CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41044|Reply: 120

TAK ADA TAJUK (Cinta Seorang Mistress)

[Copy link]
Post time 3-2-2014 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Second attempt tulis novel.. Hopefully bolehla di baca. Tak adalah nak meluat nak muntah nak arwah bagai hahaha...

Cerita ni tengah taip sebaris sehari so jangan mengharap boleh update hari2 haha sebab kadang2 otak blank (bukan kadang2 tapi selalu hahaha)


Sat g chek hupdate naaaa Last edited by farahanafarah on 3-2-2014 09:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2014 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BAB 1

Gula-gula getah yang sejak tadi dikunyah rakus diludah ke bawah, matanya tidak lepas dari memandang dua susuk tubuh yang kelihatan seperti berkelahi. Pada mulanya memang lah dia nak buat tak tahu tapi kalau dah memekak rupa ayam bergaduh dengan babun memang dia nak naik angin lah. Iman dah senipis kulit bawang, kalau tanya iman ni memang dah lama cawan Hello Kitty hinggap kat kepala dua ekor makhluk Tuhan paling annoying tu, tapi kalau tanya Aiman confirm Aiman tak kisah punya. Manalah nak cari Aiman malam-malam buta ni.

Baru berkira-kira mahu berambus dari duduk melepak di tepi balkoni, makhluk dua ekor yang menjadi santapan matanya makin nyaring pulak bertegang urat. Dah lah jiran kiri kanan ni ada anak kecik, dah lewat malam pulak tu, mengganggu kanak-kanak nak tidur betullah babun betina dengan babun jantan ni. Baru je rasa nak bertaubat dari sound menyaun orang, dah kena tarik balik niat bertaubat tu.

“Woi mangkuk-mangkuk sekalian alam, dah malam buta ni…bawak-bawaklah balik rumah. Tidur ke, masak maggi ke…buang masa kau tau tak memekak depan rumah orang ni! kalau iye pun nak memadu asmaradana Puteri Gunung Santubong korang tu pergilah jauh-jauh, depan rumah akuuuuu jugak kau nak buat konsert.” Haaa tu dia, kang aku dah cakap, bab sound menyaun ni bagi lah kat aku, memang bernanah punyalah telinga orang yang kena.

Tangan yang masih berbalut kemeja kotak-kotak direhatkan di atas pagar beranda di depannya. Mangkuk-mangkuk yang disoundnya tadi mencerlung ke arahnya. Huish! Tengok gaya macam nak makan orang tapi peduli apa aku, kau yang memekak depan rumah aku.

Sangkanya mereka mahu beredar, atau paling-paling slowkanlah sikit volume suara yang tak berapa nak sedap didengar tu tapi mak aihhhh. Makin nyaring Kak Jah kooo dia memekak. Kalau tadi baru mukaddimah, sekarang ni aku rasa nak bagi isi dia pulak.

“Woi Julia! Dah malam buta ni, kau tak reti nak masuk rumah? Duduk berembun kat luar dengan mangkuk jamban tu buat apa, bentan tau tak nanti, kau nak?!” Eh! Apa aku merapu ni, bentan tu apa benda pulak, lantaklah…asal boleh.

Julia dilihatnya hanya mendengus kasar dan menjelingnya tajam. Jelinglah jeling, karang tersalah urat terus jadi jeling seumur hidup baru kau tau! Tapi bagus jugak, boleh aku panggil kau Julia Jeling! Gila lah, ngam betul nama. Ingatkan Julia yang memang musuh tradisinya itu akan membalas tapi lain yang diharap lain pulak yang jadi.

“Sejak bila you simpan jantan kat rumah hah?! Berani you bawak jantan lain masuk rumah! Perempuan macam apa you ni hah?!” Suara lelaki yang tadinya petah bergaduh dengan Julia makin melengking kuat. Terkulat-kulat Julia menghadap amarah teman lelakinya. Yang si Jasmine lagilah berasap.

Jantan kau panggil aku, buta ke?! Aku yang cantik lebih dari Miss World ni kau kata jantan? Memang tak sayang mulut la jamban bergerak ni.

“Wei sedara, ada pepatah tercatit kat buku Komsas Tingkatan 1 saya yang berbunyi, cakap siang pandang-pandang, cakap malam renung-renunglah sikit brader. Apa buta tahap tujuh ke mata sedara tu? Saya yang banyak punya jelita ni sedara kata jantan? Woi, tak dengar ke suara punyalah kepit ni. Bangggg…saya tulen banggg…” tak pasal-pasal keluar lawak bodoh dia tapi dia bukan buat lawak pun, memang dia tengah bengang pun.

“Apa bukti kau tu betina?” soal jamban bergerak angkuh sekali.

Ini yang aku paling suka ni, mencabar kesabaran aku. Memang aku suka lah stok-stok jamban gini, apa kata orang putih…challenging!

“Ha…eloklah tu, aku memang nak bagi bukti pun. Kau tunggu, kau tunggu.” Jerit Jasmine dari tingkat atas. Bergegas dia turun menuju ke arah Julia dan jamban bergerak berdiri.

Sampai saja depan lelaki itu Jasmine terkedu untuk dua saat, dua saat je, mana boleh lebih. Hilanglah macho nanti. Dengan muka stok drop-dead-gorgeous memang menggetarkan hatilah. Ini memang muka stok hero-hero dalam novel Inggeris ni. Kalau aku bayangkan mangkuk ni Christian Grey, hero dalam novel Fifty Shades of Grey, lulus tak agak-agak? Eh tak boleh…tak boleh…Christian Grey tu boyfriend aku, mana boleh samakan dengan dia. No no no…

“Hah! Bukti apa kau nak?” berlagak saja bunyi suara Jasmine, tak padan nak kena dongak bila pandang muka lelaki tu, kerek tetap dikekalkan. Aku ni rasa aku dah cukup tinggi ala Miss World tingginya tapi tak sangka mangkuk ni lagi tinggi. Tadi pendek je nampak. Haish..Salah percaturan nampaknya aku ni.

“Tunjuklah apa yang membuktikan kau tu betina. Tak kan kau tak tau apa yang perlu kau tunjuk.” Sinis sekali pertanyaan itu pada pendengaran Jasmine. Sah! Memang sah! Mangkuk ni memang nak start Perang Dunia ke-3. Sesedap keropok lekor je dia panggil aku betina.

“Budi bahasa memang macam Sasterawan Negara habislah brader ni. Peh! Berdesingggg je dengar ayat penuh bunga-bunga sedara tu. Karang kalau aku backhand kau karang, kau jangan tanyalah apesal aku backhand kau eh? Lu pekak ke? Suara aku ni pun dah sah-sah la bunyi keperempuanan. Kau ni punnnnnnnnnn…..” bukan main panjang perkataan pun tu ditarik. Bukan apa, nak tunjuk yang dia memang bengang sekarang ni.

“Aku ada lah satu cadangan yang aku rasa agak bernas, lebih baik kau balik tidur bawah ketiak mak kau, dah lewat malam dah ni. Dah nak masuk 3 pagi dah pun. Waktu-waktu gini, kelab malam pun reti tutup kau tau tak. Kau ni apa lah nak jadi, kereta mahal, baju mahal, jam mahal tapi otak? 3 suku! Memekak kat depan rumah orang.”

Bukan main seronok Jasmine mengutuk, lagi seronok bila melihat lelaki itu ketap bibir. Bergerak-gerak rahang lelaki itu tanda menahan amarah yang dah hampir meletup.

Lain balasan yang diharapkan lain pulak balasan yang dapat. Si Julia Jeling pun nak join jugak Perang Dunia ke-3, ramai jugak yang berminat dengan perang-perang ni. Tak takut mati ke apa?

