Satu ketika dahulu, industri hiburan tanah air pernah digemparkan dengan kisah Datuk AC Mizal yang dikatakan gagal membayar tunggakan nafkah dua anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya. Dek kerana itu, pelbagai tohmahan dilemparkan keatas AC Mizal sehinggalah akhirnya Januari lalu, kes tuntutan nafkah itu telahpun diselesaikan. AC Mizal ketika ditemui selepas majlis Anugerah Bintang Popular 2013 (ABPBH) berkata dia bersyukur kes tersebut sudah pun selesai dan menjelaskan hubungan dengan anak-anaknya kini bertambah baik.
Hubungan dengan anak baik, baru-baru ini saya ada jumpa mereka sewaktu arwah ayah saya meninggal. Sebelum ini dah banyak orang bercerita kan. Saya tak ada masalah pun, Alhamdulillah court case pun dah selesai, saya rasa sekarang dah tiba masa untuk saya berkembang.
Mengulas mengenai kemenangannya di ABPBH2013, AC Mizal berkata kemenangan itu tidak disangka dan bersyukur rezeki berpihak kepadanya.
Memang tak sangka, saya dah bertahun-tahun tak menang, hari ini pun datang sebab persembahan, namun kemenangan ini buat isteri saya sebenarnya. Apa orang nak cakap saya tak kisah, ini rezeki, peluang, pintu dah dibuka, jadi ia menaikkan kembali tenaga saya. Bagi saya selagi orang nak tengok saya, saya akn terus ada dalam industri ini. Dalam pada itu, AC Mizal kini baru saja menandatangani kontrak bersama Sony dan bakal muncul dengan single terbaru. Menariknya, dia turut akan merakamkan Single terbaru dengan kumpulan 4U2C.
Kini saya menanti untuk keluarkan single terbaru dan juga single dengan 4U2C tetapi dengan anggota baru, ia special project untuk menutup balik 4U2C.
Live Life Loud Hotlink
|