CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6751|Reply: 40

Novel - Mulan & Mushu

[Copy link]
Post time 11-5-2015 01:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by epsilonnotch at 30-5-2015 10:37 PM

BAB 1: KLIK SINI
BAB 2: KLIK SINI
BAB 3: KLIK SINI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 01:47 AM | Show all posts
Edited by epsilonnotch at 18-5-2015 11:45 AM

Awan hitam berarak-arakan diiringi dengan dentuman guruh. Petir begitu ghairah menyambar panahannya berkali-kali pada titipan batu-batu kerikil sehingga menyebabkan dahan pohon tualang yang berdiri teguh di atas batuan kerikil itu sekah menghimpap bumi seolah-olah memurkai niat jahat lelaki terhadap kanak-kanak kecil yang terbaring lelap di atas hamparan jerami padi di dalam suatu bangsal kuda yang terbiar. Ketika hujan mula turun membasahi bumi, si lelaki mencabut bajunya sehingga menampakkan kedua-dua lengannya yang bertatu dan perutnya yang boroi serta kebasahan di hadapan manusia kecil yang masih lagi kaku. Seluar jeans dengan sebilah belati tersisip di poket seluarnya dilondehkan serta-merta daripada tubuhnya.  Derak bunyi sesuatu objek besi memukul tanah tetapi oleh sebab dilindungi gugusan jerami, si lelaki tidak menghiraukannya. Baginya kanak-kanak kecil itu lebih diutamakan. Kini, tinggal boxer sahaja menutupi tubuhnya itu. Dari lirikan wajahnya, senyuman si lelaki jelas kepuasan setelah menanti berhari-hari untuk memenuhi nafsu serakahnya dan mangsanya pastinya budak perempuan di bawah usia 12 tahun. Perlahan-lahan si lelaki mencabut pakaian si anak kecil itu. Belum habis lagi bajunya dilurut, si lelaki sudah mendengus bagaikan singa kelaparan. Lidahnya terjelir keluar dengan air liur terkumpul di hujung titip lidahnya. Matanya terbelalak padat.



Si lelaki menaikkan tangan kanannya dengan tubuhnya direndahkan menandakan dia akan menodai si anak kecil itu dalam beberapa saat sahaja. Belum sempat tangannya mencecah tubuh budak itu, fikiran si lelaki terganggu sebentar apabila terdengar jeritan sedang memanggil “Mulan” berulang-ulang kali. Pandangannya terkalih ke arah pintu bangsal yang terbuka luas itu. Sementara itu, mata kanak-kanak itu terbuka dan  tangannya kini menggenggam erat pangkal belati. Dengan pantas, belati dilorekkan ke arah dada lelaki tersebut. Rupanya budak itu berpura-pura pengsan dan tangan kirinya yang dilindungi jerami sudah tersedia untuk cuba mencapai belati yang terjatuh tadi di saat lelaki itu tidak menumpukan perhatiannya. Dia menunggu peluang untuk membebaskan dirinya daripada cengkaman lelaki itu walaupun hanya berbekalkan kudrat yang lemah. Persetankan semua itu. Moral harga diri yang tinggi mendukung semangat si anak kecil untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rakus sang pedofil tersebut.


        Sedang pelaku pedofil itu  menahan bukaan luka dengan kedua-dua tangannya sambil merintih kesakitan, budak itu bingkas bangun meluru ke arah pintu bangsal tersebut. Tetapi, dia tersadung apabila hujung siku kakinya dicapai keras si penjahat. Budak itu meronta-ronta meminta dilepaskan diselangi dengan air mata mengalir deras yang nyata takut diapa-apakan. Setelah beberapa saat bergelut, akhirnya kaki budak itu dilepaskan perlahan-lahan kerana lelaki tidak dapat lagi menahan kesakitan akibat luka yang semakin membesar dengan darah yang kerap mengalir keluar. Dia terus berlari keluar dari bangsal tersebut dengan dihujani air yang turun dari langit. Dia memasuki semak samun di belakang bangsal tersebut. Kemudian, dia mencari-cari tempat perlindungan sementara kendatipun hanya sekadar pohon renek yang rendang sahaja bagi membolehkan dirinya disamarkan daripada pandangan penjahat tersebut.


        Dia ternampak budak lelaki sedang memerhati sesuatu ke dalam telaga usang yang tidak berapa jauh dari bangsal kuda itu. Dia hanya menyebut , “Mulan” , “Mulan” dan “Mulan”. Nampak sahaja kelibat kanak-kanak perempuan yang letih dan tidak bermaya itu, budak lelaki itu tidak peduli. Kepalanya menjadi kusut. Pandangannya mula samar-samar kerana  jawapan mulutnya hanya menyebut , “Selamatkan kawan Mushu, ‘Mulan’…dia jatuh …perigi,”.


        “Kawan Mushu di sini ,” kata budak perempuan itu meyakinkan  budak lelaki itu.


