View: 9575|Reply: 34
|
[C] Koleksi cerpen daripada aku_dia [U]
[Copy link]
|
|
Edited by aku_dia at 16-5-2015 01:57 AM
Assalamualaikum forumers.
Saya orang baru dalam forum ni.
Terjumpa forum ni rasa nak share cerpen-cerpen yang pernah saya tulis dulu-dulu.
Kematangan cerpen mengikut peningkatan umur. Kekeke.
Moga terhibur, ya! ^_^
Cerpen 02 Cinta Untuk Ain #2 Cerpen 03 Oh, reunion! #18 Cerpen 04 Dan sebenarnya #20 Cerpen 05 Sijil Untuk Abah #22 Cerpen 06 Si Baju Biru #27
Cerpen 07 Maafkan Mama #34
Cerpen 01 Yop, aku sayang kau!
Duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa cukup membosankan. Sementara menunggu keputusan SPM, ingin juga aku bekerja seperti rakan-rakan yang lain. Tapi, mak sering mematikan niat aku yang satu itu. “Adik, gosok baju aku, aku dah lambat dah ni!” Yop menjerit memanggilku.
“Argh... tak habis-habis mengarah!” jeritku di dalam hati. Kalau Yop dengar, habis aku kena marah. Dengan hati yang bengang aku melangkah juga ke bilikku. Baju kemeja Yop yang tergantung di dalam bilik aku capai. Seterika dihidupkan. Sementara menunggu ia panas, sempat aku meluahkan rasa marahku.
“Ingat aku ni bibik dia ke? Dah tahu lambat bangunlah awal! Ni tak! Tidur lambat, bangun lambat. Kalau buat kerja takpe jugak! Ni dok menghadap internet 24 jam. Hisy...” rungutku. Tanpa aku sedari, ibu sudah berada di pintu bilikku. Melihat perangai aku.
“Adik, janganlah berkira sangat dengan Yop tu. Korang tu dua beradik je. Yop tu mana pernah berkira dengan adik? Tengok, setiap hujung bulan ada je duit yang dia bagi.”
“Ah mak, bukannya adik nak sangat duit dia tu! Tak mati pun kalau tak dapat. Suruh orang buat kerja sikit, lepas tu cakap, kan Yop bagi elaun. Alah, setakat RM 50 je, nak buat apa!” jawabku.
“Adik! Cuba jangan menjawab kalau mak tegur! Kamu ni, makin hari makin teruk!” Mak melangkah keluar dengan muka masam.
Ah mak. Tak pernah faham perasaan aku. Asyik-asyik dia menangkan Yop Si Tuan Pengarah itu. Sakit hati aku. Kalaulah abah masih ada, mesti dia menangkan aku. 5 minit selepas itu baju Yop digosok. Aku masuk ke bilik Yop dan menggantungkan baju kemejanya di pintu almari. Tiba-tiba aku terdengar suara rengekan. Anis! Aduh, dah bangun dah budak kecil ni? Aku dahlah malas nak melayannya. Apa taknya, aku ni bukannya biasa dengan budak kecil! Aku terus mendukungnya sebelum dia menangis.
“Yop! Anis dah bangan ni” Hisy, anak dengan bapak sama je menyusahkan aku. Dahlah maknya kursus 3 bulan.
“Tolong tengokkan Anis tu, buatkan susu. 1 air panas, 3 air biasa, susu taruk 4,” arah Si Tuan Pengarah dari dalam bilik air.
Ah sudah, apa yang 1, 3, 4. ”Mak, Anis nak susu ni. Hisy... Buat anak pandai, jaga tak nak”
“Adik! Jaga sikit mulut tu. Mak cili karang! Belajar-belajar lah layan si Anis tu. Kan dia anak sedara kamu jugak. Mak dulu masa sekolah rendah dah pandai jaga anak sedara,” tegur mak.
“Ala mak, malaslah. Lagipun adik bukannya biasa sangat dengan budak kecil. Ni ha, apa yang 1, 3, 4 ni?”
Selepas mak mengajar aku membuat susu, aku memberikan Anis susu tu. Si Tuan Pengarah pun dah keluar bilik air, aku terus masuk bilikku.
“Adik, thanks!”
***
Sudah seminggu aku batuk. Aku makan ubat batuk pun tak jalan. Aku sibuk mengemas dapur. Jam sudah pukul 10 pagi. Mak datuk, penatnya. Bosan betul tiap-tiap hari buat kerja yang sama. Jadi bibik! Huh!
Tepat pukul 12, aku sudah menyediakan makan tengah hari. Lauk yang simple. Ikan cencaru masak kicap, sayur kangkung goreng belacan dan aku membuat puding buah sebagai pencuci mulut. Aku dah tak tahu nak masak apa. Nak masak asam pedas tak reti walaupun itu lauk favourite aku. Tapi, aku tetap suka memasak. Huh, dah bau bawang! Sia-sia je aku mandi subuh-subuh tadi. Aku terus mengambil tuala untuk mandi sekali lagi. Selepas mandi, aku duduk menghadap komputer. Online!. Tak lama selepas tu, mak dan Si Tuan Pengarah balik untuk makan tengah hari.
Yop Si Tuan Pengarah membuka tudung saji. ”Hrm... sedapnya adik masak hari ni,” pujinya.
Aku membuat muka. Puji nak bagi kerja lagilah tu!Apabila Yop nampak, terus aku dimarahi. “Yang kau nak buat muka tu kenapa? Aku puji elok-elok pun nak buat muka! Dah lah, pergi masuk bilik kalau tak nak makan!”
Aku sedikit tersentak kerana dimarahi begitu. Nasib baik mak di dalam bilik air. Kalau tak, malu aku. Aku terus masuk ke bilikku dan pintu bilik aku hempas. Balik-balik nak marah! Dah la tak habis-habis nak mengarah! Pergi matilah! Baru aman hidup aku agaknya!
Petang itu Yop balik lewat. Aku dan mak pun pergi ke rumah Cik Ana untuk mengambil Anis. Dalam perjalanan itu, mak tak habis-habis menegur sikapku. Katanya, walau macam mana teruk pun Yop tu, dia tetap abang aku. Ah, tak ada abang lagi aman hidupku. Kata-kata emak pergi bersama angin lalu. Langsung tidak terlekat dikepala aku.
alam itu, selepas makan malam, aku membasuh pinggan + mangkuk + periuk + kuali yang digunakan tadi. Habis membasuh, aku terasa sungguh penat. Wajahku sedikit sejuk dan aku sudah mula susah bernafas. Uhuk, uhuk... Ditambah lagi dengan batuk yang tak baik-baik.
“Adik, kau ok tak ni?” soal Yop semasa dia masuk ke dapur untuk mengambil air.
Aku hanya diam. “Oi, aku tanya ni!” Yop sudah mula naik angin. Ah, baran betul!
“Ok,” jawab ku sepatah. Melihatkan aku yang susah untuk bernafas, Yop menyuruhku siap.
“Kita pergi hospital!” tegasnya.
Sampai sahaja di hospital, aku disuruh duduk di kerusi dan diberikan neubiliser. Selepas habis ubat itu, nafasku kembali normal. Alhamdulillah. Yop setia menunggu aku dari pukul 9 sampai dekat pukul 10!
* * *
Sudah hampir 2 bulan aku duduk di rumah. Yop masih dengan sikapnya yang suka mengarah. Aku pula masih menyumpah seranahnya tiap kali Yop mengarahkan aku membuat itu-ini. Argh! Anis pula macam tulah dia, 22/Februari ni masuk setahun umurnya. Semakin lincah dan semakin menyakitkan hati aku! Tak suka betul aku melayan budak kecil!
Petang Ahad itu, sedang membaca novel di bilikku, handsetku berbunyi menandakan mesej masuk.
‘Hai dear, tengah buat apa tu? Teringatkan saya ya?’
Aku tersenyum. Oh, Fitri. Pantas aku menekan keypad mambalas mesej daripadanya. Fitri, sudah hampir 3 bulan aku dengan dia declare couple. Tapi, mak dan Yop aku tak bagitahu. Ada teruk aku kena marah nanti. Hrm... Tanpa sedar, aku terlena.
* * *
Bangun sahaja dari tidur aku masuk ke bilik air. Tak lama lepas itu, aku masuk semula ke bilik. Tiba-tiba aku terlihat Yop sedang duduk di birai katilku. Aku terkedu, di tangannya ada handset aku! Mak duduk di kerusi sebelah meja belajarku.
“Yop!” Aku terjerit.
“Siapa Fitri?! Adik, kau kecik-kecik dah pandai bercinta ya? Dah berapa lama kau couple dengan dia? Mesti kenal kat sekolah ni. Kalau keputusan SPM kau teruk, siap kau!” Yop menengking aku. Mak hanya membungkam. Aku hanya menelan air liur.
“Aku tanya ni, jawablah!” sergah Yop. Ek eh, dahlah baca mesej aku.
“Yang kau sibuk baca mesej aku apehal? Kasi privacylah sikit!” aku melawan.
Tiba-tiba aku terasa pipiku perit. Air mata aku dah mengalir ke pipi. Seumur hidupku, tak pernah aku ditampar.
“Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau! Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!” Aku terus berlari keluar bilik.
Aku melangkah ke taman rekreasi. Tiada sesiapa di situ. Aku duduk di pondok di situ. Menangis lagi. Kenapalah aku ada abang seperti Yop. Aku sungguh sakit hati dengannya. menyampah dan meluat dengan sikapnya itu. Panas baran, mengarah itu ini.
Hampir dua jam di situ, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah Hanim. Aku tak nak balik ke rumahku kerana tak nak melihat muka orang paling aku benci. 40 minit aku berjalan, akhirnya aku sampai di rumah Hanim. Aku menekan loceng rumahnya. Tak lama selepas itu, seorang wanita berumur awal 40-an keluar.
“Anak nak cari siapa?”
“Mak Mah, ni saya ni, An. Hanim ada, bik?”
“La... An. Mana tudung kamu? Dengan rambut tak terurus. Mata merah. Kamu ok?” Mak Mah menyoalku. Pintu pagar dibuka. “Masuklah” Pelawanya.
Aku masuk ke rumah Hanim. Soalan-soalan daripada Mak Mah kubiarkan sepi. Tak berjawab. “Hanim mana Mak Mah?”
“Dia ada di atas. Sekejap Mak Mah panggil” Mak Mah naik ke tingkat atas. Meninggalkan aku keseorangan. Tak lama selepas itu, Hanim pun turun.
“Ya ALLAH, An, kau ok? Kenapa ni? Cuba cerita kat aku,” Soal Hanim lembut.
Hanimlah merupakan satu-satunya rakan yang paling rapat dengan aku. “Mak Mah, tolong bancuhkan milo ya.” Kata Hanim kepada Mak Mah.
