View: 19198|Reply: 52
|
Update: Antara Mimpi & Kenyataan, Rumah Diletak Limau Nipis
[Copy link]
|
|
Edited by ex_klia at 20-4-2015 10:31 AM
Assalamualaikum, beberapa hari ni dan juga beberapa bulan kebelakangan ni aku asik mimpi sesuatu yang pelik dan penuh dengan tanda tanya.
Mimpi
1- Makan Kenduri
Dimana penceritaan yang menceritakan situasi dimana aku telah pergi makan kenduri ( pernah cerita sebelum ini tetapi kali ini mimpi seperti ini semakin kerap ). Aku ada menjamah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah dan apa yang aku ingat ianya adalah nasik yang lengkap dengan lauk2 dalam satu pinggan. Mimpi seterusnya mimpi aku makan sepiring kecik pulut kuning bersama dengan rendang, telur rebus dan juga air sirap dalam satu majlis kenduri tahlil arwah, sebelum balik tuan rumah tu bagi goodies dalam 1 paper bag. Ade sebotol minyak atar kecik dan wangian bunga kering ditabur sikit kapur barus yang wangi tu serta sehelai sapu tangan berwarna putih tanpa sebarang corak. Tapi aku pulak tak berapa nak sure kenduri tahlil siapa dan juga kenduri arwah siapa yang aku involve dalam mimpi tu, dan bila aku tersentak dari tidur ianya menjadi persoalan pada diri aku sendiri.
2- Orang Bawak Air Keruh Dalam Botol
Mimpi yang ni buat aku rasa gigil sikit bila teringat. Cerita dalam mimpi tu, aku dah balik kerja dan lepas masuk kereta kat porch aku pun nak close gate rumah lepas tu entah dari mana datang sorang pompuan, tahan gate yang aku nak tutup. Aku tengok jam kat tangan baru jer pukul 06:45 petang so hari itu tak seperti biasa dan sunyi sepi hening petang tu malah takder langsung suara anak2 jiran depan rumah, tepi rumah yang bermain seperti petang yang selalunya....hairan!. Okey pompuan tu datang tanya aku. Conversation kita macam ni lebih kurang:
Guest: "ni rumah F ke"?
Aku : "ye ni rumah dia, jap lagi dia baliklah dia tu. Cik ni ada urusan apa untuk jumpa abang saya"?
Guest: "oh ni ada air yang dikirim oleh orang yang dia kenal dari tempat jauh, namanya A"
Aku : "tu air apa dalam botol tu? keruh macam air lechak after heavy raining jer".( botol mineral yang besar macam minyak masak )
Guest: "tolong ambil ok? saya nak cepat ni nanti takut dimarahi A sebab lambat serahkan".
Aku : "Okey wait a minute, i will call abang saya jap for mention ader barang sampai".
Belum sempat aku toleh lepas aku ambik henpon kat dalam kochek seluar, terus hilang macam tu jer pompuan yang bawak air keruh yang dalam botol besar tu. Aku heran sangat bila dia cakap nak cepat nanti takut kene marah, dan heran lagi bila dia hilang macam tu aje sekelip mata. Padahal sebijik kereta pun takder kat depan rumah melainkan kereta aku je. Untill now aku rasa pelik she give dirty water kat abang aku? Perkara ni aku senyapkan saja dan ini mungkin mainan tidur sebab aku seorang yang bizi pada siangnya bila malam mula mimpi yang bukan2. Memang sengaja cakap aku cakap macam ni nak sebab kasi hati aku sedap.