Bahu yang ditolak Julia hanya dilirik dengan ekor mata, buang masa nak bergaduh dengan Julia sekarang. Dengan si Julia ni bila-bila masa dia boleh bergaduh, dah kata serumah kan. Jelingan maut diberikan kepada Julia membuatkan si gedik itu cepat-cepat menyorok dibelakang tubuh sasa si mangkuk ayun. Apa kau ingat kau je ada mata nak jeling-jeling orang, apa kau ingat kau je Tuhan buat ada mata? Ceh! Tak putus-putus Jasmine mengutuk dalam hati.

Bersepah gelaran yang diberikan buat lelaki di hadapannya kini. Kalau dosa itu nampak dengan mata kasar, memang senget sebelah lah bahunya malam ni. Eleh macamlah selama ni tak pernah buat dosa! Bukan tak pernah tapi malas nak tambah dosa yang dah sedia bertimbun ni.

“Kau tunggu apa lagi? Tunjuklah cepat. Tadi bukan main beria halau aku, cepat kau tunjuk cepatlah aku balik.” provoke lelaki itu lagi.

“Hekeleh mamat ni…nak balik tu balik ah, banyak pulak pe’el nya.”

“Nak tengok sangat kan, nah tengok iklan syampu ni. Rambut gini punya cantik kau kata jantan, muka gini punya cun kau kata aku betina? Weh rupa aku ni kalau Tyra Banks nampak melalak kau tau tak? Tak boleh cari makan dia.”

Serentak dengan itu cap kelabu dikepalanya ditanggalkan. Rambutnya yang tadi bergulung dalam topi ditepis-tepis kiri dan kanan persis iklan syampu yang selalu dia tonton dekat tv. Kepala turut di geleng kiri dan kanan, membuatkan rambutnya yang ikal mayang dan sedikit keperangan itu beralun lembut.

Bibir yang tadinya tersungging senyum sinis terus bertukar rupa. Terpaku dengan kecantikan dan keindahan yang terbendang di depannya. Sesungguhnya Seth tahu bahawa yang bertikam lidah dengannya sebentar tadi memang seorang perempuan cuma dia saja mahu cari pasal dengan Julia. Dia sudah muak dengan perempuan gedik itu yang tidak habis-habis menempel dan mahu melekat dengannya. Dia ingatkan budak perempuan ni tak ingin lah nak bergaduh dengan dia tapi nampak gayanya tak menjadi taktik dia. Patutnya tadi selepas menuduh Julia bawak balik lelaki ke rumah dia harus terus berambus, senang sikit nak mintak clash.

Dan kini satu masalah lain pulak timbul di depannya. Gadis cantik berambut panjang paras pinggang ini sudah mengundang debar dalam hatinya, sama seperti sewaktu ketika dulu dan tidak ingin merasa perasaan yang sama lagi sampai bila-bila. Tidak semena-mena, moodnya berubah dan tanpa pamit dia merentap kasar lengannya yang digenggam Julia, kemudian memboloskan diri dalam perut kereta mewahnya. Tanpa menunggu lama keretanya dipecut laju.

“Apedaaaa…tadi nak gaduh sangat! Baru tunjuk rambut dah cabut, belum aku tunjuk penumbuk. Ceh!” kutuk Jasmine selamba tanpa mempedulikan Julia.

Baru separuh jalan dia melangkah menuju ke dalam rumah, dia berpaling.

“Yang kau terhegeh-hegeh kat luar lagi apesal? Tunggu pocong?” soal Jasmine selamba. Kelam-kabut Julia berlari sampaikan Jasmine pun hampir dirempuhnya.


P/s : tak menarik sangat kot untuk permulaan. Tunggu la ye insyaallah lebih elok hendaknya bab akan datang hehe








Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 09:44 AM | Show all posts
check in
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:05 PM | Show all posts
menarik tertarik dabomd.. sila sambung ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AthirahRahmat posted on 4-2-2014 09:44 AM
check in

Ayohhhh mariiii masukkkk tapi bawak kopi n popcorn sendiri hokehhh hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
redsentra posted on 4-2-2014 02:05 PM
menarik tertarik dabomd.. sila sambung ye

Makasih kaka red... Nanti kita sambung. Pilih hero sat haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2014 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BAB 2

“Oh shittatunnn…aku dah lambat! Mati lah makkk kena maki dengan bapok tu. Macamana boleh tak sedar ni, senget betullah jam cap Up Town ni!” bertalu-talu Jasmine mengetuk jam loceng berbentuk monyet itu pada kepala katil sehinggakan terpelanting bateri jam dan spring-spring yang berada seangkatan dengannya. Lagilah berbulu hati Jasmine dibuatnya. Tahulah beli kat Up Town je tapi agak-agaklah takkan baru sebulan beli dah rosak, mahal tau dia beli! Rugi seploh hengget.

Menyedari diri sudah banyak buang masa dengan mengetuk jam yang sudah tidak rupa jam lagi, Jasmine melompat turun dari katil dan tuala yang tersangkut dicapai laju. Langsung tidak dipedulikan dengan buku-buku yang terjatuh terkena libasan tualanya tadi, asalkan cepat siap sudah. Kali ini dia tak nak lambat lagi, minggu lepas dah lambat dan dia tak mahu kejadian sama berulang lagi apatah lagi hari ini kelas terakhir sebelum dia memulakan latihan praktikal pada bulan hadapan. Dr. Hadi pulak lecturer yang puaka punya mulut, kalau cakap memang menusuk pancreas sampai ke tulang hitam, memang tak ada insurance nak cover punya mulut.

Minggu lepas boleh Dr. Hadi kata dia tak mandi, muka macam orang zaman batu baru bangun tidur. Depan satu kelas! Bengkak hati rasa macam nak meletup kebabow je tapi memandangkan dia tu lecturer, redha je lah walau hakikatnya muka dia yang macam orang zaman batu tak mandi setahun. Dah lah datang kelas make up, pakai bb cream konon, ingat dia tak tahulah Dr. Hadi tu pakai foundation Laura Mercier. See, brand foundation pun dia tahu! Macamana tak tahu, dia pernah mengendap Dr. Hadi dengan geng bapok dia shopping barang make up, lepas Dr. Hadi berambus cepat-cepat pergi tanya kaunter make up tu apa Dr. Hadi beli, alasan dia nak beli jugak. Terbang beratus ringgit beli barang make up yang setahun sekali pun belum tentu di sentuhnya itu.

“Ayak! Jantung mak menjunam!”

Malang menimpa, keluar saja dari bilik mandi Jasmine tersadung alas kaki yang bergulung depan pintu bilik air. Sakitnya rasa macam nak bakar je alas kaki tu.
“Aku ni dah lah lambat, kau bikin bakar darah aku jelah!” alas kaki yang tak bersalah dijadikan mangsa, padahal dia yang terkocoh-kocoh keluar dari bilik mandi.

Rasa sakit itu ditahan, walaupun sedikit sengal kakinya Jasmine tetap bangun dan menuju ke almari. Baju yang tergantung direntap kasar sebelum disarungkan ke badan, skinny jeans disarung tergesa-gesa. Coach sling bag dicapai dan disilang ke badan sebelum dia berlari keluar dari bilik dan menuju ke kereta yag terparkir di porch. Jasmine menghidupkan enjin kereta sambil tangan mengikat tali kasut boot Timberland yang tersarung dikaki. Jam di dashboard dikerling sekilas, 15 minit sebelum 8.30 pagi, minta-mintalah sampai on time, doanya dalam hati.

