View: 8539|Reply: 62
|
Sains dah buktikan, Al-Quran apa ada?
[Copy link]
|
|
Korang orang islam cuma harapkan kami untuk memajukan humanity. Tanpa kami, korang orang islam masih duduk dalam rumah yang tak ada elektrik, sains takkan wujud. TV takkan tercipta, internet takkan ada, kereta, motor dan sebagainya semua kami yang cipta. Kalau korang muslim hebat sangat dalam ilmu sains berdasarkan al-quran, apa pasal tak ada satu benda pun yg muslim cipta melalui 'sains alquran'? tak guna al quran untuk cipta technology?
Korang tolak sains dan evolusi, sedangkan apa yang korang kecapi sekarang adalah dari sains kami.
Tanpa korang sedari, hidup korang cuma bergantung pada kami, iaitu atheist, bukan kristian bukan islam, bukan pengikut dajjal.
macam2 kami dah buktikan, baik dari segi evolusi manusia, penemuan rangka dinasour, penemuan fossil2, hinggalah dari segalanya.
Sains kami begitu kukuh. Sekukuh planet yang meng-orbit matahari. al-quran?
Aku cabar berdebat menggunakan cara bijak dan straight, lihat siapa yg kena. bukannya dengan putar2 belit dgn soalan2 yg sama. sebab tulah korang bodoh dan sampai bila2 pun pihak yg benar macam kami takkan menang berdebat. ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan sy,
macamana nak tentukan sesuatu itu perkara buruk, sekiranya sains mengatakan kita semua adalah produk satu kemalangan semulajadi yg tidak disengajakan...? yakni big bang.....
kalau kita adalah hasil semulajadi yg tidak disengajakan, maka tidak ada yg buruk.....semua adalah proses nature sahaja. samada yg baik atau buruk....
jadi bagaimana sains membentuk moral.....kalau dia kata semuanya hanyalah kemalangan semulajadi...?
semua hanyalah proses alam.....
soalan bahasa inggerisnya ialah,
how do u define something is wrong when you say that we are just product of accident?
wallahua'lam
how do you define
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang orang islam cuma harapkan kami untuk memajukan humanity. Tanpa kami, korang orang islam masih duduk dalam rumah yang tak ada elektrik, sains takkan wujud. TV takkan tercipta, internet takkan ada, kereta, motor dan sebagainya semua kami yang cipta. Kalau korang muslim hebat sangat dalam ilmu sains berdasarkan al-quran, apa pasal tak ada satu benda pun yg muslim cipta melalui 'sains alquran'? tak guna al quran untuk cipta technology?
tanpa sains n teknologi, manusia leh idup gak lah beb!!!![](static/image/smiley/default/lol.gif)
yg susahnya ramai yg menyalahgunakan sains n teknologi kearah keburukan...............betul kan![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Korang tolak sains dan evolusi, sedangkan apa yang korang kecapi sekarang adalah dari sains kami.
Tanpa korang sedari, hidup korang cuma bergantung pada kami, iaitu atheist, bukan kristian bukan islam, bukan pengikut dajjal.
macam2 kami dah buktikan, baik dari segi evolusi manusia, penemuan rangka dinasour, penemuan fossil2, hinggalah dari segalanya.
Sains kami begitu kukuh. Sekukuh planet yang meng-orbit matahari. al-quran?
camna nak kata sains tu kukuh
dinasour yg besar besar tu pun leh pupus![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ni kan pulak manusia yg kerdil2.......yg perasan je yg memanjang![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ada SMALL BANG lagi.....abis bertaburan le gigi2 kita sekalian![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Aku cabar berdebat menggunakan cara bijak dan straight, lihat siapa yg kena. bukannya dengan putar2 belit dgn soalan2 yg sama. sebab tulah korang bodoh dan sampai bila2 pun pihak yg benar macam kami takkan menang berdebat.
ok boleh saja - bukalah apa2 isu
yg aku tak tahu - aku robek le perut bumi mencarinye![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jagalah adab......kadang2 ilmu banyak bertan-tan seolah-seolah....
tapi bila adab tiada.....menunjukkan ilmu yg banyak, henfon yg canggih, kereta yg mewah mcm tak guna utk diri....
wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 29-11-2014 04:15 AM ![](static/image/common/back.gif)
soalan sy,
OK soalan pertama kau ni nampak bagus. Tapi sebelum kau putar belit balik dengan menanyakan balik aku soalan, apa kata kau jawab dulu soalan aku yg bertimbun diberikan?
