2026 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.470586 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list