View: 18927|Reply: 262
|
[Tempatan]
Bil Makan 4 Menu RM700 Untuk Makanan Laut WP Labuan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Saya dan rakan lain terkejut apabila dikenakan bayaran RM900 untuk empat menu makanan. Harga itu melampau dan tidak berbaloi," kata Mohd zulfadely Mohd Yunus, 24, salah seorang daripada 12 individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah restoran menyediakan menu makanan laut di Labuan, Sabah.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, Jumaat lalu itu, dia dan rakannya mula memesan menu seperti ikan dan sotong goreng, sayur campur dan sup jagung yang disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja.
“Kami juga ada memesan hidangan ayam goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut tapi tidak disertakan dalam hidangan itu. Kami juga hairan kerana harga itu dikenakan untuk hidangan makanan saja dan tidak termasuk minuman yang kami pesan. Ia melampau dan tidak berbaloi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dia berkata, selepas semua selesai makan dan seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, penjaga kaunter di restoran itu memaklumkan jumlah keseluruhan hidangan makan malam itu adalah sebanyak RM900.
"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng kepala seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada penjaga kaunter terbabit itu. Langsung tidak masuk akal.
"Apabila ditanya, penjaga kaunter itu memaklumkan pihaknya tidak tahu namun itu adalah harga sebenar selepas membuat pengiraan. Kami juga tidak dibenar melihat resit untuk harga pembayaran ke atas beberapa menu itu.
"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat iaitu sebanyak RM700 selepas sesi tawar menawar kerana tidak mahu membuat kecoh dan memanjangkan perkara itu. Hakikatnya, kami tidak setuju dengan harga cekik darah yang dikenakan," katanya.
Katanya, sebelum ini, dia pernah mengunjungi restoran berkenaan bersama rakan namun ini adalah kejadian pertama apabila dikenakan harga bayaran seperti itu.
"Saya dan rakan lain seramai 18 orang pernah memesan hidangan sama namun harga yang dikenakan hanya RM450. Tapi kali ini sudah berbeza
Saya mendedahkan perkara ini bukan untuk menutup periuk nasi pemilik restoran itu tapi saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa," katanya.
Berikutan itu, dia turut memuat naik resit pembayaran dengan harga dikenakan di laman Facebook (FB) miliknya dengan nama Malas Ku Ingau selain turut di kongsi kepada pengguna FB lain termasuk dengan nama no next...macam2 ada di sini.
Dalam statusnya di FB itu, Zulfadely turut mendapatkan pandangan pengguna laman sosial itu berhubung caj bayaran yang dikenakan restoran terbabit.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran seharusnya memaparkan tanda harga pada resit pembayaran untuk makluman orang ramai.
"Jika resit pembayaran makanan tidak dibuat secara menyeluruh dan harga yang dikenakan terlalu mahal, maka pihak restoran dipercayai ada unsur mengaut keuntungan secara mudah.
"Orang ramai boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.
"Pihak kami kerap menerima kes seperti ini membabitkan tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya. Isu mahal atau murah adalah perkara kedua, yang paling utama adalah memaklumkan kepada pengguna harga bayaran setiap menu yang disediakan sama ada berbaloi atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, disini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 11:32 PM
«»
Last edited by GhostWalking on 1-12-2014 11:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahal seyyy... Naseb baik aku bukan penggemar seafood |
|
|
|
|
|
|
|
kata 12 org makan. 700 / 12 = 58.3 per pax.
|
|
|
|
|
|
|
|
Labuan, Sabah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Di sabah skrg ni harga ikan mmg mahal sbb laut bergelora jd kureng ikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 2-12-2014 07:40 AM
kata 12 org makan. 700 / 12 = 58.3 per pax.
