|
|
12 Mac 2014
Petaling Jaya: Suasana sebuah hotel di sini, kecoh seketika apabila pekerja pembersihan hotel berkenaan mendakwa menemui satu bungkusan dipercayai mengandungi bom, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi berkenaan, wanita berusia 40-an itu terkejut apabila menemui bungkusan yang dilekatkan di dalam lif sebelum melaporkan kepada pengurus hotel berkenaan.
Bimbang dengan keadaan itu, pengurus hotel bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan unit pemusnah bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi kejadian bagi memeriksa bungkusan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati bungkusan berkenaan bukan bom sebaliknya satu bungkusan plastik yang dibuat menyerupai bom.
“Kami menyiasat identiti individu yang meninggalkan bungkusan berkenaan di dalam lif itu termasuk meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” katanya.
Menurutnya, motif sebenar perbuatan itu masih lagi disiasat dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia bertujuan menimbulkan kekecohan kepada orang ramai. -myMetro
p/s hotel mana tuh?
|
|