Takut sangat dengan api neraka sampai tak mampu nak terima dan berfikir yang betul. Tolak sains dan terima agama, tapi semua yg dia guna sekarang adalah sains. lawak betul orang islam ini...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 29-11-2014 03:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
jagalah adab......kadang2 ilmu banyak bertan-tan seolah-seolah....
tapi bila adab tiada.....menun ...
Dalam sains, itu kita namakan perasaan. Sebagai manusia yang dicipta cacat sebab manusia tercipta dari evolusi alam semulajadi dan bukan Tuhan, manusia mudah hilang kawalan perasaan waras. Jadi mungkin manusia tu secara tidak sengaja akan kelihatan tak beradab. kalau aku macam tu, aku mintak maaf. tp kat sini xleh nak beradab sgt. Last edited by SoalanSaya on 29-11-2014 04:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima jelah Islam tu memang palsu. Kuasa yg konon dapat merawat sihir dan halau jin melalui kitab alquran tu pun bukan sebab datang dari Tuhan. Tengok agama lain pun guna kaedah sama, iaitu merujuk pada kitab agama masing2, (maknanya TUhan mereka tu wujud ke?) tapi TETAP mampu merawat sihir dan halau jin.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak mengharapkan kemenangan berdebat kat sini, sebab ini memang tempat org2 islam 'bersarang'. yg berkuasa berat sebelah, pihak yg banyak quantitinya sentiasa 'menang' walau pun pihak ni mengarut dan merapu, kalau aku harapkan kemenangan, bererti aku ni bodoh, dan aku bukan macam tu. tapi serba sikit mampu lah tarik sesiapa yg cari kebenaran. dan aku percaya mereka yg benar2 mencari kebenaran mampu menelan hujah aku, itu matlamat aku. Last edited by SoalanSaya on 29-11-2014 04:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
saya melihat TT ni kurang matang dalam memberikan hujah
saudara Capiloton pun dah berkata : belum ada apa apa dah start generalisasi
tapi sebenarnya saya membiarkan sahaja thread ini untuk melihat sejauh mana TT boleh fikir
ternyata - belum ada fakta satu pun
dia dah start menuduh
mendakwa
meletakkan syarat
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut kajian sains ahli saintis bukan Islam, manusia adalah keturunan monyet atau orang utan.
Menurut alquran : wahyu diturunkan Allah sw.kejadian manusia dalam ayat alquran diturunkan sebelum masehi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut alquran , yang diturunkan sebelum twrciptanya lampu, hphone dan internet,
firman Allah dalam surah al-Insan : ayat 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur"
Last edited by mamajj on 30-11-2014 01:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Telah terbukti bahawa sains terdapat dalam alquran. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan :
Allah telah berfirman dalam (surah Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah(seketul darah),lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging(menjadi anggota badan)dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging(terbentuk segala system saraf). Last edited by mamajj on 30-11-2014 01:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bacalah Dan telitilah, adakah sains disebutkan di dalam alquran, tidaklah perlu kita pergi terlalu jauh dengan kemodenan sains, sains telah disebutkan tentang bgmn terciptanya manusia.dan ianya diajar disetiap sekolah dia dunia INI. |
|
|
|
|
|
|
|
Bacalah Dan telitikan ten tang sains yg difirmankan Allah di dalam AlQuran. Segala yang difirmankan telah terdapat dia dalam alquran beribu2 tahun dahulu dan tidak pernah diubah oleh orang2 Islam.
Kejadian MAnusia terdpt beberapa lagi surah yang mengenalkan kita ten tang rahimIBU, tulang manusia.Dan bermcm lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg benar dtgnya Dari Allah yg maha ESA, yg salah datangnya Dari saya.
