View: 13921|Reply: 66
|
Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?
[Copy link]
|
|
Edited by obelisk at 16-2-2015 10:11 AM
DrMAZA.com
30 mins ·
Alhamdulillah..mengikuti sunnah Nabi s.a.w.
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/10989227_10153148149347990_5511237698587804946_n.jpg?oh=d52e0c187f2508b44d7649dbfd882904&oe=55497FD8&__gda__=1431183805_836c9ea577fd47d948d30838f41d78ee)
....
Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?
Ini jawapannya, berdasarkan hadis dan fatwa Imam asy-Syafi'e.
Dalam kitabnya al-Umm 3/318, Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata:
وَأَكْرَهُ الْمَأَتِمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحَدِّدُ الْحُذْنَ وَ يُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ مَعَ مَا مَضَى مِنَ الأَثَرَ.
Dan saya membenci berkumpul-kumpul (dalam kematian) sekalipun tanpa diiringi tangisan kerana hal itu akan memperbaharui kesedihan dan memberatkan (menyusahkan) tanggungan (keluarga si mati) serta berdasarkan atsar yang telah lalu.
Dalam kitabnya al-Majmu’ 5/290 Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) menukilkan perkataan pengarang kitab asy-Syamil sebagai berikut:
وَأَمَّا إِصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ فَلَمْ يُنْقَلْ فِيْهِ شَيْئٌ وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.
Adapun apabila keluarga si mati membuatkan makanan dan mengundang manusia untuk makan-makan, maka hal itu tidaklah dinukil sedikit pun dan ia adalah bid’ah yang tidak disukai.
Imam Abu Ishaq asy-Syairazi asy-Syafi’e rahimahullah berkata:
وَيَكْرَهُ الْجُلُوْسُ لِلتَّعْزِيَةِ، لِأَنَّ ذَلِكَ مُحْدَثٌ وَالْمُحْدَثُ بِدْعَةٌ.
Di antara bid’ah yang sangat dibenci adalah duduk-duduk untuk ta’ziyah kerana hal itu adalah muhdats (hal baru yang diada-adakan) dan muhdats itu adalah bid’ah. [al-Muhadzdzab 1/39]
Kenduri arwah menyerupai tradisi masyarakat Jahiliyyah?
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَرْبَعٌ فِيْ أُمَّتِيْ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُوْنَهُنَّ الْفَخْرُ فِيْ الأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِيْ الأَنْسَابِ وَالاسْتِسْقَاءُ بِاالنُّجُوْمِ وَالنَّيَاحَةُ.
Empat perkara yang dilakukan oleh umatku yang berasal daripada tradisi jahiliyyah yang belum mereka tinggalkan: Berbangga-bangga dengan keturunan, mencela keturunan, mempercayai hujan turun berdasarkan ramalan bintang dan meratapi kematian. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 934]
Termasuk perbuatan “meratapi kematian” dalam hadis di atas adalah berkumpulnya umat Islam di rumah seorang yang ditimpa kematian walaupun bukan tujuan meratap. Berkata salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anh:
كُنَّا نَرَى لاِ جْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيَّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النَّيَاحَةِ.
Kami (para sahabat) memandang berkumpul di rumah keluarga yang ditimpa kematian dengan membuat makanan termasuk dalam perbuatan meratap. [Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Shahih Sunan Ibn Majah, no. 1612]
Riwayat di atas dikuatkan lagi dengan atsar berikut:
حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ مَالِكِ بْنِ مِغْوَلٍ، عَنْ طَلْحَةَ، قَالَ: قَدِمَ جَرِيرٌ عَلَى عُمَرَ، فَقَالَ: " هَلْ يُنَاحُ قِبَلُكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ ؟ قَالَ: لَا " قَالَ: " فَهَلْ تَجْتَمِعُ النِّسَاءُ عندَكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ وَيُطْعَمُ الطَّعَامُ؟ قَالَ: نَعَمْ "، فَقَالَ: " تِلْكَ النِّيَاحَةُ "
Telah menceritakan kepada kami Waki’, dari Malik bin Mighwal, dari Thalhah, dia berkata: Jarir mendatangi ‘Umar, lalu dia (‘Umar) berkata : “Apakah kamu sekalian suka meratapi mayat ?”. Jarir menjawab : “Tidak”. ‘Umar berkata: “Apakah di antara wanita-wanita kamu semua suka berkumpul di rumah keluarga mayat dan makan hidangannya?”. Jarir menjawab : “Ya”. ‘Umar berkata: “Hal itu adalah sama dengan niyahah (meratapi kematian).” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 2/487]
Berkata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah dalam kitabnya al-Mughni 3/496-497 (cetakan baru ditahqiq oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Muhsin at-Turki):
فأما صنع أهل الميت طعاما للناس فمكروه لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنيع أهل الجاهلية.
Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram). Kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat saya, org yg menulis artikel ni kurang jujur dalam menterjemah dalil2 dan hujah Imam Syafie.
Contoh, perkara yg makruh tidak haram dan dlm situasi tertentu dibolehkan.
Pembaca perlu difahamkan isu yg ditonjolkan dlm artikel ni bukan part bacaan tahlil tapi part berkumpul dan jamuan makan yg secara keseluruhannya dipanggil kenduri arwah/majlis tahlil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembaca artikel ni juga perlu diberi gambaran siapakah mereka2 itu yang betkumpul dan asas pada jamuan tersebut.
Bila latar belakang hadith pd zaman itu tak disebut, maka jadilah literal sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh, amalan tradisi arab jahilliyah bila sedara merk meninggal:
1. Ada sekumpulan peratap upahan datang berkumpul
2. Ada sedara dari segala ceruk daerah akan datang bermalam di rumah si mati berhari2, berminggu2, berbulan2.
DAN mereka ni la yg memaksa2 tuan rumah buat hidangan berlambak2 bagai pesta selagi tak habis amalan2 tradisi pre and post funeral. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tuduh tt tak jujur lak.. Mcm mcm la si baulu ni nak menunjuk pandai.. Riak sungguh..
Ok pe yg tt tulis.. Saya faham ape yg tt nak sampaikan... Tak berlagak tak mengumpat
Tak menunjuk pandai..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la tt menerangkan pasal ni.. niat die baik.. bsangka baik saja lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by baulu at 16-2-2015 08:14 AM
Datinaishah replied at 16-2-2015 06:21 AM
Dah tuduh tt tak jujur lak.. Mcm mcm la si baulu ni nak menunjuk pandai.. Riak sungguh..
Ok pe ...
Jadi, boleh datin bagi hujah balas tak bagi masalah isi kandungan artikel supaya penulis artikel dpt faham kenapa artikel dia bermasalah? Atau datin terima secara seadanya?
Saya ada alasan utk mengatakan artikel ini mengelirukan, sama ada secara sengaja atau tidak oleh penulisnya.
Refer post #3 & #4. Kalaulah hadith ni diambil secara literal, silap hb ahli keluarga yg nk minum air kosong masa mesyuarat harta pusaka pun tak boleh.
Oh, penulis artikel ni tak semestinya TT.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn laaa mare baulu oiii..sifat amarah tuu sifat siapa..
Takkan le baulu nak ikut dia kan...
Pergi ambik wuduk redakan kemarahan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. Kita harus bersangka baik... Tak perlulah nak tulis kurang jujur ke..
Kita perlu jujur dgn sendiri dahulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
stuju datin.. kdg kite pun x jujur dgn diri sndiri..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pula dalam isu tahlil arwah..... tidak gemar melakukannya ramai-ramai, tidak pula saya tolak jika saya terima undangan
Dan jika amalan TAHLIL di Malaysia dikatakan amalan MERATAPI KEMATIAN, saya TAK SETUJU. Bila dikatakan meratapi kematian, lalu diletakkan dalil-dalil bida'ah meratapi kematian, ini merupakan tindakan yang MEMECAH-BELAHKAN umat.
Bagi saya, tidak salah melakukan tahlil, apa yang saya kurang gemar ialah selalunya keluarga si mati diberatkan dengan urusan jamu orang makan..... orang Melayu pula kalau tak jamu makan, akan jadi sendu... jadinya jamu makan tu bukan untuk upah orang meratapi kematian, tapi untuk ajak orang BERDOA...
Kepada yang nak buat, pada saya tak salah. Pada yang takmau buat, janganlah buat TUDUHAN yang lebih-lebih sampai menyamakan TAHLIL macam panggil orang meratapi kematian.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat saya, org yg menulis artikel ni kurang jujur dalam menterjemah dalil2 dan hujah Imam Syafie.
saya setuju dengan baulu.. artikel ini masih belum lengkap elaboration nya..
amalan kita bkn utk meratapi tapi menghadiahkan tahlil tersebut.. yang penting niat kita & jgn sesekali menyusahkan waris si mati..
Dah tuduh tt tak jujur lak.. Mcm mcm la si baulu ni nak menunjuk pandai.. Riak sungguh..
Ok pe yg tt tulis.. Saya faham ape yg tt nak sampaikan... Tak berlagak tak mengumpat
Tak menunjuk pandai..
artikel ni x salah pun betul tapi spt baulu ckp pun betul.. lgpun baulu bkn la tuduh begitu.. xnampak mcm baulu nak tunjuk pandai..cuma nak tambah elaboration nya.. mtk maaf kalau salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
topic ..
Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?
yang memberi membuat comment bukan TGNA ..
tak taulah kalau tt dapat sms dari kubur .. haha
mungkin d'dalam FB ..
ahli keluarga arwah ada sebab² tertentu ..
mungkin kerana banyak ketaksuban ..
or susah nak layan dan uruskan .. beribu jemaah yang hadir ..
tapi tt ada check tak .. kat masjid ..
ada buat tahlil tak ..? hehe
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
topic ..
Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?
jangan terkeliru d'atas konsep tahlil dan kenduri ..
kedua entiti ini berbeda .. tidak sama ..
bagi saya yang daifa .. berpandangan ..
menghalang pun tidak ..
menyokong pun tidak ..
dengan erti kata ia adalah perkara 'Harus'
tapi ingin saya memberi sedikit kupasan
pandangan saya yang daifa ini .. insyAllah ..
moga dapat pencerahan dari kekeliruan ..
Dari Abu Hurairah r.a,
bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ
Jika seseorang meninggal dunia,
انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ
maka terputuslah amalannya kecuali drpd 3 perkara drpd(yaitu):
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
sedekah jariyah,
وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ
dan ilmu yang d'manfaatkan,
وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
dan anak yang sholeh do’a untuknya
(HR. Muslim no. 1631)
Selain dari doa anak² yang soleh/solehah terhadap ibubapanya,
doa antara sesama kaum muslimin pun bermenfaat untuk si mati ..
Ini berdasarkan kepada dalil firman Allah Taala berikut ..
59. Al Hasyr : 10
وَٱلَّذِينَ جَآءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ يَقُولُونَ
Dan orang² (Islam) yang datang kemudian drpd mereka (berdoa dengan) berkata:
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا
Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami
وَلِإِخۡوَٲنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَـٰنِ
dan dosa saudara² kami yang mendahului kami dalam iman
وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا
dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
غِلاًّ۬ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang² yang beriman.
رَبَّنَآ
Wahai Tuhan kami!
إِنَّكَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
jadi doa anak yang soleh ..
so kalau anak itu faham dan beliau ada sahabat muslim mukmin ..
beliau mengumpulkan secara berjemaah ..
dan membuat doa secara tahlil ..
saya rasa itu perkara yang baik dan afdal ..
tidaklah salah secara apa yang dalil d'atas itu .. menerangkan ..
kerana doa berjemaah lebeh kuat dari bersendirian ..
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Empat perkara yang dilakukan oleh umatku yang berasal daripada tradisi jahiliyyah yang belum mereka tinggalkan: Berbangga-bangga dengan keturunan, mencela keturunan, mempercayai hujan turun berdasarkan ramalan bintang dan meratapi kematian. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 934]
HAK NI BETUL BETUL BIDAAH....CARA JAHILLIAH.. |
|
|
|
|
|
|
|
SEBENARNYA ARTIKEL NI PERLUKAN LEBIH PENJELASAN... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by baulu at 17-2-2015 08:37 AM
NorAddin replied at 16-2-2015 04:13 PM
salam
topic ..
Saya pun setuju dgn pendapat ni. Ada la dlm sehari dua lepas sy terperasan dlm newsfeed fb saya ada update yg mengatakan family depa bukan x buat tahlil tp setakat private/ family level saja.
Kalau berdasarkan pengalaman saya dgn sedara2 di Perlis, tahlil ni (kalau layak dipanggil tahlil) hanya sbg pembuka majlis nk discuss hutang piutang dan rete arwah pd mlm lepas dikebumikan. Adala doa spy pahala bacaan disampaikan pd arwah.
Makan ada, ye la, kang masuk angin pulak. Lagipun, dah time dinner. Kopi ada nk jamu tetamu yg dok tolong urus rete arwah masa hidup.
Basically, tahlil tak begitu penting tp way forward sb memasing dok jauh2, kena cepat2 capai consensus esp on harta/ hutang matters.
Selalunya, pewaris rete ni bg je duit kat masjid surau, nak buat apa, up to them, niat dlm hati masing2 la.
Wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
maka marilah kita memanggilnya 'majlis urus urusan jenazah'---
kerana memang ada keperluan--- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Daripada kenyataan wasiat tgna, saya andaikan tt membentang lebih daripada satu isu yg bercampur aduk yg menjadi persoalan dan sedikit kekeliruan kepada pembaca.
Isu2 ini elok disusun tarik satu persatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahlil itu sendiri tidak diamalkan dan disunnahkan.
Kenapa? Pada pandangan saya, hikmah dan logiknya tahlil tidak diadakan TERUTAMA di rumah keluarga si mati adalah kerana sebab: yg telah tt petikkan dalam artikel di atas.
Iaitu
1. Membebankan keluarga si mati (perlu memasak/ catering dan mengeluarkan wang untuk menjamu tetamu)
2. Menyedihkan lagi keluarga si mati akan teringatkan hal kematian si mati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|