View: 14215|Reply: 144
|
[Tempatan]
Pontianak Jalan Sungai Ular?
[Copy link]
|
|
Pontianak Jalan Sungai Ular?
SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.
Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.
Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.
Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.
Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.
Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.
Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.
“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.
Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.
Enjin motosikal tiba-tiba terhenti
Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.
Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.
Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.
“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.
"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.
Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.
Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Bonceng perempuan waktu malam
Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.
Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.
"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.
"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.
Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.
Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.
Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.
Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.
Lembaga putih yang dipercayai pontianak itu biasa dilihat di sini.
Last edited by tapibukanaku on 29-4-2014 01:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
asal kulim ja cite hantu.lol..besut lak kes pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata Zul Kulum?....eh Kulim |
|
|
|
|
|
|
|
hantu tu pon pandai...berdiri dekat sign board AWAS...dia nak muncul kat situ supaya orang baca sign board tu....hantu pon dikategorikan sebagai bumiputera di malaysia..penduduk asal kan
cc@tapibukanaku |
|
|
|
|
|
|
|
cerita hantu pun boleh masuk suratkhabar.. |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 29-4-2014 12:54 PM
hantu tu pon pandai...berdiri dekat sign board AWAS...dia nak muncul kat situ supaya orang baca sign ...
boleh simpan duit dlm asb. sama2 bumiputera.
|
|
|
|
|
|
|
|
depa kata.....org katala...kalau kena paku akan jadi perempuan lawa...sesapa yang tak dak makwe lagi pila cuba memaku... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 29-4-2014 12:57 PM
cerita hantu pun boleh masuk suratkhabar..
cerita hantu lah laris uols...
|
|
|
|
|
|
|
|
pinjam paku....nak pakok tengkok dia. buleh jd suri hatiku |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 29-4-2014 12:58 PM
depa kata.....org katala...kalau kena paku akan jadi perempuan lawa...sesapa yang tak dak makwe lagi ...
betul ke uols?
|
|
|
|
|
|
|
|
NIXAR posted on 29-4-2014 01:00 PM
pinjam paku....nak pakok tengkok dia. buleh jd suri hatiku
jenuh uols nak memaku je doplohpat jam nanti. mana tau dia pandai cabut paku sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 29-4-2014 01:00 PM
betul ke uols?
uols cubala....nanti habaq mai kat kita.....pila cuba dulu kat tempat tu...tunggu cik ponti semalaman...
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 29-4-2014 01:01 PM
uols cubala....nanti habaq mai kat kita.....pila cuba dulu kat tempat tu...tunggu cik ponti semala ...
uols nak muka camne? maya karin kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 29-4-2014 01:03 PM
uols nak muka camne? maya karin kah?
uols la...kita perempuan..tak minat....agak2 uols minat muka siapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
@tapibukanaku kena smart skit la. paku sampai masuk dalam. x leh la nak cabut dah. |
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 29-4-2014 12:58 PM
boleh simpan duit dlm asb. sama2 bumiputera.
hantu pon ada hak untuk hidup....dalam perlembagaan pon..ada kan..hak bebas untuk hidup....so manusia jgn rasis la
|
|
|
|
|
|
|
|
Loh... ingatkan Sungai Ular kat Kuantan tadi... yang jalan nak ke Cherating tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk jer terus dpt agak kat kulim... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 29-4-2014 01:01 PM
uols cubala....nanti habaq mai kat kita.....pila cuba dulu kat tempat tu...tunggu cik ponti semala ...
Jom kita tunggu sekali ... kalau ponti tak mai Lox geget leher akak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|