Saya xdpt menaip DLM satu ayat yg panjang kerana menggunakn hphone yg kecil.
Sahabat2 disini bukannya tidak mahu menjawab soalan anak INI, sebenarnya bukan rezeki anak INI utk mendpt jawapannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang takde agama macam kau memang macam ni.
Fake facts:
1. Manusia berasal dari monyet or orang utan (-engkau je lah yang berasal dari monyet, aku manusia, khalifah di Bumi Allah)
2. Manusia tak boleh hidup tanpa sains? (Ada sedikit benar, contohnya alat bantuan pernafasan, memberi bantuan pernafasan, tapi, secanggih mana pun sains yang engkau agungkan sangat tu, kalau Allah kata, KUN FAYAKUN, jadi, maka jadilah~ ada alat bantuan pernafasan yang canggih gile babi pun, kalau dah ajal, mati jugak.)
3. Tanpa gadget sains teknologi (aku hidup berpluh tahun ni, Alhamdulillah, adab dengan orang sekeliling masih aku jaga. Sebab apa? Sebab aku takde hp Iphone 6plus/ android even laptop or computer. Aku kalau ada semua benda tu, memang aku jadi macam kau TT. Jadi gila sebab takde agama. Maklumat dihujung jari sangat. Buwekkk.) FYI, aku pinjam laptop kawan, sekali sekala, masuk forum. Hahaha
4. Eh takde elktrik? ( kami boleh hidup dengan pelita) gosok2 batu, jadilah BATU API! So, keluarlah api. Hidup cara lama lagi aman lah TT.
5. Atheist kata minum soya bagus, kopi tak bagus. ( aik? Banyak negara aku pergi termasuk lah negara2 Dajjal, minum kopi, mana ada aku jumpa air soya kat sana. Pandai you alls PUTAR BELITKAN FAKTA!!!!
6. Hah? Makan daging kambing boleh kena darah tinggi?? ( hello! Walaupun aku ni ilmu baru takat buku lali, tapi sebab pembacaan buku kajian, daging kambing kurang kolestrol dan lebih baik untuk kesihatan. Sebab tu orang barat buat lamb chop dan bukan beef chop!)
7. Sains dah buktikan, alquran apa ada? ( fakta2 sains tu semuanya terdapat dalam alquran, kalau lah kau kaji Alquran dulu baru cakap pasal sains ni, mesti kau akan rasa ketinggalan. Serious! Sains kuno.
8. Apa lagi sains kau? Okaylah aku cabar kau. Engkau tau, bukan ahli saintis yang lain. Aku cabar kau buat mesin kembali ke zaman dahulu. Zaman sebelum masihi, zaman Rasulullah. Zaman nenek moyang kau lah, paling dekat pun, nak tengok kehebatan sains manusia yang bongkak. My pleasure~
9. Haaa satu lagi. Ahli angkasawan yang sampai ke bulan tu (Neil Armstrong) manusia pertama? Salah, salah, salah, salah. Yang pertama adalah Nabi Muhammad, ketika peristiwa israk mikraj.
10. Titanic ( okay, kita ambil lah teladan kisah Titanic yang katanya adalah kapal yang besar, canggih(sains, sains) dengan dikemudikan oleh orang yang hebat(pada masa tu lah) . Kapten kata, tiada apa yang boleh menenggelamkan kapal ini dengan kepakaran dan pengalamanku yang dah mengemudi kapal bertahun2 lamanya.
Ecehhh~ ayat taknak kalah. Atheist tu. canggih sangat sains ni. Feeewittt.
Ditakdirkan Allah, kapal yang gah berlayar karam, terbelah dua hanya kerana sebiji bongkah ais. Inilah 'kehebatan' sains manusia yang bongkak VS kehebatan Allah yang Satu.
11. Kau ni pure melayu ke? Ke orang original ni?
Okaylah, aku nak membuktikan kehebatan alquran tentang teknology, ye, aku tak mampu, lagipun, orang islam tak suka show off. Opsss!