3- Sesuatu Yang Nyata Terjadi
Sebab rumah yang aku beli tu kat corner lot, so tepinya ada le hutan re-growth ( tanah sodok but abandoned projects ). Malam tu hujan takder ribut pun takder, kalau ada hujan ribut ofcoz aku tahu sebab memang benda tu terjadi. Tengah abang aku leka tengok tv, pastu aku yang tengah sibuk masak2 for dinner kat wet kichen ni datang la kat sofa depan tv untuk rehat sat sementara tunggu masak tu siap. Apa yang aku dengar macam ada orang ketuk pintu tapinya secara slow2, abang aku pulak reduce volume tv dan he assume wild cat from next forest. Aku pun iyakan jerla sebab rasa tak sedap hati aku pun pergi dapur siapkan masak dan hidangkan dishes kat meja lepas siap2 masak for dinner. Aku panggil abang aku ajak makan, lepas masing2 duduk kat meja makan dan abang aku siap2 baca doa makan dan kitaorang pun makan. Tibe2 dengar lagi bunyi pintu kene ketuk dan bunyi tu sama macam tadi perlahan2, sebab lapar kami berdua tak endahkan langsung pun bunyi tu. Selesai makan, kami sambung tengok tv dan bunyi ketukan pintu itu berlaku lagi.....sebab tensen sangat dengan bunyi itu aku ni pun pergi le bukak pintu yang kene ketuk tu. Tapi bila bukak takder pulak orang, takder pulak kucing hutan, takder pulak kelibat mahluk tapi yang ada hembusan angin sikit kuat. Bila hembusan tu masuk tibe2 pintu yang tertutup rapat kat dapur (papan) tu terbukak dengan sendirinya, tapi pintu dapur itu always lock tau jarang lah nak bukak melainkan siang hari. Aku tengok pokok mangga yang abang aku tanam tu takder le pulak goyang2 kene angin, tengok pokok bunga gantung tepi tu takder pulak gerak2 macam kene tiup angin. Pelikkan? So dua kali terjadi dan bila aku buka pintu yang kali kedua terus abang aku suruh tidur dan switch off tv kat hall before masuk tidur. Sebelum masuk tidur abang aku pi gosok gigi kat toilet dapur tu, aku pulak guna toilet dalam bilik tidur sendiri dan lepas tu aku dengar abang aku bising. Macam ni ayatnya:
Abang : "sapa alihkan alas kaki depan toilet pastu letak kerusi atasnya? u ke alihkan"?
Aku : "pulak dah, kan i kat dalam toilet depan gosok gigi dan basuh muka"
Abang : "peliknya kenapa sampai macam ni? dah tidurlah malas mikir"
So aku pun masuk tido, masa nak tido tu aku ade perasan mata dia kelip2 macam tak sedap hati nak tido pastu dia pusing kiri, pusing kanan tak tidur2 seolah dia jadi bingung.
Beberapa minggu aku pergi madrasaha solat isyak, aku ni malas nak pendam dan pening2 aku cerita from A-Z pada 2-3 orang yang aku kenal kat madrasah tu. Secara penjelasannya bila dirujuk pada orang yang begitu ariff dalam bidang ilmu agama, tanda2 orang yang nak dapat sakit atau disihir/santau adalah salah dengan bermimpi sedang menjamah makanan, dan mimpi berada kat tempat kotor serta kubur selain kubur islam. Orang madrasah tu pun ada kasi tau lagi, bagi wanita yang bujang/kawen kalau bermimpi sedang mendukung bayi sambil menyusukan bayi itu, makanya adalah tanda2 dia akan menerima saka dari keturunannya sendiri. Aku tanya lagi apa tanda mimpi orang bawak air dalam botol besar dan air itu amat keruh macam air lecak? dan siap beriya2 nak jumpa abang aku untuk pass air dalam botol tu. Sekiranya lewat si penghantar air dalam botol itu akan dimarahi oleh orang yang menyuruhnya, dan peliknya bila orang tu adalah kawan yang dari negeri jauh. So orang madrasah tu cakap mungkin kawan2, or ada yang kurang berpuas hati dengan abang aku atau abang aku ada salah kat dorang dan dorang simpan rasa dendam kat dia. So seandainya dalam mimpi tu aku menerima air dalam botol yang diserahkan oleh pompuan tu secara automatik abang aku telah selamat disihir oleh orang yang berkenaan melalui perantara iaitu aku walau mimpi. Bila bangun, dan aku sentuh abang aku maka sihir yang disampaikan oleh orang itu telah masuk kedalam tubuh badan abang aku. Allahuakbar, jauhkan dari sebarang malapetaka yang memudaratkan.
