Apabila tiba bulan ramadhan, satu maklumat yang cukup penting untuk diketahui iaitu jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun 2014 ini. Dibawah adalah waktu berbuka dan imsak : -
Pada minggu lepas saya telah melawati beberapa bazaar ramadhan sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah bazaar ramadhan Kampung Baru, Bangsar, Jalan Tar, dan Taman Melati. Bazar Ramadhan merupakan fenomena masa bulan puasa.
Bazaar ramadhan biasanya bermula dari jam 5 petang sepanjang bulan ramadhan. Biasanya umat islam akan mengunjungi bazaar selepas tamat waktu bekerja.
Selain itu bagi yang bukan beragama islam juga turut mengunjungi bazaar ramadhan, untuk mencari pelbagai jenis makanan. Jenis-jenis makanan yang terdapat di bazaar ramadhan biasanya agak istimewa dari pasar malam.
Antara makanan yang boleh didapati di bazaar ramadhan ialah :-
Ayam percik
Ayam golek
Kambing golek
Itik panggang
Ikan bakar
Popia basah/goreng
Otak-otak
Aneka kuih muih
Aneka Bubur
Lemang
Air tebu
Aneka jus buah-buahan
Cendol
Makanan yang menjadi tumpuan orang ramai di bulan ramadhan ini biasanya Popia,murtabak, roti john, kuih sampan dan banyak lagi. Bagi minuman pula biasanya air tebu, jus tembikai, cendol, soya panas/sejuk, air katira, dan air kelapa.
Dibawah ada beberapa gambar bazaar ramadhan sekitar Kuala Lumpur yang agak terkenal dan mempunyai gerai yang banyak.
Jalan Tar
Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Makanan Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja)
Kampung Baru
Kelebihan: Bubur Lambuk percuma di masjid. Terdapat kira-kira 150 gerai.
Makanan Terkenal: Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.
Bangsar Village
Kelebihan: Di depan Masjid Bangsar dan Food Court.
Makanan Terkenal: Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala.
Di Taman Melati pun tidak kurang sambutannya, terdapat lebih 40 gerai yang menghidangkan makanan yang lazat. Jum tengok gambar dibawah : -
Aneka lauk campur
Di bazaar ramadhan Taman Melati ini gerai ini adalah satu-satunya jual lemang sekali gus dengan rendang.
Post time 7-7-2014 04:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dlm pada kita duk sibuk pikir nk beli juadah apa nk buka puasa nt, ada family mkn bubur, goreng pisang dgn air kosong tiap2 hari. Aku duk terpikir ni dr smlm sejak baca thread sebelah psl bdk mati kena pukul ngan bapak sbb mtk nk keja.
matchstick posted on 7-7-2014 04:45 PM
Dlm pada kita duk sibuk pikir nk beli juadah apa nk buka puasa nt, ada family mkn bubur, goreng pisa ...
di Malaysia sebenarnya tidak menepati maksud ramadhan itu sendiri ... kalau tgk bulan ramadhan ni, segala jenis makanan melimpah ruah betul2 syurga makanan, promosi makan2 mewah di hotel dsb dan manusia belumba2 memenuhi kehendak nafsu bukan kehendak puasa itu sendiri. Kat situ pun dah hilang sifat kehambaan.
.. sdg yg miskin tetap terbiar miskin. Tetap ada yg kelaparan.
Di sebahagian negara2 bukan di Malaysia, mrk menjamu pelbagai kaum berbuka puasa, tengok budaya berpuasa di sana. gelandangan, fakir miskin dan pelbagai golongan rakyat yg lain berkongsi ruang berbuka puasa dgn makanan yg sama, berkongsi nikmat yg sama kmdn menunaikan solat berjemaah bersama2 setiap hari sepanjang ramadhan.
Kalau di negara luar sana mrk mengamalkan memperbanyakkan membuat kebajikan di sepanjang ramadhan tetapi di Malaysia mempraktikkan pelbagai juadah di pasar2 ramadhan, hotel dsbnya semua nya dlm konsep perniagaan. Apa yg ada di Malaysia lebih kepada keseronokan, hiburan dan keuntungan di dunia semata bukan melihat kpd akhirat yg kekal. Last edited by tengokjerrr on 8-7-2014 12:55 PM