Eh, kau tak rasa macam sunyi ke? Tak rasa jiwa tu kosong ke? Takde agama, nak makan itu ini, boleh ke tak.
Eh, kau tahu tak kenapa Allah mengharamkan manusia makan babi? Sebab babi tu penuh dengan parasit tau. Tak percaya? Sains kau tu dah buktikan.
Tahu kenapa Allah mengharamkan arak yang bau mcm kencing? Sebab bila minum, orang tersebut jadi tak waras macam kau ni lah.
Teringat pulak aku, bila mak aku suruh kira apa2 dalam nilai kiraan yg besar, aku congak je tau, guna otak yang Allah bagi lagi bagus dari guna kalkulator sains kau tu, yang sah2 kalkulator sains kau tu bukan mmbantu, tapi melambatkan lagi proses otak.
Aku boleh berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan 1 orang yang jahil
kerana mereka tak pernah faham landasan ilmu -Imam Shafie
|
|
|
|
|
|
|
|
Saudara ini pembacaan saudara kalau saudara boleh memahami sains dan agama dalam aras yg lebih tinggi
RENCANA
ARKIB : 07/10/2007
Andaian Aristotle, Copernicus - Ulasan ringkas terhadap pergerakan planet
BERSEMPENA dengan pelancaran angkasawan negara, saya telah menyediakan ulasan ringkas ini untuk tatapan para pembaca. Sehubungan dengan itu, kami telah menulis bahawa pemisahan ilmu kepada usaha- usaha yang menggunakan kaedah ilmiah dan yang tidak menggunakannya adalah merupakan fenomena moden. Ianya muncul di Barat dengan kemunculan sains tabii pada kurun ke-16. Dengan kejayaan para ilmuwan (scientists) membebaskan diri dari kongkongan gereja dan seterusnya membina suatu aliran tradisi yang utuh, “Sains Kemasyarakatan” pula menurut langkah yang sama, dan di bawah kepimpinan Auguste Comte mereka membebaskan diri dari kongkongan yang sama seterusnya meletakkan ilmu berkenaan manusia di bawah bidang kemanusiaan (humanities).
Sebagaimana yang telah dikatakan sepintas lalu, sains kemasyarakatan memisahkan dirinya dari kemanusiaan dan menggelarkan dirinya “sains” kerana ia mengguna pakai kaedah saintifik (the scientific method), dan dengan itu memastikan ia juga setaraf dengan sains tabii dalam soal taraf kesahihannya. Pada zaman yang dikuasai oleh faham aliran romantik, ilmu kemanusiaan hanyalah merangkumi sisa-sisa dari apa yang dinamakan kehidupan manusia yakni persoalan cita dan perasaan, harapan dan keindahan. Pembahagian yang dibuat ini bagaimanapun telah menjadikannya sesuatu yang bersandarkan pendapat semata-mata di mana kebenaran yang subjektif mungkin boleh disuarakan, tetapi tiada kebenaran objektif yang boleh ditemui.
Punca perkembangan ini ialah kaedah saintifik; dan ia ditakrifkan sebagai kaedah bagi mengetahui hakikat kejadian melalui pemerhatian, andaian dan uji kaji. Metode ini seterusnya dicirikan oleh maklumat-maklumat dan bukti-bukti yang bersifat material semata-mata yakni boleh ditanggapi oleh pancaindera dan boleh diukur kadarnya.
Sebagai ulasan dan mukadimah, kita telah mengatakan bahawa para pemikir Muslim telah menimbulkan persoalan-persoalan besar berkenaan kesesuaian kaedah saintifik ini apabila digunakan ke atas sains kemasyarakatan. Tidak kurang pentingnya soalan yang mereka bangkitkan berkenaan kemampuan kaedah berkenaan apabila diguna pakai dalam bidang sains tabii pada zaman sains-sains yang sunyi nilai dan moral memandu dunia ke arah kebinasaan. Teguran-teguran seumpama ini, walau bagaimanapun, tidak menjejaskan pemerhatian, andaian, dan uji kaji berdasarkan maklumat-maklumat inderawi yang boleh diukur. Sebagaimana ia, langkah-langkah yang digunakan ini adalah sah dan terpelihara dalam usaha memperoleh ilmu. Sebagaimana yang diulaskan dahulu, persoalannya ialah adakah kaedah ini ciptaan Eropah moden semata-mata?
