Penyanyi popular dengan lagu Aku Datang, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah berkongsi beberapa keping gambar terbaru keluarganya di laman sosial Instagram termasuklah gambar anak sulungnya, Arrianshah Akid untuk tatapan semua peminat.
Difahamkan, anak lelakinya itu kini usianya sudah masuk 6 bulan sejak dilahirkan pada 29 Mei yang lalu dan penampilan pelakon Istanbul Aku Datang itu juga kini tampil dengan imej berbeza iaitu berkepala botak sejak kemunculannya pada Separuh Akhir Muzik Muzik 27 minggu lalu.
Terdahulu, Arrianshah selamat dilahirkan pada Selasa (29 Mei) sekitar jam 6.00 petang dengan berat 3.33 kilogram hasil perkahwinan Tomok dan isterinya, Siti Rahayu Abas pada 1 Julai 2011.
dulu budak2 jer tomok ni.. sekarang dah jadi bapak2. esok lusa kita sama2 tua. tengok saper antara kita yg mati dulu... pendek btul kehidupan ni. realiti memang memeritkan
sy follow tomok dekt fb je..ank dia sgt sgt sgt comel, da besr macam anak mat saleh.vdeo2 pun bnyk..sorry saya tak reti tepek...bile anak dia cakp lgi cute..korg cri la sndri..