Oh..yela. .12 orang....biasala kalaurm50-60 seorang untuk menu yang mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
smpi 700 gile tul....baik mkn kt otel 5 star ... |
|
|
|
|
|
|
|
aiols baru balik langkawi.. pun terkejut juga rega makanan kat situ..
makan 8 orang..
menu :
1. ikan kerapu stim limau saiz besar
2. ikan jenahak 3 rasa saiz besar
3. tom yam seafood 2 mangkuk saiz medium
4. sotong goreng tepung 2 pinggan saiz medium
5. udang butter 2 pinggan saiz medium
6. telur dadar 2 bijik x 2 pinggan
7. sayur kailan ikan masin 2 pinggan saiz small
8. 8 pinggan nasi putih
9. minuman jus buah2an pelbagai rasa x 8 orang
10. 2 gelas lagi nescafe 0 ice sebab nak habiskan layan bola malaysia vs singapore
sekali bayar.. rm136 sajork.. teanjat mak.. gambar makanan ada amik (termasuk jemaah) cuma lupa amik gambo resit..
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 2-12-2014 08:12 AM
aiols baru balik langkawi.. pun terkejut juga rega makanan kat situ..
makan 8 orang..
murahnyer apa nama restoren ni..nnti blh singgah..aritu mkn kat tempat persatuan nelayan tu pon beratus gak.oder bese2 je x de la butter prawn bagai n ikan sampsi 2 jenis hu hu |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 2-12-2014 08:12 AM
aiols baru balik langkawi.. pun terkejut juga rega makanan kat situ..
makan 8 orang..
pe nama kedai mkn tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabah makanan dia memang mahal, sampai aku rasa makanan kt lapangan terbang tu dh mcm harga aku biasa bayar |
|
|
|
|
|
|
|
12 org harga tu murah ler.. aku laki bini.. dgn 3 org anak .. mkn kt labuan amik lobster .. ketam lembut.. nasi..air pon dh nk dkt rm300..
mmg ler tgk bil 700 tu mahal.. tp kalau mkn sorang 2 ye lah.. mahal.. kalau dh 12 org.. agak2 ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 2-12-2014 07:40 AM
kata 12 org makan. 700 / 12 = 58.3 per pax.
12 orang .... kan? ..... apa yg anehnya kalau kena 700? ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 2-12-2014 07:40 AM
kata 12 org makan. 700 / 12 = 58.3 per pax.
so mahal ke 58 per pax? seafood rest nak samakan dgn makan gerai tepi jalan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa standard lah tuh makan untuk 12 orang maybe diaorang tak pesan untuk berapa orang makan, pekerja restoran tuh letak setiap hidangan untuk 12 orang makan, tambah ikan lagi....tapi takkan diaorang tak tengok senarai herge makanan kat restoran tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 2-12-2014 08:12 AM
aiols baru balik langkawi.. pun terkejut juga rega makanan kat situ..
makan 8 orang..
wauuu murah
smlm mkn kt ana ikan bako petai kt bangi kena rm47 tuk 3 org mkn
amik ikan talapia saiz sederhana masam manis, sutun goreng tepung dan kerang bako petai. air temikai satu gelas besar n 2 gelas ayo kosong.. iols mmg minum air kosong jaa tak minum manis.
|
|
|
|
|
|
|
|
dealova04 posted on 2-12-2014 08:24 AM
12 org harga tu murah ler.. aku laki bini.. dgn 3 org anak .. mkn kt labuan amik lobster .. ketam le ...
yg org kabo murah seafood tu mkn kt pasar pinoy tu ker?
yela org selalu sebut kat sabah murah je ikan
sbb kawan iols sblm nih duk sabah laki dia mrngajor kt sana, dia kata ikan2 yg org kt semenanjung rasa mahal kat sabah murah je cth takat siakap, kerapu n tenggiri bagai kt tmpat dia biasa2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal gila, me makan kat bagan lalang 8 dewasa, 2 bebudak,
makanan seafoods penuh table, baru 300 ringgit aje, murah banget... |
|
|
|
|
|
|
| |
|