Maudu’ perbahasan yang melingkungi pengkajian dan klasifikasi sains tabii di Barat adalah berasaskan kepada pegangan-pegangan orang-orang Yunani purba, khususnya Aristotle dan para pengikutnya. Oleh itu, kita mesti memahami pandangan hidup atau pandangan alam (worldview) orang-orang Greek pada zaman Aristotle.
Pandangan hidup orang-orang Yunani adalah berasaskan kepada pemikiran rasional dan akal, dan bukannya berasaskan wahyu; oleh itu penyelidikan berkenaan asal-usul manusia dan alam semesta, dan juga berkenaan Tuhan hanyalah bersifat spekulatif. Kaedah saintifik yang diperoleh dari penyelidikan-penyelidikan ini menggunakan akal dan hujah akliah yang berasaskan kepada tanggapan pancaindera terhadap alam tabii. Para pengikut Aristotle telah menggunakan suatu sistem pengiraan hisab (a system of mathematical calculations) bagi menjelaskan susun atur jisim-jisim angkasa. Kepercayaan-kepercayaan ilahiah (metaphysical precepts) pula digantikan dengan tafsiran-tafsiran yang lebih bersifat sekular. Pandangan hidup Aristotle merangkumi “Tuhan”, tetapi yang bersifat pasif; yang dikenali sebagai “penggerak yang tidak bergerak” (the unmoved mover), ertinya kudratnya adalah terbatas.
Kegagalan memahami Tuhan telah menyebabkan Aristotle membuat kesimpulan-kesimpulan berasaskan akal fikiran semata-mata, yang mengakibatkan ruang lingkup penyelidikan berkenaan alam langit terhad kepada alam bumi. Alam semestanya yang berasaskan kepada suatu model mekanistik, yang meletakkan bumi di pusat, terdiri dari empat unsur: tanah, api, air, dan udara. Beliau berpendapat, berdasarkan pemerhatiannya sendiri, bahawa sebarang benda boleh diunsurkan kepada empat unsur tadi; bahawa setiap benda bergerak ke arah pusat, yakni bumi; dan bahawa bumi sekalipun, walaupun kelihatannya kaku, sebenarnya dalam proses bergerak ke arah pusat. Tambah lagi, apa yang dilihat sebagai perbezaan kepanasan matahari adalah disebabkan matahari juga dalam proses bergerak ke arah pusat atau kedudukan yang paling tepat.
Sebagaimana yang dihuraikan dahulu, para pemikir Muslim telah membangkitkan persoalan-persoalan besar berkenaan kesesuaian kaedah saintifik ini; dan mereka juga telah membangkitkan persoalan yang tidak kurang pentingnya berkenaan kemampuan kaedah berkenaan apabila diguna pakai dalam bidang sains tabii pada zaman sains-sains yang sunyi nilai dan akhlak memandu dunia ke arah kebinasaan. Istilah ilm atau fiqh pada mulanya digunakan oleh kaum Muslimin bagi merujuk kepada ilmu berkenaan wahyu, maklumat-maklumatnya, aliran tradisinya dan makna-maknanya. Justeru makna harfinya terpelihara. Ia mula memperolehi makna istilahi apabila digunakan bagi merujuk kepada syariah. Dibandingkan dengan orang Yunani, ia bermaksud ilmu yang diperoleh secara istidlal, dengan mengkaji bukti bagi mengetahui apa yang tidak diketahui. Istidlal mengandaikan pemerhatian maklumat dan pengkajiannya menerusi uji kaji, ukuran, pemerhatian, dan akhir sekali wahyu. Perbezaan seterusnya ialah antara istiqra’ dan istinbat. Yang pertama itu seerti dengan kaedah empirikal dan induktif manakala yang kedua seerti dengan kaedah analitikal. Ini terbukti di mana-mana kalau dilihat pada pencapaian golongan Mutakallimun.
