View: 9484|Reply: 61
|
[Tempatan]
Trend pemutihan segera, punca dan akibat
[Copy link]
|
|
NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
11 Januari 2015
PEMUTIHAN kulit cara cepat sehingga menimbulkan kemudaratan bukan lagi cerita baru. Ceritanya telah lama bermula dan sering menjadi sinetron berulang bagi kebanyakan wanita.
Malangnya, ia tidak menjadi peringatan, bah kan semakin banyak pula produk pemutihan muncul di pasaran. Jika tiada permintaan, mustahil adanya penawaran. Maka tidak keterlaluan jika saya mengatakan demi kecantikan, kaum wanita tak pernah serik selagi tidak berlaku apa-apa kepada diri sendiri.
Di negara kita, bukan tidak terdapat pusat rawatan, klinik kecantikan atau klinik pembedahan plastik yang diasaskan sendiri oleh doktor-doktor dan pakar estetik bertauliah. Ironinya, masyarakat lebih mudah terpengaruh dan terdedah dengan hidangan dan lambakan iklan prosedur murah yang ditawarkan agensi luar negara menerusi internet.
Meski pun berita-berita mengenai kesan sampingannya turut sama hangat dihidangkan di media massa, pengajaran terhadap kisah itu belum cukup menjadi teladan dan peringatan kepada masyarakat.
Krim pemutihan tanpa pengawasan
Kulit kusam bukan bererti anda tidak sihat. Kecantikan itu subjektif bagi setiap mata yang memandangnya. Jerawat atau perubahan tona warna pada kulit wajah merupakan indikator terhadap kandungan protein dalam kulit, hal ini untuk memberitahu anda mengenai tahap kebersihan yang telah anda kenakan kepada wajah.
Penyelesaiannya bukan mengambil pil, produk atau suntikan pemutihan. Itu jalan singkat. Sebaliknya dapatkanlah nasihat dan pandangan mereka yang lebih pakar di bidang ini.
Pernah dengar mengenai Hydroquinone? Ia adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik.
Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone (kekuatan dua peratus) kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor.
Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan dua peratus. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.
Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya.
Ia boleh menyebabkan proses depigmentasi (proses di mana pigmen dibuang dan menyebabkan kulit menjadi cerah). Proses depigmentasi ini adalah proses akibat melanin pada kulit dihakis.Tanpa melanin, kulit kita menjadi lemah dan tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini di mana kebanyakan krim pemutihan berfungsi untuk membuang melanin agar lebih cantik dan putih. Padahal hakikatnya melanin diperlukan untuk melindungi wajah kita daripada radiasai matahari.
Logam berat
Begitu juga dengan logam berat seperti raksa yang terdapat dalam produk kecantikan untuk pemutihan. Raksa boleh berkumpul dalam sel bawah kulit dan berpindah ke sel dan organ lain di dalam tubuh. Lebih cepat kulit kita menerima kesan pemutihan, lebih tinggi bahan pemutih dalam produk tersebut.
Tidak dinafikan peningkatan krim pemutih wajah di pasaran tanpa pengawasan adalah disebabkan tingginya permintaan oleh kaum wanita itu sendiri. Sesetengah wanita berpendapat putih itu cantik.
Berfikir dan bertindaklah dari sekarang kerana kesannya untuk jangka masa panjang amat berat. Mungkin anda boleh bertukar kepada kaedah alami seperti penggunaan buah-buahan.
Buah betik contohnya dipercayai sebagai buah yang bermanfaat untuk kulit wajah dan tubuh manusia di samping melancarkan pencernaan. Jadikan betik yang bercampur aloe vera sebagai masker untuk memutihkan wajah sebagai kaedah alami bagi menggantikan kaedah krim pemutih yang mengandungi bahan terlarang ini.
Ciri-ciri mudah mengenal pasti krim berbahaya?
Untuk mengelakkan anda mengaplikasikan krim pemutih berbahaya di wajah kesayangan anda, perhatikan ciri-ciri mudah berikut agar kita sama-sama dapat mengelakkan kesan mudarat:
1. Warna krim berkilat - Perhatikan krim pemutih wajah yang anda pakai. Jika terlalu berkilat, dikhuatiri mempunyai pewarna berhahaya.
2. Tiada label - Krim tanpa label adalah ciri-ciri mudah untuk mengesahkan bahawa krim yang anda beli dan gunakan itu tidak diiktiraf oleh mana-mana doktor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. bau yang menyengat - Krim yang berbau kuat seperti pewangi biasanya bercampur dengan perfum untuk menyembunyikan bau logam berbahaya yang terkandung dalam krim tersebut.