Nanti ada masa aku cerita lagi....nak rest sebab penat
|
|
|
|
|
|
|
|
yang mimpi makan maksudnye nak dapat sakit tu betul kot
sbb before this pun ada forumer post kat cari ni
mak dia mimpi makan nasi pastu jth skt msk spital
pastu dia plak mimpi
tak lm pastu doctor sahkan dia sakit
yg lelain tu x taulah |
|
|
|
|
|
|
|
sila sambung...
seperti pesanan biasa forumer, apa kata ko buka la bacaan ruqyah kat rumah..
ataupun buat majlis bacaan yassin ke..
atau baca sendiri sendiri pun boleh..
dan tanya la abang ko tu kalau dia ada bermusuh dengan sesiapa ke..
mana la tau.. dia pun kena juga berjaga-jaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak baca forumer kata mak dia mimpi makan nasi mak dia ckp nak sakit.
Sambung lagi TT.. Dah lama forum ni tak ada post baru. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade gak mimpi bdk2 ni....aku anggap mainan mimpi je..mls nk pkir sgt...
yg aku tau aku ada ALLAH tempat aku mintak perlindungan tu je.... |
|
|
|
|
|
|
|
seramnyer...
so abg ko camner skrg ni?
ade jadi kejadian pelik2 lagi ke skrg ni???
cop2 mcm kurang faham..
dlm mimpi ko yg pasal pompuan nak bagi air tu.. ko tak amik kan air tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-4-2015 07:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
khailya replied at 17-4-2015 05:18 PM
seramnyer...
so abg ko camner skrg ni?
ade jadi kejadian pelik2 lagi ke skrg ni???
Aku x amik air tu pun. Aku baru nak amik telepon kat poket seluar nak kol abang aku pasal ada pompuan datang nak bagi air. Tup2 aku toleh balik dah ilang pompuan tu, tak nampak bayang2 pun. Sedar2 dah nak masuk azan subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ok2..
dah tu skrg ni camner..? keep kene ganggu lagi ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam, morning & salam 1Rejab. Okey today aku nak sambung cerita yang aku patut ceritakan hari ahad (Semalam), so sebab semalam aku bizi hantar biskut kat area bentong dan mempaga aku pun terpaksa postpone dulu hasrat bercerita.
1-Limau Nipis Kat Pagar Rumah
Macam biasa aku balik sekitar jam 06:30petang, dan sebelum masuk rumah aku sempat siram2 pokok bunga yang abang aku tanam dan pokok sayur yang aku tanam. Petang tu lepas aku masuk kereta dalam porch rumah aku siram lah pokok seperti biasa, ala siram main2 jer sebab tanah kat pokok tu masih basah sikit sebab tengahari tu hujan agaknya sebab ade saki baki air takung kat depan rumah. Lepas siram aku masuk lah rumah, dan masak2 for dinner dan laundry baju kat mesin dan sambil2 tu aku duduk jap kat sofa sambil tengok bola kat astro sports. Siap masak, siap solat aku tengok jam dah dekat pukul 08:10pm abang aku belum balik lagi sebab selalu pukul 07:45 dah ada kat rumah. Kebetulan hujan pulak turun tiba2 tapi tak ler lebat sangat, so aku yang tengah tengok tv kat hall tu bukak la sikit sliding door dengan langsirnya sekali biar rumah sejuk sikit takpayah on aircond. Tak sampai 05 minit aku nampak abang aku balik dengan moto sym dia dan masa bukak gate dia macam belek2 benda sebelum bukak selak pagar rumah. Lepas dia parking moto kat porch, dan tanggalkan rain coat dia merokok kejap kat situ sebelum masuk, aku ni tengok la berita malas nak nak amik port abang aku merokok. Rokok habis dia masuk rumah, dan sempat tanya aku:
Abang : "assalamualaikum".
Aku : "wassalam, eh lambat sikit ye u balik hari ni"?
Abang : "hujan tadi start dari jalan duta dah lebat, berenti kat shell duta beli rokok dan sarung baju ujan".
Aku : "wokey, u nak makan boleh le semua siap dah".
Abang : "nanti, abang nak tanya u ada letak limau ke kat atas selak pagar? limau nipis tapi dah dibelah dan belahan tu tak putus habis".
Aku : "nak limau apanya, aku balik keje siram2 pokok, masak mandi, tengok tv....tak sentuh limau dan rumah ni takde sebijik ape2 jenis limau pun".
Abang : "eh ya ker? dah tu sapa yang kasi letak kat ats gate rumah kita ni? peliknya, kemarin benda lain, hari ini benda lain".