Aku menangis di bahu Hanim. Semua yang berlaku di rumah tadi kuceritakan kepadanya. “Hanim, boleh aku tinggal kat rumah kau? Malam ni je. Aku takut nak balik. Boleh ya Hanim?”
Hanim sedikit keberatan. “Aku tak kisah An, tapi mak dengan abang kau mesti risau.”
“Hanim, please. Aku dah tak ada tempat nak pergi. Kalau kau tak bagi tak apalah, aku pergi dulu.” Aku terus bangun. Tapi tanganku ditarik.
“Jangan. Mana lagi kau nak pergi? Ok lah, malam ni je. Esok aku nak, kau balik. Aku bukan tak bagi. Tapi biarlah mak dengan abang kau tahu. An, kita ni baru 18 tahun An. Result SPM pun tak keluar lagi. Boleh dikatakan kita ni underage. Abang kau buat macam tu sebab dia nak protect kau,” lembut kata-kata Hanim menyapa telingaku. Aku sudah mula tenang.
“Mama dengan papa kau mana?” soalku.
“Diorang pergi bercuti kat Mauritius. Honeymoon katanya,” jawab Hanim tergelak.
“Wah, nanti beradik lah kau” usikku. Kami sama-sama ketawa. Hilang sedikit masalah di kepala aku.
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Di fikiranku penuh dengan wajah Yop. Terasa bersalah kerana lari meninggalkan rumah.
* * *
Pagi-pagi lagi aku sudah mengemaskan diri. Aku membina keyakinan untuk pulang. Nasihat Hanim malam tadi sedikit-sebanyak meninggalkan kesan dalam diri aku. Aku berjalan kaki ke rumah kerana rumah ku tidak jauh dari rumah Hanim.
Selang 3 buah rumah dari rumah aku, aku boleh melihat ramai orang diperkarangan rumah aku. Eh, ada majlis apa ni? Aku berjalan pantas untuk ke rumahku. Aku terlihat Yong dari jauh.
“Yong!” jeritku. Yong menoleh.
“Adik! Adik pergi mana? Puas kami cari,” Yong memelukku. Matanya merah tanda bau lepas menangis.
“Yong, kenapa Yong ada kat rumah? Bukan ke Yong kursus sekarang ni?” Yang tersentak bila aku bertanya.
“Adik, adik tak tahu lagi ke? Yop dah takde dik. Anis dah takde ayah,” tangisan Yong kembali rancak.
“Tapi...”
“Adik, Yop kemalangan malam tadi masa nak mecari kamu. Dia berlanggar dengan kereta dan diseret dengan lori. Yop dah meninggal dik,” mak memintas kata-kataku.
Aku melihat Anis didukung oleh mak. Terasa bersalah. Aku masuk ke dalam rumah. Aku nampak sebatang tubuh ditutupi dengan kain. Aku tidak mampu berdiri lebih lama di situ, lantas aku memanjat tangga untuk naik ke bilikku. Aku menangis. Apabila aku mengangkat muka, aku terlihatkan beberapa pasang baju kemeja Yop yang belum digosok. Ya ALLAH... Apa aku dah buat? Kerana aku Anis kehilangan ayah. Aku mengambil baju kemeja Yop dan aku peluk. Aku bersalah. Selepas ini tiada lagi baju kemeja untuk aku gosok. Yop...
Selepas Zuhur, mayat Yop dikebumikan. Selepas bacaan doa dan talkin, jiran-jiran, saudara-mara bergerak meninggalkan kubur. Aku menjadi orang terakhir di situ. Yong turut menemani aku. “Yop, adik minta maaf. Adik banyak sakitkan hati Yop. Adik sayang Yop,” kataku di dalam hati. Aku teringat kata-kataku kepada Yop malam tadi.
“Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau! Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!”
Air mataku kembali menitis. Aku teringat betapa dia mengambil berat akan ku semasa aku diserang asma dulu. Ya ALLAH... Kenapalah semua ni terjadi? Yop sangat sayangkan aku. Aku je yang buta ya ALLAH...
“Adik, sudahlah tu. Redhakanlah pemergiannya, adik.” Yong memujukku. Mata dan hidungnya merah kesan daripada menangis. Ah Yong, tabahnya hatimu. Sedangkan yang pergi itu suamimu. Aku dan Yong berjalan keluar dari kawasan perkuburan. Dengan air mata yang bergenang sedikit sebanyak mengganggu penglihatanku.
Bukk!! Aduh sikitnya. Aku terlanggar satu batu nisan lama yang hampir tenggelam. Seluruh badanku terasa sakit Aduh... Pandanganku gelap.
* * *
Buk. Aku tersedar. Ya ALLAH, sakitnya badan. Aku tersedar aku terjatuh dari katil.Terasa pipiku basah. Aku menangis? Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ya! Aku terjatuh di tanah perkuburan tadi. Aku melihat keadaan sekeliling. Aku dalam bilik aku ni. Siapa yang mengangkat aku. Tanah perkuburan? Apa aku buat kat situ? Yop? Air mataku kembali menitis. Ya, baru aku teringat.
Suara tangisan Anis aku dengar dari arah dapur. Kuat betul tangisannya. Rindukan ayahnya barangkali. Ah, semua silapku. Anis, Mak Su minta maaf sayang. Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.
“Dah bangun dah?” Satu suara menegurku dari ruang tamu. Aik, macam suara...
“Yop!” aku terkejut. Tapi yang tadi tu?
“Lama betul adik tidur. Dari pukul 2 sampai dekat pukul 6 baru sedar,” tambah Yop lagi. Aku tertidur? Ya baru aku teringat. Aku tertidur selepas membalas mesej daripada Fitri tadi.
Aku berlari ke arah Yop yang sedang duduk di sofa, lantas memeluknya. Tidak mahu dia meninggalkan aku lagi. Yop terpinga-pinga dengan reaksi aku. Mana pernah aku peluk dia. Salam bercium tangan pun selalunya lepas kena paksa dengan mak dan masa raya je.
“Yop, adik sayang Yop. Jangan tinggalkan adik Yop. Adik minta maaf sebab selalu melawan Yop. Adik minta maaf. Adikjanji tak buat lagi. Jangan tinggalkan adik Yop!” Aku menangis. Tak sanggup kehilangan Yop.
Yop masih confuse tengok aku. Tapi tak lama. Tangannya mengusap-usap kepala aku. “Yop pun sayang adik. Jangan risau. Yop akan jaga adik sampai Yop mati. Adik seorang jelah adik Yop. Beza umur kita pun dekat 12 tahun. Yop janji Yop takkan tinggalkan adik,” kata Yop.
Mak yang sedang dukung Anis keluar dari dapur. Anis leka dengan susunya. Aku mengambil Anis dari mak dan menciumnya sepuas hati. Anis menjerit marahkan aku dengan bahasa yang dia seorang yang faham. Aku pula mengajuk percakapannya.
Mak tersenyum melihatku.
“Adik, kenapa?” soal mak.Pelik dengan tingkahku.
Aku terdiam sekejap. “Tadi adik mimpi Yop tinggalkan kita. Adik bersalah sangat. Mimpi tu macam betul-betul berlaku. Takut adik.”
Yop tersenyum ke arah mak. “Sayang juga adik kat Yop.”
Ya. Aku sayang sangat. Benar kata mak. Buruk macam mana pun Yop tu, dia seorang je abang aku. Hanya dia. Yop, aku sayang kau!
“Lagi satu, tadi masa adik tidur, ada orang call handset adik. Banyak kali. Tengok adik tak sedar Yop tolong angkatkan. Siapa Fitri?” soal Yop sengih mengusik.
Erk?!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerpen 02 Cinta Untuk Ain
-Is-
Masuk kali ni dahdekat 5 kali mak bawak minah ni balik rumah. Kadang-kadang tu ada juga mak dok puji-puji minah ni kat aku.Pandai masaklah, pandai jahitlah, baik, pelajaran ada, agama kuat. Hrm. Memangaku tak nafikan minah ni ok. Kat rumah aku pun 24 jam bertudung. Muka pun sweetbila senyum tapi mak, anak mak ni tak terpikat lagilah dengan dia.
-Ain-
Hujung minggu ni,mak angkatku merangkap bos aku kat office ajak aku datang ke rumahnya. Mulanyatak nak juga aku. Tapi dia dah 2-3 kali ajak aku pun tak boleh nak menolak. Akusegan juga datang kat rumah dia. Lagi-lagi bila ada anak lelaki dia yang nombordua tu. Tak selesa aku. Yang aku pelik, katanya kerja dekat Sungai Udang, tapibila aku datang rumah dia, mesti dia ada. Entah apalah yang dia fikir fasalaku.
***
-Is-
Hujung minggu tuaku balik ke rumah. Nasib baik mak tak ajak anak angkat dia tu tidur kat rumahhujung minggu ni. Aku pun tak beritahu mak yang aku balik rumah minggu ni.Menjadi juga taktik aku. Hehe... Malam tu lepas dinner, aku ambil angin dekatlaman rumah. Tengah syok-syok layan feeling, aku tersentak bila mak duduk dikerusi di sebelah aku.
“Is,” panggil makperlahan. Aku memusingkan badan menghadap mak.
“Ada apa mak?”soalku.
“Mak berkenanbetul dekat Ain tu. Kamu rasa macam mana?”
Aku terdiam. Ah,sudah! Apa yang mak tengah fikir ni? “Ok je Is tengok. Kenapa? Mak berkenansebab nak cari calon untuk abah ke?” Aku tergelak.
Mak membulatkanmata. “Ada pulak! Mak ingatkan, mak nak jumpa mama dengan papa dia. Abah punmak dah tanya, dia setuju je.”
Akumenggeleng-gelengkan kepala. Mak... mak... “Mak, Is tak nak mak lain. Is dahada mak. Cukuplah.” Sengaja aku buat-buat tak faham.
“Isy kamu ni.Bila masa mak nak bertanyakan dia untuk abah kamu. Mak nak risikkan dia untukkamu.”
Aku terdiam.Untuk aku? Alamak... Parah-parah. Aku belum nak kahwin lagilah mak.
“Diam je? Bolehtak? Kamu pun takde kawan lagi kan?” soal mak bertubi-tubi.
Aku menarik nafaspanjang. “Suka hati maklah...” kataku perlahan. Kadang-kadang pilihan orang tuapun ok juga kan? Walaupun aku tak pernah ada perasaan kat Ain tu. Ok je la...
Mak tersenyum.Senang hati agaknya aku ikutkan katanya. “Kalau macam tu, hujung minngu ni makdengan abah pergi Mersing. Jumpa mama dengan papa Ain. Kalau diorang setuju,hujung bulan ni bertunang, bulan depan menikah.”
Tak sempat akumembuka mulut mak dah bangun masuk ke dalam rumah. “Mak nak beritahu abah,”ujarnya sambil tersenyum. Suka hati maklah...
-Ain-
Handset aku diatas meja berbunyi. Aku melangkah ke meja. Mama? Kenapa tiba-tiba telefon akumalam-malam ni? Rasanya pagi tadi aku dah call rumah.
