CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22641|Reply: 158

[Tempatan] Jangan pergi hospital swasta jika terbeban dengan GST – Ahmad Maslan

[Copy link]
Post time 23-4-2015 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 23-4-2015 04:44 PM



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (dua, kanan) bersama pengawai Kastam dan KPDNKK menjalankan pemeriksaan di sebuah premis stesen minyak di Bandar Perda, hari ini. -Foto TRP/Adib Hakim

PERMATANG PAUH, 23 April :

Mereka yang tidak mampu untuk dapatkan rawatan perubatan di hospital swasta boleh mendapatkan perkhidmatan itu di hospital kerajaan sekiranya terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berhubung GST selepas mendakwa terpaksa membayar ribuan ringgit untuk kos rawatan anaknya.

“Kita ada pilihan, sekiranya kita berkemampuan untuk dapatkan rawatan di hospital swasta tetapi jika tidak mampu, hospital kerajaan sentiasa ada.

“Siapa suruh beliau pergi ke hospital swasta. Pilihan di tangan kita sendiri,” katanya selepas mengadakan lawatan di beberapa premis perniagaan di Bandar Perda bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam.

Ahmad berkata, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang sama dan lengkap dengan semua kelengkapan perubatan.

“Sekiranya masyarakat memilih untuk ke hospital kerajaan, mereka perlu bersedia untuk menanggung kosnya.

“Hospital swasta sebelum ini turut mengenakan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) enam peratus,” katanya.

Jumat sebelum ini melalui posting di laman Facebook miliknya berkata, beliau memahami beban yang dihadapi rakyat terhadap cukai yang baru diperkenalkan kerana beliau sendiri terpaksa membayar GST dua kali untuk mendapatkan rawatan anaknya yang menghidapi sakit saraf dan tulang belakang bengkok.

“Kos perundingan tertakluk kepada enam peratus GST, untuk kos rawatan sekali lagi saya dikenakan enam peratus. Kos untuk rawatan sakit saraf adalah RM20,000, GST RM1,200. Ia tidak termasuk caj lain. Hari ini saya dikenakan caj sebanyak RM5,000.

“Ini sebenarnya membebankan rakyat,” katanya.

Status berkenaan bagaimanapun mendapat pelbagai komen daripada masyarakat umum yang mengambil peluang itu untuk meluahkan rasa terbeban mereka sejak pelaksanaan cukai berkenaan bermula 1 April lalu.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, kerjasama antara KPDNKK dan Jabatan Kastam boleh ditingkatkan bagi memastikan tiada peniaga yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) GST.

“Mereka (peniaga) tidak boleh beri alasan yang mereka tidak tahu tentang peraturan ini jadi mereka dengan sewenangnya menaikkan harga barang kerana semuanya sudah ada dalam portal (gst.customs.gov.my).

“Mereka tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan jadi mereka boleh langgar peraturan dengan sewenang-wenangnya,” kata Ahmad Maslan.

Tambahnya, GST tidak patut dipersalahkan berikutan kenaikan harga barang tetapi perniagaan yang tidak beretika menjadi puncanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 04:43 PM | Show all posts
mujur tak ckp....."jangan sakit klau taknak kena gst"
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:44 PM | Show all posts
jangan apply p1wimax lau tak mampu bayar...nanti kena ctos...







wa solat dulu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah jadi labrats kalo g spital kurajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:47 PM | Show all posts
baguslah Ahmad Maslan ni.. tidak tunduk kepada tekanan, masih ada kekuatan untuk memberi respon berkaitan GST.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:50 PM | Show all posts
Another statement tak guna otak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2015 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
La, dia tak reti tutup mulut sungguh duk dendiam je la wak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 04:55 PM | Show all posts
hihkhihkhikkk......tak kena batang idung sendiri...lancang ler bercakap.....tuhan maha kaya wei.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:56 PM | Show all posts
Edited by liton at 23-4-2015 04:58 PM








Pesakit Tidak Kritikal Diminta Elak Kesesakan Hospital Kerajaan - Subramaniam


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak kritikal diminta mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kawasan masing-masing bagi mengelak kesesakan di hospital-hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, dengan merujuk ke klinik-klinik kesihatan, pesakit akan menerima rawatan segera kerana Jabatan Kecemasan dan Trauma di beberapa hospital kerajaan kini sesak dengan kes demam denggi.

Beliau berkata, selain kes denggi, hospital-hospital kerajaan juga memberi keutamaan kepada kes-kes kritikal atau kecemasan seperti kemalangan atau serangan jantung.

"Kami faham musim penyakit denggi sedang meningkat jadi orang yang mempunyai demam biasa pun memilih hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan rapi.

"Namun, pihak kami menerima laporan bahawa lebih 30 peratus pesakit yang datang ke hospital kerajaan pada waktu malam untuk rawatan adalah kerana demam biasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang memetik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S.Jeyaindran sebagai berkata lebih 2.3 juta pesakit mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma di hospital-hospital kerajaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu.

Dr Jeyaindran berkata, kajian mendapati lebih 70 peratus atau 1.6 juta kes adalah kes yang tidak kritikal dan mereka menyebabkan pesakit yang mengalami kecederaan serius perlu bersaing bagi mendapatkan rawatan.

Subramaniam berkata, orang ramai yang demam biasa boleh mendapat rawatan di klinik kesihatan di luar waktu pejabat kerana waktu perkhidmatan klinik kesihatan di kawasan hotspot denggi di seluruh negara yang dilanjutkan sehingga 10 malam.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) dan Majlis Sukan India Malaysia (MISC) di sini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Presiden MIFA Datuk T. Mohan.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 04:59 PM | Show all posts
dia patut cakap Jangan undi BN kalau terbeban dengan GST
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:02 PM | Show all posts
dia buat lawakkk lagikkkkkkkkkk




Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:05 PM | Show all posts
wak maselan nih memang tak pernah miss nak wat lawak.. dah layak dah nak masuk maharaja lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital kerajaan lama gile wei nak tggu.. Appointment pon kat sebulan... Mg hazab.. Baik gi private.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:07 PM | Show all posts
harkktuih replied at 23-4-2015 04:59 PM
dia patut cakap Jangan undi BN kalau terbeban dengan GST

Jika PR menang pun, terbeban GST bawah PR pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:07 PM | Show all posts
Manalah Tok Jib jumpa menteri-menteri dia ni...semua spesis cakap macam tak sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pergi sepital gomen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 04:43 PM
mujur tak ckp....."jangan sakit klau taknak kena gst"

Haha tengkorak dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:09 PM | Show all posts
suh dia g tido kat hospital klang kat ward denggi 1 malam. baru tau camne rakyat rasa. entah2 lagi biol nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:13 PM | Show all posts
tarak mampu naik MAS..naik Air Asia la..

banyak cenkadak la smiskin smiskin ni...

tarak sedar diri.

sakit pun sebab tension tarak duit...lagi mau duk spital swasta..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.175723 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list