"SAYA tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan saya tidak pernah membalas "khabar baik, bro"," kata Malique dalam satu kenyataan di laman rasmi syarikat rakaman beliau, Qarma Musiq, 1 Februari lepas.
Malique atau Malique Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow selepas lagu 'Apa Khabar' kerana menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini.
Malique juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyokong pembabitan 'dirinya' dalam lagu 'Apa Khabar'.
Melalui kenyataan ringkas tersebut, Malique turut 'menghargai' jika dia hanya dikaitkan dengan Qarma Musiq dan karier solo beliau sebagai Malique Ibrahim.
"Buat masa ini, saya tidak berminat untuk menghidupkan semula Too Phat atau membalas kepada mana-mana lagu yang dikatakan berkaitan dengan diri saya," tegas Malique.
bila aku baca statement malique ni mmg rasa sesuatu sangat. dulu aku ni peminat tegar too phat .siap pernah lepak skali la .mmg dulu malique bawak kancil je macam lagu apa khabar joe tu .sedih dah jadi cmni. macam mana someone yang sangat glamer boleh hidup menyepi cmni.takkan takde pic dgn famli tersebar kat mana mana. ni takde lansung ok !
masa die kawen kat Bali dulu ade je Joe datang... i guess malique ni humble... nak pokoss kat family kot... anak pompuan die siyes cantik...mcm muka wife die Maureen