View: 33389|Reply: 64
|
Apa beza Wahhabi dan Salafi?
[Copy link]
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by rami_ayyash at 10-12-2003 04:35 PM:
Saper tahu?
Anda budak 'UIA', bukan tak tau serba sedikit kot?
Cerita ler serba sikit dan lepas tu bolih tanya apadia yang anda muskilkan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak ter'kenen' plak !
Yang saya tahu, sikit2 wahhabi tu spesis Puritanisme, yakni inginkan Islam yang tulin, mcm taknah benda2 bid'ah (kalau salah tegur yer, sayer tak tahu sgt)
Salafi plak - ingin praktik kan Islam macam zaman2 sahabat dulu - Islam Ortodoks kot!
Wallahualam! Sebab tulah ingin kan penerangan dari golongan Wahabi dan Salafi.
Tanyer saya, mana la tahu! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rami_ayyash at 12-12-2003 05:13 PM:
alamak ter'kenen' plak !
Yang saya tahu, sikit2 wahhabi tu spesis Puritanisme, yakni inginkan Islam yang tulin, mcm taknah benda2 bid'ah (kalau salah tegur yer, sayer tak tahu sgt)
Salafi pla ...
Salafi - yang condong kepada mengamalkan Islam yang di tuntut oleh Al Quran dan rasul.... i.e. Islam yang fundamental.
Wahabi - yang condong kepada Islam menurut pemahaman puak di Saudi sana nun kalau tak silap aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada yang nak berpuak, biarkanlah mereka. Kita jangan berpuak. Quran melarang. Islam adalah satu agama. |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by mutantninja03 at 2003-12-13 04:37:
Salafi - yang condong kepada mengamalkan Islam yang di tuntut oleh Al Quran dan rasul.... i.e. Islam yang fundamental.
Wahabi - yang condong kepada Islam menurut pemahaman puak di Saudi sana nun ...
Jadi.. pada pandangan mutantninja03 dan rami_ayyash apa dia perbezaan yang paling KETARA diantara pemahaman SALAFI dan pemahaman WAHABI?
Adakah perbezaan ini lari dari akidah Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Sedikit info mengenai gerakan atau pun fahaman salafiyah
Salafiyah.satu gerakan yang muncul pada abad ke 7 hijrah,Tokoh utamanya Syaikhul Islam Ibnu Taimiah.Menurut Dr Mustofa Muhammad al-Syak`ah ,firqah ini muncul ketika berbagai aneka ragam tentang Aqidah Islamiah,dan beberapa mazhab yang bersandarkan pada falsafah telah muncul,dengan mewujudkan pertentangan yang hebat antara satu sama lain.Kewujudan fahaman lama seperti syiah.khawarij dan muktazilah kemudian tampil pula fahaman Asyairah.al-Maturidiah dan berlaku pertembungan antara mereka.Ketika ini munculah sekelompok ulamak yang menyedari bahawa keadan tersebut tidak begitu sihat kepada aqidah itu sendiri,persoalan mengenainya perlu balik kepada zaman awal sahabat dan tabiin(salafu al-soleh),rujukan hendaklah terus kepada sumber asal iaitu al-Quran dan al-Hadis,kerana itu firqah ini dinamakan salafiyun.Walaupun begitu firqah ini bukan beerti membawa perkara baru ,hakikat ini pada dasarnya ialah lanjutan dari aliran Hanabilah.
Sebelum kita berjalan lebih jauh ada baik kita menyusuri sedikit beberapa perkara.
Perkataan salafiyah diambil dari perkataan salafa,yaslufu salafan yang bersamaan maksud dengan perkataan taqaddama,madha yang beerti; berlalu,atau terdahulu(Nahzaluz boleh tolong perbetulkan jika silap dalam memberi takripan)
Kita juga sering mendengar perkataan salafu al-soleh yang beertirang-orang soleh yang terdahulu.Secara istilah jika disebut salafu al-soleh ialah orang-orang muslim yang hidup sejak zaman nabi MUhammad s.a.w sampai ke krun ke 3 hijrah.Mereka terdiri dari para sahabat,tabiin dan atba tabiin.Berdasarkan sabda Rasul:
Para sahabat pernah bertanya,"siapakah antara golongan manusia paling baik?".Jawab Rasullullah: Mereka yang ada pada kurunku,kemudian mereka yang datang selepas itu,kemudian mereka yang datang selepas itu.Kemudian datang satu kaum,yang man penyaksian mereka mendahului sumpahnya dan sumpah mendahului penyaksianya.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Lebih jelas kita beri contoh,qarni(kurunku) bereti sahabat,kemudian tabiin dan tabik tabiin(antaranya,al-laist,Hasan al-basri, Imam Abu Hanifah dll)t,kemudian atba tabiin.(termasuklah antaranya Imam Syafie,al-Bukhari,Muslim dll
selepas dari itu,di gelar zaman khalaf,yakni bermakna masa pengganti atau kemudian.Perbezaan antara salaf dan khalaf ini sekitar masalah akidah dan penafsiran al-Quran(sebagai contoh tafsiran mengenai ayat mutashabihat).Setelah itu munculah zaman yang disebut zaman taqlid,tiada lagi mujtahid mutlak,yang banyak muncul mujtahid mazhab.Berterusan dari itu hinggalah kejatuhan Baghdad di tangan Monggol,Negara Islam,jatuh bangun,kezaliman berluasa,ulamak tidak lagi berijtihad,penguasa tidak berdaya(lemah),umat islam mula banyak melakukan biadaah,syirik khurafat,isu tasawuf,sudah bercampur aduk,khurafat tahyul menjadi-jadi.