        “Tak…Mulan jatuh dalam.. Mushu nampak,” kata budak lelaki itu kebingungan sambil jari telunjuknya dihisap. Kepalanya digaru-garu perlahan. Dia mundar-mandir di sekeliling perigi itu. Tubuhnya tidak sangat kebasahan kerana ditutupi oleh lebaran daun pepohon pisang.


        “Sejuk.” Budak lelaki tersebut mengadu kesejukan kerana badannya sudah menggigil.


        Kudrat kanak-kanak perempuan itu semakin lemah. Dia pitam dan akhirnya tubuhnya rebah mencecah tanah. Budak lelaki itu tergamam dan kali ini dia menumpukan perhatiannya pada jasad yang terbujur kaku di atas tanah itu. Keresahan menghantui fikiran lembam si budak lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, dia mengheret tubuh kanak-kanak perempuan itu ke tempat yang berselindung di sebalik semak samun pohon pisang.


        Sudah reda dengan kesakitan yang dialaminya, penjahat mengorak langkah untuk mengejar mangsanya. Penjahat itu menyarungkan semula pakaian. Alang- alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dia hanya budak kecil yang lemah dan tak berdaya, fikirnya. Maka, penjahat tersebut keluar dari bangsal dan meluru ke  arah lokasi yang disangkakan mangsanya berlindung.  Tanah yang dilampungi lopak air mudah menjadi lembut dan membentuk apabila dipijak dengan kaki. Oleh yang demikian, ia menyenangkan penjahat tersebut mengekori kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh budak perempuan itu. Tibanya dia di telaga, dia terlihat seorang budak lelaki sedang menggigil kesejukan sambil sedang menggapai sesuatu  ke dalam telaga. Raut wajah budak lelaki itu tidak menampakkan dia menyembunyikan sesuatu.  Tapi bajunya yang kebasahan sedikit menampakkan tubuh badan keanak-anakan menggiurkan si penjahat. Fokusnya teralih. Ternyata dirinya tidak dapat lagi menahan nafsu pedofil yang kian bergelora dalam sanubarinya itu. Kalau tak mendapat gadis cilik sebagai habuan, budak laki pun apa kurangnya. Si budak lelaki yang tidak mengerti akan niat jahat pelaku pedofil  tersebut tidak respons apa-apa sebaliknya tetap memakukan pandangannya ke dalam perigi. Sehinggalah apabila penjahat tersebut mula menerpa kepadanya, budak lelaki tersebut tersentak lalu tangannya yang memegang batuan perigi tergelincir. Akibatnya. badannya hilang keseimbangan lantas dia terjatuh ke dalam telaga. Kedengaran bunyi kocakan air yang agak kuat menusuk telinga penjahat tersebut. Dia terus berubah fikiran lalu beredar meninggalkan tempat tersebut.


        “Nah…Dah jumpa kawan,” kata budak lelaki itu sambil menyerahkan sesuatu objek kepada seorang budak perempuan. Imej objek berkenaan kelihatan samar-samar dan kusam kerana memorinya seakan-akan padam.


        ‘Alarm’ telefon pintar berdering kuat membuatkan Ain Suhana terjaga dan membukakan matanya. Air keringat jelas meretih pada dahinya. Dia bingkas bangun lalu meramas ubun-ubun kepalanya.


        “Aku mimpi lagi ,” sebutnya secara bermonolog.


“Sudah lima belas tahun berlalu. Tapi tetap ia mengganggu tidurku ,” sambungnya lagi.


        Ain segera memeriksa telefon pintar Sony dan mendapati beberapa panggilan tak berjawab sejak semalam. Mungkin dia terasa letih sangat. Ain lewat pulang semalam kerana diminta menyoal siasat suspek iaitu seorang pelajar yang dituduh membunuh teman wanitanya tanpa niat. Caranya yang agak tegas dan mampan menyebabkan soal siasat memakan masa berjam-jam bagi membuktikan suspek tidak cuba menipu. Ain baru sahaja dilantik sebagai pegawai polis senior di bahagian jenayah polis Bukit Aman yang melibatkan kes-kes pembunuhan. Tentu sekali dengan kesungguhan dan kepintaran yang dimilikinya membolehkan Ain dinaikkan pangkat dengan cepat jika dibandingkan usia muda yang dianggap mentah lagi bagi seorang polis berjawatan sebegitu. Ain baru berusia 26 tahun pada tahun ini.


        Ain segera menekan ikon panggilan terhadap rakannya, Khalid yang lebih tua tiga tahun daripadanya. Khalid terus menjawab.


        “Khalid, kenapa kau telefon aku semalam?”


        “Aku baru dapat informasi daripada ketua kita yang mana permohonan kau untuk diberi kebenaran melawat telah diluluskan. ‘Green Light’ , katanya. Kau boleh lawat hari ini juga.”


        “Tapi ada syarat yang dipinta banduan itu ,” sambungnya lagi.


        “Apa syaratnya, Khalid ? ”


        “Dia tak kasi pihak penjara merekod perbualan korang samaada melalui video kamera mahupun rakaman audio , ” jelas Khalid lagi.