Volkwagen Scirocco kesayangannya dipecut laju, lampu merah ke kuning ke keluar bintang-bintang ke memang dia dah tak peduli, aci redah je. Jasmine tak nak terlambat, hari ni hari terakhir nak untuk submit borang permohonan praktikal, kalau tak hantar hari ni tak praktikal lah dia semester depan dan kalau tak praktikal semester depan, tak grad on time lah dia! Eh tak boleh…tak boleh…tidak akan sesekali dibenarkan perkara sebegitu berlaku. Jasmine apa lagi, makin ditekan lah pedal minyak dibuatnya.

Sampai saja disimpang berdekatan kampusnya, Jasmine terus membelok membuta tuli sebelum dia terasa keretanya bergoyang dirempuh gergasi dan serentak dengan itu Jasmine menekan pedal brek sehingga badannya terhentak ke stereng kereta kerana tiada penghadang dari seatbelt yang tidak dipakai. Lama Jasmine terpaku ditempat duduknya sambil menahan kesakitan pada dada yang terasa seperti dihentak dengan tukul besi sebelum bunyi ketukan ditingkap keretanya kedengaran.

“Wei! Bukak pintu ni sebelum aku pecahkan! Buta ke? Kau tak nampak ke traffic light merah?! Jangan nak buat drama tak berbayar, bukak pintu ni!” jerkah seorang lelaki sambil mengetuk kasar tingkap kereta Jasmine, namun gadis itu hanya mampu melihat. Dia blurr tiba-tiba. Jasmine pandang sekeliling sebelum dia terasa malu yang teramat, orang ramai mula memenuhi kawasan sekitar berdekatan keretanya dan Jasmine tahu, nak atau pun tidak dia harus keluar dari kereta.

Baru saja pintu kereta di unlock, sudah ada yang terlebih dahulu membukanya dari luar. Jasmine telan liur, agak seram melihat seorang lelaki yang sedang berdiri megah dihadapannya menunjukkan muka garang. Nak tak nak terpaksa juga dia menghadap batang tubuh yang sedang bercekak pinggang dihadapannya, peh! Rupa memang nak cari gaduh nampak bro…Namun wajah yang tegang itu nampak seperti bersinar ceria pula. Eh…

“Are you okay miss?” tegur lelaki itu sopan sekali, suaranya pula merdu kedengaran.

Apekahhh….

“Err…okay, okay…bang sorry bang, saya betul-betul tak perasan tadi. Saya rushing sangat-sangat. Sumpah saya janji tak buat lagi!” ikrar Jasmine, matanya dikerdipkan beberapa ketika tapi bila dia lihat lelaki itu seolah-olah tergamam, Jasmine ketap bibir.

‘Aku salah cakap ke apa ni?’ getus hatinya sendiri. Tangannya digawang-gawangkan dihadapan muka lelaki itu, dah macam kena sampuk pun ada jugak gayanya tapi takkanlah siang-siang buta panas berdenting macam ni hantu nak sampuk, sunburn hantu tu kalau keluar time macam ni.

“Oh, yes…yes…erm sorry. Pasal ni…” lelaki yang masih tidak diketahui namanya bergerak ke bahagian hadapan kereta Jasmine dan melihat kerosakan dibahagian tepi tersebut. Jasmine turut mengekor dan melihat keretanya. Sedih rasa melihat kereta kesayangan yang agak remuk dibahagian tepi hadapan. Lampu sudah pecah, bercalar, kemek, semua ada…macam hati dia ni sekarang.

“I rasa teruk jugak ni, kereta you still boleh jalan kan? So I rasa bawa pergi bengkel terus lah. Tak payah report sebab leceh, nanti kena saman la apa la…You follow I boleh? I bawakan you ke bengkel yang I biasa pergi.”

Jasmine berfikir sejenak namun dirasakan kepala otaknya sudah tidak berfungsi.

“Or you ada bengkel lain yang you nak pergi?” tanya lelaki itu lagi.

“I selalu bawak pergi Volkswagen services je kalau ada apa problem.” Jawab Jasmine perlahan, lagipun memang itu kenyataannya. Manalah dia ada bengkel yang dia kenal, elok jugak kalau ikut lelaki ni, kalau ada orang kita kenal tak adalah bengkel tu nak ketuk ketampi sangat duit aku. Haih! Terbang lagi duit, nak bayar kereta lelaki tu lagi…

“Eh! Kereta you!”

Cepat-cepat Jasmine berlari anak kearah sebuah kereta yang terparkir berdekatan dan mengamati kereta tersebut.

“Ni kereta you kan?” soal Jasmine, berkerut mukanya berfikir. Kenapa tak ada apa pun.

“Yes kereta I, kenapa?” lelaki itu sudah berdiri di sebelah Jasmine, pelik dengan pertanyaan gadis itu dia turut mengamati apa yang dilihat gadis itu.

“I macam nak pecah tulang belulang terhentak kat stereng, kereta bergoyang rasa macam kena rempuh dinasour tapi kereta you gini punya calar je?! Gila lah! Kereta ke apa ni!” jerit Jasmine. Tadi je dia ala lemah lembut, sopan santun tapi bila dah biasa tak ada maknanya dia nak bersopan santun, memang keluar lah true color dibuatnya.

Apatah lagi bila melihatkan kereta lelaki itu hanya tercalar sedikit dan lampu sedikit pecah. Memanglah ada kerosakan tapi tidak berbaloi dengan rempuhan kuat yang dirasakan sebentar tadi. Kalau ikutkan rasa rempuhan itu, paling koman kereta api 80 tayar yang langgar!

“Gila over statement you. Ini Hilux sayang…memang dicipta khas untuk something lasak, takat langgar kereta kecik you tu apalah sangat.”

Sayang??? Kali ini Jasmine memang tak boleh sorok rasa malunya. Rasa macam nak merekah kulit muka tahan malu bawah terik mentari. Sebelum ini mana pernah ada orang panggil dia sayang, orang handsome tahap nak pitam pulak tu…haih! Berdebor jantung kak ton tau!

“Abang…eh!” haa kan dah tersasul. Dia bukan boleh, jumpa yang handsome sikit terus rasa nak menggatal. Ceh!

“Panggil abang pun boleh…kalau abang sayang lagiii boleh…”

“Bersambut pulak kegatalan aku hari ni, boleh tahan mangkuk emas ni.” omel Jasmine perlahan, sekadar untuk didengarinya sendiri. Barang baik panggil mangkuk emas, barang tak baik macam semalam panggil mangkuk jamban. Kahkahkah!

“You ada cakap something ke?” tegur lelaki itu lagi. Jasmine cepat-cepat menggeleng. Cair lagi hatinya demi melihatkan senyuman manis yang terukir dihadapannya.

“Tak ada, tak ada…I rasa baik kita pergi bengkel sebab jalan macam nak bertambah-tambah jem je rasanya.” Meliar mata Jasmine melihat keadaan sekeliling.

Oleh kerana kereta mereka berdua masih tersadai ditengah jalan, pemandu kereta yang lain terpaksa memperlahankan kenderaan dan apa lagi, sambil perlahan sambil usha lah! Bukan tak tahu perangai orang Malaysia ni, pantang ada excident memang busybody jadi tukang semak. Kadang tu excident nya seberang sana tapi yang jem seberang sini.

“Itulah…you follow I okay?”

Jasmine hanya mengangguk sebelum berlalu ke keretanya.





“Dari tadi kita borak tapi I tak tau pun nama you apa, by the way…I Iskandar Zulkarnain, you boleh panggil I Is…and you?” Lelaki yang sejak tadi tenang memandu memecah kesunyian dan Jasmine yang hampir terlena dek kebosanan yang melampau terus terasa cerah biji matanya. Ni yang seronok ni.

“I Irina Jasmine, kawan-kawan I panggil Jasmine so kalau you rasa you kawan I you kena panggil I jasmine. If not call me Irina.”

