CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22027|Reply: 147

Nora Danish Nak Anugerah

[Copy link]
Post time 16-11-2014 10:08 PM | Show all posts |Read mode


Khalayak mungkin melihat, Nora hanya ‘menjual’ wajah cantiknya sebagai tarikan untuk filem dan drama lakonannya.

Sepuluh tahun bergelar pelakon, Nora yang sudah membintangi 15 buah filem dan puluhan drama masih tertinggal sesuatu, iaitu anugerah.

“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tidak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.

“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senarionya telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” akui Nora penuh jujur.

Akuinya, sejak berada di bawah pengurusan pihak Metrowealth (MIG), bakat Nora lebih dipercayai apabila dia diberi peluang untuk menggalas watak yang berat dan sarat dengan emosi.

“Memang saya akui, sebelum ini saya hanya dikenali dengan watak ringan dan comel sahaja. Cuma sejak kebelakangan ini, saya diberi peluang untuk melakonkan watak berat.



“Saya kira, itu satu pencapaian yang baik sepanjang 10 tahun dalam industri seni. Jika boleh, saya mahu lakukan yang lebih baik dalam lakonan kerana peminat hari ini bijak menilai. Jika mahu bertahan lama, kualiti lakonan harus dijaga,” ujar Nora.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 10:17 PM | Show all posts
Layak ke?Sorry tak berapa minat her acting style.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:19 PM | Show all posts
ok aje nora berlakon.. tak kejung n bole rasa emosi dia.. dia punye breakthrough performance dalam Tentang Dhia
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah femes sungguh nora kat bod gossip Cari. Rajin peminat dia bukak benang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
suke dia mse blakon sitkom putri je sbb ada kamala.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kalau kurangkan seksi ala2 bitchy lagi elok. Jadikan Ogy sbg contoh (yg baik saja), berlakon dari kecik sampai dah tua, rasanya x pernah tgk Ogy pakai seksi. Kualiti lakonan tu yg buat org minat dia sampai skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 10:25 PM | Show all posts
krukx posted on 16-11-2014 10:21 PM
Wah femes sungguh nora kat bod gossip Cari. Rajin peminat dia bukak benang

peminat ke pemenat?...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:53 PM | Show all posts
achik2009 posted on 16-11-2014 10:25 PM
peminat ke pemenat?...

Pemenat yg minat nk tgk nd kena hencap biasa le tu
pd hal dah ada dlm benang nd

@teky katup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 10:53 PM | Show all posts
Cobalah ingati yg ini:

Janganlah mau di sanjung sanjung, Engkau di gelar manusia agung
Sedarlah diri tahu di untung, Sebelum masa keranda di usung.................
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 16-11-2014 10:53 PM
Cobalah ingati yg ini:

Janganlah mau di sanjung sanjung, Engkau di gelar manusia agung

lagu ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:58 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 16-11-2014 10:21 PM
Dia kalau kurangkan seksi ala2 bitchy lagi elok. Jadikan Ogy sbg contoh (yg baik saja), berlakon dar ...

err...macam x kena je statement chuols... ogy la yg paling dahsyat dulu2!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 10:58 PM | Show all posts
mixed posted on 16-11-2014 10:53 PM
Pemenat yg minat nk tgk nd kena hencap biasa le tu
pd hal dah ada dlm benang nd

hekeleh ape hal lak ko sukati je nak suh katup thred org

sama je mana2 artis pn asal ada artikel baru bleh je bukak thread..apa yg spesial sgt nd ni smpai xleh kene kutuk. kurang2 kami yg bkn peminat ni tau la perkembangan seni nd..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:00 PM | Show all posts
Orix posted on 16-11-2014 10:57 PM
lagu ke ni?

Ya, sebahagian drp rangkap senikata lagu 'Selimut Putih'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak ke ko nk menang award mak janda oiii???
Ko belakon pon tahap sampah, dr ko membirah sana sini, cer ko gi blajar berlakon dgn adik puteri balqis...Mana tau kot bole improve quality lakonan ko..
Then baru bole demand nk award ke hape..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:05 PM | Show all posts
lakonan terbaik mek nowa ni rasanya dalam tentang dhia je la kot..lain2 flop and forgettable..

paling menggeletis rasanya cerita aku terima nikahnya.. nyampah tengok

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nowa cuba ko listkn drama/film ko yg ko rasa layak ko menang?  Xde khennnn. Ada satu je drama ko blakon buat aku suka tu pon sbb beto blakon. Drama dayus kah aku? Tp beto yg perform
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lagi ye nora. Lama jugak dah 10tahun berlakon. Cuma belum terkesan lagi mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:10 PM | Show all posts
SenahMontanah posted on 16-11-2014 10:58 PM
hekeleh ape hal lak ko sukati je nak suh katup thred org

sama je mana2 artis pn asal ada artike ...

Sape kata x bole kena kutuk
mmg dah ada benang khas kan
dan seperti dijangka byk haters frm estet akan msk menhencap

X per la uols mmg suka buka benang kan hah layannnn n
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:12 PM | Show all posts
Dia segan kot dgn dak balqis..
budak kenit tu pun dh menang award terbaik..
Ni kan pulak dia si tua bangka yg tak ber award..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ngidam sgt award kena work hard lg nowa..jgn asyik nk 'enjoy' saja smpai ke tue..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:31 AM GMT+8 , Processed in 2.463113 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list