Aku : "jom makan nasik dulu, kendian baru pikir...lantaklah nak buat apa pun janji dia bahagia sudah".
Abang : "nak mandi jap, tolong ambik jap towel kat bilik pastu tolong on lampu...abang seram nak masuk bilik gelap2".
Aku : "okey"
So lepas kitaorang makan, aku pun duduk kat atas sofa depan tv....masing2 mula mikir mana datangnya limau nipis tu? takkan anak jiran yang main masak2 kot? kalau ada time aku balik ofcoz aku dah perasan dulu ada limau kat atas selak pagar rumah. Ini time aku balik takder pun sebijik limau dan masa bila pulak dia letak limau tu kat atas selak pagar? apa tujuannya buat gitu? orang ke? mahluk lain ke? Takkan dah magrib2 nak letak limau kat pagar rumah orang? takder kerja pulak kalau benda tu orang yang buat kan?
Pada pendapat korang benda ini adalah apa ya yang sebenarnya? rumah disihir? rumah dipukau? penghuni rumah sedang dianayai oleh individu? atau oada pihak yang cuba menakut2kan kami?
|
|
|
|
|
|
|
|
"eh ya ker? dah tu sapa yang kasi letak kat ats gate rumah kita ni? peliknya, kemarin benda lain, hari ini benda lain"
cam seram je? sebelum limau tu, benda apa lak ye??
takut ada nak hantar sihir je..
cepat2 la check, sebelum melarat nanti..
ni rasa cam baru permulaan je...
huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum limau tu? cer baca my posting yang mula2 thread ni bukak huhuhu... Aku pun dapat rasa ni baru permulaan seperti yang ko cakap
|
|
|
|
|
|
|
|
RE: Update: Antara Mimpi & Kenyataan, Rumah Diletak Limau Nipis
owh, ada ye..
sori, tak perasan..
nak baca balik..
sebelum melarat, better bincang balik dgn abang & family members yang lain..
sekurang2nya ada yang aware & dah bersiap sedia, kalau pape yang jadi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada dalam thread ni 1st posting.... banyak petanda sihir rasanya kalau ikutkan mimpi tu. Wallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
tt.. kalau ada bnyi ketuk pelahan.. kat pintu ke tingkap ke.. orang kata benda halus nakminta izin masuk. kalau kita bukak makna kita izin dia masuk..
saya rasa. orang tu memang tumpu pada abang tt.. dia tahu waktu tt balik dan waktu abang balik. abang memang akan balik lambat dari tt kan? jadi hest pun nak cadang macam kawan lain. start pasang ruqyah.. dan mungkin boleh dah kot tanya2 perawat minta scan.. bertindak awal sebelum dia jadi makin teruk dan susah nak sihat
|
|
|
|
|
|
|
|
seramnyer......
baik pergi berubat dari awal....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Haah dia biasanya balik lewat sikit dari saya, saya habis kerja dalam jam 05:30pm bila tak bizi saya akan terus balik biasanya melainkan ada hal kat depoh tren di subang baru stay back. Kadang2 rasa penat sikit bila time nak balik tiba2 ada benda urgent kat depoh tren subang, makanya terpaksa berkejar antara ofice bangsar to subang.... So macam abang saya dia habis kerja jam 06:00pm dan terus balik kalau takder over time kalau ada over time jam 12:45am baru balik rumah. Dulu masa dia sakit, pernah berubat secara kampung ( lepas discharge after 2 lebih bulan terlantar kat hospital sungai buloh ) orang yang ubatkan tu cakap dia dihantar benda kotor secara angin, dan lebih bahaya dia pergi kerja balik kerja dengan menunggang motosikal dan benda tu senang lah nak hinggap kat abang aku seandainya kalau naik kereta mungkin dia untuk dihinggap benda2 tu kurang la. Erm nak scan kat mana? ada perubatan alternatif apa yang ok? share please
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah saya try...but boleh share tak kat mana yang ok?mean rawatan perubatan alternatif
|
|
|
|
|
|
|
|
oh mcm tu....
dah tau ke sape yg buat kt abg tu?.....
cube la try darul shifa ker?...
kt sini pun ramai jugak perawat2 ha.. cube godek2 kt sini... ade senarai perawat, no tepon pun ade..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|