Iskandar yang berada di sebelah dikerling sekilas. Bibir lelaki itu dilihatnya menguntumkan senyuman menawan. Ah…cair hati…lelaki itu sememangnya sangat menawan apatah lagi apabila bibir itu kerap menguntum senyum. Buat kekasih angkat ni mengancam nih! Kehkehkeh

“Apa yang kelakar sangat Jasmine? Bukan main lebar you sengih.” Teguran Iskandar membuatkan Jasmine malu sendiri. Dia buat-buat batuk demi mengilangkan rasa malu. Janganlah si Iskandar ni kata aku gila pulak sengih sorang-sorang, getus Jasmine dalam hati.

“So you dah kerja ke still study?” soal Jasmine cuba untuk alih perhatian Iskandar dari bertanya kenapa dia tersengih-sengah macam Spongebob naik angkasa lepas.

Iskandar kalih sekilas ke arah Jasmine sebelum menjawab.

“I dah kerja, fresh grad, last two years I start kerja. You? I rasa still study kan? Kalau tak, tak adalah you tergesa-gesa bawak kereta sampaikan traffic light pun you dah tak nampak warna.”

Iskandar tergelak dengan kata-katanya sendiri manakala Jasmine sudah kecut perut. Sungguh dia lupa, langsung dia tak ingat!

“Mampos aku!” jerit Jasmine mengejutkan Iskandar yang sedang memandu. Cepat-cepat dia berpaling ke arah Jasmine.
“Kenapa Jasmine?” soal Iskandar risau sementelah lagi demi melihatkan Jasmine yang sudah tidak senang duduk sambil tangannya rakus menggeledah bag silangnya sebelum iPhone 5s yang dipenuhi sticker minions dikeluarkan dari beg silang itu.

Ligat tangan Jasmine menyentuh screen iPhone 5s miliknya sebelum handphone itu dilekap ke telinga. Ibu jari kanannya digigit perlahan sambil menunggu talian dihujung sana bersambut namun dia hampa, hanya peti simpanan suara yang menyambut. Jasmine tidak putus asa, dia tetap setia menunggu panggilan itu bersambut. Kali kelima barulah talian bersambung.

“Wei monyet! Apa kau buat hah aku call tak reti nak angkat? Sakit jari jemari tuan puteri tau!” marah Jasmine selamba, langsung tidak mempedulikan Iskandar yang tercengang mendengar bahasa kasarnya.

Jasmine diam seketika memberi ruang bagi yang berada ditalian untuk berbicara. Terkelip-kelip mata Jasmine mendengar omelan disebelah sana sebelum dia mengeluh perlahan.

“Bukan aku tak nak datang beb…aku dah nak sampai dah tapi ada mangkuk emas langgar kereta aku. Aku blurr sangat time tu, memang aku tak ingat apa pun. Lepas tu macamana dengan Internship aku? Takkan aku nak buat next sem, tak convo la aku nanti!”

Jasmine senyap lagi. Matanya meliar memandang ke arah Iskandar sebelum tersengih lebar, lupa pulak yang Iskandar ada disebelahnya sedangkan dia sesedap ajinomoto saja menggelarkan Iskandar mangkuk emas. Alah! Okaylah tu dari mangkuk jamban.

Namun sengihan lebar Jasmine tidak lama. Walau apa pun yang dikatakan oleh pihak dihujung sana, ianya pasti bukan satu perkara yang enak bagi Jasmine kerana wajah ceria itu berubah mendung dengan drastic sekali.

“Yeke beb? Macamana ni? Tak apalah Bobby, aku try settlekan sendiri. Thanks beb, malam nanti aku jumpa kau.” Ujar Jasmine perlahan sebelum memutuskan talian, nadanya kecewa sekali.
Handphone disimpan malas ke dalam bag, kepala segera disandarkan ke tingkap kereta. Sudah rupa bini kena cerai lagaknya. Iskandar hampir tergelak, Jasmine nampak sangat kelakar.

“Kenapa? Monyok je…tadi okay.” Tanya Iskandar prihatin. Mata masih lagi difokuskan ke jalan raya.

Jasmine melepaskan keluhan.

“I dah lambat untuk hantar borang praktikal kat my lecturer. So sekarang ni I tak ada tempat nak praktikal dah, kalau nak buat semester depan kena cari tempat praktikal sendiri. Dia dah bagi tempat praktikal I dekat budak lain, dia kata I main-main. Ish! Mana nak sempat dah…kalau I tau macam ni awal-awal lagi I dah apply sendiri.” Keluh Jasmine perlahan.

Dr. Hadi memang selalu cari pasal dengan dia. Kalau tak dalam kelas, luar kelas pun jadi. Kalau tak pasal pelajaran pasal Nasi Ayam pun dia boleh buat gaduh. Bengkekkkkk je hati!

“Oh, ingatkan besar sangatlah masalahnya tu.” Jawapan Iskandar yang agak selamba itu sedikit sebanyak menaikkan darah Jasmine. Apa lelaki tu tau, kalau semester depan dia tak habiskan praktikal maksudnya dia tak dapat konvo sekali dengan Bobby. Itu satu hal, satu hal yang lainnya dia kena tunggu lagi dua semester untuk konvo kalau dia terlepas konvokesyen kali ini. Haih! Tak sangup…tak sanggup..

Namun kata-kata Iskandar seterusnya buatkan Jasmine rasa nak lompat bintang 44 kali kat angkasa lepas.

“I boleh dapatkan you tempat praktikal dekat tempat kerja I tapi you kena janji. You kena behave and jangan buat perangai. Okay?”

Jasmine senyum lebar menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.

“Oyeahhh! You are the best!” jerit Jasmine kegirangan. Selesai satu masalah.
BAB 3

“Yo Bobby! Whatsapp my gay boy!” jerit Jasmine sekuat hati tanpa mempedulikan orang sekeliling. Sepasang kekasih yang sedang menyedut minuman di meja sebelah hampir tersedak dek terkejutkan suara Jasmine yang nyaring. Tambahan pula dengan kenyataan panas yang dikeluarkan gadis itu namun Jasmine tetap buat muka tak heran.



P/s : sorilah kelewatan sikit sebab laptop buat hal. Kejap2 mati kejap2 mampos. Fedap kak ton! Mentang2 hari tu cakap nak beli lappy baru terus meragam. Haiyakkk. Padahal bukan cakap depan dia pun! Nanti kita update gambau hero n heroin yeeeee hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 09:48 AM | Show all posts
hehehe next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2014 03:58 PM | Show all posts
Check in jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BAB 3

“Yo Bobby! Whatsapp my gay boy!” jerit Jasmine sekuat hati tanpa mempedulikan orang sekeliling. Sepasang kekasih yang sedang menyedut minuman di meja sebelah hampir tersedak dek terkejutkan suara Jasmine yang nyaring. Tambahan pula dengan kenyataan panas yang dikeluarkan gadis itu namun Jasmine tetap buat muka tak heran.

“Kau ni kan nyah…boleh ke tidak cover line sikit bila cakap tu? Malu mak tau! Nanti semua orang ingat mak ni songsang.” Marah Bobby sambil matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Tebal mukanya menahan panahan sinis pelanggan restoren makanan segera itu.

“Ala…rileks lah nyah…kau memang songsang pun. Mana ada jantan lurus pakai makeup berkati macam kau ni nyah!”

