CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6713|Reply: 45

[Tempatan] Harga baru gas memasak akan diumum hari ni

[Copy link]
Post time 8-3-2015 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 9-3-2015 02:34 PM

KUALA PILAH - Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.
   
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.
   
Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.
   
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.
   
"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.  
   
"Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd di sini, hari ini.
   
Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.
   
Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat
tersebut.
   
"Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini," katanya.
   
Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya menyasarkan untuk menubuhkan sebanyak 16,000 koperasi di seluruh negara menjelang tahun 2020.
   
Pada masa yang sama, aktiviti koperasi juga akan dipelbagaikan dan keanggotaannya meliputi hampir keseluruhan lapisan masyarakat.
   
"Adalah diharapkan sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat dewasa akan menjadi anggota koperasi. Akhirnya, menjelang tahun 2020, koperasi dijangka berjaya menjadi entiti yang mampu berdiri dan bersaing dengan sektor swasta dalam pasaran terbuka.
   
"Ini bermakna, koperasi akan menjadi entiti perniagaan yang produktif, efisyen dan kompetitif serta berupaya menyumbang secara signifikan kepada keluaran dan pembangunan negara," katanya.
   
Mengikut rekod, sehingga 30 Jun 2014, terdapat 11,450 koperasi di seluruh negara dengan 7.2 juta anggota, syer (RM13.34 juta), aset (RM112.5 bilion) dan
perolehan (RM17.4 bilion). - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 01:47 AM | Show all posts
nak nangis sangat dah rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 02:18 AM | Show all posts
Kau masak jer lar dgn unggun api, jimat

[img=320,240]http://cdn1-[/img]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 05:04 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 9-3-2015 02:18 AM
Kau masak jer lar dgn unggun api, jimat

[/img]

guna solar cooker laa


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Muslim perasan tinggal di sebuah negara Al-Birr
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 05:52 AM | Show all posts
lebih 50 taun...rakyat bantu hemno memerintah...ekonomoney negaro.......yahooooo!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2015 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita gumbira buat macai2 penjilat bijan @Anak_Nogori @magnus @d'zeck lepas ni boleh la masak ala berkhemah guna unggun api gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku menyampah bila deme kata 'rakyat didahulukan'. Setakat ni..ada 1 @ 2 perkara je yg mendahulukan rakyat. Selebihnya menekan rakyat yang masih lagi cuba untuk survive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 07:48 AM | Show all posts
rase mcm merangkak di gurun mencari setitik air.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 07:53 AM | Show all posts
nak naik lagik...
adoiiiii..sengsara sungguh ..
masak kat cahaya matahari je la..free...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 08:01 AM | Show all posts
"Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya.


mcm bodoh je statement ni kata 16 tahun harga gas tak pernah naik..aku rasa 3 tahun lepas gas dah naik dah...

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 08:28 AM | Show all posts
Edited by gaara_X at 9-3-2015 08:29 AM

terima kasih.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:15 AM | Show all posts
LPG ni bukan ke bahan buangan jer..kat kerteh tu yang dibakar sampai api julang2 tu ni la gas LPG..so asal jual mahal2? patut LPG ni jual murah2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 09:24 AM | Show all posts
owh ini perstrukturan harga....bkn naik. ppprrgffftthhh.






(ntah ntah turun kot esok?)




APA2PUN....SHABBAT SHALOM~!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 10:52 AM | Show all posts
ouhh.. yeke.
pasni masak guna microwave jela kot.

ke bil letrik pon naik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 10:56 AM | Show all posts
dah umum belum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 11:59 AM | Show all posts
"Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar [quote]RM26.60
bagi tong 14 kilogram.[/quote]

aku rasa rega LPG nie dah lebih rm30.. kat tempat aku dah rm29...ye ker tak pernah dikaji? takkanlah peniaga sengaja nak naikkan rega? barang kawalan pulak tu..

hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la minyak naik,lpg pn naik
Mcm mn menteri ni wat kempen penurunan harga klu smua dh naik..ke menteri lain yg buat kempen 2
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 12:11 PM | Show all posts
Time nak naikkan harga mesti akan cakap "sudah xx tahun tidak dikaji" atau "masih kekal sejak xx tahun". Tak boleh bagi reason yang bijak sikit ke?  Macam analisis untuk justify kenaikan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 12:32 PM | Show all posts
So makna nya naik ke turun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.733501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list