[size=0.9em]Jertih: “Alhamdulillah...saya bersyukur kerana anak saya dapat diselamatkan selepas hampir satu jam setengah terperangkap dalam kereta,” kata Dr Zaleha Mohd Zahid, 47, ibu kepada Marisa Mohd Hashim, 18 bulan, yang terperangkap dalam kereta Perodua Alza di hadapan sebuah pasar raya di Kampung Seberang Jertih, di sini, semalam.
[size=0.9em]Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Marisa yang juga anak bongsu daripada dua beradik terperangkap seorang diri di dalam kereta ibunya yang ketika itu memasukkan barang-barang yang dibeli di pasar raya berkenaan ke dalam kereta berkenaan.
[size=0.9em]Menurut Dr Zaleha, ketika kejadian, anaknya itu berada di tempat duduk depan sebelum semua pintu kereta tiba-tiba tertutup dan terkunci.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan Marisa yang bermain kunci automatik dan tersalah tekan hingga menyebabkan pintu kereta terkunci.

[size=0.9em]ANGGOTA bomba memecahkan tingkap pintu kereta. Gambar kecil, Marisa asyik bermain tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
[size=0.9em]
“Panik dengan kejadian itu, saya cuba membuka pintu, tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jertih.
[size=0.9em]
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02
Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/60minitcemas//Article