Tak ada beza juga suara Jasmine walau ditegur Bobby sekalipun. Dia tetap selamba mengusik sahabat karibnya yang tak berapa cukup sifat itu tapi si mangkuk tak cukup sifat ni lah yang selalu membantunya. Selembut-lembut Bobby pun dia tahu yang sahabatnya itu masih lurus, nalurinya masih kepada kaum wanita cuma berlebihan sikit sehinggakan perangai pun dah nak serupa wanita. Suka sangat menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

Jasmine merampas cawan kertas yang baru diangkat Bobby untuk diminum. Tanpa meminta izin, air itu disedut rakus sehingga ke titisan terakhir dan membuatkan Bobby membulatkan mata seluas-luasnya. Aku tak sempat pun minum dia dah habiskan! Sabar jelah! Gumam Bobby dalam hati.

“Kau kata hari tu dah dapat tempat praktikal, kat mana?” tanya Bobby apabila melihat Jasmine leka dengan curly fries miliknya. Haih! Nasib badan, semua kena rembat.

“Dapat, dapat. Iskandar yang tolong dapatkan. Company besar beb, apa nama mak nenek entah! Aku pun lupa, panjang sangat.”

Bobby kerut dahi. Iskandar?

“Iskandar mana? Iskandar budak nerd kelas kita tu ke? Bukan dia dah grad lagi awal dari kita ke?” soal Bobby pelik. Setahu dia, Iskandar yang mereka kenal hanyalah yang itu. tak ada dah Iskandar lain rasanya.

“Bukannnnn…Iskandar tu nak buat apa, dahlah nerd! Poyo! Bajet dia je pandai tapi memang pandai pun.” sempat lagi Jasmine mengutuk sebelum menyambung cerita.

“Ni Iskandar barang baik punya…Iskandar yang langgar kereta aku hari tu. Dia dah tolong aku dapatkan tempat praktikal kat company dia kerja, dah approved pun. Tunggu nak masuk je next week. Aish…tak sabar pulak aku. Nervous pun ada. Kau nervous tak nyet?”

Nyet, singkatan kepada monyet adalah nama timangan untuk Bobby dan Bun atau Babun adalah nama timangan Jasmine yang diberi Bobby. Walaupun kedengaran agak kasar tapi mereka berdua tetap selamba.

“Haruslah gelabah Bun! Kau tak nampak dup dap dup dap jantung aku ni?” soal Bobby sambil tapak tangan diletakkan ke dada kirinya.

Jasmine geleng kepala.

“Tak nampak pun…” sengaja dia mahu menyakat Bobby. Wajah cemberut Bobby membuatkan Jasmine ketawa besar. Bobby kalau merajuk bukan betul-betul pun.

“Weh aku cuak ni next week…apa kena pakai eh? Baju kurung? Tudung?” soal Jasmine. Sungguh dia rasa berdebar pula mahu menghadapi hari pertama praktikal pada minggu hadapan.

Bobby ketawa sakan. Jasmine pakai baju kurung? Pakai tudung? Memang buang tebiat nak mampus lah kalau minah tu pakai macam itu.

“Kau gelak apehal? Aku serious ni!” marah Jasmine. Bernanah telinga mendengar ketawa jantan Bobby.

“Tak adalah, kau tu ha bagi aku soalan yang geli perut. Memang tak lah aku nak diam je, memang aku gelak nak berguling lah.” Balas Bobby untuk defend diri sendiri.

“Kau pakai yang professional dan sopan lah Bun. Macam sut kerja ke, seluar slack ke. Kasut kena yang bertutup and bertumit lah sikit. Baru nampak macam professional and corporate, kata kerja company besar.”

Jasmine terangguk-angguk persis burung belatuk. Ada betulnya juga cakap si Bobby ni. pakaian harus melambangkan imej syarikat. Takkan nak pakai jeans dengan t-shirt kot. Tak patut…tak patut..kalau pakai baju kurung dengan tudung nampak macam munafik pulak. Kejap lagi orang office nampak aku kat luar tak pakai tudung, sia-sia je.

“Berguna jugak kepala otak berkarat kau ni eh nyet. Tapikan nyet, aku mana ada segala mak nenek baju yang kau cakap tu.”

“Apa susah…shopping complex kan banyak! Apa lagi, jom la shopping!” Sebut saja bab shopping Bobby memang excited lebih tapi Jasmine pun sama. Luar je kasar, hati jelly tau! Lembut-lembut, lembik-lembik.

“Berguna jugak kepala otak berkarat kau ni eh nyet.”








Jasmine dan Bobby melangkah kegirangang sambil berpimpin tangan menuju ke butik yang menjual pakaian pejabat. Orang sekeliling yang melihat langsung dibuat tidak endah, lantaklah orang fikir apa. Tapi memang orang akan fikir yang pelik-pelik pun, si tomboy dengan si lelaki lembut. Nak marah pun serba salah, nampak macam lawan hukum alam tapi…

“Baju apa aku nak beli ni? Semua girly-girly je aku tengok. Skirt, kemeja semua ketat-ketat dah macam sarung nangka, bila ambik saiz besar buruk nak mampos pulak. Eiii! Pening jadi perempuan lah. Jadi lelaki kan senang, sarung baju sarung seluar, settle! Ni ada kemeja, kena tuck in dalam skirt pulak, pakai blazer lagi, kasut kena tinggi-tinggi. Wei! Luar tabii ni…”

Tak habis-habis dari tadi Jasmine merungut, sudah satu jam mereka meronda dalam shopping mall tapi satu baju pun Jasmine tak berkenan, semua nampak keperempuanan sangat katanya.

“Dah kata perempuan, memang la keperempuan cik kak. Kau ni luar alam sangat kenapa? Dahlah, pilihla cepat…aku dah penat ni, lapar…nak makan…” rengek Bobby sambil menolak tubuh Jasmine ke arah beberapa bahagian baju. Lagi lambat si Jasmine ni pilih baju, lagi lambatlah dia dapat makan.

Setelah puas bergaduh dengan Bobby, akhirnya Jasmine memilih 5 helai kemeja, 3 helai skirt, 2 helai slack dan 3 helai blazer tapi yang sebetulnya bukan dia yang pilih tap Bobby yang pilihkan. Ikutkan hati dan citarasa dia memang semua dia pilih hitam atau kelabu tapi kalau dah taste Bobby memang berwarna-warni lah jawabnya. Hanya sepasang sut yang berwarna hitam, yang lain semua blocking colors. Nak maki, kawan sendiri jadi redho sajalah…

“Maaf cik, kad ni tak boleh pakai.”

Jasmine terkejut dengan kata-kata jurujual tersebut. Tak kan dah over limit, dia jarang guna pun kad kredit yang diberi papanya itu.

“Boleh try lagi sekali tak? Mesin awak tu rosak kot.”
Jurujual itu hanya menurut namun demi melihatkan wajah keruh jurujual tersebut, Jasmine mengeluh.

“Please try lagi a few times boleh? Tak mungkin over limit, saya jarang kot pakai kad tu.” Rayu Jasmine sekali lagi. Orang sudah mula panjang beratur untuk membuat pembayaran.

“Sorry cik, saya dah try lebih sepuluh kali tapi kad ni memang decline. Boleh cik bayar cash?” Jasmine sudah cuak, mana dia ada cash sekarang ni. Kalau dia tahu kena pakai cash, awal-awal lagi dia dah keluarkan duit.

“Apehal beb lama sangat? Nak bayar je pun. Cepatlah, aku lapar ni.” Bobby yang entah dari mana datang menyampuk berhampiran kaunter.

“Kejap beb, kad aku ni decline. Kau tunggu sini kejap boleh? Aku nak pergi withdraw duit.”

“Tak payah lah, pakai debit kad aku dulu lah. Nanti kejap lagi baru kau keluarkan duit. Aku ni lapar bangettt nih. Kak, debit kad boleh pakai kan?” soal Bobby kepada jurujual yang setia menunggu. Jurujual itu mengangguk dan cepat-cepat Bobby mengeluarkan kad dari beg lalu dihulur kepada jurujual tersebut.

