|
Miri: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan akibat mabuk menanggung aib apabila dibogelkan sekumpulan lelaki dalam kejadian berhampiran sebuah pejabat kerajaan di Jalan Brooke, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki berusia 40-an terbabit dipercayai di bawah pengaruh alkohol mengeluarkan perkataan kesat kepada kumpulan lelaki berkenaan sehingga membuatkan mereka marah.
Sumber berkata, sebaik selesai minum minuman keras berdekatan kedai makan di kawasan berhampiran, lelaki itu sengaja mencetuskan pertengkaran sehingga berlaku pergelutan.
Katanya, kumpulan lelaki berkenaan membelasah lelaki terbabit, kemudian menanggalkan seluar dipakainya dan ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
MANGSA berjalan dalam keadaan berbogel selepas terbabit dalam pergaduhan.
“Mangsa yang tersedar beberapa minit kemudian bangun dan berjalan dalam keadaan berbogel dengan hanya memakai baju sehingga menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan terbabit.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kenabogel/Article/index_html
|
|