Kuala Lumpur: Seorang pelajar tahun satu menjadi mangsa buli tiga rakan sekelasnya hingga menyebabkan dia mengalami luka teruk di kepala.
Mangsa yang diterajang dan ditumbuk rakan sekelas turut menerima empat jahitan di dahi akibat dibaling dengan botol air.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Czar, tujuh tahun, berada di sekolahnya di Jalan Klang Lama di sini, pada 28 Oktober lalu.
Ibu mangsa, Angel Sahib, 41, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas guru kelas menghubunginya dan memberitahu supaya datang ke sekolah berikutan anaknya tercedera.
“Saya bekerja di Shah Alam dan bergegas ke sekolah anak selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah.
“Pada mulanya saya beranggapan anak mungkin terjatuh tangga berikutan guru kelasnya memberitahu dia hanya mengalami kecederaan kecil.
“Saya diminta mengambil anak saya di pejabat sekolah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut mengetahui anaknya mengalami pendarahan teruk, selain lebam di dagu akibat diterajang tiga rakan sekelasnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:08 AM
«»
MANGSA luka di dahi hingga terpaksa terima empat jahitan.
MANGSA luka di dahi hingga terpaksa terima empat jahitan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6886#sthash.DJGCiump.dpuf |