“Assalamualaikum,mama. Kenapa?” soalku sebaik sahaja aku menekan button hijau.
“Wa’alaikumsalam.Ain. Kamu tengah buat apa?” Ek? Aku tanya mama tak jawab, aku pulak kena soal.
“Tak buat apa punmama. Kenapa?”
“Kejap. Papa kamunak bercakap dengan kamu.” Talian senyap sekejap. Tak lama kemudian, satu suaramemanggil namaku.
“Ya papa,”sahutku.
“Ain, papa adabenda sikit nak cakap dengan kamu. Kamu dengar ya....” papa meneruskanceritanya. Kisah tentang mak angkatku yang bertandang ke rumah membawa hajat.Tenang aku mendengarkan cerita papa.
“Ikut sukapapalah. Ain ikut je. Kalau papa rasa ok, Ain setuju.” Aku memberikan kataputus.
“Kiranya kamu takkisah ye? Kalau macam tu, kira jadi ya Ain?” suara papa sedikit ceria. Ek eh,macam dia pulak nak kahwin. Aku tersenyum.
“Ya papa.”
“Kalau macam tu,hujung bulan ni bertunang, bulan depan menikah,” kata papa lagi.
Hah? Cepatnya.Sempat ke nak siapkan semua? “Cepatnya papa? Tak haru biru ke nanti?”
Aku terdengarpapa ketawa. “Insya-Allah ok. Lagipun, mereka cakap tadi Is setuju je.”
Aku memeganghandset dengan erat. Aku tak silap dengarkan. Is setuju? Kalau macam tu...“On.”
***
-Is-
Dah hampir 2bulan aku memegang gelaran suami kepada Farah Ain binti Wahid. Dan dah hampir 2bulan aku duduk sebumbung dengannya. Ain ok je budaknya. Masa nikah baru akutahu yang dia 8 tahun lagi muda dari aku. Baru 22 tahun budak ni. Ek? Kalaumacam tu aku dah 30 tahun? Patutlah mak beriya-iya suruh aku kahwin denganbudak Ain ni. Dah nak jadi bujang terlajak rupanya aku ni.
“Abang, nakmakan? Makanan Ain dah siapkan.” Aku terdengar suara Ain dari arah dapur.Lembut je dia panggil aku. Mula-mula merah jugak muka aku bila dia panggil aku‘abang’. Mana pernah perempuan panggil aku abang. Dah adik-beradik semualelaki.
“Abang?”
Aku tersentakmelihat Ain di depanku. “Kenapa Ain?” soalku. Aku lihat Ain tersenyum.
“Ain tanya tadi,abang nak makan tak?”
“Oh, boleh juga.Kita makan sama-sama. Ain masak apa?”
“Masakbiasa-biasa je,” Ain menarik tanganku. Bingkas aku bangkit dari sofa. Langkahkumenuju ke arah dapur. Mataku melihat lauk di atas meja. Asam pedas! Wah, laukfavourite aku ni. Erm, wanginya. Fuh, berasap lagi ni. Pantas aku mengambiltempat duduk. Ain mengambil tempat duduk di sebelahku. Tangannya lincahmencedokkan aku nasi dan lauk-pauk. Dengan membaca bismillah aku menjamah nasi.Erm, sedap. Pandai budak ni masak. Memang mak tak bohong aku dulu.
-Ain-
Dekat dua bulanaku duduk kat bersama Is di sini. Is, pagi-pagi lagi sudah pergi kerja. Dahkahwin ni baru aku tau dia sebenarnya jurutera di syarikat sub-contractor yangmenjalankan kerja-kerja untuk Petronas. Rumah yang aku duduk sekarang ni diabeli lepas kahwin. Sebelum ni dia duduk dengan member-member dia je. Is pulakbalik dekat-dekat nak malam. Kadang-kadang dia maghrib kat office dia. Tapi diasebenarnya banyak kerja dekat site.Aku pulak dah berhenti kerja lepas kahwin.Is yang suruh. Aku ikutkan aje. Mak pun tak kisah. Terpaksalah dia carisecretary baru.
Petang itu akududuk di atas sofa di ruang tamu. Jariku menekan-nekan remote astro. Mencarichannel yang best. Baru je aku hendak baring di sofa, telefon rumah berbunyi.Dengan berat aku bangun.
“Hello, Ain.Abang ni.” Aku dengar suara Is di corong telefon.
“Kenapa bang?”soalku bila aku dengar suaranya sedikit cemas.
“Ain, mak sakit.Masuk wad. Ain siap, kita balik kampung petang ni. Kemaskan baju abang sekali.Kejap lagi abang sampai.”
“Ok.” Sebaiksahaja aku meletakkan telefon, aku melangkah ke bilik kami.
Sedang akumengemas baju-baju Is, sekeping kad terjatuh dari lipatan baju-bajunya. Akumengambil kad yang jatuh betul-betul di kakiku. Aku membaca nama penerimanya.Tiada nama tapi tertulis perkataan ‘sayang’. Aku tersenyum. Takkan untuk aku?Is tak pernah panggil aku sayang sejak kahwin. Aku membuka kad itu.
‘Loving you isthe best thing happened in my life. Happy birthday Fiza. With love –Is-’
Aku tersentakmembaca kad itu. Ternyata bukan untuk aku. Loving you is the best thinghappened in my life? Nampaknya memang Is tak pernah cuba menerima dan mencintaiaku sejak kami menikah. Terasa hati aku seperti gelas kaca yang jatuh daritingkat 18. Pecah berderai. Aku mengesat air mata yang hampir jatuh ke pipi danmeletakkan kembali kad itu di tempatnya kembali. Selesai berkemas, aku mencapaituala dan masuk ke bilik air. Ingin mandi dan cuba melupakan apa yang aku bacatadi.
Dalam pukul 5petang barulah Is sampai. Is membantu aku mengangkat beg pakaian ke dalamkereta. Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri. Masih terkejut dengan apayang aku jumpa tadi. Tambahan pula kepala aku sudah mula pening. Mungkinterlalu banyak menangis.
to be continued...
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan cerpen 02
-Is-
Sepanjangperjalanan ke kampung, aku lihat Ain hanya mendiamkan diri. Sepatah yang akutanya sepatah dijawabnya. Dia runsing fasal mak kot. Tapi aku lagi runsing!Awal malam itu, kami tiba di daerah kampung aku. Aku tidak terus ke hospital,sebaliknya aku membelokkan kereta ke taman di mana letaknya rumah mak. Sampaidi rumah, aku membawa beg pakaian kami ke dalam. Abang Long dan Am sudah beradadi ruang tamu.
“Mak macam mana?Is tak ke hospital lagi ni,” soalku kepada mereka berdua.
“Mak pitam pagitadi. Abah bawak pegi hospital. Abang pun dapat call tengah hari. Terus ambilAm kat U. Abah cakap malam ni mak dah boleh keluar. Dah stabil. Abah pergihospital nak ambil mak. Kau tak payah pergi hospital pun takpe. Abang tengokAin pun nampak penat,” ujar Abang Long.
Aku mengalihpandang ke kiri. Ain sudah berdiri di sebelahku. Dia hanya tersenyum.
“Kalau macam tu,Ain jom naik atas.” Aku memanjat tangga ke tingkat atas. Ain mengekoriku daribelakang tanpa sepatah kata. Aku menjadi pelik melihat tingkah Ain. Apa kenaagaknya?
Hampir pukul 10malam barulah abah sampai di rumah. Aku, Abang Long dan Am pergi ke kereta abahuntuk menyambut mak. Ain masih di dapur. Entah apa yang dibuatnya. Bila akubertanya dia hanya senyum nipis.
“Mana Ain?” soalmak bila dia melangkahkan kaki ke dalam rumah. Sejak tadi Ain tidak memunculkandiri. Masakan dia tak dengar bunyi kereta abah?.
“Ada tadi didapur. Buat apa entah. Kejap Is panggilkan,” jawab aku. Aku melangkah ke dapur.
“Ain?” panggilkuapabila melihat Ain tiada. Aku berjalan ke sink. “Ya Allah, Ain!”
“Kenapa Is?” abahmasuk ke dapur sebaik sahaja mendengar aku menjerit. Aku mengendong Ain.
“Abah, Is nakbawak Ain pergi hopital.”
Dan kereta abahsekali meluncur laju ke hospital.
-Ain-
Aku cuba untukmembukakan mata. Aduh, silau! Aku tengok keadaan sekeliling. Hospital? Sudahlama baru aku teringat. Aku pengsan di dapur semasa hendak mengambil cawan.Kepala aku tiba-tiba pening. Aku bangun dari pembaringan.
“Ain? Ain dahsedar?” Aku mencari arah datang suara itu dan aku terlihat Is seolah-olah barubangun tidur. Mungkin terjaga sewaktu aku bergerak tadi.
“Ain jangan geraksangat. Kenapa Ain tak sihat tak cakap dengan abang Ain tak sihat?” soal Is.Dia tersenyum-senyum. Aik, aku sakit dia boleh sengih-sengih pulak.
“Dah pukul berapasekarang?”
“Pukul 2 pagi.Tidurlah, doktor cakap Ain kena banyak rehat. Lepas ni, jangan tension-tension,jaga makan, jangan buat kerja berat-berat...”
Aku merenung mukaIs dengan rasa tak puas hati. Tengah aku pening, ditambah pula dengan mamaibaru bangun tidur dia nak membebel pula kat aku. Tadi dia juga yang suruh akutidur.
“Ain, dengar tak?Lepas ni Ain kena jaga diri ain lebih-lebih tau.” Is memegang tanganku.
“Apa pulak?”soalku tidak puas hati.
“Ain dah nak jadiibu. Mestilah kena extra careful. Jaga diri Ain, jaga baby,” kata Is. Wajahnyacukup ceria. Aku terpinga-pinga. Jadi ibu? Ah, sudah! Bertambah 1 lagi masalah.Tangan Is mengusap jari-jemariku.
Aku menariktanganku dari tangan Is. “Ain nak tidur.” Aku terus baring dan memejamkan mata.Fikiranku runsing!
***
-Ain-
Sudah kandunganaku sudah hampir masuk bulan ke-4. Is pula sangat mengambil berat tentangkesihatan aku dan baby. Malam hujung minggu itu, aku mengajak Is makan di luar.Terasa semakin malas hendak ke dapur. Is tak menghampakan aku. Malam itu, kamike kedai makan yang menjual makanan ala Thai.Selesai order makanan, kami disapaoleh seorang wanita. Aku tertanya-tanya siapa dia.
“Ain, kenalkan ini Fiza. Dia kerja di tempat abang.” Akutersentak mendengarkan nama itu. Fiza...Fiza menghulurkan tangan. Aku menyambut salamnya.
“Fiza.” Dia menyebut namanya.
“Ain. Farah Ain. Isteri Is,” kataku. Aku menekankan perkataan isteri agar diasedar dengan siapa dia bersalam sekarang.
