CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9392|Reply: 26

VW Beetle versi peningkatan

[Copy link]
Post time 29-8-2014 12:42 AM | Show all posts |Read mode

[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


DI peringkat global, Beetle mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1938. Sejak itu, lebih 22 juta unit Beetle telah terjual.

Di Malaysia, Beetle diperkenalkan pada sekitar tahun 1950-an. Selepas lebih setengah abad membawakan kegembiraan dan mencipta pelbagai memori buat rakyat Malaysia, Beetle mengalami evolusi demi memenuhi keperluan zaman moden.

Namun, ia tetap kekal menjadi satu ikon budaya popular dalam kalangan rakyat negara ini.

Terbaru, Volkswagen Group Malaysia (VGM) mengumumkan tawaran model ikonik Beetle yang ditambah baik. Model tersebut ditawarkan menerusi dua varian iaitu Beetle 1.2l TSI Design dan Beetle 1.2l TSI Sport.

Bahagian mekanikal masih dikekalkan dengan menggunakan sistem pengecas turbo 1.2l TSI yang dipadankan dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) tujuh kelajuan.

Enjin turbo itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 105PS dan tork 175Nm di antara 1,550 dan 4,100rpm. Kuasa itu membolehkan kereta ini mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 10.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 180km/j.

Masuk ke dalam kabin, imej klasik Beetle masih dikekalkan menerusi kotak glove, papan pemuka dicat dengan warna badan, perehat tangan pada bahagian hadapan, tuil gear dibalut kulit serta stereng yang dilengkapi butang kawalan untuk Paparan Multi Fungsi (MFD), radio dan telefon.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2014 12:43 AM | Show all posts
Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata reka bentuk Beetle yang tidak ditelan zaman serta teknologi yang terus berkembang maju secara konsisten membuatkan Beetle sememangnya sebuah kereta yang melangkaui gender, kelas dan latar belakang.

"Bukan sekadar sebuah kereta yang ringkas, kenderaan ikonik ini sebenarnya mengimbau  hubungan nostalgik masa lampau yang tiada tandingannya. Bagi peminat Beetle klasik dan pengguna yang bijak menilai, ini merupakan masa terbaik untuk mengenali Beetle yang telah ditambah baik," katanya.

Bagi 1.2l TSI Design hadir bersama sistem radio RCD 310 dengan pemain CD tunggal, sambungan Bluetooth, USB dan lapan unit pembesar suara.

Sementara varian Beetle 1.2l TSI Sport menerima sistem radio RCD 510 yang terdiri daripada paparan skrin sentuh bersama enam penukar CD, sambungan USB, Bluetooth, slot kad SD, dan lapan unit pembesar suara.

Tempat duduk ditawarkan dengan kemasan kulit upsholsteri “Vienna”. Bukan itu sahaja, Beetle juga dilengkapi  sokongan lumbar, sistem pendingin hawa  ‘Climatronic’ dengan kawalan  suhu dua zon, pedal shift dan kawalan kruise.

Sama seperti semua kenderaan Volkswagen, aspek keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa menjadi keutamaan menerusi satu rangkaian ciri keselamatan. Hasilnya, Beetle berjaya memperoleh penarafan tertinggi lima bintang dalam ujian Euro NCAP.

Antara ciri baharu pada Beetle ini ialah sistem penggera anti-kecurian dengan sistem pelumpuh enjin elektronik yang pastinya menawarkan perlindungan maksimum daripada risiko dicuri.

Sebagai tambahan kepada sistem penggera anti-kecurian, kereta ini juga dipasang dengan tali pinggang keledar tiga poin dengan peregang, perehat kepala pada tempat duduk hadapan yang telah dioptimumkan tahap keselamatannya, beg udara sisi dan bahagian dada untuk penumpang hadapan dan pemandu.

Beg udara untuk penumpang hadapan juga boleh dinyahaktifkan.  Selain itu, Beetle turut dilengkapi ABS, BA, ESC, peranti imobilisasi kenderaan elektronik, kawalan bukit, kawalan jarak parkir (PDC) dan Isofix.

Beetle didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu putih, merah, kuning, coklat dan hitam. Tempahan kini sudah di buka di pusat jualan sah Volkswagen.  Harga jualan bagi Beetle 1.2l TSI Design ialah  RM131,888 seunit, manakala 1.2l TSI Sport pula berharga RM142,888.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:28 PM | Show all posts
lebih minat mini cooper llagi berbanding beetle...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 09:35 PM | Show all posts
Dulu harganya lagi mahal
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:18 PM | Show all posts
aufa posted on 29-8-2014 09:35 PM
Dulu harganya lagi mahal

Mungkin VW telah kecilkan spec dan CCnya hanya 1.2...

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:11 AM | Show all posts
mattzzx posted on 30-8-2014 05:18 PM
Mungkin VW telah kecilkan spec dan CCnya hanya 1.2...

Dulu2 harganya mencecah rm200k ..kawan saya pernah pakai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 12:06 PM | Show all posts
aufa posted on 3-9-2014 11:11 AM
Dulu2 harganya mencecah rm200k ..kawan saya pernah pakai

Betul tu....
Tapi sekarang 1.2 cc pun cukup power tuu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:39 AM | Show all posts
mattzzx posted on 30-8-2014 05:18 PM
Mungkin VW telah kecilkan spec dan CCnya hanya 1.2...

Bkn kecilkan specnya.. nie semue sbb tecknologi VW tu yg mrk guna. 1.2cc nie sebenarnye mmg kuat dn lg power kalo banding dgn enjin 1.6 tau tak?
Best lg 1.2 nie mmg jimat minyak kalo nk banding dgn enjin lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 11:40 AM | Show all posts
caca3037 posted on 4-9-2014 11:39 AM
Bkn kecilkan specnya.. nie semue sbb tecknologi VW tu yg mrk guna. 1.2cc nie sebenarnye mmg kuat d ...

