CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8654|Reply: 98

[Tempatan] Only in Jay bee sehh - Labu gergasi jadi bahan puja jawa totok

[Copy link]
Post time 17-1-2015 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bellaa at 17-1-2015 10:21 AM

Johor Bahru: Kebun milik seorang mak andam di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, di sini, kini menjadi perhatian selepas tiga pokok labu air yang ditanam mula berbuah dan bersaiz besar.


Amira Mukri, 53, berkata, tiga biji labu gergasi yang terdapat di kebunnya itu berukuran kira-kira satu meter panjang dan seberat tujuh kilogram setiap satu.


Bagaimanapun, dia kecewa apabila labu gergasi berkenaan dipuja oleh segelintir kaki nombor ekor tanpa kebenaran keluarganya kerana percaya ia memiliki kuasa luar biasa iaitu membawa rezeki.


Menurutnya, dia dan ahli keluarganya terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki pada awal pagi minggu lalu berkumpul dan membakar kemenyan di kebun yang terletak bersebelahan kediamannya.


“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun berkenaan sejak dua tahun lalu dan labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.


“Beberapa penduduk datang ke kebun kami untuk merakamkan gambar kerana menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” katanya.




AMIRA menunjukkan labu air di kebun milik keluarganya di Kampung Melayu Majidee.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2015 10:21 AM | Show all posts
seram sehh tengok muka mak andam tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:23 AM | Show all posts
Amboi makcik, mentang2 reporter mari... kemain lagi pegang buah sayuran tu pun semacam jer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:24 AM | Show all posts
Amboi mak andam ke kebun labu air sambil memakai baju kurung moden kaler ungu berkain lace..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mak aii betul2  ke ni bella? semacam je gaya posing dirapatkan ke labu yang panjang dan keras itu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:28 AM | Show all posts
pemilik tu nk buat video clip dgn labu ke? bukan main lagi baju n mekap dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah agak dah bila tgk gambar tu. Mesti mak andam jugak kena bahan. Wakaka. X boleh blah siap pakai baju ngandam dia siap post kat dlm kebun nun. Jabtan pertanian x check ker kenapa buah labu dia boleh jd besar mcm tu. Aku pun kalo besar mcm ni leh ilang selera mkn aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:48 AM | Show all posts
boleh jadi gambar novel berjudul mak andam gersang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 10:51 AM | Show all posts
Sungguh suggestive aksi gambar tersebut

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:57 AM | Show all posts
cannot go btol posing makcik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Labu ni sedap masak apa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 17-1-2015 11:00 AM
Labu ni sedap masak apa

masak air la..masak dgn pucuk labu tu jgak..taruk ikan bilis..bwg merah..dan lada itam..org jawa masak air paling suka. masak lemak putih pun sedap..

bab masak je tau aku ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 17-1-2015 11:05 AM
masak air la..masak dgn pucuk labu tu jgak..taruk ikan bilis..bwg merah..dan lada itam..org jawa m ...

Yg tu labu kuning kan kak.kalu labu hijau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:11 AM | Show all posts
Kalau tengok nama Amira Mukri tu rasanya orang banjar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 17-1-2015 11:07 AM
Yg tu labu kuning kan kak.kalu labu hijau ni?

oo ya aa..kompius jap. labu ijau ni tk byk kegunaan mcm labu kuning.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 17-1-2015 11:11 AM
Kalau tengok nama Amira Mukri tu rasanya orang banjar..

Amira dlm arab maksud putri.banjarnya tang mukri ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 11:20 AM | Show all posts
rospinki replied at 17-1-2015 11:17 AM
oo ya aa..kompius jap. labu ijau ni tk byk kegunaan mcm labu kuning.

bagi je kat missnigga...

pasti ada 1001 kegunaan dia boleh reka...bentukkan labu itu..


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:21 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 17-1-2015 11:20 AM
Amira dlm arab maksud putri.banjarnya tang mukri ke

Yap.. Mukri tu biasanya orang banjar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:22 AM | Show all posts
Dah kenapa labu pun nak di puja...sekali pandang mak andam ni iras mona fendy
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaki nombor ekor ni semua nk dipuja...
Kalau najis tu boleh bagi nombor, najis pun nk dipuja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.427050 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list