|
[size=0.9em]Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, di sini dikesan menawarkan pelacur dan pondan warga Thailand sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis berkenaan. [size=0.9em]Malah, pemilik premis itu turut mengambil pondan bekerja dan melayan tetamu. [size=0.9em]
Pelanggan hanya perlu membayar RM400 jika ingin melakukan hubungan seks dengan pondan terbabit.
[size=0.9em]Bagaimanapun, tindakan pemilik itu terbongkar selepas Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Pegawai D7 Inspektor Mohammad Mohd Jais menyerbu premis itu kelmarin. [size=0.9em]
Dalam serbuan jam 12.40 malam itu, seramai 30 pelacur warga Thailand dan sembilan pondan yang sedang menari ghairah tergamam selepas polis menyerbu pusat hiburan itu. [size=0.9em]
Mohamad berkata, seramai dua pegawai dan tujuh anggota terbabit dalam operasi ini yang dibuat hasil risikan selama seminggu.
 [size=0.9em]ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari.
[size=0.9em]Menurutnya, ketika diserbu, lebih 80 pelanggan sedang menikmati tarian ghairah pelacur terbabit sehingga tidak sempat melarikan diri. [size=0.9em]
“Kita telah menahan 30 wanita dan sembilan pondan warga Thailand berusia 21 hingga 32 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
[size=0.9em]“Risikan mendapati bayaran bagi kalungan bunga bermula RM100 sehingga RM1,000 manakala untuk melakukan hubungan seks sebanyak RM400,” katanya selepas tamat operasi. [size=0.9em]
Beliau berkata, pihaknya percaya wanita terbabit dibekalkan sindiket dan penjaga premis turut ditahan. [size=0.9em]
Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
|