Betul tu.....

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:06 PM | Show all posts
caca3037 posted on 4-9-2014 11:39 AM
Bkn kecilkan specnya.. nie semue sbb tecknologi VW tu yg mrk guna. 1.2cc nie sebenarnye mmg kuat d ...

sbb 1.2 cc tu guna enjin TSi ... mmg power & jimat minyak.
yg 1.6cc tu guna enjin MPi ... teknologi lama.

tapi yg enjin TSi tu ada byk komplen/problem plak. Mungkin x sesuai utk dipandu dlm jem kot..??



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:20 PM | Show all posts
waksir posted on 4-9-2014 02:06 PM
sbb 1.2 cc tu guna enjin TSi ... mmg power & jimat minyak.
yg 1.6cc tu guna enjin MPi ... teknolo ...

Hmm, ak pun pernah dengar pasal masalah teknikal Tsi tapi itu cerita lama bang, skrang nie sbb VW dh masak dgn problem2 kt M'sia nie, mrk dh stabilkan performasi enjin Tsi tu. Dgn kelebihan tu jgk keta nie mmg dh confirm cun. Lg2 ade member ak bawak keta enjin Tsi pun x komen apa2 pun. Semue ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:04 PM | Show all posts
caca3037 posted on 5-9-2014 12:20 PM
Hmm, ak pun pernah dengar pasal masalah teknikal Tsi tapi itu cerita lama bang, skrang nie sbb VW  ...

oppsss silap ... bukan enjin Tsi yg masalah, tapi kombinasi dgn gear dsg, mechatronic & cluth plate yg slalu timbulkan problem.
sampai skrang pun tak settle lagi .. bleh tgk dlm fb vw dsg defects tu.

biasanye org yg pakai keta2 mahal ni, bila keta tu problem mrk akan senyap je. Malu nak crite kot.
Tapi kalu pakai proton, mentol brek terbakor pun kecoh satu malaya...




Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 12:27 PM | Show all posts
Rugi la beli kereta mahal2 tapi ada problem
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu org panggil WakSegan, nk jalan pun segan2
Skrg org panggil WakBeetle, jalanpun mencangak2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 01:01 PM | Show all posts
waksir posted on 5-9-2014 03:04 PM
oppsss silap ... bukan enjin Tsi yg masalah, tapi kombinasi dgn gear dsg, mechatronic & cluth plat ...

Abang oi,kalo x silap yg isu GB Dsg tu dh settle le. Katenya kalo tukar minyak enjin tu ke mineral semue settle. Lg lg kan skrang nie VW dh bg 5 tahun warranty tu. Try check kt snie http://www.volkswagen.com.my/en/ ... lity-guarantee.html  dh confim yg VW bg konfiden kt kite nie mmg xde masalah dgn keta diorang dh.

Alahh, nie komen byk2 nie nakper. Keta mahal la, problem lah.. ko nie jeles ke yk ak nie pakai keta mahal2 Last edited by caca3037 on 8-9-2014 01:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 01:16 PM | Show all posts
caca3037 posted on 8-9-2014 01:01 PM
Abang oi,kalo x silap yg isu GB Dsg tu dh settle le. Katenya kalo tukar minyak enjin tu ke mineral ...

tu sbb aku suruh kau tgk fb vw dsg defects tu.
boleh baca sendiri real stories drp owner.
bukan masalah dsg je ... ada lain2 lg problem yg masih x settle.

Yg kes dsg tukar kpd mineral oil pun, blum tentu settle masalah tu.
Sbbnye ada yg baru je tukar kpd mineral oil, so tunggu la lepas 30k mileage tengok camne plak.

yg bagi warranty 5 tahun tu ... cuma 3th je drp manufacturer , baki 2th lg dr pihak insuran.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 11:47 AM | Show all posts
waksir posted on 8-9-2014 01:16 PM
tu sbb aku suruh kau tgk fb vw dsg defects tu.
boleh baca sendiri real stories drp owner.
bukan  ...

hmm…I rasa berita ko tu dh outdate kot. Ko try pi kt website diorang dn baca. Lg2 maner brand yg takde TnC kan? I mmg yakin kat VW ni sbb ak pon pakai keta diorang. Mmg x macam yg ko ckp tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:44 PM | Show all posts
waksir posted on 8-9-2014 01:16 PM
tu sbb aku suruh kau tgk fb vw dsg defects tu.
boleh baca sendiri real stories drp owner.
bukan  ...

setahu aq VW dah tukar prosedur warranty...Ko btol jugak, masih 3+2...ulu aduan pasal insurans claim terlalu lama jd skrg dah tukarpihak pengilang VW akan buat keputusan pasal hal nih...ko bli dgn 5thn waranti kan jd claim sebyk yg ko blh
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:53 AM | Show all posts
dexterthengll posted on 9-9-2014 04:44 PM
setahu aq VW dah tukar prosedur warranty...Ko btol jugak, masih 3+2...ulu aduan pasal insurans cla ...

kalau vw dh bg warranty full 5 yrs mmg bagus la... sbb kalau guna warranty drp pihak insuran ni mmg leceh .


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 11:17 AM | Show all posts
waksir posted on 10-9-2014 09:53 AM
kalau vw dh bg warranty full 5 yrs mmg bagus la... sbb kalau guna warranty drp pihak insuran ni mm ...

nape leceh sgt? Blh meminta dgn VW, gi facebook page post je.. minta tukar 5thn warranty yg penuh covered by VW.. Haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.192574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list