Fiza hanya tersenyum. Sempat aku menjeling Is. Wajahnya tenang seolah-olahtiada apa yang berlaku. Seolah-olah dia tiada perasaan terhadap Fiza.
“Join us?” aku mengajaknya separuh ikhlas.
“Oh, thanks. But no, thanks. I dengan family I. Ternampak Is, terus rasa naktegur. Lagipun boleh berkenalan dengan isteri dia.”
Aku tersenyum sinis. Berkenalan dengan isteri dia? Hai, pelik aku denganperempuan ni.
“Okay then. Ive got to go. Ain, nice to meet you.” Fiza melangkah meninggalkanaku dan Is.
“Yeah, it’s ‘nice’ to meet you too” kataku perlahan. Namun aku yakin dia takmendengar. Tiba-tiba aku rasa menyesal mengajak Is makan di luar malam ni.
Sampai di rumah,aku masuk ke bilik untuk menyalin pakaian. Sebaik sahaja aku keluar bilik, akumelihat Is sedang menonton. Aku duduk di sebelahnya. Kemudian aku baring dankepala aku letakkan di pahanya.
“Tak elok baring lepas makan,” tegur Is. Namun tangannya tetap mengusaprambutku.
Aku tersenyum. “Abang,” panggilku perlahan. Is menyahut namun matanya takberganjak dari tv. “Siapa Fiza?”
“Fiza? Dia kerani kat company abang.”
“Apa hubungan dia dengan abang?” soalku lagi.
Is sedikit terkejut dengan soalanku. Melihatnya terkejut aku bingkas duduk.
“Frankly speaking, bang. Ain terjumpa kad birthday yang abang nak bagi dia masaAin kemas baju abang. Siapa dia bang?” soalku perlahan. Pandangan aku halakanke tv. Dadaku terasa sebu.
“Ain,” panggilnya. Aku menoleh ke arahnya. “Ain tahukan yang kita kahwin sebabmak yang cadangkan,” katanya. Aku mengangguk.
“Sebenarnya abang sedikit pun tiada perasaan kat Ain masa kita kahwin. Danabang setuju nak kahwin dengan Ain pun sebab mak suka sangat dekat Ain. Abangtak sanggup nak hampakan dia,” tambahnya lagi.
Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan Is meneruskan ceritanya. Aku melihatkembali ke kaca tv. Tapi yang aku nampak kabur. Terasa sebak denganpengakuannya.
“Sebulan lepas kita kahwin, Fiza baru masuk kerja. First time abang tengok dia,terus abang rasa suka. Abang...”
“Abang, jangan teruskan,” aku memintas kata-katanya. Tak sanggup mendengarsuamiku mengaku mencintai wanita lain di hadapan aku.
“Kalu boleh, Ain nak minta izin abang...”
-Is-
“Ain nak mintaizin abang. Ain nak buat abang cintakan Ain, sayangkan Ain. Bolehkan?”
Terkejut akudengan kata-kata Ain dua minggu lepas. Aku hanya menganggukkan kepala. Air matadi pipinya aku kesat dengan jariku. Terasa bersalah membuatnya menangis. Sejakperistiwa malam itu, dia tidak membuka cerita tentang itu. Aku sedar yang Ainsudah sedikit berubah. Ain menjadi semakin manja dan suka menyakatku. Terasakehidupanku terisi dengan kehadirannya. Tapi aku yakin yang aku masih belumcintakan dia. Sekadar rasa sayang sesama manusia.
Selepas peristiwamalam itu, aku berjumpa dengan Fiza di office. Bila aku bertanyakan kenapa diabuat begitu, dia menjawab,
“Saja. Nak kenal dengan isteri boyfriend saya. Salah? Mana tahu boleh jadikawan dengan Ain. Senang nanti kita nak kahwin”
Aku terasa mual mendengarkan jawapannya. Fiza...
***
-Ain-
Aku sedaya upayaingin menarik perhatian Is. Tapi aku perasan yang Is sudah mula menerimaku.Atau hanya aku yang berperasaan macam tu? Handset Is di meja cermin berbunyisebaik sahaja Is keluar dari bilik air. Cepat-cepat aku memejamkan mata.Berpura-pura tidur. Is menjawab panggilan telefonnya. Aku membuka sedikit matauntuk melihatnya.
“Fiza? Kenapa?” perlahan suaranya tapi masih dapat ku tangkap butir katanya.Fiza? Buat apa dia cari Is malam-malam ni? Tak sedarkah dia lelaki yang dicariitu suami orang? Suami aku?
“Ok. You tunggu I kat situ. Kejap lagi I sampai.” Is menoleh ke arah ku.
“Ada. Dia tidur.” Aku menelan air liur.
“Ok. You tunggu je. 30 minit lagi I sampai. I love you.” Is meletakkan kembalihandsetnya di atas meja. I love you? Untung Fiza. Aku yang isterinya pun takpernah dia ucapakan kata-kata macam tu.
Is menghampiriku selepas dia bersiap. Rambutku diusap perlahan-lahan. Dahikudicium lembut. “Abang keluar sekejap.” Is terus bergerak keluar bilik. Dalamdiam aku menangis. Abang, tiadakah cinta abang untuk Ain?
***
-Is-
Aku memerhatikanAin yang sibuk menyidai baju di laman rumah. Perutnya sudah mula memboyot.Tunggu masa untuk bersalin. Aku mengeluh. Mungkin di mata keluarga dan orangluar, aku dan Ain sangat bahagia. Tapi hakikatnya aku sering berperang denganperasaan aku sendiri. Aku berkahwin dengan Ain tanpa rasa cinta dan sebenarnyawalaupun sudah hampir 10 bulan aku berkahwin dengannya, aku masih belummempunyai perasaan terhadapnya. Kadang-kadang aku terasa bersalah dengan Ain.Sedang aku mengelamun, suara Ain memecahkan lamunanku.
“Abang!” Aku melihat Ain terduduk di laman rumah.
“Abang, sakit!” jeritnya lagi sambil memegang perutnya. Tanpa berfikir panjangaku mengambil kunci kereta dan membawa Ain ke hospital.
Sampai sahaja dihospital, aku mengendong Ain ke wad bersalin. Aku lihat Ain berpeluh-peluhmenahan sakit. Tanganku juga sakit bila digenggam erat oleh Ain. Doktorbertugas datang melihat Ain dari masa ke masa. Akhirnya, tepat jam 9 malam Ainmelahirkan seorang bayi lelaki.
Sebaik sahaja Aintersedar dari tidur, aku mengucup dahinya. Aku berjalan ke katil bayi disebelah katil Ain. Aku angkat anak kecil itu berhati-hati dan aku berikankepada Ain.
“Terima kasih Ain.” Aku tersenyum. “Tadi abang dah call mama dengan papa.Mereka on the way. Mak dengan abah pun sama.”
Ain hanya tersenyum dan mencium anak kami. Aku terasa sungguh bahagia bilamelihatkan kelakuan Ain. Wajahnya penuh dengan sifat keibuan. Sejenak akuterleka melihatnya.
“Abang dah pilih nama?” soalan daripada Ain menyedarkan aku yang terleka.
“Abang ingat nakletak nama Ammar Amsyar. Ok kan?” Ain hanya mengangguk tanda setuju. Diamencium Ammar buat kesekian kalinya. Dan aku tersenyum bahagia.
***
-Is-
Masa berlaluterlalu pantas. Ammar pun sudah mula berjalan jatuh. Aku dengan Ain masih sama.Fiza pula sibuk mengajakku kahwin. Apa dia ingat kahwin senang ke? Memanglahcukup syarat, cukup rukun, dapat sign Ain, kami dah boleh menikah. Tapi sanggupke aku? Rasanya sejak berkahwin dengan Ain, aku tak pernah membahagiakannya.
“Ain, kita balik kampunghujung minggu ni?” usulku pada satu malam.
Ain tersenyum.“Ok jugak. Minggu lagi satu kita balik kampung Ain pula ye? Ain rindu kat mamadengan papa.”
Ammar berjalan kearahku. Minta di dukung. Aku menangkat Ammar dan mengagah-agahnya. Bisingmulutnya bercakap.
“Hujung minggu nikita jumpa Atuk dengan Nenek, ok? Minggu depan kita jumpa Tok Nek dengan TokWan,” kataku kepada Ammar. Ammar hanya tertawa riang seolah-olah faham denganapa yang aku katakan. Ain hanya tersenyum melihat telatah Ammar.
Seperti apa yangkami rancang, Jumaat malam kami bergerak ke kampung. Mulanya Ain berkeras mahupulang esok. Katanya bahaya berjalan malam. Lagipun aku sudah penat bekerjahari ini. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Nak elak jamkataku. Akhirnya separuh relaAin mengikut kehendakku.
Perjalanan kamidiriuhkan dengan lagu-lagu dari radio. Ammar nyenyak tidur di pangkuan Ain. Ainsetia menemani aku memandu. Aku lihat jam sudah hampir ke angka 12 sewaktu kamimelalui jalan yang berbukit dan gelap. Sengaja aku malas mahu menggunakanhighway. Jalan kampung seronok kataku bila Ain mencadangkan kami melaluihighway. Jalan ini agak lengang malam ini. Aku menekan pedal minyak bagimelajukan kereta. Tiba di satu selekoh, aku gagal mengawal kereta. Tiba-tibaada pula sebuah lori dari arah bertentangan. Aku terdengar Ain menjeritmemanggilku. Dan aku hanya mampu bertawakal.
***
-Is-
Aku berusahamembuka mata, tapi tak berjaya. Akhirnya setelah berusaha keras, aku berjayajuga membuka mata. Silau dari lampu menyebabkan aku mengalihkan pandangan. Akuberusaha pula untuk bangun.
“Is dah sedar?Alhamdulillah.” Suara mak menyapa telingaku.
“Is kat mana nimak?” soalku. Mak melarangku bangkit. Abah hanya melihatku sambil tersenyumnipis.
“Is kat hospital.Dah 2 minggu Is koma,” terang mak. Aku dapat melihat matanya merah kesan lepasmenangis. Sedang aku cuba mengingatkan kembali apa yang berlaku, seorang doktorcina datang ke katilku.
“How do you feelIskandar?” soalnya sambil tersenyum.
"Peningsikit". Tanganku meraba-raba kepalaku yang sedikit perit.
Selesai memeriksakeadaan ku, doktor itu menulis sesuatu di fail di tangannya. “Bila saya bolehbalik, doc?” Doktor cina itu memandangku.
“Kalau you dahstabil, paling cepat pun mungkin lusa you boleh discharge.”
Mak memapahkumasuk ke rumah. Abah pula mengangkat barang-barangku. Mak menyuruhku duduk diruang tamu. Tak lama kemudian, muncul Abang Log bersama seorang anak kecil.
“Anak siapa tuabang?” soalku. Pelik kerana setahu aku, tiada budak kecil di rumah ini.