Selesai saja urusan, Bobby menonong mencari restoren untuk menjamu selera. Dia memang kebulur tak hingat dah, apatah lagi tadi makanannya dirembat Jasmine. Menggelupur perutnya kelaparan.

“Kau nak makan apa weh? Aku rasa macam nak makan Seoul Garden, kau yang belaja. Amacam?” tanya Bobby sambil berjalan laju tapi apabila tiada balasan dari Jasmine, Bobby segera menoleh. Dilihatnya Jasmine seperti berfikir sesuatu, berkerut-kerut wajah sahabat baiknya itu. Bobby cepat-cepat jalan mengundur, mahu saing dengan Jasmine.

“Kau apehal lagi Bun? Rupa dan macam telan belacan basi je ni?” soal Bobby sambil bahu Jasmine ditolak lembut.

“Aku tengah fikir ni kenapa aku punya kad decline. Aku jarang pakai kot, takkan dah over limit. Ni yang aku pelik ni…”

“Hish kau ni, apa susah…nanti kau tany
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
“Hish kau ni, apa susah…nanti kau tanya la papa kau ke, tanya bank ke…entah-entah mesin kedai tadi yang bengong.”

Jasmine menganggukkan kepala, ada betul juga cakap si Bobby ni.

“Tak apalah, nanti aku tanya papa aku. Sekarang ni jom kita pergi makan, bosan aku dengar kau meratib dekat telinga aku, lapar…lapar…rasa nak sepak pun ada.” Usik Jasmine sambil buat muka serius. Bobby hanya mencebik.

“Kau ada duit ke? Tadi kata nak keluarkan duit.”

“Takat seratus dua tua adalah dalam dompet aku ni. Tadikan lebih satu ribu aku belanja, itu yang aku kena withdraw dulu. Lepas makan nanti aku keluarkan duit then aku bayar balik duit kau eh Bobby?”

Jasmine paut lengan Bobby dan mereka sama-sama menuju ke tempat makan pilihan Bobby.


P/s : tertinggal ekor hehe (nak paste kat sini sekali paste kat thread hantu. Potong stim puaka dorang je hehe)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
BAB 4

Hari ini genap seminggu Jasmine menjalani latihan praktikal dan dia sangat seronok dengan rutin hariannya. Datang kerja boleh melepak, kacau orang dan melayari internet. Paling kuat pun buat kerja fotostat itu ini dan hantar dokumen dalam bangunan mewah ini. Hari pertama dia sampai di hadapan bangunan tempat kerjanya, rahangnya hampir jatuh memcecah tanah. Apa tidaknya, bangunan pencakar langit yang sangat indah pada luarannya rupanya lebih indah dan hebat di dalamnya. Tapi standardlah, kalau luar cantik dalam pun mesti tip top punya.

Valiente International Holding Corporations satu syarikat gergasi yang dikenali seluruh dunia dan Jasmine sangat berbangga dan sangat tidak sangka bahawa dia diberikan peluang untuk menjalani latihan praktikal di sini. Kalau tak kerana Iskandar Nasi Kandar tu memang tak ada peluang lah, tapi yang sedikit tak seronoknya hanya dia seorang saja pelajar praktikal. Yang lain semua pekerja tetap, pekerja kontrak pun tak ada. Gila lah ini company, semua yang berjaya menempatkan tempat dalam company besar ni memang golongan yang terpilih punyalah…yang tak terpilih dia rasa dia je, itu yang hari-hari datang kerja tak ada benda nak buat tu sebab tak tau dan tak reti nak buat apa.

Dalam pada sibuk mengagumi keindahan dan kemewahan lobi bangunan tempat kerjanya untuk entah kali yang ke berapa kerana setiap kali dia menjejakkan kaki ke lobi pasti dia akan kagum sendiri, padahal dah seminggu dia kerja di situ dan lebih dari 14 kali dia menjejakkan kaki ke lobi itu. Jasmine ternampak Kak Seri terkedek-kedek dengan handbag dan beberapa buah fail berjalan menuju ke arah pintu lif. Jasmine senyum lebar sambil mengerling jam tangannya.

“Awal lagi ni, breakfast dengan Kak Seri pun syok.” Desis Jasmine perlahan seraya langkahnya dilajukan ke arah Kak Seri yang masih menunggu pintu lif terbuka.

“Kak Seri oi Kak Seri!” Jerit Jasmine kuat mengejutkan Kak Seri sehingga terjatuh fail yang dipeluk sejak tadi. Cepat-cepat Kak Seri tunduk mengutip fail manakala Jasmine hanya memerhati sambil tergelak. Dia memang suka usik Kak Jasmine yang malu-malu kucing itu, dah lah pemalu, cepat terkejut pulak tu. Bunyi telefon office pun kadang-kala boleh buatkan jantung Kak Seri bagai ingin melompat keluar.

“Kamu ni Jasmine, cuba control sikit suara tu…satu lobi ni boleh dengar tau. Lepas tu panggil Kak Seri dah gaya panggil mak cik jual Nasi Lemak je.” tegur Kak Seri sambil menampar perlahan lengan Jasmine yang masih tergelak.

“Ala…rileks lah brader…pagi-pagi kena la havoc sikit, kan gua dah kata gua havoc! Havoc! Hei! Havoc! Havoc! Hei!” sempat pula Jasmine menyanyi dalam pada mengenakan Kak Seri.

“Kak…jom breakfast jom…”

Kak Seri menggeleng, Jasmine sudah buat muka cemberut.

“Kejap je kak…lagipun awal lagi ni…ada lebih kurang setengah jam lagi, meh la kak…Jasmine belanja, nak tak? Susah tau nak rasa saya belanja orang. Akak langkah kanan kiri depan belakang tau hari ni.” pujuk Jasmine lagi.

Dia memang agak lapar sekarang ni, tadi malas nak buat breakfast kat rumah sebab diri sendiri je nak makan. Sejak bibik berhenti kerja ni, Jasmine rasa waktu makan dia satu keluarga sudah porak-peranda. Masing-masing makan ikut rasa perut sendiri, papa dan mama akan makan di luar, adiknya pula makan disekolah dan dia? Terpontang-panting sendirian mencari makanan.

“Akak takut Sir masuk hari ni, Sir kalau masuk office selalunya awal, akak ni tak thumb scan pun lagi.”

“Ala…saya pun baru sampai kak, tak scan pun lagi. Cepatlah kak kita pergi makan, duk borak kat sini lagi lambat masuk office. Kita makan cepat-cepat lepas tu kita lari laju-laju masuk lif, ganas-ganas kita tekan butang lif then kita rempit pergi thumb scan. Okay?”

Kak Seri tergelak dengan cadangan Jasmine, ada saja gadis itu mahu buat lawak. Sejak Jasmine praktikal di sini, dia sudah tidak bosan lagi. Suasana kerja pun rasa lain, lebih relaks dan Jasmine pandai buat kelakar dan ambil hati semua orang. Tepat pukul 4.00 petang lagi kecoh office apabila Jasmine buat rules sendiri, masa untuk teatime. Dia lah tukang buat air dan dia lah tukang hantar air, sampai Salmah tea lady pun tak ada kerja jadinya.

“Akak nak makan apa?”

“Apa-apa pun boleh asal Jasmine yang belanja.” Jawab Kak Seri sopan.

“Oh..eh? kalau macam tu air suam je lah eh untuk Kak Seri.”

Cepat saja tangan Kak Seri mencubit lengan Jasmine yang berjalan beriringan dengannya. Ada-ada saja akal dia nak kenakan orang, tak padan dengan perempuan nakalnya memang teramat sangat!

