CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4926|Reply: 42

[Dunia] 'Frequent Location' dalam iPhone merekod pergerakan pemiliknya

[Copy link]
Post time 28-9-2014 08:28 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON - Ramai yang tidak mengetahui bahawa telefon pintar iPhone yang dimiliki turut disertakan dengan fungsi log yang mampu merekodkan setiap pergerakan pemiliknya setiap hari, lapor MailOnline semalam.

Sistem tersembunyi itu mampu menganalisis segala bentuk data seperti kedudukan atau lokasi tempat tinggal pengguna berdasarkan frekuensi dan tetapan masa yang dijalankan.

Fungsi itu yang dikenali sebagai Frequent Location telah direka secara rahsia dalam produk iPhone setahun yang lalu, namun tidak ramai pengguna yang mengetahui program itu.

Apple bagaimanapun mendakwa, perisian rahsia itu dicipta untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pemetaan kepada pengguna dan mereka boleh menghentikannya dengan membuat pilihan dalam menu privasi.

"Setiap tempat yang anda pergi, di mana anda membeli-belah dan sebagainya akan direkodkan, bagi saya itu adalah rahsia peribadi yang tidak wajar direkodkan," kata salah seorang daripada pakar komputer terkemuka Britain, Prof. Noel Sharkey.

Para pengkritik turut mempertikaikan perisian tersebut kerana bimbang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak lain termasuk majikan yang mahu mengintip pekerja mereka dan isteri yang cemburu. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 08:41 AM | Show all posts
dh xde privacy la mcm nie..nsb baik x pakai iphone..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Samsung lagi teruk...bla bla bla bla..bla


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 08:48 AM | Show all posts
Semua pergerakan kita direkodkan. Cuma kita tak sedar. Telefon paling cikai pun boleh track pergerakan seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
x pyh pakai software rahsia....pengguna facebook lg gegeh update location siap selfie lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mobile operator sentiasa track kita

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2014 08:56 AM | Show all posts
the moment you switch on your handphone, tak kira ceruk mana dalam dunia ni orang boleh trace.
kalau nak discreet guna public phone jer ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa depa tak tau ka.....dah lama isu ni discussed by paranoia...dan sbb tu lah aku tak guna iphone walau teringin nak guna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku takde hutang dgn Along so tak kisahla bab ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mirage_46 posted on 28-9-2014 09:05 AM
kerana bimbang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak lain termasuk majikan yang mahu mengintip peker ...

Yg pihak majikan tu sangatlah betulnya esp yg mobile ni...hihihi ( aku tak reti guna emotion dlm tab aku pakai ni)
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah pprt sekalian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:26 AM | Show all posts
Google location reporting & history on android phone pun sama jah kekdahnya.....

https://maps.google.com/locationhistory/b/0

Last edited by altimi on 28-9-2014 09:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 09:28 AM | Show all posts
google maps pun sama je kekdahnya - waze pun - semua benda komunikasi ada gps - semua boleh di track
even 3310 pown
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..lagi senang ummah penculik hi-class nk buat kerja...ummah pprt xperlu bimbang,xda orang nk culik korang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 posted on 28-9-2014 08:48 AM
Semua pergerakan kita direkodkan. Cuma kita tak sedar. Telefon paling cikai pun boleh track pergerak ...

Mcm mana uols??
Setahu wana ada aplikasi je.nak track prgerakan..tp nk request bagai .so,mcm mana nak trace tanpa orang tahu?? n macam mana nak elak dari kena trace ye??
Just nak tahu

ps:salah tulis..mahap Last edited by wana89 on 28-9-2014 01:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 posted on 28-9-2014 08:56 AM
the moment you switch on your handphone, tak kira ceruk mana dalam dunia ni orang boleh trace.
kala ...

Bagaimana yer??
Nak trace n nak elaka trace selain guna public phone o telephone rumah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 10:20 AM | Show all posts
buat air turn back.. gerenti x bleh trace.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:22 AM | Show all posts
baru tau ka ? ...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:29 AM | Show all posts
kak limah pegi rombongan semua dapat tau kat mana

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:34 AM | Show all posts
Apple introduces Find My Friends

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046947 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list