Abang Longsedikit terkejut dengan pertanyaanku. “Is? Takkan Is tak kenal anak sendiri? NiAmmar Is,” kata Abang Long.
“Anak?” katakuperlahan. Mak masuk ke ruang tamu dengan bekas ubat di tangan. Aku masih kelirudengan jawapan Abang Long tadi. Puas aku mengerah otak untuk melihat apa yangberlaku dan tiba-tiba mataku menyapa sekeping gambar di dalam frame di sebelahtv. Perlahan-lahan ingatan aku mula kembali. Ain?!
“Mak, mana Ain?”soalku sebaik sahaja terpandangkan gambar perkahwinan kami.
“Is, sabar ya nak. Bawak bertenang. Ain dah takde. Dia dah tinggalkan kita nak.Dia...” Mak sudah tak mampu meneruskan kata-kata. Aku lihat mata mak merah. Airmata laju menuruni pipinya.
“Dia meninggal ditempat kemalangan. Ammar terselamat sebab Ain peluk dia. Ain cedera teruk dikepala.” Abah menyambung kata-kata mak yang terputus. Aku menelan air liur.
Lama aku duduk disebelah kubur Ain yang masih merah. Dadaku terasa sebak. Memori lama mengimbaukembali. Ain...
“Ain nak mintaizin abang. Ain nak buat abang cintakan Ain, sayangkan Ain. Bolehkan?”
Aku masih ingatkata-katanya dahulu. Dan sehingga nafasnya yang terakhir pun aku tak pernahmengucapkan kata-kata sayang kepadanya. Aku memejamkan mata. Terasa ada airmengalir di pipi. Patutlah Ain beriya-iya mengajak aku pulang ke kampung padaSabtu pagi. Patutlah Ain sibuk menyuruhku menggunakan jalan highway. Ya Allah,tangan ini yang telah membunuh isteriku sendiri.
***
Aku bangunsetelah hampir sejam aku duduk di sebelah pusara Ain. Dengan perlahan-lahan akubergerak ke kereta abah di tepi jalan dengan menggunakan topang. Mulanya abahbersama-sama denganku membacakan surah Yaasin untuk roh Ain. Tapi, selesai kamimembaca Yaasin, aku terus duduk untuk ‘berbual-bual’ dengan Ain dan abahmenungguku di kereta. Sewaktu aku melangkah, ada seorang wanita berdiri disebelahku.
“Is, I’m sorry...”
“Fiza,” pintasku.
“I minta maaf. I tak boleh terima you dalam hidup I. Kita tak boleh bersamasebab... sebab cinta I hanya untuk Ain. I tak kisah kalau you nak marah Isekalipun. Walaupun Ain dah tak ada, I hanya mahukan dia sebagai isteri I duniadan akhirat.”
Fiza terdiam mendengarkan kata-kataku. Aku terus melangkah ke kereta. Ain,abang sayang dan cintakan Ain sangat-sangat. Tapi abang sedar, tak ada gunanyalagi abang ungkapkan sekarang kerana Ain tak dengar pun. Silap abang tidakmenghargai Ain sewaktu Ain masih hidup. Abang janji, cinta abang hanya untukAin.
xxx
Dua dulu. Nanti saya post lagi ya. ^_^
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah..best cerpen ni dik!
Keep it up!
next enrty please
|
|
|
|
|
|
|
|
Hihi. Esok, insya Allah. ^_^
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada pun. Menulis suka-suka di blog je dulu. ^_^
|
|
|
|
|
|
|
|
sila tulis novel..
akak tengah intai2 ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kikiki. alhamdulillah, dah ada dua dah.
Suami Aku Ustaz dengan yang terbaru, Oh, My Prince!
|
|
|
|
|
|
|
|
laaaaaaaa....novelis rupanya...
welcome on board...
nama pena apa??
|
|
|
|
|
|
|
|
Hihi. Menulis suka-suka je kak.
nama pena Hannah Dhaniyah. tapi dah biasa guna aku_dia sejak dulu-dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ya ke....bernaung bawah sapa? KS???
kalau KS ..ada geng la cik Lady kita..
or kalau JS...ada geng la cik Aylanins kita..
Kalau nak cuba Ilham Pena...nanti Nicki ada geng
|
|
|
|
|
|
|
|
bawah KS. hihi.
cik Lady tu, sis Hana Ilhami kan?
perasan juga posting beliau sebelum ni. tapi intai2 dari jauh sajalah. hehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekejap ye.. tengah edit.
baca cerpen2 zaman kanak-kanak rasa tergelak sendiri. aduhai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaflah kalau ada kesalahan tatabahasa ni. Kebanyakan cerpen ditulis tahun 2009.
Cerpen 03 Oh, reunion!
‘Jadi tak datang? Ramai tanya kau mana’
Mesej Ira aku biarkan tak berjawab. Aku sendiri tak tahu nak pergi ke tak ke reunion kelas darjah 6. Ayah dengan mak berjalan ke Terengganu. Aku tinggal dengan Angah kat rumah. Malas hendak memenatkan diri ke negeri pantai timur itu.
“Angah, kau jadi pergi kenduri kawan kau tak? Ira mesej. Dia ada buat makan-makan untuk kelas aku darjah 6 dulu. Kau boleh hantar aku?” ujarku sebaik sahaja masuk ke bilik Angah. Aku memandang muka Angah dengan penuh harapan.Angah yang sedang mencari baju merenung aku. Aku mula cuak. Alamak! Dia marah ke?
“Kenapa kau tak bagi tahu awal-awal?” serius nada suara Angah. Tangannya kembali mencari bajunya.
Aku menelan air liur. “Aku ingat malas nak pergi. Tapi, Ira dah 2-3 kali mesej tanya aku.” Angah mengeluarkan sepasang baju kurung. Tanpa menoleh ke arahku, dia bersuara.
“Pergi siap. Aku hantar kau pergi rumah Ira. Nanti dah habis kenduri aku ambik kau.” Aku berjalan keluar dari bilik Angah. Yes!!!
Aku mengenakan blouse maroon berbunga kuning dengan seluar slack hitam. Hrm... Macam manalah rupa diaorang agaknya. Setelah tamat sekolah rendah, aku dan keluarga berpindah ke Kelantan kerana ayah dinaikkan pangkat. Ni pun balik semula ke Muar selepas ayah pencen. Suara Angah dari ruang tamu mematikan khayalanku. Selepas merapikan tudung, aku bergegas keluar.
***
Sebaik tiba di persimpangan rumah Ira, beberapa motosikal di hadapan rumahnya dapat kulihat. Macam ramai je. Aku terasa sedikit cuak bila membayangkan aku bakal berjumpa ex-classmate ku.
Angah memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah Ira. Aku membuka pintu kereta. Seorang budak lelaki yang kebetulan berada di motornya melihatku. Matanya bulat. Angah pergi selepas aku turun dari kereta.
“Hana?” budak tadi menegurku.
Aku tersenyum. “Siapa ya?” soalku kembali.
“Hei, ni Nazmilah. Kau tak kenal?” Lebar senyuman Nazmi melihatku.
“Erk! Hehe... Sorrylah. Dah lama tak jumpa. Tak perasan pulak. Kau baru sampai?” Aku melihat Nazmi dari atas ke bawah. Jauh beza. Hampir 6 tahun tak jumpa membuatkan aku langsung tak kenal dia!
“Yup! Jom masuk sama-sama,” ajaknya. Aku mengatur langkah bersamanya.
“Woi! Tengok tu... Hana datang dengan Nazmi. Wah! Wah! Nazmi, dalam diam kau ek?” satu suara menjerit dari dalam rumah sebaik sahaja kami memberi salam. Aku menoleh, melihat Nazmi. Nampak mukanya yang putih berubah menjadi kemerah-merahan. Pandangan aku alihkan melihat dalam rumah Ira. Usikkan dari Syafiq tadi tidak kulayan.
“Hana, kau datang jugak! Lama tak jumpa kau!” Ira muncul dari arah dapur. Aku bersalam dengan rakan perempuanku yang lain. Kemudian aku bergerak mendapatkan Ira.
“Mestilah aku datang. Dah kau keje mesej dengan missed call je kerjanya!” Ira hanya ketawa.
“Eh, pergilah makan. Nazmi, makanlah sekali. Ajak Hana ni hah. Makanan kat atas meja tu.” Tunjuk Ira.
“Kau dengan Nazmi je yang datang lambat. Yang lain dah lama sampai. Dah melantak dah,” kata Ira. “Eh, kejaplah. Aku nak tukar kuah sup. Kasi panas sikit. Baru sedap.” Ira kembali masuk ke dapur.
Aku mengambil sedikit nasi himpit dan mencedok kuah sup setelah ditukar Ira. Aku mengambil tempat duduk di atas sofa. “Semua datang ke?” soalku kepada Reen yang kebetulan duduk disebelahku.
“Tak jugak. Ada 2-3 orang yang tak dapat datang. Ada hal katanya,” jawab Reen. Aku terus berbual dengan budak-budak lain sambil makan. Berkongsi cerita tentang peristiwa selama 6 tahun ini. Sesekali aku turut berbual dengan budak lelaki. Dan setiap kali aku melihat Nazmi, pasti dia tertangkap sewaktu sedang merenungku.
Handset di dalam kocek bajuku berbunyi. Angah. Aku menjawab panggilannya. Selesai menjawab panggilan, aku berjalan menuju ke arah Ira yang sedang berbual dengan Nazmi.
“Sorry kacau kejap ya, Nazmi. Ira, aku dah nak gerak dah. Angah aku dah nak sampai,” kataku.
“Dah nak balik dah? Kejapnya. Aku ingatkan kau datang and balik dengan Nazmi tadi.”
“Banyaklah kau. Aku dengan Angah akulah.” Aku melihat ke arah jalan. Kereta Angah dah sampai.
“Oklah. Angah aku pun dah sampai. Aku balik dulu.” Aku bersalam dengan Ira. Kemudian aku bergerak ke arah rakan-rakanku yang lain untuk bersalam.
Sewaktu hendak melangkah ke pintu, aku tidak perasankan kaki Syafiq yang duduk melunjur. Dan dengan penuh dramatisnya, aku tersadung kaki Syafiq lalu terjatuh. Aku menyambar apa sahaja untuk berpaut. Rupa-rupanya Nazmi yang ketika itu sedang berdiri di pintu aku sambar dan dia terjatuh bersama aku. Argh! Malunya! Tiba-tiba ruang tamu yang riuh sebentar tadi menjadi sunyi sepi. Aku dan Nazmi menjadi tumpuan. Cepat-cepat aku bangun dan keluar. Tidak menoleh ke belakang lagi.
