CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2580|Reply: 5

[Tempatan] Penganjur perlu kebenaran DBKL bagi lokasi perhimpunan 1 Mei

[Copy link]
Post time 22-4-2014 08:26 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 21 April - Penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung lokasi perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dirancang 1 Mei ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis terpaksa menolak permohonan penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu kerana hanya memberikan notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi lokasi perhimpunan.
"Penganjur sudah mengemukakan notis kepada pihak berkuasa untuk melakukan demonstrasi berkenaan di Dataran Merdeka tetapi kita terpaksa menolak permohonan berkenaan.
"Mereka gagal memenuhi syarat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang memperuntukkan supaya pihak penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan mahupun berkumpul," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zainuddin berkata jika penganjur telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib bagi lokasi perhimpunan, polis sedia untuk mengawal selia perhimpunan itu bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dan kekacauan.
Permohonan itu dikemukakan wakil penganjur antaranya Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira 2.30 petang hari ini. - BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 08:28 AM | Show all posts
perhimpunan bimbo?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 08:49 AM | Show all posts
tak de lepas nyer kalau mintak nie.....buang membazir form je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 09:55 AM | Show all posts
mmg xdptnye
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sume org tau xkan dapat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 07:23 AM | Show all posts
ARTIKAL BERKAITAN (tak keluar surat khabar)

PAA bercanggah perlembagaan, KPN patut hormati keputusan Mahkamah

SHAH ALAM 26 APRIL: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abdul Bakar digesa menghormati keputusan sebulat suara tiga hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) bercanggah dengan Perlembagaan Persektuan.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menggesa Khalid agar berhenti dengan memberikan kenyataan bersifat sombong.N Surendran demikian selepas akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Khalid sebagai berkata orang ramai masih mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada polis jika mereka mahu mengadakan perhimpunan awam dan mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

“Seksyen 9 (5) menyatakan ia adalah satu kesalahan apabila seseorang tidak memberi 10 hari pemberitahuan minimum kepada polis apabila mengadakan perhimpunan.


http://bm.selangorku.com/
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.742286 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list