Misha Omar semakin bahagia sejak mendirikan rumah tangga bersama Firos. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei lalu.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan berumahtangga.
"Pelik rasanya, sejak berkahwin, saya kerap sakit. Mungkin ini adalah ujian Allah supaya kita beringat-ingat atau mungkin juga gemuruh kahwin belum hilang lagi.
"Sekarang ini saya mudah alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja," katanya kepada mStar Online.
Ditanya mungkin rasa sakit itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha menafikannya.
"Ishhh mana ada! Kami serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami," ujarnya.
Sementara itu, Misha turut mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula menunjukkan sikap yang belum diketahui dan ia membuatkan mereka teruja untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
"Biasalah sebelum dan selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik terkeluar.
"Kadang-kami kami gelak dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa sikap buruk kami. Malulah," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Misha bakal memulakan rakaman lagu untuk dimuatkan dalam album terbaharunya pada bulan ini.
prettyuglybabe posted on 5-7-2014 05:58 AM
cerita yang nak disampaikan satu line je kat bawah
misha kata album dia tak siap2 sebab m.nasir tak cukup 1 lagu lagi nak penuhkan kuota 10 lagu... tp iols x faham apsal m.nasir bagi lagu yang sedap ni kat klon misha aka penyanyi sendu Sheila Abdul?? sekali dengar tak tumpah mcm suara misha
lagu ni sedap kot, lagu tema drama Berlima Ramadan di RTM1
Post time 5-7-2014 06:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
"Biasalah sebelum dan selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik terkeluar.
"Kadang-kami kami gelak dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa sikap buruk kami. Malulah," selorohnya."
ni mesti kes laki dia kentut brsepah la ni..
biase la tu laki kan lps kawin "poooot" sane "pooot" sini.. sblm kawin tkde plk dia buat mcm tu kan..