View: 5603|Reply: 41
|
[Tempatan]
Parti Basah Kena Serbu
[Copy link]
|
|
Melaka: Sekumpulan individu dikesan menganjurkan ‘parti basah’ di kolam renang milik persendirian di sebuah kawasan resort di Jasin, di sini, kelmarin.
Difahamkan, parti berkenaan dianjurkan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan mengenakan tiket bernilai RM35 setiap seorang bagi menyertai aktiviti yang turut menyediakan pelbagai minuman keras.
Parti bermula jam 5 petang hingga 1 pagi itu dikatakan turut dihadiri pengunjung beragama Islam, namun serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka pada lewat malam tidak menemui peserta beragama Islam berpesta di parti berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam, kebanyakan pengunjung berada di dalam kolam dan sebahagian mereka dipercayai sudah mabuk akibat pengambilan arak yang disediakan penganjur.
Setiausaha MPHTJ Shahdan Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan awam mengenai parti liar itu.
Katanya, sejurus tiba, pihaknya mendapati parti itu masih berlangsung dengan pengunjung berada di kawasan kolam.
“Pemeriksaan lanjut mendapati penganjur tidak mempunyai permit untuk menganjurkan parti itu. Kita turut merampas dan menyita pengadun bunyi yang digunakan penganjur untuk memainkan muzik di kawasan kolam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Shahdan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan penganjur melakukan aktiviti berkenaan yang dikhuatiri turut membabitkan kegiatan tidak bermoral.
Katanya, walaupun penganjur menganjurkan parti itu di tempat persendirian, mereka perlu memohon permit terlebih dulu bagi membolehkan MPHTJ menyemak aktiviti sebenar yang dijalankan.
“Kita amat komited dalam mencegah sebarang bentuk aktiviti liar dan negatif yang dijalankan di kawasan pentadbiran MPHTJ. Sekiranya ia dilakukan, kita akan menghalangnya.
“MPHTJ tidak mahu sebarang masalah timbul sekiranya perkara tidak diingini berlaku terutama ketika umat Islam menjalankan ibadat di bulan Ramadan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014070206252020140702062520/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
dah basah2, mabuk, basah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan pose pn nk buat parti basah gak ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
Nnti org kata
Hak kami utk bebas dan basah |
|
|
|
|
|
|
|
Parti bermula jam 5 petang hingga 1 pagi itu dikatakan turut dihadiri pengunjung beragama Islam, namun serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka pada lewat malam tidak menemui peserta beragama Islam berpesta di parti berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok lah tu...buka posa sekali ...dan sambung sahur disana.... |
|
|
|
|
|
|
|
fxxkxxxg shiat. . . apesal tak pegi serbu semua pub, pusat disko resstoran di seluruh bandar? rampas semua arak pelbagai jenama? then charge semua yang tengah teguk arak kat situ?
|
|
|
|
|
|
|
|
kedburi mia jabatan agama |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 2-7-2014 12:45 AM
elok lah tu...buka posa sekali ...dan sambung sahur disana....
Sahur di mana |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka darul seks bawah umur... |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 2-7-2014 08:45 AM
elok lah tu...buka posa sekali ...dan sambung sahur disana....
ada muslim kena tahan ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 2-7-2014 08:52 AM
Melaka darul seks bawah umur...
ada budak bawah umur ke dlm kes ni . . ?
|
|
|
|
|
|
|
|
apsal nak serbu? buat kat private place kot... nyampah iols... club bersepah kt bandar hilir tak diserbu plak.. oohhhh lupaaa yang tu ada lesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Omong posted on 2-7-2014 08:57 AM
ada budak bawah umur ke dlm kes ni . . ?
Ada seks....
|
|
|
|
|
|
|
|
lorr
parti basah
kuyup je bunyik nye
|
|
|
|
|
|
|
|
CikguSuraya posted on 2-7-2014 08:49 AM
fxxkxxxg shiat. . . apesal tak pegi serbu semua pub, pusat disko resstoran di seluruh bandar? rampas ...
kat situ ada permit....
|
|
|
|
|
|
|
|
CikguSuraya posted on 2-7-2014 08:49 AM
fxxkxxxg shiat. . . apesal tak pegi serbu semua pub, pusat disko resstoran di seluruh bandar? rampas ...
parti ni xde PERMIT.
pub2 tu semua berlesen.
jgn la kecoh sgttt cikgu.....baca n faham slow2
|
|
|
|
|
|
|
|
basah lagi bila lah nak kering??? |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr posted on 2-7-2014 09:05 AM
kat situ ada permit....
tempat private pun kena permit ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|