“Awak tu tanya nak makan apa bukan tanya nak minum apa kan? So, bagi akak steak dengan air suam tu pun okaylah. Yang penting makanan tu, bukan minuman.”

Segera Jasmine membulatkan matanya ke arah Kak Seri. Amboi…

“Ewah...kemain Kak Seri eh, dah pandai dah loyar buruk sekarang ni…belajar mana ni hah? Pagi-pagi buta makan steak, mat salehhhh sangatttt…”

Kak Seri tertawa besar dengan kata-kata Jasmine dan Jasmine turut tertawa dengan kata-katanya sendiri. Mereka langsung tidak sedar dengan masa yang sedang mengejar mereka.





Jasmine dan Kak Seri berlari laju mengejar pintu lif yang hampir tertutup. Mereka ada lebih kurang 5 minit saja lagi untuk kembali ke pejabat dan scan ibu jari bagi tujuan rekod kedatangan. Leka sangat berborak sampai tidak sedar masa berdetik pantas. Jasmine melajukan lariannya, kain baju kurung yang agak sempit menyukarkan langkahnya tapi bagi Jasmine, semua ada penyelesaian, kain baju kurung diangkat sedikit tinggi persis Cinderella dengan gaun labuhnya dan Jasmine berjaya menahan pintu lif dari tertutup lalu tanpa berfikir panjang dia memboloskan tubuhnya ke dalam perut lif.

“Kak…cepatlah, tunggu apa lagi…tadi kata bos garanglah, bos itu lah bos ini lah kalau lambat. Cepatlah kak…berpeluh ketiak ni berlari.”

Tangan kanannya dilambai ke arah Kak Seri yang seolah tersampuk hantu, tadi bukan main nak cepat ni dah jadi patung cendana pula depan pintu lif.

“Kak Seri! Cepatlah!” tutur Jasmine sedikit kuat namun Kak Seri langsung tidak melangkah malah tersengih macam kerang busuk adalah. Jasmine sudah naik bosan, lenguh tangan kirinya dari tadi menekan butang lif supaya tidak tertutup pintunya.

“Nak masuk ke tak nak? Kalau tak nak saya tinggal Kak Seri kat sini. Pandai-pandailah akak jawab dengan Sir tu kalau dia masuk office and tengok Kak Seri tak masuk office lagi” Ugut Jasmine pula. Pelik sungguh dia dengan tingkah luar biasa Kak Seri.

“Jas…Jasmine naiklah dulu, akak ada kerja sikit kat lobi. Nak jumpa jaga.” Usai bersuara Kak Seri terus berpaling dan menonong laju meninggalkan Jasmine di dalam lif.

Gadis itu hanya buat muka pelik. Apa kejadah pulak nak jumpa security guard, luar alam betul Kak Seri ni, omel Jasmine dalam hati sambil melepaskan butang lif. Dia berdiri tegak menghadap pintu lif yang baru tertutup sebelum dia terkejut besar. Melalui pintu lif yang dapat memantulkan imej, Jasmine dapat lihat ada 3 orang lelaki turut berada dalam lif itu. Mati-mati dia ingatkan tak ada orang dalam lif. Mintak-mintak aku tak ada keluar ayat pelik-pelik tadi, doa Jasmine dalam hati.
Perlahan-lahan Jasmine memusingkan badan sambil melayangkan sengihan lebar, tangan kanannya diangkat tinggi. Dua orang lelaki bersut hitam dan bertubuh sasa hanya berdiri kaku dan mata mereka tepat memandang ke hadapan, langsung tidak berkutik persis robot. Pandangan Jasmine berkalih ke arah lelaki yang memakai sut 3 lapis berwarna kelabu yang berdiri di antara lelaki bersut hitam tadi. Hanya lelaki itu yang memandangnya tapi pandangan itu bukanlah sesuatu yang Jasmine suka, tajam, sinis dan kelihatan angkuh sekali.

“Hai, saya Jasmine, Selamat berkenalan…” tangan yang diangkat tadi dihulur ke arah 3 orang lelaki yang berdiri didepannya namun tiada seorang pun yang menyambut, situasi itu membuatkan Jasmine semakin naik menyampah.

“Sombong!” dengusnya perlahan namun dia tahu mereka mendengarnya.

Malas mahu melayan, Jasmine kembali menghadap pintu lif namun dia terasa bulu tengkuknya meremang semacam. Jasmine dapat rasakan lelaki bersut kelabu tadi merenungnya tajam tapi kali ini Jasmine
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 12:31 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 11-2-2014 09:21 AM
BAB 4

Hari ini genap seminggu Jasmine menjalani latihan praktikal dan dia sangat seronok dengan  ...

Malas mahu melayan, Jasmine kembali menghadap pintu lif namun dia terasa bulu tengkuknya meremang semacam. Jasmine dapat rasakan lelaki bersut kelabu tadi merenungnya tajam tapi kali ini Jasmine

mcm tersangkut jek ...saje sangkut atau tertaksengake sangkut nie


sambung lelaju farah oitttt
tak sabo menunggu lame2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas mahu melayan, Jasmine kembali menghadap pintu lif namun dia terasa bulu tengkuknya meremang semacam. Jasmine dapat rasakan lelaki bersut kelabu tadi merenungnya tajam tapi kali ini Jasmine yang petah berkata-kata jadi kalah, dia seram dengan aura lelaki itu. Vampire ke apa? ah karut sangat lah tu Jasmine oi. Marahnya kepada diri sendiri.

Kepala didongak melihat ke angka yang bergerak laju di hadapannya, ada lagi 2 level sebelum sampai ke officenya tapi lambat pulak rasanya lif bergerak. Jasmine sudah tidak betah berada di dalam lif dengan lelaki yang tak putus-putus merenungnya dengan tajam. Mata lelaki itu seolah-olah menelanjangi tubuhnya dan itu amat membuatkan Jasmine sangat tidak selesa apatah lagi mulutnya seperti terkunci, kalau dengan orang lain memang dia bambu sepuas hati tapi dengan lelaki super kacak itu dia terasa kalah dan takut.

“25…26, yes!” ujar Jasmine ceria persis menang loteri. Dia menapak sedikit kehadapan, tidak sabar menunggu pintu lif terbuka namun lama menunggu, pintu lif masih tertutup. Cepat-cepat dia mendongak, terbeliak mata Jasmine melihat angka yang semakin bertambah dan melepasi tingkat pejabatnya. Keluhan lemah dilepaskan perlahan sebelum dia menyandarkan sisi tubuhnya ke dinding lif dengan muka cemberut.

“Apalah masalah lif terencat ni, orang dah tekan nombor 26 pun tak nak stop jugak.” Bebel Jasmine sendiri.

Darah yang sememangnya tengah mendidih bertambah mendidih apabila mendengar ketawa sinis orang dibelakangnya dan sabar yang ditahannya sejak tadi pasti akan meletus pada bila-bila masa saja dari sekarang.

“Apa masal…”

Belum sempat Jasmine menyerang dengan torpedonya pintu lif terbuka dan seorang lelaki bersut hitam keluar terlebih dahulu diikuti lelaki bersut kelabu dan diekori lelaki bersut hitam seorang lagi. Mereka berjalan tanpa sekali pun menoleh ke arah Jasmine dan itu membuatkan Jasmine berasa terhina. Belum pernah Jasmine rasa terkesan dengan sikap mana-mana lelaki dalam hidupnya tapi lelaki bersut kelabu itu sangat mengganggu fikirannya. Tahulah handsome tahap tak terucap dengan kata-kata tapi agak-agaklah, jangan sombong sangat.

Dia mengeluh untuk kesekian kalinya sebelum butang lif ditekan berkali-kali menunjukkan rasa geram dan amarah terhadap lelaki bersut tadi.




