[size=0.9em]Alor Gajah: “Babi hutan itu keluar dari semak secara mengejut menyebabkan seorang penunggang motosikal merempuhnya dan penunggang berkenaan tersungkur manakala haiwan itu terperosok di bawah Toyota Unser saya. Namun, babi hutan itu tiba-tiba bangun dan menyondol mangsa yang sedang terbaring,” kata Mohd Shahir Tambi Chik, 27, saksi kemalangan yang menyebabkan Arman Jaafar, 37, terbunuh, semalam. [size=0.9em]Menurut kakitangan Pejabat Daerah Alor Gajah itu, dia dalam perjalanan dari arah Tanjung Bidara menghala ke tempat kerjanya di Alor Gajah, terkejut melihat seekor babi hutan sebesar anak kerbau tiba-tiba keluar dari semak di kanan jalan dan terus melintas jalan raya.
[size=0.9em]“Kemudian seorang penunggang motosikal yang datang dari arah Masjid Tanah, merempuhnya menyebabkan penunggangnya jatuh ke atas jalan.
“Saya terkejut apabila haiwan itu terperosok di bawah kereta saya, bangun dan menyondol mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
[size=0.9em]
Mohd Shahir bagaimanapun berkata, dia tidak pasti sama ada mangsa masih hidup atau tidak ketika disondol haiwan berkenaan yang kemudian terbaring di tepi jalan berdekatan penunggang motosikal, dipercayai kerana turut cedera.
http://www.hmetro.com.my/article ... 40213164314/Article
|