Dalam situasi begitu,muncullah sebahagian ulamak yang ingin mengembalikan semula kejernihan umat Islam,dan menyedarkan kembali umat islam agar kembali pada al-Quran dan al-hadis.melalui tulisan-tulisan Ibnu taimiyyah antara pelopornya mendesak kaum muslimin agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.Amalan Islam hendaklah di kembalikan sebagaimana seharusnya seperti yang dikehendaki oleh pembawanya,Nabi Muhammad s.a.w. dan yang telah dipraktikan oleh golongan salaf.
firqah Salafiyah juga dikenali sebagai gerakan tajdid,Islah(reformasi),dalam hal ini,Ibnu Taimiyyah telah dipanggil sebagai muhyi Asar as-Salaf(menghidupkan kembali amalan salaf.)Tajdid ini sebenarnya merupakan watak ajaran Islam itu sendiri,kerana disamping memelihara dengan utuh ajaran islam,juga dapat menyelesaikan masalah baru yang timbul pada masa itu.
firqah ini membuat pengislahan dalam semua sudut,baik bidang fiqh,mahupun aqidah dan juga tasawuf.dokrin paling ketara bahawa pintu ijtihad tetap terbuka sepanjang masa,taklid membuta tuli adalah dilarang,perdebatan dalam soal akidah dihindarkan,ayat-ayat mutasabihat ditafwidkan,tidak ditafsirkan atau ditakwil.
tokoh gerakan salafiyah antara lain,ibunu Qayyim,Muhamamd Abd Wahab,kemudian,jamaludin al-Afghani,Muhamamd Abduh,Rashid Redha dan lain-lain(cuma menyebut bberapa nama)
Itulah serba ringkas.yang dapat saya berikan,tuan-tuan boleh pertikai,kritik,tambah dan menyatakan kelemahan-kelemahan gerakan ini,banyak lagi maklumat lain,yang boleh dibincangkan.Info diatas hanyalah satu usaha saya yg daif,dengan Imu yang sedikit dan rujukan yang tidak seberapa.InsyaAllah kita mengenal pula lanjutan dari firqah ini iaitu Firqah wahaabiah.
.
.
.
. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun sependapat dgn anwar. Setakat yang saya belajar, yang saya baca begitulah.
Cuma satu jer, iaitu ttg Jamaluddin al-Afghani yang saya musykil. Sebabnya saya ada terbaca di internet satu artikel ttg beliau dan beberapa orang ulama'. Artikel ni dalam bahasa Arab. Mungkin anwar boleh baca tengok dulu. Sayapun tak pasti dakwaan penulis ini. Linknya akan saya berikan kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini linknya:
http://www.saaid.net/Doat/Althahabi/index.htm
Clik شخصيات تحت المجهر kat bahagian بحوث علمية
Dalam artikel ni ada beberapa shaksiah/tokoh yang penulis pertikai.
