|
Edited by r1122 at 24-11-2015 09:37 AM
Trscccc
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Al-Quran, disebut Iblis tu dari golongan JIN.
Surah Al-Kahfi, ayat 50 |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam tafsir Ibn Kathir, sumber berkaitan nama Azaazil adalah dari sumber Israiliyyat.
Azaazil merupakan nama satu/seekor Jin beriman, dia diangkat ke status Al-Mala-il A'la (malaikat-malaikat yang tinggi)
Namun dia (Azaazil) jadi kafir kerana sombong dan takabbur dan engkar kepada perintah Allah. Maka namanya pun bertukar kepada Iblis (jauh dari kebenaran: Iblis) |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa ketua-ketua ahli tariqat yang haq tak berforum sangat....
Yang berforum mungkin ada yang betul-betul ahli tarikat, mungkin ada yang hanya sekadar pakai nama tarikat...
Saya bukan nak pertikai tarikat atau makrifat, tapi saya menyampaikan apa yang saya tahu benar bila ada maklumat yang salah atau kurang tepat disampaikan. Kalau saya ada bawa maklumat yang salah, boleh bincang dan perbetul balik. Saya berlapang dada.
Apa pun, teruskan bagi sesiapa yang berminat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bicarakan ini, (keterangan di bawah) pada pandangan makrifat dan bukan pada mempertikaikan siapa iblis siapa malaikat..
Ada seorang pemandu kereta, bila sampai di satu simpang jalan, pemandu tersebut memberi isyarat kekiri dan terus belok ke kiri. pada pandangan syariat pemandu itu melakukan perkara yang betul tapi pada pandangan makrifat pemandu tersebuat telah melakukan satu kesalahan yang besar sehingga melayakkannya dimasukkan kedalam neraka...bicarakan pada pandangan makrifat
aku buat contoh peristiwa izazil itu supaya pembaca faham, sebab keterangan perbuatan pemandu kereta diatas pada pandangan logik adalah tidak salah..tapi pada pandangan makrifat perbuatan itu sebaliknya(di sertai dengan niat)
Pandangan saya:
Ilmu yang dikatakan Ilmu 'Makrifat' jika ia benar-benar rahsia, mana mungkin dapat dijelaskan dengan logik akal manusia.
Hukum di dunia tertakluk kepada hukum zahir. Yang tersirat tu kita serahkan kepada Allah
Syariat dan Makrifat itu selari, bukannya bertentangan antara satu sama lain. (Mungkin ada ahli tarikat yang nak bantah, sila jelaskan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok.
Saya nak tahu penjelasan tuan berkaitan:
tapi pada pandangan makrifat pemandu tersebuat telah melakukan satu kesalahan yang besar sehingga melayakkannya dimasukkan kedalam neraka...bicarakan pada pandangan makrifat
Apakah kesalahan tersebut yang melayakkannya masuk neraka, menerusi kefahaman ilmu makrifat tuan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Berminat dgn topik ni, tapi takde pengetahuan mengenai makrifat ini.
Mengapa daripada pandangan makrifat, pemandu tersebut telah melakukan kesalahan besar? Apakah pandangan makrifat itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
r1122 replied at 25-3-2015 12:04 PM
Bukan semua pemandu yang memberi isyarat ke kiri lepas tu belok kereta kekiri itu adalah satu kesalahan besar..perbuatan itu bergantung pada niat..inilah makrifat..balasan adalah bergantung kepada niat, bergitu juga iblis, mereka tidak melakukan sesuatu secara terang-terangan sebaliknya berselindung disebalik perbuatan yang nampak baik..contohnya seperti beri isyarat kereta itulah..
Macam tak kena penjelasan tu.
Dalam Al-Quran, telah JELAS Iblis ENGKAR perintah Allah. Walaupun Allah Maha Mengetahui, tetap Allah tanya kenapa Iblis Engkar? Dan Iblis beri jawapannya, sebab dia rasa dia lebih mulia, padanya tak wajar Allah perintahkan makhluk yang lebih mulia untuk memberi hormat kepada makhluk yang lebih hina (manusia).
Hikmahnya pertanyaan Allah itu untuk dizahirkan kepada semua makhluk lain di Langit (malaikat), bahawa Iblis memang JELAS satu makhluk yang ENGKAR kepada Allah. Bahkan sampai dia bersumpah untuk sesatkan anak Adam. Ini dinukilkan dalam Al-Quran.
Ada lagi penjelasan yang lebih kuat tak? Pasal kesalahan pemandu tu yang dikira sangat besar sampai layak masuk neraka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahu saudara sudah sampai tahap mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
r1122 replied at 25-3-2015 12:20 PM
kamu tak faham penjelasan aku sebab kamu lemah...sebab itu pada ayat diatas itu aku mengalu-alukan ketua tarikat atau orang yang makamnya sudah sampai ke tahap fanabillah atau baqabillah..