        “Baiklah. Aku hanya mahu menjumpai penjahat buas itu sebelum dia dibebaskan minggu depan”. Ain sedikit geram tetapi cuba bersabar kerana dia tidak mahu Khalid tahu menahu hubungannya dengan banduan tersebut. Khalid hanya mengiyakan sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:49 AM | Show all posts
teruskan, macm best
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 07:36 AM | Show all posts
Novel.thriller.lol. ada elemen paksa kawen tak?atau sembang juta2?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:22 AM | Show all posts
Adakah husaini anak si mangsa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 03:33 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 11-5-2015 10:22 AM
Adakah husaini anak si mangsa?

agak suspicious bukan ditarik dengan sengaja ke bilik berkurung itu?


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2015 03:34 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-5-2015 07:36 AM
Novel.thriller.lol. ada elemen paksa kawen tak?atau sembang juta2?

maksud esmiria?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 09:53 AM | Show all posts
Husaini dah mula siasat siapa Sarkovi..

mak dia jadi mangsa sarkovi tu kan dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 10:24 AM | Show all posts
Ipo replied at 12-5-2015 09:53 AM
Husaini dah mula siasat siapa Sarkovi..

mak dia jadi mangsa sarkovi tu kan dulu?

Ni jawapan dia...
agak suspicious bukan ditarik dengan sengaja ke bilik berkurung itu?



mesti x baca betul2 macam lady.... lady ni mula2 baca nama hero tu husin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 02:04 PM | Show all posts
Edited by epsilonnotch at 14-5-2015 02:06 PM

salam moderator @cmf_conan  @NaylaArisha

boleh kah saya menukar jalan cerita ?
maknanya saya scrap balik from the beginning (edit posting) dan tukar tajuk baru

@Ipo @ladyFinger12 maafkan saya
saya rasa tak dapat teruskan cerita ini kerana ada masalah idea untuk diteruskan
saya ada fikirkan cerita baru
berharap anda dapat baca  jika mendapat kelulusan moderator di sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 11:32 PM | Show all posts
epsilonnotch replied at 14-5-2015 02:04 PM
salam moderator @cmf_conan  @NaylaArisha

boleh kah saya menukar jalan cerita ?

boleh je dik..




Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 10:17 PM | Show all posts
tu le wei...ko kna peroh otok nak wat cter cmni.kecewa aku baca komen ko tang novel ko ni.


Ok..takpe.aku harak ka tak wat cter paksa kawen sudah.hihihi.....eh ..tapi it s up to you lah baby.


Adalah satu cter  tu aku minat giler..tapi bila dah lma sgt cter tu sampai berpluh chapter.aku jemu..


aku ni dokleh kalo novel tu byk bab ngat.sedang2 sudahler.

Ermmm..tulah..nak wat cter thriller bkn senang...Aku dah msuk 70 page taip cerpen aku(taip guna fon.LOL.)..

sakit otok pk tawplotnya.

Tapi aku fantasi yang ada unsur kegilaan..dapatlah idea tu.


Especially watak psychopath..aww!!!!!!!!!



tapi..tapi..kalo ko beri bab menarik nanti tapi ko kata

eh nk.tuko idea


Aku rasa..aku rasa...
eii!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 10:50 PM | Show all posts
Terasa nak komen.

Tapi dah kata nak tukar plot bagai, terus tak jadi nak komen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2015 11:45 AM | Show all posts
Esmiria replied at 16-5-2015 10:17 PM
tu le wei...ko kna peroh otok nak wat cter cmni.kecewa aku baca komen ko tang novel ko ni.

saya sudah update
jemputlah baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2015 11:46 AM | Show all posts

terima kasih Ipo
saya baru kemaskini jalan cerita yang baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2015 11:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 17-5-2015 10:50 PM
Terasa nak komen.

Tapi dah kata nak tukar plot bagai, terus tak jadi nak komen...

Boleh komen jalan cerita terbaru ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 11:56 AM | Show all posts
Edited by ladyFinger12 at 18-5-2015 11:58 AM

sudah tukar ka? Mcm edisi thriller/misteri juga.... insya Allah folo.... cik lit kalu, tak minat



pst.... citer pedo ke? Mesti bersumber inspirasikan fb akak wardina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2015 12:04 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 18-5-2015 11:56 AM
sudah tukar ka? Mcm edisi thriller/misteri juga.... insya Allah folo.... cik lit kalu, tak minat
...

isu pedo memang jadi tema dlm novel ini
inspirasi daripada kisah pedo yang menjadi taboo dalam masyarakat kita
selain itu, ada isu lain yang akan saya ceritakan kemudian



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2015 12:05 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 18-5-2015 11:56 AM
sudah tukar ka? Mcm edisi thriller/misteri juga.... insya Allah folo.... cik lit kalu, tak minat
...
cik lit kalu, tak minat

psss... yang ini apa maksud lady ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 12:08 PM | Show all posts
epsilonnotch replied at 18-5-2015 12:05 PM
psss... yang ini apa maksud lady ?

Meh akak bagitau dik. Cik Lit tu = Chick Lit



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.537914 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list