4. Krim kasar dan merah ketika digunakan - Krim terasa kasar ketika digunakan dan menyebabkan muka terasa perih serta memerah ketika digunakan atau ketika terkena cahaya matahari. Ia menunjukkan wajah anda telah mula mendapat kesan atau kulit anda sudah mula menipis. Hentikan penggunaan krim tersebut. Karena biasanya krim yang mengandung bahan-bahan berbahaya akan menimbulkan efek negatif bagi wajah, seperti rasa terbakar, perih, merah-merah, dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 11-1-2015 01:13 PM
Klinik kat opis I tu ada menawarkan rawatan.botok..memutihksn kulit dan macam2 lagi untuk kecantikan tapi bukan pembedahanla...hanya suntikan
Buat apa nak cantik kalau masa depan kesan nya bertambah buruk untuk fizikal luar an dan dalaman....kalau baik okla buat rawatan..contoh..boleh mencegah penyakit merbahayaseperti kanser dan sbgnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan produk2 memutih ni telah masuk ke pasaran malaysia ini, pengasas2 produk tersebut sendiri yg menjadi duta atau jurucakap produk tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya nak menulis kat hp ni |
|
|
|
|
|
|
|
putih ni flawlesssss katanya |
|
|
|
|
|
|
|
ank dara akak kulit gelap noor,abang n adik(lelaki) ikut akak fair.
selalu ingatkan dia tak payahlah terpengaruh nak memutihkan kulit
sbb banyak kesan sampingan.sekarang ni pun dia dah ada duit sendiri
still akak ingatkan tiada keperluan pun buat benda tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 11-1-2015 01:17 PM
ank dara akak kulit gelap noor,abang n adik(lelaki) ikut akak fair.
selalu ingatkan dia tak payah ...
Kulit gelap melayu bukan gelap mana....dan cantik ja i tengok gadis2 yang kulit sawo matang ni kak....
Noor pernah tgk beberapa kali perempuan bermuka pelik hasil dari suntikan botok depan mata....tak lawa langsung...malah pelik ya amat |
|
|
|
|
|
|
|
kulit putih cantik...
kulit hitam xcantik...
lumrah alam... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade kawan dok komplen minum aurawhite berbotol2 pun tak putih2. aku rasa mcm nk tegur je 'dah ko tu keturunan mamak mmgla dh mcm tu gen nye' tp tak sampai ati je |
|
|
|
|
|
|
|
senang jah....tepek je tepong gomak. kompom putih.
eeee...dah hitam, hitam la. hitam pun manis ape mcm dayang senandong. |
|
|
|
|
|
|
|
x pernah berani nk cuba produk pengelupasan ni, gluta ke atau apa2 produk seangkatan.... baik beli yg mmg selamat macam bioessence ke... safi ke... dah berpuluh tahun kt pasaran... kalau dah mmg keturunan gelap... telan la 1 lori pun produk pemutih ni... nanti akan gelap balik.... |
|
|
|
|
|
|
|
hitam itu menawan!
kalu takat putih tapi kusam
eeeeewwwww.......... |
|
|
|
|
|
|
|
gigihnya nk jadi putih..apa hitam x cantik ke??
standard kecantikan mentaliti dunia ke 3 |
|
|
|
|
|
|
|
Akak pulak pakai bedak sejuk aje dari dulu, kini dan selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hampa bygkan ummah cina yg putih tu pun gigih cari poduk pemutih inikan pulak ummah yg berkerak..lg gila nk cpt putih... |
|
|
|
|
|
|
|
Aurawhite, puteh qu puteh barulah putih tu sume menipu ja kalo dah gen DNA kulit gelap, tak blehnye nak jd putih |
|
|
|
|
|
|
|
telan vitamin c jela.. makan buah sayur.. nnt kulit tu nmpak la cerah sikit.. tp kalo dh gelap cm negro nun tak dapek den na nulun... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah nak putihkan muka sgt laaa...sekali tgh leher ngan tangan itam bekerak jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tanye nk menyelit jap..
Sapa tgk iklan bedak chriszen tu..
Model die tu Nyah ke tulen ye...
Baideway bedak chriszen tu katanya ada gluta yg boleh putihkn wajah..
Teknologi korea somemore..
Nnt sapa pakai leh fefeeling kpop gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama2 jadik cam kulit babi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|