Hasil kajian orang-orang Yunani sampai ke Barat melalui dunia Arab, khususnya melalui karya-karya al- Ghazali dan Ibn Rushd, faylasuf ulung, ilmuwan dan pengkritik yang dihormati. Barat melihat persamaan antara pandangan hidup Yunani dengan pandangan hidup mereka. Gereja menentukan kebanyakan daripada usaha- usaha ilmiah, sejajar dengan doktrin-doktrin kitab Bible hingga membawa mereka kepada kesimpulan-kesimpulan yang salah sebagaimana yang dialami oleh orang-orang Yunani. Teori-teori atau andaian-andaian mereka berkenaan alam langit dipenuhi dengan doktrin-doktrin Aristotle dan Plato, yang meletakkan bumi sebagai pusat alam semesta bagi memenuhi tuntutan agama dan keperluan kepada suatu mekanisme sebab- musabab.
Walaupun Copernicus bersetuju dengan pandangan Aristotle berkenaan pergerakan planet yang berpusingan dan tetap, beliau berbeza pandangan dalam soal kedudukan bumi berbanding planet-planet lain. Copernicus, seperti para pengikut Pythagoras, meletakkan matahari di pusat alam semesta, sekali gus menemui semula teori baru yang serba revolusionari berkenaan pergerakan planet. Pandangan ini walau bagaimanapun tidak selari dengan aliran akidah kitab Bible dan telah dianggap sesat, justeru segera ditolak oleh pihak gereja. The Commentariolus, yang ditulis oleh Copernicus mengemukakan andaian-andaian berani selaras dengan maklumat-maklumat bersifat nombor, geometri dan ilmu hisab yang dikemukakan oleh orang-orang Yunani purba. Beliau meramalkan dengan tepat pusingan harian bumi di atas paksinya, pusingan tahunan mengelilingi matahari dan berusaha menjelaskan lagi andaian-andaiannya dengan menyertakan ketepatan hisabiah (mathematical precision) berdasarkan premis- premis berkenaan.
Malangnya, dunia Barat dan golongan Kristian tidak bersedia untuk menerima “ekstrapolasi” dan “interpolasi” Copernicus yang sama sekali bercanggah dengan pandangan hidup semasa. Percanggahan ini bererti keraguan yang pastinya akan menjejaskan keagungan Pius (Pope) dan agama Kristian secara keseluruhannya; pihak penguasa gereja menyedari percanggahan ini, yang kemudiannya cuba ditolak. Copernicus seterusnya dihadapkan ke pembicaraan gereja dan hasil-hasil kajiannya disifatkan sebagai terkeluar daripada aliran akidah agama Kristian. Mungkin cara beliau menyokong aliran pemikirannya menggunakan kaedah saintifik yang dihuraikan sebentar tadi, mengundang murka pihak gereja. Nasib Copernicus yang malang, sama ada dibakar hidup-hidup sampai mati atau dicampak ke dalam penjara terletak di bawah kuasa gereja. Tetapi Copernicus sendiri telah menafikan beliau telah keluar daripada aliran akidah agama Kristian, akan tetapi beliau berpendapat bahawa kaedah saintifik itu ada kesahihannya yang mungkin tidak selari dengan kitab Bible. Pendapat beliau kemudiannya membawa kepada faham pembahagian dua hakikat (Theory of twofold truths) yakni bahawa apa yang dihuraikan di dalam kitab Bible adalah benar, begitu juga dengan hasil yang diperoleh menerusi kaedah saintifik yang sah. Walau bagaimanapun, jauh daripada membawa kepada hakikat kebenaran dan faham yang bermakna, ianya menimbulkan keraguan.
Hanya selepas dua kurun barulah diterima di Barat pandangan tentang alam semesta yang teratur, sistematik dan berpusatkan matahari; orang yang berjaya membawa kepada penerimaan faham itu di negara-negara Barat hari ini ialah Isaac Newton.
- DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 3.htm#ixzz3KUrIP7mC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by mbhcsf on 30-11-2014 05:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|