CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15806|Reply: 74

Fauziah Latiff Bakal Nikah Tahun Ni Dgn Duda

[Copy link]
Post time 5-6-2015 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seramado at 5-6-2015 04:38 PM

SECARA eksklusif kepada Hits, wanita yang kekal jelita pada usia mencecah angka 44 tahun ini mengakui, dia akan kembali ke alam perkahwinan. Bilakah masanya? Tidak berapa lama lagi. Justeru ketika ini, dia sedang membilang hari untuk kembali mempunyai komitmen terhadap kehidupan berumahtangga.


Memandangkan dia seorang yang agak perahsia, memang bukan mudah untuk mendapatkan tarikh sebenar perkahwinan Fauziah Latiff. Bertemu dengannya ketika muncul di Karnival Pelancaran Menara Felcra di Kuala Lumpur baru-baru ini, sedikit sebanyak Hits cuba merungkai persoalan wanita yang mesra disapa dengan panggilan Jee ini.

Hits: Terdengar khabar, majlis perkahwinan Jee akan berlangsung tidak lama lagi. Apa komen?
Jee: Insya- Allah! Ya, akan ada.
Dalam waktu terdekat, betul ke?
Mahu cakap waktu terdekat itu, saya pun tidak berani juga. Tetapi perancangannya, memang pada tahun ini juga.
Persiapan untuk menjadi seorang isteri kembali, bagaimana?
Macam biasa saja, saya macam orang lain, mengharap yang terbaik. Sebab kita tahu pada usia sekarang masing-masing lebih matang. Apa yang kita buat juga harus berdasarkan pemikiran yang matang.
Ada beza ke kahwin dulu dan sekarang?
Berbezalah juga jika dibandingkan dengan zaman kita muda dulu. Sekarang ini, orang kata kita lebih ke arah mahu mencari teman bersama, teman untuk melalui kehidupan yang masih bersisa sekarang ini. Jadi, banyak yang lainnya.
Sekarang ini persiapan majlis perkahwinan bagaimana?
Saya memang suka yang ringkas, itu jiwa saya. Kami akan adakah sebuah majlis yang sederhana sahaja. Jadi dalam membuat persiapan pun saya bersederhana sahaja. Itulah saya.
Apa istimewanya dia?
Dia? Hmmmm, orangnya ringkas, sama dengan saya. Kami memang sudah saling mengenali. Mahu kata lama atau tidak tu, tak juga. Orang kata sedang elok sahaja usia perkenalan kami dan ke fasa seterusnya.
Identitinya belum jelas, VIP juga ke? Atau macam mana?
Dia orang biasa sahaja, tiada gelaran atau apa pun. Sebenarnya kita semua ini pun, orang biasa juga, kan? Tak ada apa yang istimewa. Tak kisahlah siapa dia pun, yang penting kami saling menerima seadanya.
Boleh tahu apa status dirinya?
Hmmm, boleh dikatakan kami ni sama kes. Hahahahaha! (Berdasarkan penerangan Fauziah menjawab soalan ini, lelaki berkenaan adalah duda).
Adakah Jee sendiri selesa untuk berkongsi bila tarikh perkahwinan dengan peminat kelak?
Saya tidak mahu nafikan saya memang seorang yang suka berahsia. Namun melihat doa-doa mereka di luar sana memang saya jadi sangat bersyukur. Tidak tahu lagi macam mana, tetapi pada akhirnya saya anggap, benda yang baik elok dikongsi dengan ramai orang.
Sebelum ini memilih kota London untuk melangsungkan perkahwinan, bagaimana pula kali ini?
Belum buat keputusan lagi. Tetapi jangan risaulah, semuanya dalam keadaan yang sederhana sahaja, bukan berlebih-lebihan.
Memandangkan Jee bakal bergelar seorang isteri lagi, mungkin ada perubahan selepas ini dengan imej diri?
Saya masih akan menjadi diri saya, masih menyanyi dan masih menunggang motor besar.



-Utusan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 04:03 PM | Show all posts
Alhamdulilah ..semoga dipermudahkan semuanya..
mesti geng2 bikers gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:06 PM | Show all posts
cantiknya akak gee ni.

siyesly umur sheols 44 tahun baru?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:09 PM | Show all posts
doakan yang terbaik... harap dia juga bertudung suatu hari nanti~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:21 PM | Show all posts
alhamdullilah.....tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats

Smoga diri mu temui bahagia...

Ok mia jeles...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2015 04:28 PM | Show all posts
Alhamdulillah.... telah bertemu teman utk hidup bersama.
Semuga jodoh yg baik. Kekal hingga akhir usia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:31 PM | Show all posts
Jadi lah ye ngan abang y digosipkan dulu tu ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 04:32 PM | Show all posts
Nama bapak dia Latiff kak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:33 PM | Show all posts
miabebe replied at 5-6-2015 04:25 PM
Congrats

Smoga diri mu temui bahagia...

akak pun jeles ni mia. akak ni ntah bila la nak jumpa mr right. manjang jumpa mr left sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:34 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:39 PM | Show all posts
pittjie replied at 5-6-2015 04:33 PM
akak pun jeles ni mia. akak ni ntah bila la nak jumpa mr right. manjang jumpa mr left sajork.
...

cube akak cari mr top pulak~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:41 PM | Show all posts
epis replied at 5-6-2015 04:39 PM
cube akak cari mr top pulak~~

kau ni epis. MR top seharusnya cuma pandang MR bottom.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:43 PM | Show all posts
pittjie replied at 5-6-2015 04:41 PM
kau ni epis. MR top seharusnya cuma pandang MR bottom.

eh? aah... baru boleh hadam, huhu... kalu kak gee umor 44 pon yang dah 2 kali gagal dalam perkahwinan pon akan ketemu mr right, akak pon akan juga satu hari nanti~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 5-6-2015 04:33 PM
akak pun jeles ni mia. akak ni ntah bila la nak jumpa mr right. manjang jumpa mr left sajork.
...

Bhahahahaha..

Kaka pittjie neh klako ghupe nyeeeeee...bhahahahaha...

Kita serupa lah kaka pittjie..

Xmo pnggil kaka lah..panggil pittjie je br sama2 fefeeling muda gituuuuuu..ok x ok x?? Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:52 PM | Show all posts
pittjie replied at 5-6-2015 04:33 PM
akak pun jeles ni mia. akak ni ntah bila la nak jumpa mr right. manjang jumpa mr left sajork.
...

maybe uolls kena join geng2 moto besau mcm pojiah ni, mana tau leh ketemu mr yamaha ke, mr harley ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 05:01 PM | Show all posts
tahniah kak gie.moga2 yg biasa2 neh jugakla yg boleh bagi kebahagian till jannah bak kata org
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 05:03 PM | Show all posts
Alhamdulillah
Moga kekal jodohnya
Moga Elok JODOHNYA
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 05:09 PM | Show all posts
nak kawen dah.. alhamdullilah..ada la teman meniti waktu senja.. bak lagu jee sendiri 'tua mengejar kita'..semoga dipermudahkan ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 05:15 PM | Show all posts
epis replied at 5-6-2015 04:43 PM
eh? aah... baru boleh hadam, huhu... kalu kak gee umor 44 pon yang dah 2 kali gagal dalam perkahwi ...

amiin epis. ya dik .. akak ttp purcaya .. Allah tu pasti dah tentukan jodoh kita. lambat atau cepat tu nasib2 la kan. hiks.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.263008 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list