|
Kurniaan cinta baru – Leuniey & Khairul Fahmi
Kayla Elayna menyinari dunia kehidupan mereka pada 3 Februari 2014 lalu. Baru berusia 43 hari, kami abadikan potret keluarga ini sebagai tatapan pembaca Nona, sesuai dengan edisi Hari Ibu. Kesempatan persinggahan KFLN ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis persandingan rakan sepasukan bola sepak Fahmi, kami ambil untuk bertemu mereka. Kediaman mewah milik ibu saudara Leuniey yang juga pengasas produk kosmetik Tia Amelia, Isma Rohaiza menjadi lokasi sesi fotografi.
“Baby macam demam sikit. Panas kepalanya. Tapi dia dah ready untuk photo shoot,” ujar ibu Leuniey, Puan Laila. Indahnya ciptaan Allah. Menurut Puan Laila, anak kecil ini mirip ibunya sewaktu kecil tetapi lebih cerah. Sempurna ciptaan Allah tiada sangkalnya lagi. Jelas terpancar diwajah bersih Leuniey kegembiraan bergelar seorang ibu. Jika dua tahun lalu tutur bicaranya masih ada aura keanak-anakan tetapi kini Leuniey lebih dewasa dan matang. Biarpun masih muda, pengalaman daripada ibu dan orang-orang di sekeliling mendewasakannya.
Segala-gala yang berlaku adalah kali pertama buat pasangan ini. Selain keluarga, teman-teman dan orang-orang di sekitar menjadi sumber bergerak untuk mereka. Pengalaman di bilik bersalin adalah momen yang masih segar di ingatan.
“Tukang urut yang selalu berkhidmat dengan kami banyak kali pesan supaya saya minum banyak air suam dan air kelapa agar memudahkan proses bersalin. Alhamdulillah, dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar. Apabila kontraksi berlaku lebih kerap dari biasa, kami terus ke hospital. Setiap hari saya berdoa agar saat itu Fahmi ada di sisi saya dan ia termakbul. Fahmi mendapat keizinan daripada jurulatih untuk bersama saya.
Setelah bayi keluar, doktor menyerahkannya Kayla di pangkuan saya, skin to skin. Waktu itu saya masih bingung dek kerana gas yang diberikan sebelum bersalin. Air mata juga tidak mampu menitis. Saya sangat gembira tapi tak terluah dengan kata-kata.” Sempat juga mama Leuniey mencelah…
“Leuniey ni boleh melahirkan ramai anak kerana mudah sungguh dia bersalin. Sepanjang di hospital, Leuniey tidak banyak kerenah. Pada saat bersalin, dia hanya mengucap kalimah Allah dan tidak menjerit. Kayla pun keluar bersih sahaja kulitnya, sama seperti Leuniey sewaktu bayi. Cuma Kayla versi cerah!”
“Saya terlalu gembira. Sebaik mendapat tahu isteri hamil, itu sudah cukup membawa seribu erti kepada saya. Saya melihat keseluruhan proses bersalin dan saat itu saya rasa amat berdosa pada ibu. Sukarnya melahirkan anak, kuat sungguh kesakitan yang terpaksa ditanggung. Saya hampir menitiskan air mata kerana rasanya tidak mampu menahan sakit seperti itu tetapi saya terpaksa tahan kerana tidak mahu Leuniey lemah semangat,” cerita Fahmi.
Ketahui kisah kehamilan Leuniey dan detik kelahiran puteri sulung kedua-dua pasangan ini serta perkembangan terbaru KFLN dalam Nona Edisi Hari Ibu Mei ini.
Last edited by piao on 12-6-2014 11:32 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|