***
Aku memegang bibirku. Tiap kali aku terkenangkan peristiwa 6 tahun lalu, pasti aku termalu sendiri. Sejak dari peristiwa itu, aku sering melarikan diri rakan-rakanku. Malu bila peristiwa itu diungkit. Rezekiku mendapat straight A di dalam SPM telah melayakkan aku menyambung pelajaran di Australia. Dan kini aku bekerja sebagai tenaga pengajar di salah sebuah sekolah di Muar.
Semenjak dari peristiwa itu, aku langsung tidak bertemu dengan rakan-rakanku. Dengan Nazmi apatah lagi. Malu besar aku dibuatnya nanti walaupun sebenarnya tiada siapa yang bersalah aku rasa. Sapaan daripada seorang pelajarku mematikan khayalanku. Aku menoleh ke arahnya lalu tersenyum.
“Cikgu, cikgu free tak lepas sekolah? Saya ingat nak minta tolong cikgu hantar saya ke bandar. Nak beli barang untuk kelas,” sopan Yani bertanya.
“Saya free petang ni. Awak nak ke mana?” soalku kembali. Aku menyusun buku-buku essay pelajarku di atas meja.
“Nak ke Wetex. Nak pergi Tanjung Mas Bookstore. Boleh ya, cikgu?” Aku berfikir sekejap sebelum memberikan jawapan.
“Ok, awak tunggu saya kat kereta. Mungkin saya lewat sikit sebab ada kelas.” Aku memberikan kata putus. Selepas mengucapkan terima kasih, Yani menginggalkan ku.
“Jauh menung cikgu,” tegur Cikgu Fadhil sebaik sahaja Yani pergi. Aku mengalih pandang melihat Cikgu Fadhil. Mengangkat kening, bertanya.
“Tadi sebelum student awak datang, saya panggil 2-3 kali pun awak tak sedar,” ujarnya.
Aku hanya tersengih melihatnya dan tidak berkata apa. Lalu aku mengambil sebuah buku essay pelajarku untuk ditanda. Namun aku dapat merasakan yang pandangan Cikgu Fadhil tidak beralih sedikit pun. Alahai, tak selesanya. Aku mengangkat muka.
“Kenapa?” soalku.
Cikgu Fadhil menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Hai, tak faham aku!
Selepas habis sesi pembelajaran di kelas tingkatan lima, aku terus ke bilik guru. Berkemas. Kemudian aku ke keretaku. Aku lihat Yani dan Iza, rakannya sedang menungguku.
“Maaf saya lewat,” kataku.
“Jom.” Aku membuka pintu kerata lalu masuk ke dalam kereta. Setelah Yani dan Iza masuk ke dalam kereta, aku menghidupkan enjin dan bergerak menghala keluar.
“Saya tinggalkan awak kat sini. Pukul 2 kita jumpa di sini,” kataku sebaik sahaja kami tiba di Wetex. Yani dan Iza turun dari kereta.
Sementara menunggukan pukul 2, aku berjalan-jalan di sekitar Wetex. Dari satu kedai ke satu kedai aku singgah. Lebih kepada mencuci mata. Sewaktu aku masuk ke dalam Watson, mataku cepat menangkap seseorang yang sudah lama tidak ku jumpa sedang membelek barang. Aku menelan air liur dan memikirkan kewajaran aku menegurnya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menegur insan itu.
“Err, hai!” tegurku sebaik sahaja berdiri di sebelahnya. Lelaki itu menoleh sebaik sahaja melihatku.
“Hana!” dia sedikit terjerit. Aku tersenyum melihatnya.
“Lama tak jumpakan.”
“Ha’ah. Sejak reunion 6 tahun dulu aku langsung tak dengar cerita fasal kau. Aku tanya Ira pun dia cakap kau tak contact dia.” Wajahku sedikit panas bila Syafiq mengungkit kisah 6 tahun dulu walaupun dia tidak menyebut tentang peristiwa aku dengan Nazmi.
“Kau apa cerita sekarang?” Syafiq menyoalku.
“Aku mengajarkat sekolah menengah. Kau?” tanyaku kembali.
“Aku kerja kat KL. Ni kat Muar ni pun balik kampung. Eh, nak phone number kau. Nanti boleh kita contact-contact.” Syafiq menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
Seminggu selepas berjumpa dengan Syafiq di Watson, barulah Syafiq menghubungi aku. Bermacam-macam-macam kisah keluar. Kecuali kisah aku dan Nazmi.
***
Malam itu aku terjaga daripada tidur. Aku terasa badanku sejuk. Mimpi yang aku alami benar-benar menakutkan aku. Aku mencapai handset di tepi bantal. 3.30 a.m. Aku cuba untuk kembali tidur tapi tak berjaya. Lantas aku membelek-belek handsetku. Mebaca dan memilih mesej untuk dibuang.
Jariku terhenti menekan keypad handset bila tiba di nama Syafiq. Boleh dikatakan sejak 3 bulan lalu aku saling berhubung. Terasa bosan menunggu pagi dengan mata yang tidak mengantuk, aku memberi mesej selamat pagi kepada Syafiq. Tak lama selepas mesej dihantar, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Syafiq. Aik, mamat ni pun tak tidur jugak?
“Hello, assalamualaikum,” kataku sebaik sahaja talian bersambung.
“Waalaikumsalam. Kau tak tidur lagi?” soal Syafiq.
Aku bangun mendapatkan suis kipas. Ku perlahankan kelajuannya bila tiba-tiba terasa sejuk. “Tak boleh tidur. Aku mimpi entah apa-apa je tadi,” ujarku seolah-olah mengadu kepadanya. Aku terdengar suara Syafiq ketawa perlahan.
“Kau mimpi apa? Aku pulak mimpi dapat kahwin dengan kau.” Kata-kata Syafiq mengundang tawaku.
“Haha... Dalam nasib baik dalam mimpi je. Kalau betul-betul, tak sanggup aku.”
“Eleh, cakaplah macam tu. Sekali aku datang rumah kau, aku propose kau dan mak kau terima, baru kau tahu. Tapi untung apa kau kahwin dengan aku. Eh, aku tanya kau mimpi apa?”
“Aku mimpi kena kejar dengan ular kau tahu! Dah lah besar! Lepas tu bila dia dapat tangkap aku, dia belit badanku and patuk kaki aku. Peh, sampai sekarang aku terasa-rasa geli kena belit dengan ulat tu. Yaks...” Kuat ketawa Syafiq dapat aku dengar di corong telefon.“Woi, agak-agak lah nak gelak tu. Dah pukul 3 lebih ni kau tau!” marahku. Barulah ketawa Syafiq reda sedikit.
“Kau nak tau tak? Orang dulu-dulu cakap, kalau kau mimpi kena patuk ular, maknanya ada orang nak masuk meminang. Pada pendapat aku pulak, kalau ular tu besar macam yang kau cakap, mesti orang yang masuk meminang kau tu gemuk! Hahaha....” Ketawa besar Syafiq selepas mengenakan aku. Hai, kalau budak ni kat depan aku, dah lama aku ketuk dengan senduk!
“Dahlah kau. Kenakan aku pulak. Aku merajuklah dengan kau. Huh. Assalamualaikum,” nada suara aku buat ala-ala merajuk. Nak tengok apa agaknya Syafiq akan buat.
“Okay. Merajuklah. Waalaikumsalam,” balas Syafiq. Huh, boleh dia buat macam tu aje? What do you expect from him, Hana? Aku kembali meletakkan handset di sebelah bantal. Mataku dipejam. Cuba untuk tidur. Akhirnya aku terlena.
Setelah hampir seminggu aku ‘merajuk’ dengan Syafiq, akhirnya dia menghantar mesej kepadaku pada hari Jumaat. Mengajakku untuk berjumpa hujung minggu ni.
‘Kau nak turun Muar ke?’ tanyaku.
‘Yup. Aku nak belanja kau makan. Aku pun baru gaji. Lagipun nak pujuk orang yang tengah merajuk. Nanti aku inform nak jumpa kat mana.’ balas Syafiq.
Aku tersenyum membaca mesejnya. Masakan dia ingat aku benar-benar merajuk? Selepas aku sms dia alamat rumahku, aku kembali menyambung tugasku.
***
Akhirnya petang Ahad itu kami berjanji untuk berjumpa di KFC. Dah orang nak belanja, aku pun setuju ajelah. Setelah memakirkan kereta, aku mengatur langkah ke restoran itu yang letaknya bersebelahan pintu masuk Wetex. Mataku melilau mencari kelibat Syafiq dari pintu masuk ke restoran itu. Namun yang aku lihat hanyalah pelajar asrama yang keluar outing. Aku berjalan masuk ke dalam restoran itu. Aku ternampak seorang lelaki yang sedang membuang pandang keluar cermin melihat jalan raya yang sibuk. Lagaknya seperti sedang menunggu seseorang. Aku mengatur langkah mendapatkan lelaki itu. Yakin itu adalah Syafiq memandangkan tiada lagi lelaki yang duduk berseorangan.
“Hai, dah lama tunggu?” tegurku. Lelaki itu menoleh kepadaku. Aku menelan air liur.
“Nazmi???” Dan lelaki itu tersenyum.
to be continued..
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan cerpen 03
Aku membuang pandang melihat Sungai Muar di hadapanku. Selepas makan di Wetex, Nazmi mengajakku ke Tanjung Mas. Kami makan dengan perbualan paling sedikit. Sebenarnya aku masih keliru dengan apa yang berlaku sebenarnya. Waktu makan mataku sempat juga melilau mencari kot-kot Syafiq datang. Tapi hampa.
“Nah.” Nazmi menghulurkan air yang dia beli sebentar tadi.
“Thanks.” Aku menyedut air itu dengan straw yang disediakan. Air kelapa.
“Kenapa diam je? Sejak kita makan tadi Hana tak banyak bercakap. Kalau kat telefon rancak pula bercerita.” Nazmi memulakan perbualan. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku dan turut membuang pandang melihat ke arah sungai.
“Tak tahu nak cakap apa.” Lagipun terkejut bila terjumpa dengan awak sebab saya janji dengan Syafiq... Tambahku di dalam hati. Buih-buih di permukaan sungai aku tenung.
“Hana...” panggilnya. Menoleh ke arah Nazmi
“Sebenarnya, tujuan saya jumpa dengan Hana hari ni bukannya setakat nak belanja makan je.” Nazmi mengalih pandang ke arahku. Mukaku sedikit panas apabila Nazmi ralit memerhatikanku.
Tiba-tiba Nazmi berdiri dan melutut di hadapanku. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar. “Be my wife?” tanya Nazmi penuh pengharapan.
Dan lidahku menjadi kelu.
***
Badanku sedikit letih sejak pagi tadi. Aku berjalan menuju ke bilikku. Kamar yang dihias indah dengan warna biru-putih sungguh menenangkanku. Tanganku mencari tuala dari dalam almari. Selepas mengambil apa yang patut, kakiku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, aku mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat isyak. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, Nazmi masuk ke dalam bilik.
