CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2419|Reply: 1

2015 Civic Type R Pemegang Rekod Terbaru Nurburgring!

[Copy link]
Post time 6-3-2015 11:48 AM | Show all posts |Read mode


Honda telah menjanjikan kereta berprestasi tinggi terbaru 2015 Civic Type R untuk memecah rekod sebagai kereta front-wheel-drive terpantas di Nurburgring. Nampak gayanya kata mereka itu sememangnya bukan omong kosong. Kereta tersebut telah berjaya memecah rekod dengan margin catatan masa yang ketara!
Honda mengatakan versi pembangunan kereta turbo terbaru mereka itu yang dikuasakan oleh enjin 2.0-liter VTEC Turbocharged 306HP dan 400Nm tork itu berjaya membuat catatan masa 7 minit dan 50.63 saat. Kereta yang memegang rekod semasa bagi kategori front-wheel-drive di Nurburgring ialah Renault Megane RS 275 Trophy-R yang membuat catatan masa 7 minit dan 54 saat.
Walaupun kereta yang digunakan itu adalah versi pembangunan prototaip, Honda mengatakan yang kereta itu menggunakan talaan enjin, sistem suspensi, kotak gear, ekzos, brek dan pakej aerodinamik yang serupa dengan versi produksi 2015 Civic Type R. Perbezaannya hanyalah dengan membuang sistem penghawa dingin dan ditambah dengan roll cage.
Catatan masa itu dibuat pada bulan Mei tahun lalu dan hanya didedahkan sekarang dengan pendedahan penuh versi produksi kereta 2015 Civic Type R tersebut di Geneva. Honda turut menyampaikan hasrat mereka untuk membuat ujian semula di Nurburgring pada tahun ini dan mengharapkan rekod catatan masa yang lebih baik bagi kategori kereta produksi front-wheel-drive.
Jom kita layan video di bawah ini yang menunjukkan catatan masa kereta tersebut di litar Nurburgring!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 04:04 PM | Show all posts
Memang cantik dan canggih rekabentuk Type R.... power plak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179784 Replies : 4073
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22417 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73370 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7478 Replies : 82
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14794 Replies : 100
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5558 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 1.447148 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list