CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7541|Reply: 0

Sony Xperia P2 Tertiris

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Sony Xperia P2 Tertiris – Mengatakan Bakal Menyertakan Cip Snapdragon 810, Dan Skrin Dengan Bahagian Tepi Nipis
Pengenalan Sony Xperia Z4 tempoh hari dilihat mengecewakan ramai pengguna. Tetapi, kini Sony nampaknya mempunyai satu lagi peranti dalam pembangunan, dibawah keluarga Sony Xperia P. Berdasarkan ketirisan info yang hadir hari ini, apa yang dibawakan oleh Xperia P2 ini dilihat mungkin menarik kembali minat para pengguna terhadap jenama dari Jepun berkenaan.


Melalui imej yang hadir, Xperia P2 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dan bahagian tepi yang agak nipis, selain bahagian bawah yang lutsinar – sama seperti peranti Xperia yang diperkenalkan beberapa tahun lepas.


Dari segi spesifikasi, Xperia P2 dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Sony juga dikatakan akan menyertakan kamera belakang 12.1-megapixel dengan sokongan rakaman 4K, serta kamera hadapan 5.1-megapixel. Untuk bateri pula, Sony yang sedia terkenal dengan penawaran bateri selama 2 hari dilihat melengkapkan bateri berkapasiti 4240mAh pada peranti ini.


Ia tidak diketahui lagi bilakah Sony akan memperkenalkan peranti ini secara rasmi untuk semua pengguna. Mungkinkah peranti ini menjadi peranti pengganti Xperia Z4 untuk pasaran antarabangsa?


SUMBER RUJUKAN: ANDROIDCOMMUNITY
SUMBER GAMBAR: CNBETA
kredit:www.amanz.my





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 2.194165 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list