“Tunggu abang. Kita solat berjema’ah.” Nazmi melangkah ke dalam bilik air. Aku menyarungkan telekung dan membentangkan sejadah untuk aku dan Nazmi. Aku duduk di atas sejadah sementara menunggu Nazmi.
Selesai bersolat, aku menyalam tangan Nazmi dan Nazmi mencium dahiku buat kali kedua selepas akad nikah pagi tadi Wajahku sedikit panas dengan tindakannya. Aku bangkit sambil membuka telekung. Setelah meletakkan telekung di rak khas, aku menyambut sejadah yang dihulurkan Nazmi. Kemudian Nazmi menarik tanganku untuk duduk di birai katil.
“Boleh Hana tanya sesuatu?” soalku kepada Nazmi. Melihat Nazmi menganggukkan kepala, aku meneruskan kata-kata.
“Apa sebenarnya yang berlaku? Hana tak faham.” Nazmi tersenyum melihatku. Tangan kananku di capai.
Mana taknya aku tak faham. Lepas Nazmi propose aku kat Tanjung Mas, Nazmi membawaku pulang ke kampungku di Parit Jawa. Di kampung barulah aku tahu yang keluarga Nazmi telah datang ke rumahku minggu lepasnya untuk melamarku dan mak memberikan kata setuju tanpa pengetahuanku selepas Nazmi memberitahu mak aku yang aku telah tahu mengenai lamaran itu dan aku setuju. Aduhai, nasib baiklah aku tiada steady boyfriend lagi masa tu. Dua minggu lepas kami bertunang dan pagi tadi kami dinikahkan. Tak sempat aku nak bertanya apa-apa kepada Nazmi memandangkan dia sibuk bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Kami berhubung pun melalui sms dan itu pun sekadar bertanya khabar dan persiapan majlis pertunangan dan pernikahan.
Aku teringat sewaktu aku meminta Nazmi menemani aku ke rumah cikgu Fadhil untuk memberikan kad undangan perkahwinan minggu lepas. Cikgu Fadhil tersenyum je bila membuka dan membaca kad itu.
“Patutlah asyik berangan je sampai saya panggil 2-3 kali pun tak dengar. Rupa-rupanya teringatkan cik abang.” Sakan cikgu Fadhil mengusikku. Nazmi di sebelah tersenyum-senyum melihatku.
“Hana ingat lagi yang Hana jumpa Syafiq di Watson?” Nazmi menyoalku. Aku sedikit pelik dengan soalannya. Mana dia tahu?
“Sebenarnya, Syafiq housemate abang kat U. Dia tahu yang abang dah lama cari Hana sejak kita terjatuh dulu.” Mukaku sedikit merah bila dia membuka cerita 6 tahun dulu. Aku hanya diam untuk membenarkan Nazmi terus bercerita.
“Masa Syafiq dengan Hana tukar-tukar nombor, sebenarnya Syafiq bagi nombor abang.”
“Dan abang terus berlakon menjadi Syafiq?” lancar lidahku memanggil Nazmi abang.
“Bila masa abang berlakon jadi Syafiq? Cuba Hana cakap? Abang tak pernah cakap abang Syafiq,” katanya lagi.
“Tapi abang tak pernah kenalkan diri abang sebagai Nazmi.” Aku sedikit tak puas hati dengannya.
“Pernah tak Hana tanya? Tak, kan?”
Aku menarik nafas panjang. “Dah Syafiq yang bagi nomor tu. Mestilah Hana fikir yang contact Hana tu Syafiq.” Nazmi tersenyum. Tanganku di tangannya tak dilepaskan.
“Sebenarnya abang ada jugak terfikir nak cakap kat Hana. Tapi abang takut Hana akan larikan diri lagi. Hana tahu tak betapa susahnya abang nak cari Hana sejak 6 tahun dulu. Dah lah Hana tak contact Ira langsung. Abang tanya budak-budak lain pun diorang cakap tak tahu. Dan bila abang dah jumpa Hana, Hana ingat abang nak lepaskan je peluang tu? Tak mungkin Hana...” panjang lebar penerangan Nazmi. Aku terkelu. Dia cari aku. Kenapa?
“Tapi kenapa abang cari Hana? Kita dah cukup malu dengan kes kita dulukan. Dahlah Hana yang jadi penyebabnya.” Aku memandang wajah Nazmi.
“Sebab abang nak tuntut hutang kat Hana.” Serius nada suaranya.
“Hutang? Bila masa Hana ada hutang dengan abang?” soalku pelik.
“Ada...” balasnya.
“Hutang apa?” soalku lagi tak berpuas hati selagi aku tak tahu.
“Ingat apa yang berlaku masa kita jatuh dulu?” soal Nazmi tersenyum-senyum. Aku menampar lembut bahunya. Malu!
***
“Tak sangka aku dapat jumpa kau lagi.” Ira memelukku sebaik sahaja aku sampai di rumahnya.
“Kenapa kau tak contact aku langsung? Kau dah lupakan aku ye?” ada nada sedih dalam suaranya. Aku menepuk-nepuk bahu Ira.
“Bukannya dah lupa. Aku malu lah nak jumpa korang lepas kes tu,” terangku. “Eh, ramai ke yang dapat datang hari ni?” soalku kepada Ira.
“Insya-Allah semua datang. Mungkin ada yang bawak family kot,” jawapan Ira membuatku pelik.
“Siapa yang bawa family?”
“Hai cik kak ni, abang kau tak cerita ke yang Syafiq dah kahwin. Lagi, Aina, Reen dengan Lee. Semua tu dah kahwin. Syafiq tu kahwin masa tahun akhir kat U. Sekarang dah ada 2 orang anak dah.” Lincah tangan Ira menyusun makanan di atas meja. Hari ini sekali lagi kami akan berkumpul.
“Syafiq dah kahwin?” Aku terkejut dengan cerita Ira. Nasib baiklah yang mesej aku tu Nazmi. Kalau tak, mahu aku kena kejar dengan isteri Syafiq!
“Ha’ah. Tapi kau dengan Nazmi je lah yang kahwin dengan classmate.” Ira mengusikku.
Aku tersengih.
***
Reunion kali ini agak meriah. Tambah lagi dengan suara kanak-kanak yang bermain di laman rumah Ira yang agak lapang. Boleh dikatakan hampir semua rakan-rakanku datang. Mereka hanya tersenyum bila aku memberi tahu yang aku sudah berkahwin dengan Nazmi. Entah apalah yang diorang fikirkan agaknya.
“Abang,” aku memanggil Nazmi yang sedang berbual dengan Syafiq di laman. Nazmi menoleh dan melambaikan tangannya, memintaku datang kepadanya.
Aku mengatur langkah menuju kepada Nazmi. Dalam pada itu, kaki aku tersadung tunggul kayu yang tersembul keluar dari tanah.
“Ya Allah,” aku hampir tergelincir jatuh. Namun sempat aku menarik baju Nazmi. Peristiwa 6 tahun dulu berulang kembali bila elok je aku jatuh dengan Nazmi. Nazmi memelukku kejap. Sekali lagi kami menjadi perhatian. Aku dan Nazmi sama-sama bangun. Aku membersihkan bajuku yang ada kesan rumput. Nazmi turut melakukan perkara yang sama. Mukaku panas kerana malu.
“Ooooo....” sorakan daripada ex-classmate ku membuatkan aku berdiri di belakang Nazmi. Nazmi menarik tanganku supaya aku berdiri di sebelahnya.
“Nazmi, pegang tangan Hana kuat-kuat. Nanti dia lari lagi,” usik satu suara.
“Hana takkan lari lagi dari aku. Aku dah ikat dia,” balas Nazmi. Wajahku di pandang sayang.
“Hana nak malu apa lagi. Kita dah kahwin dah pun,” bisik Nazmi perlahan di telinga kananku. Hai... Kenapalah tiap kali reunion aku mesti terjatuh? Tapi reunion jugaklah yang menemukan jodohku dengan Nazmi. Oh reunion! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerpen 04 Dan sebenarnya
“Kau cuti berapa lama?” Hasif bertanya kepada aku sewaktu dia datang ke rumahku kelmarin.
“3 bulanlah. Apahal?” Tanyaku kembali.
“Kau nak kerja?” Hasif memandangku. Bercahaya matanya.
“Kerja apa?” soalku sambil aku menuangkan air ke dalam cawannya.
“Kerani. Office aku nak orang ni. Tapi kontrak la. 3 bulan. Kerani yang selalu cuti bersalin. Kau guna SPM kau,” terangnya.
Aku meletakkan kembali teko berisi kopi ke dalam dulang. “Nanti aku tanya ayah. Dia tak bagi aku kerja sebenarnya.”
***
“Boleh ya ayah?” soalku penuh mengharap.
Ayah mengalihkan muka daripada suratkhabar yang dibacanya. Dia menghela nafas panjang.
“Suka hati kamulah. Yang penting jaga diri.” Akhirnya ayah memberikan kata putus. Mak pula tak kisah sangat kalau aku nak kerja. Ayah je yang susah sikit nak pujuk.
Aku tersenyum. “Itu ayah jangan risau. Tempat tinggal semua dah ada. Hasif carikan. Mungkin sewa bilik je kot.”
“Hrm…” balas ayah tak berminat. Matanya kembali menatap surat khabar. Aku bingkas bangkit. Memberitahu Hasif keputusanku.
***
Hari pertama bekerja sebagai kerani tak lah teruk sangat. Aku terpaksa menukarkan telefon nokia N73 kepada 3310 dan memakai baju kurung ke tempat kerja bagi menampakkan ‘kekampungan’ aku dan ‘kesusahan’ hidupku. Mana tak nya, masa temuduga semalam, aku cakap aku nak guna duit sangat-sangat sebab ayah sakit. Ya Allah, mintak simpanglah ayah sakit! Huhu...
“Hai!” baru je aku membongkok untuk menghidupkan komputer, satu suara dah menegurku.
Aku mengangkat muka. Siapa pulak ni? Aku tayang muka innocent. Kemudian aku kembali menunduk. Ahah!
“Boleh saya tolong?” tegur suara itu tadi apabila melihatkan aku terkial-kial hendak menggunakan word.
“Tak apa. Terima kasih,” kataku ringkas. Aku membuang pandang ke arah meja Suzi da hadapanku. Tekun Suzi membuat kerjanya. Insan disebelahku masih tak berganjak.
“Err, Suzi? Macam mana nak buat table?” soalku. Suzi mengangkat muka daripada kerjanya.
“Fatin, you guna apa? Kalau nak buat table, I sarankan guna excel. Lebih mudah,” panjang lebar Suzi mengajarku. Eheh, saje je. Kalau tak, tak nampak lah yang aku ni budak kampung!
Lelaki itu masih lagi terpinga-pinga melihatku. Agaknya dalam fikiran dia, perempuan ni kolot benar, ke? Nak buat table pun tak reti? Aku tertawa dalam hati. Melihatkan aku tak mengendahkan kehadirannya, lelaki itu melangkah pergi. Barulah rasa tenang debaran kat dada ni. Kalau tak, rasa semacam aja.
