CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6185|Reply: 52

[Tempatan] Kerani rugi RM348,050

[Copy link]
Post time 16-8-2014 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Rugi RM348,000 ditipu kawan Facebook

Seorang kerani pentadbiran mendakwa kerugian RM348,050 akibat diperdaya seorang rakan lelaki yang dikenali melalui Facebook sejak Januari 2014.

Wanita berumur 52 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 4.08 petang semalam mendakwa telah membuat 13 transaksi di pelbagai bank secara beransur-ansur, kata Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee.

Beliau berkata polis akan mendapatkan penyata bank milik mangsa dan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk menyiasat kes itu.

"Jangan mudah percaya kenalan melalui Facebook, lebih-lebih lagi yang menjanjikan memberi pulangan keuntungan tinggi serta lumayan, ini modus operandi menipu," katanya kepada Bernama hari ini.

Gan berkata, wanita itu berkata rakan lelaki yang mendakwa warga Britain  memaklumkan akan menghantar 120,000 pound (RM632,400) yang diwarisi daripada bapanya, secara pos ke Malaysia dan wang itu kononnya untuk menjalani kehidupan bersama-sama dengan mangsa.

Katanya pada 10 Julai lepas seorang wanita yang mendakwa warga Britain menghubungi mangsa dan memberitahu wang itu telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Gan berkata, wanita tersebut meminta mangsa membayar yuran pos sebanyak RM6,450 dan mangsa telah mendeposit wang tersebut dalam akaun bank yang diberikan wanita itu.

Beliau berkata, mangsa sekali lagi dihubungi wanita berkenaan untuk menambah bayaran dengan mendakwa untuk tujuan bayaran yuran peguam bagi mendapatkan sijil untuk membolehkan mendapatkan wang berjumlah RM632,400 itu.

"Mangsa dihubungi lelaki tersebut pada 18 Julai lepas dan mendakwa telah tiba di Kuala Lumpur serta meminta mangsa membuat pembayaran cukai (bagi mendapatkan wang itu)," katanya.

Wanita itu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah ditipu, katanya.

Gan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 12:58 PM | Show all posts
lagi kes tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 12:58 PM | Show all posts
org tamak selalu rugi..

skrg bank sume boleh transfer duit mane2 tempt jea..

kalo bkn bank pn, ade jea agent money transfer..

ade jugak yg tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:00 PM | Show all posts
Byknya kerani ni punya duit
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:00 PM | Show all posts
Nigerian scam lagi tak serik2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:02 PM | Show all posts
duyong95 posted on 16-8-2014 01:00 PM
Byknya kerani ni punya duit

Mungkin dia Dari family kaya dak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2014 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kwsp dia ... keluar umur 50 ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Again????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 01:35 PM | Show all posts
cer tepek muka warga britain itu

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada Kokesen tu. Nampaknya Kokesen berjaya menyerapkan ilmu tertinggi kaum Cina lahanat yang terkenal dengan penipuan. Lain kali kita boleh cakap macam ini, "Tak tipu bukan Kokesen"
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 01:45 PM | Show all posts

......hmmmmmm .... CC kot ni ... banyak gak duit dia.

hadap sangatlah la orang nak bagi duit ratus2 ribu secara percuma .. sifar betul.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 02:28 PM | Show all posts
wanita, andartukah,
duit itu boleh dapat sebijik rumah atau travel seluruh dunia gituh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 02:39 PM | Show all posts
warga britain, tp kulit hitam sbnarnya


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde family.. Xde kawan nk cerita.. Kesepian..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 02:54 PM | Show all posts
Again   Dang
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:01 PM | Show all posts
a combination of love and greed.

fatal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 03:05 PM | Show all posts
senangnya kena tipu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:07 PM | Show all posts
Tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:09 PM | Show all posts
astaga.....aduhai kak, kesian pulak ngan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:11 PM | Show all posts
patutnya, dah ada fb, terbuka lah minda dengan maklumat2 yang dikongsi2 oleh rakan2 atau page2 berkaitan..

kesian makcik.. penat lelah kerja bertahun2 sekejapan sahaja duit dia kena ngap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055837 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list