Wah... kamu ni KETUA TARIKAT MANA yang tahu segala isi hati aku? Dah fanak kah?
Baru-baru ni ada la satu nick yang kononnya 'handal' ilmu makrifat forum kat sini, dia kata ramai rakyat Kelantan Terengganu akan masuk neraka.... pastu bila diminta dalil dia tak dapat beri... berpusing-pusing di sebalik hujah pokok gharqad....tak lama lepas tu dia padam balik segala posting dia... dan dia pun dah senyap...
Sekarang timbul newbie baru register bulan Mac 2015, buka isu makrifat... masuk neraka... hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 25-3-2015 12:31 PM
r1122 replied at 25-3-2015 12:20 PM
Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
Sungguh benar kata-kata Imam Syafi'i.
Sila bawa dalil kamu jika jika kamu BENAR. Ilmu Makrifat mana yang kamu dapat hingga kamu boleh dapat tahu siapa yang selayaknya masuk neraka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 25-3-2015 01:33 PM
Sebab tu saya dah kata, kalau Ilmu Makrifat tu benar-benar rahsia Allah, mana mungkin kita boleh jelaskan. Biarlah Rahsia Allah itu tetap Rahsia Allah.
Contoh yang saudara beri tu senang sangat dipatahkan dengan hujjah Al-Quran. Itu bukan Ilmu Makrifat pun.
Berkaitan Ilmu Makrifat, atau Ilmu Ladunni yang sesetengah tarikat suka sangat guna istilah ladunni...
Khidir AS bunuh seorang budak, ada disebut dalam Al-Quran. Dan Nabi Musa AS pertikai Khidir AS bunuh budak tu.... sebab Nabi Musa tidak diberikan Ilmu apa yang akan terjadi pada budak tu dan kepada kedua-dua orang tuanya.
Hebatnya Nabi Musa AS ni dia seorang Rasul dari kalangan Rasul yang Ulul Azmi, dan diberi gelaran Musa Kalimullah (yang dapat berkata-kata TERUS dengan Allah). Akan tetapi ilmu makrifat/ladunni berkaitan perkara ghaib tertentu diberi kepada Khidir AS, tidak diberi kepada Nabi Musa.
Adakah Khidir AS lebih tinggi darjat berbanding Nabi Musa AS? Tidak. Ilmu Khidir AS bukanlah untuk disyariatkan, bukan untuk disebarkan, bukan diberitakan sehingga sampai waktu yang sesuai akan dizahirkan ilmu yang macam tu... itu ilmu yang bukan untuk disebarkan. Tiada keutamaan dalam Islam yang kononnya perintah untuk pelajari ilmu-ilmu yang 'rahsia' (ilmu ghaib), sekalipun jika Khidir AS hadir pada zaman sekarang. Khidir AS tidak pernah minta Musa untuk ikutnya, dan dia (Khidir) tidak juga mempunyai pengikut. Tidak seperti Nabi Musa dan Nabi-Nabi lain yang mempunyai pengikut yang ikut seruan Nabi masing-masing.
Siapalah kita atau ketua-ketua tarikat yang boleh claim dapat ilmu makrifat? Lepas tu boleh beri penjelasan syurga neraka tanpa berpandukan Al-Quran dan Sunnah (menerusi jalan syariat)?
Ilmu Makrifat yang diterima ialah yang ikut jalan syariat (menerusi Al-Quran dan Sunnah/Hadith). Yang selain dari itu, tiada jaminan itu betul-betul ilmu makrifat, boleh jadi tipu daya Iblis Syaitan. Macamana nak selamat dari 'ilmu' yang mungkin menyesatkan? Kena saring dengan Al-Quran dan Sunnah....
Kisah Khidir AS tu dari Al-Quran dan Sunnah, maka kisah itu diterima. Dan kita menyakini ilmu Khidir AS ilmu yang benar, walaupun pada zahirnya kita tidak dapat terima dengan akal yang normal (kerana tidak tahu berkaitan apa yang akan berlaku pada budak yang dibunuh itu sekiranya dia tidak dibunuh).
Kalau ada orang klaim dapat ilmu makrifat macam Khidir AS, lalu bunuh seorang budak, adakah kita nak percaya? Tentu sekali kita tidak percaya. Kita hanya percaya kisah Khidir AS yang disebut dalam Al-Quran dan Sunnah, bukannya dakwaan mana-mana orang lain. Kalau percaya dan sebarkan pula, apa akan terjadi kalau ada pula orang lain yang percaya? Mungkin akan jadi masalah, bunuh budak dikira tidak bersalah sebab dakwa dapat wahyu/ilmu tentang masa depan budak tu????
Tentunya lebih banyak fitnah akan berlaku, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
3 golongan pandangan ..