Waktu lunch, aku dan Suzi berjalan bersama ke kafe. Tengah hari itu, aku hanya memilih nasi berlaukkan ikan goreng dan masak lemak bayam. Sebaik sahaja aku duduk, wajah lelaki tadi berlegar-legar di mindaku.
“Suzi,” panggilku. Suzi memandangku dengan kening terangkat.
“Siapa yang yang berdiri sebelah meja Fatin masa Fatin tanya Suzi nak buat table?” soalku berhati-hati. Suzi tersenyum.
“Oh, Aliff? Dia tu engineer kat sini. Handsome kan? Ada iras-iras Fahrin Ahmad kan?”
“Fahrin? Siapa tu?” Artis ke? Aku mana tahu sangat hal artis-artis ni.
“Lah, Fahrin pun you tak kenal? Peliklah you Fatin.” Suzi kembali meneruskan kunyahannya.
Pelik tak peliklah Suzi. Dah memang aku macam ni. Aku tersenyum dalam hati. Kami sambung makan tanpa perbualan. Tak lama kemudian, aku terasa ada seseorang duduk di kerusi sebelahku. Dadaku kembali berdebar. Debaran yang sama seperti Aliff berdiri di sebelah mejaku.
“May I join you all?” tegur satu suara yang arahnya datang dari sebelahku.
Nak tanya apa lagi? Dah duduk pun. Takkan aku atau Suzi nak halau pulak! Rungutku di dalam hati. Aku tidak memberikan sebarang reaksi.
“Silalah, lagipun I dengan Fatin berdua je.” Suara Suzi mencecah gegendang telingaku. Erm...
“Oh, Fatin ya nama kawan you?”
Aku diam tak berkutik. Khusyuk meneruskan kunyahanku.
“Sombong ya dia?” soal Aliff kepada Suzi. Tapi, lebih menyindir aku.
Aku menoleh ke kananku. “Ya? Ada apa-apa masalah, encik?”
Aliff tersenyum-senyum. “Aliff Haikal. Panggil sahaja Aliff.” Aliff meletakkan sudu garfu lalu tangan kanannya disuakan kepadaku. Aku hanya membiarkan tangannya disambut angin lalu.
Keningku terangkat sebelah. “Maaf ya, bukan muhrim.” Aku kembali memandang nasi yang tinggal separuh. Walhal, kat jantung dah macam kat tekak!
Dari hujung mata aku memerhatikan Aliff. Ingin melihat reaksinya apabila ‘salam persahabatan’ daripadanya tidak ku sambut. Aliff seolah-olah terkejut melihatku. Mesti selalu bersalam dengan perempuan. Hai... Kadang-kadang aku terfikir? Kenapa orang yang kerja profesional macam ni ambil ringan je hukum agama. Tapi aku tahu, tak semua macam tu.
***
Minggu seterusnya berjalan seperti biasa. Aliff pula selalu juga menebeng kat mejaku. Cuma aku je yang buat tak sedar yang dia ada. Banyak lagi kerja yang aku boleh buat. Kalau dia bertanyakan sesuatu, aku hanya membiarkan Suzi yang menjawab bagi pihak aku.
Petang itu aku menunggu Hasif seperti biasa. Memang sejak hari pertama bekerja aku pergi dan balik dengan dia. Sedang aku duduk di perhentian bas, sebuah kereta BMW E 46 berhenti betul-betul dihadapanku. Kemudian cermin di tempat penumpang sebelah pemandu diturunkan.
“Hai,” tegur Aliff.
Aku memandang ke arah lain. Terdengar suara perempuan lain yang membalas teguran Aliff. Aku ketawa dalam hati. Aliff terpinga-pinga memandang perempuan itu.
“Fatin, awak tunggu siapa? Mari, saya tumpangkan awak,” pelawanya. Aku memandangnya. Pelik. Selalunya tak pernah-pernah aku nampak dia waktu balik. Kenapa hari ni terjumpa pula?
“Tak apa. Terima kasih. Kebetulan, kawan saya dah sampai.”
Aku menarik nafas lega bila kereta Waja milik Hasif menonjolkan diri. Bingkas aku bangkit dari duduk lalu berjalan mendapatkan Hasif. Nasib baik Hasif datang tepat masanya. Kalau tak, macam mana lah aku nak larikan diri daripada Aliff. Dekat dengan dia membuatkan aku tak keruan!
***
Masuk bulan kedua aku bekerja, aku semakin serasi dengan syarikat ni. Mungkin lepas gradute aku boleh apply kerja kat sini? Tapi...
“Hai!” tegur satu suara.
Tapi... sanggup ke aku kerja sekali dengan mamat ni? Aku mengangkat muka memandang Aliff di hadapan ku. Mamat ni tak de kerja ke? Asyik menebeng kat meja aku je. Kata engineer?
“Hai,” balasku tak berminat. Aiseh, apahal hati aku berdebar sebagai nih?
“I nak tanya sikit boleh?” soal Aliff tiba-tiba.
Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya.
“Apa hubungan awak dengan Hasif?” soalnya.
“Apa punya jenis soalan tu?” soalku kembali.
“Soalan tentang hati dan perasaan,” jawabnya selamba.
Eheh, apa punya jawapan da.
“Kenapa? Ada beri awak masalah ke?” Aku memandang Aliff. Dia mengangguk.
“Ada. I pelik. I yang kerja bagus ni you tak layan. Dia yang kerja technician je boleh bawak you balik. Huh, mantap! Dia guna-gunakan you apa?” sinis sekali kata-katanya.
Ek, eh mamat ni. Suka-suka dia je nak mengutuk orang. Apa? Technician tu tak standard ya? Dia tak tahu, kalau technician tak ada susah hidup dia. Yang dia tahu mengarah je.
Aku tak membalas kata-katanya. Pertama kali aku rasa sungguh geram dengan mamat ni. Bajet bagus sangatlah! Aku membiarkan Aliff yang berdiri di hadapanku. Kerjaku yang terbengkalai kusambung. Melihatkan aku tidak melayannya, Aliff mendengus marah sebelum pergi.
***
Hari ni hari terakhir aku kat sini. Final sem pun nak start minggu depan. Huh, akhirnya berjaya jugak aku mengharungi saat-saat terakhir kat sini. Aliff sejak kes dia tanya pasal Hasif tu, terus aku tak layan. Senyum pun tak. Tak kuasa aku nak melayan orang yang perasan bagus ni.
Aku menyiapkan kerja seperti biasa. Disebabkan hari ni hari terakhir, aku terpaksa pulang lewat sedikit. Kunci office memang sudah aku minta daripada bos.Bos suruh aku pak cik jaga bila hendak pulang nanti.
“Fatin, you tak apa ke sorang-sorang ni?” Suzi menyapaku. Lagaknya sudah bersiap untuk pulang.
Aku tersenyum. “Tak apa. Bukannya lewat sangat pun. Mungkin dekat pukul 7 malam nanti Fatin balik.”
Suzi berjalan merapatiku. Sebaik sahaja aku bangun, tubuhku dipeluk.
“You jangan lupakan I ya. Nanti contactlah. Lepas ni kalau I teringin nak makan ikan Patin, I datang kampung you ya?” katanya.
Aku tergelak. “Eh, datanglah. Tapi beritahu Fatin dulu. Takut Fatin tak ada nanti.”
“Okaylah, I pergi dulu. Husband I dah tunggu tu. Bye. Take Care.” Sempat Suzi melambaiku sebelum melangkah pergi.
Keadaan office yang agak sunyi membuatkan aku terasa sedikit seram. Laju sahaja aku menyiapkan kerjaku. Akhirnya kerjaku siap apabila aku melihat jam menunjukkan pukul 6.45 petang. 1 jam 45 minit aku kerja overtime hari ni. Selalunya tepat pukul 5.00 petang akulah yang sibuk siap nak balik.
Aku mengemas barang-barangku memandangkan esok aku tidak akan datang ke sini lagi. Selamat tinggal mejaku. Selamat tinggal officeku. Selamat tinggal Aliff! Aku melangkah ke lobby office dengan sebuah senyuman. Baru je aku berjalan melepasi sofa, aku terasa satu tangan memeluk pinggangku dan membaringkan aku di atas sofa. Spontan aku terjerit.
“Aliff?! Apa ni?” terkejut beruk aku bila melihat Aliff berdiri di sebelah sofa.
Aliff tersenyum penuh makna melihatku. Jantungku sudah berdegup laju. Aku cuba untuk bangun tetapi Aliff lebih cepat mengambil tindakan. Dia terus baring menindih badanku, membuatku tidak dapat bergerak walau sedikit pun. Tangannya menanggalkan tudung yang ku pakai. Rambutku yang separas bahu terlepas mengurai. Aku sudah mula tak sedap hati.
“Eh, apa ni Aliff?! Tolonglah, Fatin nak balik. Jangan buat Fatin macam ni,” air mataku sudah mula bergenang. Ya Allah, selamatkanlah aku!
“Heh, selama ni kau tak layan aku kan? Hari ni jugak aku akan buat kau layan aku! Kau tu yang berlagak sangat Fatin! Aku layan kau elok-elok kau sombong sangat!” Tangan Aliff sudah ligat mengusap wajahku. Aku menjadi semakin takut. Argh, lelaki ini! Tangan dan badanku terkunci dalam pelukannya. Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi pintu utama di buka.
Cepat-cepat Aliff bangun. Tangannya meraup wajahnya. Aku terkelu apabila melihat dua orang anggota polis dan beberapa orang lelaki berserban melangkah masuk ke dalam lobby. Alif mengemaskan bajunya dan aku cepat-cepat mengambil tudung untuk menutup kembali rambutku.
“Assalamualaikum,” tegur salah seorang daripada mereka sambil menghulurkan tangan.
“Wa’alaikumussalam.” Aliff menjawab salam lalu menyambut hukuran itu. Mulutku menggumam menjawab salam. Wajah ayah dan mak dah berlegar-legar di fikiranku. Terasa masa depanku musnah!
“Encik dengan cik ni suami isteri ke?” tanya lelaki itu. Perlahan-lahan Aliff menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada orang lain di sini?” soalnya lagi. Sekali lagi Aliff menggeleng-gelengkan kepala.
Melihatkan gelengan Aliff, lelaki itu menggelengkan kepala. “Minta kad pengenalan kamu berdua.” Kemudian dia menulis sesuatu di atas sehelai kertas sebaik sahaja kami memberikan kad pengenalan kami.
“Saya minta maaf. Kamu berdua terpaksa mengikut kami ke memandangkan kamu berdua berdua-duaan di tempat sunyi dan menimbulkan syak.” Aku melepaskan keluhan. Kemudian mataku menjeling ke arah Aliff. mendongkol rasa marah di dalam dada. Aliff menayangkan muka selamba tanpa sedikitr pun riak bersalah.
tbc... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|