View: 8791|Reply: 65
|
[Jenayah]
Penderaan Haiwan Paling Terbesar Di Malaysia Di Dedahkan
[Copy link]
|
|
Hampir 100 ekor haiwan berjaya diselamatkan dari sebuah banglo di Subang yang dipercayai menjadi tempat kes penderaan haiwan ‘paling besar dan paling teruk’ di negara ini setakat ini.
Kesemua haiwan itu dikurung di dalam sangkar yang sempit, kawasan sekitar yang busuk dan tidak terurus malahan dipenuhi dengan bahagian terpakai kereta.
Semalam, sepasukan polis bersama ahli-ahli Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia (PHBM) menyerbu ke kawasan itu untuk membanteras kegiatan yang dilakukan iaitu pembiakan haiwan secara haram.
Kira-kira 80 ekor anjing yang ditemui di banglo itu, ada yang dikurung di dalam sangkar dan ada yang dikurung bersama tiga ekor kucing, dua ekor angsa dan beberapa ekor burung, ayam serta ungka.
Memetik laporan Mstar Online, bau najis haiwan ketika serbuan terlampau busuk.
Antara baka anjing yang diselamatkan ialah jenis Shih Tzu, Poodle, Pomeranian, Bull Dog, Pit Bull dan Bull Terrier.
“Ini adalah kes yang paling besar dan paling teruk yang pernah saya uruskan kerana ia melibatkan begitu banyak haiwan.
“Saya telah melihat kira-kira 20 anjing atau lebih dibiakkan secara haram. Tetapi saya tidak pernah mendengar ia dilakukan dengan skala sebesar ini, ” kata Presiden PHBM Puspa Rani.
Menurut beliau, haiwan yang dikurung ada yang luka dan tidak boleh berjalan, ada yang buta dan banyak yang kekurangan zat, tidak mempunyai sumber makanan dan air bersih serta memerlukan rawatan secepat mungkin.
Puspa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang berikutan maklumat orang ramai di Facebook mengenai kawasan tersebut.
“Saya akan membuat laporan lain dengan Jabatan Perhilitan dan Jabatan Veterinar supaya mereka dapat menjalankan penyiasatan ke atas perkara ini,” katanya.
Anak anjing Pedigree yang dibesarkan di kawasan seperti itu boleh dijual sehingga RM1,000 seekor katanya.
Puspa percaya bahawa pemilik banglo, seorang mekanik berusia 52 tahun dan isterinya juga terbabit terhadap spesies haiwan yang dilindungi yang mungkin memerlukan dokumentasi daripada pihak berkuasa hidupan liar.
“Monyet adalah spesies yang dilindungi dan saya syak beberapa burung juga,” katanya.
Pemilik dan isterinya telah memberikan kerjasama setakat ini dengan menyerahkan haiwan kepada kumpulan itu.
Pendera haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Haiwan.
Hukuman untuk menjaga spesies yang dilindungi tanpa lesen yang sah adalah denda sehingga RM50,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
http://www.utaranews.com/2014/12/penderaan-haiwan-paling-terbesar-di.html |
|
|
|
|
|
|
|
ya rabbi..
kurus kering binatang tu dibuatnya
kejam kejam |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh physco nye pemilik ni laki bini! Mental giler.... |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya..
sampai keding haiwan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi manusia yg sifat kebintangan gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga org yg buat tu akan ditimpa musibah. Benciiiii!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dgn keadaan kurus kering xterurus, ada ke org nk beli haiwan peliharaan tu???
kalau tujuan pemilik tu menternak dan menjual |
|
|
|
|
|
|
|
klau citer tanah kubur ni mesti..masa mati imesti dia melolong mcm anjing.... |
|
|
|
|
|
|
|
klu nak biak..nak jual...naper seksa camtu..
dah cekeding camtu, nak membiak pn x larat..
kejam giler...kenakan hukuman setimpal gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai tak dpt tgk gambar.....mmg mental lah org yg buat binatang mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing..kucing..ungka..burung..ayam pun ada...mesti busuk tiada terhingga... |
|
|
|
|
|
|
|
apesal anjing dlm pic atas tu badan dia ada bintik2 putih tu? kesian lah dibuat pedajal smpi lagu ni binatang2 tuh.....setan punyer manusia..... |
|
|
|
|
|
|
|
badan cekeding..........kuku mak ai panjangnya |
|
|
|
|
|
|
|
eeee...jahatnya manusia...smpi kurus camtu anjing tu..kuku pun panjang mcm kuntilanak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ad_hoc79 posted on 17-12-2014 01:46 PM
dgn keadaan kurus kering xterurus, ada ke org nk beli haiwan peliharaan tu???
kalau tujuan pemilik ...
dia jadikan tu sebagai ibu baka untuk hasilkan anak2 baka yg lawa then dijual mahal. mmg kejam pemilik ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sesetengah manusia ni klau dgn haiwan sifat perikemanusiaan tu ilang terus.....tu yg dera tak ingat tu |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah
cepatlah hantarkan bala tentera al qaeda, isis,
agar dpt mereka mengebom insan bangsat durjana di malaysia ini
amin |
|
|
|
|
|
|
| |
|