CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10967|Reply: 111

[Tempatan] BERGEGAR:Rumah Banglo BRU200k Di Brunei Pinjaman Tanpa Faedah

[Copy link]
Post time 4-11-2014 04:49 PM | Show all posts |Read mode



Harga Rumah RM200,000 (Banglo) Pinjaman Tanpa Faedah di Brunei. Tawaran Rumah Mampu Milik di KL Pula? : Ada rakyat Brunei di sini? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita Taiwan baru-baru ini menunjukkan kehidupan rakyat Brunei yang berjaya menikmati untuk tinggal rumah banglo bagi perumahan awam di Brunei. Butiran lanjut?

Harga jual bagi rumah banglo di kawasan perumahan awam adalah sekitar BRU200,000 sahaja yang mana terbuka untuk warga Brunei yang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan ke atas.

Rasanya dengan gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda di Brunei sekitar BRU2,600 (gaji pokok) bagi sektor awam tiada masalah untuk mereka membelinya.
Lagi Syarat Kelayakan Rumah Murah Mampu Milik (Banglo) di Brunei?
  • Yang untuk kalangan rakyat Brunei yang baru pertama beli rumah

  • Saiz keluasan tapak rumah banglo di perumahan awam tersebut adalah 330 meter persegi ataupun 3,552 kaki persegi

  • Yang menariknya, anda tidak akan dibebankan dengan tawaran skim pinjaman rumah (housing loan) tanpa faedah selama tempoh 30 tahun kepada pemilik rumah tersebut

  • Tidak cukup lagi dengan itu, anda juga berpeluang untuk tinggal di rumah banglo tersebut secara percuma tanpa sebarang bayaran bagi 3 bulan pertama sahaja (3 Months free trial)

  • Bil elektrik di Brunei? Anda pakai aircond setiap hari sekalipun bil elektrik mereka dengan 3-4 buah penghawa dingin akan berlegar sekitar sekitar BRU150.00 sebulan

Tawaran Harga Rumah Murah Mampu Milik Di KL Bawah RM200,000. Berminat?
Berita Semasa perhatikan rumah perumahan awam seperti ini banyak terdapat di sekitar Temburong, Brunei. Mungkin Malaysia juga boleh mengambil contoh dan apasalahnya “meniru” konsep daripada perjuangan kerajaan Brunei membela nasib rakyat mereka yang impikan rumah mampu milik dan “rumah mampu tengok”.

Ia ada kaitan dengan berita terkini yang Berita Semasa terima menunjukkan kerajaan sudah ada perancangan untuk anda semua bagi menjual harga rumah murah di Kuala Lumpur di bawah RM200,000 di atas sebidang tanah yang sudah pun dikenal pasti yang terbuka terbuka kepada golongan pertengahan untuk beli rumah sendiri.
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa harga “standard” di kawasan Kuala Lumpur untuk jenis apartment dengan keluasan 800 kps contohnya dijual pada harga sekitar RM350 – RM500 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik tidur.
Jadi apa agaknya tawaran kerajaan malaysia melalui projek rumah harga murah dan mampu milik di bawah harga RM200,000 kali ini?

Sumber: http://www.beritasemasa.com.my/harga-rumah-murah-mampu-milik-di-kl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 04:52 PM | Show all posts
Kat malaysia? rumah mampu lihat sajee....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:03 PM | Show all posts
Kalau ikut current exchange rate B$200,000 is around RM520,000.

And kalau ikut pinjaman yang syariah-compliant memang takde faedah.. tapi bank dapat untung.

Contoh mudah, rumah B$200,000. Bank beli dari pemaju B$200,000 lepas tu bank jual kat pembeli B$250,000. Pembeli pun "beli" rumah tu dari bank harga B$250,000, tapi bayar kepada bank secara ansuran tetap tahunan atau bulanan selama beberapa tahun.  Jadi bank untung B$50,000 dari hasil jual beli ni.

Dan lagi satu, tanah kat Brunei tu banyakkkkk yang belum membangun.. in fact Bandar Seri Begawan tu sendiri masih tak banyak bangunan pencakar langit dsb. Dan Brunei memang negara yang kaya, dan penduduknya kebanyakannya memiliki hartanah sendiri.

Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa harga “standard” di kawasan Kuala Lumpur untuk jenis apartment dengan keluasan 800 kps contohnya dijual pada harga sekitar RM350 – RM500 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik tidur.

Rumah 800kps takde la besar mana pun. Bilik tidur utama pun paling besar hanya 12'x10' je. Dan kalau ikut harga yang ditulis tu harga rumah itu jadinya RM280,000 - RM400,000. Jadi takde la murah sangat pun.

