CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11379|Reply: 110

[Tempatan] Muhyiddin umum PT3 ganti PMR

[Copy link]
Post time 18-3-2014 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin umum PT3 ganti PMR

18 Mac 2014



Muhyiddin Yassin


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.
   
"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.
   
Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.
   
Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
   
Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.

"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
   
"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.
   
Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 04:07 PM | Show all posts
motif tukar? macam sama aja.. kenapa tak tambah baik sistem PMR?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:08 PM | Show all posts
Loser.... Malu betol aku ada timb perdana menteri bodoh mcm ni....

Kontrak berjota2 dah sapu.... Hasil mcm harommmm.....

Wahai warga2 pendidik malaya.... Apa lg yg mau tunggu..... Kasi nyah loser ni dr itu kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:14 PM | Show all posts
tadi dgr berita cikgu2 dah tak payah update dalam sistem....mesti cikgu2 semua gumbira...atau ada lagi yg nak kena mansuh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:18 PM | Show all posts
apa bezanya nih dgn PMR?

cuma pada namanyakah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:18 PM | Show all posts
derang ni dah konfem bebetul ke ni? kang tetiba je kensel balik..

tp satu yg aku rasa ralat sikit is menteri2 msia ni pun kdg tu x antar anak kat sekolah kerajaan. antar oversea/private jugak... nape?

apakah mereka sendiri pun x percaya sistem pendidikan kat sini, yg derang sendiri cadangkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 04:20 PM | Show all posts
goss79 posted on 18-3-2014 04:18 PM
derang ni dah konfem bebetul ke ni? kang tetiba je kensel balik..

tp satu yg aku rasa ralat sik ...

sudah terang lagi bersuluh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:21 PM | Show all posts
luvly_eone posted on 18-3-2014 04:08 PM
Loser.... Malu betol aku ada timb perdana menteri bodoh mcm ni....

Kontrak berjota2 dah sapu....  ...

Pabila harta Kisra Parsi di bawa ke Madinah di hadapan Saidina Umar Al Khatabb r.a., beliau memuji para pejuang Islam di sana.
Betapa amanahnya para pejuang di Parsi......sehingga berlambak lambak harta tersebut di bawak.

Seoghang sahabat r.a. berkata "Kiranya Pemimpin nya rakus.................maka anak anak buahnya akan turut rakus"

Kat satu thread.............ada forumis letakkan gambaq plak "Hari ini dalam Sejarah" mengenai sebuah tandas yg telah di gunakan olih si Bijan di sebuah sekolah.
Ini macam punya Guru Besaq/Penyu-tua ke yg kita nak harapkan membela pelajar pelajar???
Jenih 'kiss-my-ass' punya....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 04:21 PM | Show all posts
goss79 posted on 18-3-2014 04:18 PM
derang ni dah konfem bebetul ke ni? kang tetiba je kensel balik..

tp satu yg aku rasa ralat sik ...

Sbb diorang sendiri tau sistem yg diorang pakai ni sampah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:24 PM | Show all posts
chaintea posted on 18-3-2014 04:18 PM
apa bezanya nih dgn PMR?

cuma pada namanyakah?

PMR- peperiksaan pusat

PT3 - Penilaian sekolah.

Aku rasa ini ekoran dari kritikan - pelajar mesia hanya menghafal soalan ramalan..

kalau sekolah buat dinilai ikut prestasi sebenar.

Cikgu tak payah susah payah photostate soalan ramalan lagi


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:24 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 18-3-2014 04:21 PM
Pabila harta Kisra Parsi di bawa ke Madinah di hadapan Saidina Umar Al Khatabb r.a., beliau memuji ...

Itu ler hasil yg diorang nak....

Bukan 'pendidik' tapi 'pembodek'

kalau bersuara jer terus cop pembangkang kat dahi.... Cukup masa pindah ke pedalaman...
mcm BA ALIF BA YA..... jahanam generasi masa depan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 04:24 PM | Show all posts


CERIA…Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan (dua kanan) selepas sidang media mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada perjumpaan dan taklimat bersama Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (NUTP) di Bangunan Parlimen, Selasa. Turut hadir Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh (dua kiri). -fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:28 PM | Show all posts
luvly_eone posted on 18-3-2014 04:24 PM
Itu ler hasil yg diorang nak....

Bukan 'pendidik' tapi 'pembodek'

aku tengok kau macam tak puashati sangat dengan sistem baru ni..

so aku nak tau gak pandangan kau  apa yg negatif ye..

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:28 PM | Show all posts
Entah ler........ menteri-menteri ni seronok jadikan bebudak dengan cikgu bahan ujikaji. Yang sedia ada pun belum betul-betul mahir tentang perlaksanaannya, muncul yang baru.

Harap sistem baru bukan copy paste sistem negara yang dilawati oleh TPM, kan apa budaya dan cara kerja antara sesuatu negara tu berlainan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:32 PM | Show all posts
ba alif tendang  ba ya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:32 PM | Show all posts
luvly_eone posted on 18-3-2014 04:24 PM
Itu ler hasil yg diorang nak....

Bukan 'pendidik' tapi 'pembodek'

Ia bermula dgn Arwah Khir Johari......................Menteri Pelajaran (pd waktu tersebut)
Yg memansuhkan TULISAN JAWI di sekolah sekolah.
Selepas 20 tahun lebey...................sulat kabar UTUSAN MELAYU pung berkubur.

Then datang plak Mamak Kutty................dgn B.Malaysia, English, B.Malaysia, English salih berganti.
Setiap kali akan di sokong olih Professor Professoe Kiss-My-Ass.

Sapa yg merosakkan pelajar pelajar ini???
Pemimpin pemimpin so called melayu.................

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 04:33 PM | Show all posts
luvly_eone posted on 18-3-2014 04:21 PM
Sbb diorang sendiri tau sistem yg diorang pakai ni sampah....

tu lah tu... x practice what u preach...

pas tu expect org buat

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:37 PM | Show all posts
Muhyiddin ni paham ke apa yang dia cakap??....sibuk multi tasking ke hulu ke hilir, mana nak urus pilihan raya, mana nak handle sistem pendidikan negara....

LENKALI BAGI LA PORTFOLIO NI PADA ORANG YANG ADA KEPAKARAN DLM PENDIDIKAN... YANG BETUL2 CARE PASAL PENDIDIKAN KITA....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x de beza pun. Ke aku yg x paham ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:39 PM | Show all posts
Aku tak berapa nak eran.

Lagi 4-5 tahun kedepan, mesti tukar nama lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061813 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list