مبتادي mubtadi
متواسط mutawasit
منتهي muntahi
pandangan pertama ..
pandangan kedua ..
pandangan ketiga ..
- syariat
- tarikat
- hakikat
- makrifat
pandangan ketiga bahagian tasauf kesempurnaan ugama ..
syariat .. jalan
tarikat .. mula jalan
hakikat .. tunjuk jalan
makrifat .. penghabisan/perhentian jalan
ini yang d'katakan semua terhimpun tersusun menjadi ..
syariat Nabi
tarikat Nabi
hakikat Nabi
makrifat para Nabi
ada tiga bentuk tingkatan
1. syariat
2. makrifat
3. hakikat.
merujuk pada bentuk tingkatan yang kamu persoalkan d'atas ..
apabila seoarang hamba itu makrifat pada Nabi
dengan menunaikan syhadat ..
اَشْهَدُاَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
اَشْهَدُاَنَّ مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
maka terhimpun tersusun kesemua ini ..
dengan kehendaknya kalimah tauhid ..
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
- syariat
- tarikat
- hakikat
- makrifat
ini d'namai syariat Nabi yaitu
syariat yang mempunyai Nabi
maka terjadi Nabi makrifatUllah ..
dengan menjadi kalimah rasul ..
مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
secara menguna kalimah takbiratulikhram
الله اكبر
oleh itu dengan makrifat ..
maka sesaorang itu akan mengenal hakikat sebenar nya ..
apa dan siapa sebenar nya DIA ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ
Hai manusia,
إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحً۬ا
sesungguhnya kamu telah bekerja dgn sungguh² menuju Tuhanmu,
فَمُلَـٰقِيهِ
maka pasti kamu akan menemui-Nya
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ
Adapun orang yang d'berikan kitabnya dari sebelah kanannya
فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابً۬ا يَسِيرً۬ا
maka dia akan d'periksa dengan pemeriksaan yang mudah
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Crystal_Apple at 25-3-2015 04:41 PM
Info yang bagus untuk di kongsi!Makasih yer TT! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan dan melaksanakan hukum syariat, inilah yang dinamakan TARIKAT atau disebut dalam bahasa arab ialah TAREKAH. Tarikat dari segi bahasa ialah jalan. Ingin diulang lagi agar lebih jelas.
Apabila seseorang telah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu syariat, lalu dia meLAKSANAKAN atau BERAMAL dengan ilmu syariat tersebut, maka itulah yang diertikan dengan TARIKAT. Melaksanakan atau beramal dengan syariat.
Oleh itu apabila seseorang menjalankan atau melaksanakan hokum syariat dengan bersungguh-sungguh, setiap suruhan Allah sama ada yang wajib dan yang sunat dilaksanakan sungguh-sungguh. Setiap larangan Allah sama ada yang haram atau yang makruh ditinggalkan sungguh-sungguh. Maka mereka telah dikatakan telah BERTARIKAT.
|
|
|
|
|
|
|
|
Contoh kes...dari pandangan makrifat
kes yang sama berlaku pada zaman dahulu sebelum penciptaan adam..dikalangan malaikat..pada pandangan malaikat yang ramai-ramai itu, izazil adalah seorang malaikat muqarabbin, iaitu malaikat yang sangat banyak ibadahnya,sangat tinggi kedudukannya tapi pada pandangan makrifat, izazil adalah iblis..pada masa itu terdapat satu rumour yang mengatakan ada seseorang dari mereka(malaikat) akan tersingkir dan menjadi iblis, semua malaikat tersebut termasuk izazil sendiri tak percaya yang izazil sebenarnya adalah iblis..
situasi seperti contoh di atas yang telah berlaku kepada izazil telah berlaku lagi sekarang di malaysia..
pada akhir zaman berlaku satu fitnah yang amat-amat dasyat...iaitu satu fitnah besarnya yang tidak pernah berlaku lagi sejak penciptaan alam..lebih besar fitnahnya dari peristiwa tersingkirnya izazil menjadi iblis, fitnah ini sedang berlangsung sekarang di malaysia...ini lah akhir zaman.. sila bincangkan
Boleh berikan rujukan berkenaan cerita yang diquote? Nama kitab?
Dan apa hubungannya dengan ayat berikut:
Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!! Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. (QS. Al-Kahfi: 50)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tak mahu dalam kegelapan saya bertanya. Dan berharap bukan alasan untuk tak jawab yang diberi. |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullah
Uncle bukanlah nak cakap besar.
Tapi , malas la nak sembang tentang Mak Rifat ni.
Uncle kenal drp kecil..Mak Rifat, Pak Rifat...Rifat ni dia selalu kalah main lastik getah masa kecik dulu....kami semua duduk satu kampung!..
Eh..cerita apa ni...
sory...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|