WA |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi akidah, of course la Salafi dan wahabi ni tak murtad dan syirik! Tapi kenapa approach diorang melampau2 sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Imam-imam terdahulu punyai niat yang murni untuk kembalikan Islam kepada amalan yang sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi MUhammad,kemudianya para salafu al-soleh,sungguhpun begitu perkara yang tidak dapat lari ialah ada sebahagian pengikut yang begitu taasub dan menyalahi cara para pengasanya dulu.itu yang berlaku.Bagi saya mereka yang mengaku salafiyun atau wahabiyun sekarang ni,adakah benar mereka mengikuti cara para tokoh-tokoh terdahulu dalam mengaplikasikan tujuan murni itu?bagaimana dari segi keilmuan?pendekatan yang keras sehingga mengkafirkan orang yang tak sealiran dengan mereka,lihat saja ultra wahabi sekarang yang menyerang Dr Yusof al-Qardhawi sehingga ada yang mengkafirkan ulamak mujtahid ini,kerana banyak membuat ijtihad bedasarkan fiqh semasa.Mana-mana kitab yang tak selari dengan aliran mereka,golongan ini(yang ultra) akan mencelanya hingga lahir satu kitab yang mnyenaraikan nama-nama kitab yang perlu dijauhi(saya melihat senarai tersebut ,merelka memasukan beberapa kitab-kitab yang menjadi rujukan yang mashur).Perlu diteliti apakah benar mereka yang mendakwa salafiyun itu benar mengikut manhaj pengasanya dan bertujuan murni sebagaimana tokoh terdahulu?WA |
|
|
|
|
|
|
|
Wahabi yang pernah ku ikuti
Mengikut fahaman Wahabi yang pernah saya ikuti..amalan-amalan ibadah hendaklah dikuti berdasarkan al-quran dan hadis. Kebanyakkan amalan yang kita amalkan sekarang ini banyak merupakan bidaah yang menyesatkan seperti berdoa beramai-ramai, talkin di kubur, menziarahi kubur sehinggalah melagukan azan dan menghias cantik masjid-masjid. Wahabi lebih mengikuti secara zahir apa yang terkandung di dalam al-quran dan hadis dan boleh memilih mana-mana fatwa dari 4 imam dahulu mengikut kemudahan semasa. Dulu Wahabi bermula di Malaysia daripada pergerakan Islah hinggalah penubuhan kumpulan-kumpulan seperti Ittiba-Us-Sunnah di Negeri Sembilan, Ansar-usSunnah di Melaka, Muhammadiah di Pulau Pinang serta kumpulan Islah di Perlis namuni disebabkan kurang mendapat sambutan maka mereka kini menyusup dan berlindung dalam beberapa NGO Islam di Malaysia. Di Kuala Lumpur kumpulan Wahabi telah mendapat banyak peruntukan dari Arab Saudi dan pergilah di sebuah masjid di Sungai Besi...anda akan lihat ketika mereka berkumpul beramai-ramai barulah anda akan dianggap sesat jika mengamalkan fahaman Ahli-Sunnah Wal Jamaan |
|
|
|
|
|
|
|
Byk masjid2 Wahhabi di Penang dan Perlis!
Oranggunung, skrg ko Wahhabi lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku telah meninggalkan fahaman Wahabi yang dungu dan telah kembali kepada kesucian,kebenaran dan keindahan Islam yang sebenar. Semoga kejahilan ku dahulu terampun hendaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam ko yang sebenar skrg aper beza nyer ngan wahabi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mendaki gunung memang seronok. Ko akan dapat kepuasan dan kenikmatan apabila berada di puncak. Cubalah ko teroka lautan ilmu yang luas itu dan ko akan temui ketenangan dan keindahan hidup ini. Kalau ko hanya berpuas hati dengan satu jalan wahabi yang sempit dan jumud itu...ko ibaratkanlah hidup ko macam katak bawah tempurung yang tidak nampak langit yang terbentang luas serta ada lagi keindahan disebalik langit itu. Bukankah Pembawa kebenaran ada menyatakan "Aku adalah gedung ilmu dan Ali adalah pintunya"........
Mengapa aku daki gunung?.....ya, sebab gunung ada di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Oranggunung at 9-1-2004 09:59 AM:
Mendaki gunung memang seronok. Ko akan dapat kepuasan dan kenikmatan apabila berada di puncak. Cubalah ko teroka lautan ilmu yang luas itu dan ko akan temui ketenangan dan keindahan hidup ini. Kal ...
Ko skrg aper? Sufi ker, Shia? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana yg dikatakan Shiah
Aku bukan sufi atau sunni...malah jauh sama sekali wahabi. Aku belum lagi menjadi shia, cuma yang kuharapkan hanya pada keredhaan dan petunjuk Ilahi. Bukankah pesan Rasulullah untuk mengikuti dan mencintai ahli keluarganya yang suci....dan jika mencintai mereka menjadi Shiah maka Shiah lah aku.
Ko ni ada keturunan Arab ker atau Hindustan ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anda nak mencintai AB, harapnya anda akan mencintainya mengikut petunjuk al-Quran dan Sunnah. Ikut versi ASWJ. Jgn ikut versi Syiah.
Semoga Allah memberi hidayah kepada anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang aku nak mengikuti ASWJ dalam mencintai AB tetapi kenapa sahabat-sahabat dalam ASWJ memusuhi AB. Kenapa Muawiyah membenci Ali dan sehingga anaknya Yazid seorang ASWJ memancung cucu kesayangan Nabi. Kenapa ramai ASWJ bersorak gembira apabila kepala Hussein diarak ke istana Yazid? Jauhkanlah aku daripada si Laknat itu !! |
|
|
|
|
|
|
| |
|