Sekarang ni jualan rumah dah slow sikit.. dah tak sehangat dulu. Speculators beli rumah and nak jual/sewa pun payah sekarang ni. So, kena sabarrrr sikit.. bila harga rumah dah merudum sikit, time tu la korang beli rumah ya.. even sekarang pun dah banyak notis lelong dah.. cuma kalau beli rumah secara lelong ni tinggi risikonya dan memerlukan cash yang banyak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 09:45 PM | Show all posts
Hartanah brunei bukan tandingan KL
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 09:49 PM | Show all posts
hanya bulih bermimpi ajo....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kampung pn umah mahal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 10:06 PM | Show all posts
Dengan JB pun brunei takleh lawan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:08 PM | Show all posts
malaysia ni layak dibandingkn dgn indon sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 10:10 PM | Show all posts
ari tu aku ada share le pengalaman ke Brunei pastu ada la hamba Allah ni cakap Brunei takde ape, sucks la apa la ... nak tengok la komen dia kat sini ...kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:13 PM | Show all posts
Georgetown juga brunei tak boleh lawan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:22 PM | Show all posts
jap... org brunei beli rumah kat brunei dgn matawang brunei..
apesal nak kene convert ke RM??
kalo harge rumah kene convert, gaji dorang pon kene convert gak to rm...
so gaji BND2600 dah gaji RM6500..
dorang layak beli rumah RM500k++ !!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu brunei blh hidup dgn baik krn tiada bangsa kiasu di sana. Malang malaysia ada bangsa kiasu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat brunei tak ramai cina kapitalist yg buat condo mewah utk foreign investor kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx posted on 4-11-2014 04:52 PM
Kat malaysia? rumah mampu lihat sajee....

Kat brunei masing2 rmh banglo sebuah... keta mewah 3-5 bijik
kaya raya, hidup aman damai
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW posted on 4-11-2014 10:08 PM
malaysia ni layak dibandingkn dgn indon sahaja

Tapi indon lagi susah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kerunai posted on 4-11-2014 10:10 PM
ari tu aku ada share le pengalaman ke Brunei pastu ada la hamba Allah ni cakap Brunei takde ape, suc ...

Dorang memang kaya...
ada rmh banglo, keta mewah
ada jugak yg tinggal kat kpg air
yg ni aku tak tau.. mungkin kehidupan dorang sederhana shj

mungkin maksud kawan awak tu
kat brunei tak ada sangat tempat shopping
sebab tu setiap hujung minggu dorang semua
shopping kat miri swk dan kk sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 11:32 PM | Show all posts
Bismillahirrahmanirahim....

Sebelum tu sy ingt jelaskan, sy bukan pakar ekonomi dan sy jg tidak berniat utk membandingkan
Antara malaysia dan Brunei....

Sebagai org yg pernah menetap di brunei, sy ingin berkongsi sdkt info berkenaan dgn
Rumah2 mewah yg ada di sana...

Di sana, mmg betul ada sedikit kelonggaran pasal pinjaman bank ni...
Kalau nak buat rmh banglo, dr nenek sampai ke cucu boleh byr ansuran pinjaman.. Maksudnya,
Si nenek buat pinjaman, dan tempoh bersara tamat sblm pinjaman selesai.... si anak boleh menyambung @ menambah pinjaman tersebut tanpa faedah dan begitu la seterusnya..

So.... Biasanya di brunei.. 1 rumah yg super besar, bertingkat2... Ada lift, Ada wing A wing B itu akan di
Duduki oleh 3 generasi.. Nenek, anak, cucu..
Sbb tu x mustahil di sana kereta2 mewah bersepah setiap rumah dan hg kereta itu sendiri yg super murah!!!
Dan ini jg bertujuan utk mengawal tanah di negara Brunei yg terbatas...

Aku tak tau sama kaedah pinjaman sebegitu bgs atau tdk kalau digunapakai di malaysia..

Sekian 2 sen dr sy...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:40 PM | Show all posts
beza.. mmg berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:01 AM | Show all posts
And yess, di sana tidak ada cukai pendapatan..

P/s tiada niat nak membandingkan 2 negara ye..
harap maklong!

pp/
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:18 AM | Show all posts
Dan bil api murah- aircond 24jam-water heater 1 rmh, bil air boleh dikatakan free,
minyak murah dan jenayah berat hampir tidak ada...
hmmm... Apa lg yee..


Tiada perbandingan negara berlaku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067053 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list