P/s : ekor tertinggal lagi. Almaklum lah update pakai pon sajork. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
yoozara posted on 12-2-2014 12:31 AM
Malas mahu melayan, Jasmine kembali menghadap pintu lif namun dia terasa bulu tengkuknya meremang  ...

Tak sengajooo... Punggung tertinggal puloks haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
BAB 5

“Kak Seri!! Kenapa tak cakap dengan Jasmine tadi tu bos kita?! Jasmine manalah nak tau tu bos…adoi…nasib baik saya tak maki hamun dia tadi Kak Seri.”

Jasmine sudah mundar mandir tidak senang hati dihadapan meja Kak Seri. Keluar saja dari lif terus dia cari Kak Seri dan cerita pasal lelaki sombong yang dia jumpa dalam lif. Ingatkan Kak Seri yang terkejut dan teruja dengar cerita dia tapi nampaknya terbalik, dia yang terkejut dan seram mendengar cerita Kak Seri.

“Kamu takkan tak penah tengok muka Sir Draco Enrique Valiente? Billionaire yang paling kacak dan terkenal kat atas muka bumi ni. Kamu biar betul Jasmine, takkan kamu tak pernah Google owner tempat kamu sendiri praktikal?” soal Kak Seri terkejut. Jasmine ni betullah, setiap hari duduk main internet ingatkan cari bahan yang berguna. Ini sahlah ni main facebook je.

“Macamana saya nak Google kalau dah nama pun nak tergeliat lidah menyebutnya. Dia tu orang apa kak? Apa pelik bebenor namanya? Dah macam nama Dracula pun ada.”

Walaupun dalam keadaan genting Jasmine tetap dengan lawak bodohnya.

“Hoi! Suka hati je kutuk nama orang.” Marah Kak Seri tapi dia tetap mengekek ketawa dengan kata-kata Jasmine tadi. Ada betulnya apa yang dikata Jasmine, apa pelik sangat nama Draco tu…dah macam nama Dracula.

Kak Seri cuit bahu Jasmine dan wajahnya didekatkan ke arah Jasmine.

“Sir Draco tu handsome gila kan?” soal Kak Seri perlahan sambil pandang sekeliling, takut ada yang pasang telinga. Jasmine sengih lebar.

“Handsome gila nak mati kak…badan dia tegap-tegap, tinggi…macho, ish! Kalau dapat…” Jasmine buat aksi mencakar sehinggakan Kak Seri pegang perut menahan gelak supaya tidak terlepas keluar dan mengganggu orang lain.

“Mana tak handsome stok drop-dead-gorgeous Jasmine wei, dia tu mixed entah berapa bangsa pun akak tak tau. Setahu akak, mak dia Madam Celine, Cina Malaysia campur Serani…ayah dia Sir Marco berketurunan Brazil dan Jepun…Lepas tu kalau baca dekat Google, nenek Sir Draco tu pun entah berapa jenis bercampur darahnya. Mana tak handsome gila punya gila punya gila bos kita tu! Tapi kan, untung kamu Jasmine…”

“Untung apa pulaknya? Silap-silap dia pecat saya hari ni jugak.” Kepala digelengkan sambil melompat turun dari meja Kak Seri yang menjadi alas punggungnya.

Kak Seri mula kembali menghadap kerja yang terbengkalai sebentar tadi dek kerana bergosip dengan Jasmine. Lincah tangannya menaip proposal untuk project dibawah seliaannya yang perlu disubmit dalam masa 2 hari lagi. Kalau dia tak dapat siapkan dalam masa yang ditentukan, bukan Jasmine yang akan dipecat tapi dialah nampaknya. Lagipun Jasmine kira kebal dalam company ni sebab dia hanya sekadar pelajar praktikal. Pihak company tidak akan mengambil risiko untuk bersoal jawab dengan pihak universiti apabila menamatkan latihan praktikal Jasmine sebelum tiba waktunya.

“Kamu ingat senang nak naik satu lif dengan Sir? Kirim salam lah…dia memang takkan dan tak nak staff lain berada dalam lif sewaktu dia menggunakan lif. Sebab tu bila akak nampak Sir akak tak nak masuk lif walau berkali-kali Jasmine ajak akak. Kamu tau tak dulu pernah ada staff yang kena buang kerja sebab tak nak keluar masa Sir nak gunakan lif. Kira macam budak tu kurang ajar lah tak nak bagi muka kat Sir…”

Sekali lagi Jasmine tergamam dengan cerita Kak Seri. Apa lah masalah lelaki itu sehinggakan tak boleh berkongsi lif dengan orang lain, besar sangat ke taraf dia dari orang lain. Meluat pula Jasmine dengan perangai bosnya itu.

“Tapi akak pelik jugak sebab Sir tak halau or marah pun masa kamu masuk lif tadi, kalau orang lain sir mesti cakap get out! You… bloody fool…” ajuk Kak Seri sepenuh perasaan. Macamana tak penuh perasaan, dah memang dia lihat dengan mata kepala sendiri.

Pecah gelak keduanya.

“Excuse me…Cik Irina Jasmine?” tegur seorang lelaki bersut hitam seperti yang Jasmine jumpa dalam lif sebentar tadi.

“Ya saya, ada apa?” Lelaki yang menegurnya tadi dipandang atas bawah, kacak!

“Sila ikut saya, Sir nak jumpa Cik Jasmine.”

Jasmine pandang muka Kak Seri, Kak Seri pandang muka Jasmine yang sudah pucat tidak berdarah. Dia telan liur sebelum bersuara kembali.

“Kenapa ya Sir nak jumpa saya?” perlahan saja Jasmine bertanya, sedikit menggigil suaranya. Sungguh tidak pernah dia rasa seram sebegini. Nak jumpa lecturer paling garang dalam universiti pun dia tak segementar ini.

Lelaki bersut tadi membongkokkan badan seketika sebelum tangan kirinya di unjuk ke depan sebagai tanda supaya Jasmine bergerak dari tempat dia berdiri. Langsung tidak ada tanda lelaki itu mahu menjawab soalan Jasmine.

“Silakan Cik Jasmine…”

Mahu atau tidak Jasmine berjalan diekori lelaki tadi dengan dada yang gementar.




Langkah kaki di atur perlahan memasuki ruang pejabat yang mewah dan tampak mahal itu sambil matanya meliar ke segenap inci ruang tersebut. Tiap susun atur dan perabot diruangan itu sangat dikagumi Jasmine, simple, moden dan mewah. Sangat menarik dan memukau, ditambah pula dengan pemandangan Kuala Lumpur yang dapat dilihat melalui dinding kaca bersebelahan meja kerja milik majikannya itu. Biarpun sudah setiap inci ruang luas itu sudah diterokainya namun dua pintu yang terdapat di dalam bilik tersebut selain dari pintu keluar, tidak diusik atau dibuka Jasmine. Ikutkan hati memang nak diselongkar tapi buatnya Sir keluar dari salah satu pintu itu, tak ke naya!

Tanpa dijemput, Jasmine melabuhkan duduknya disalah sebuah sofa mewah yang ada di situ. Beberapa minit kemudian kedengaran pintu diketuk sebelum dibuka dari luar, kelihatan seorang wanita menatang dulang berisi minuman dan sepiring biskut.

“Silakan cik…” pelawa wanita tersebut setelah meletakkan cawan yang piring yang dibawanya tadi. Jasmine tersenyum manis dan mengangguk.

“Terima kasih…susahkan je. Saya ni sekejap je kat sini.”

“Tak apa, memang kerja saya dan sir yang suruh saya bawakan awak minuman dan biskut ni. Lagipun meeting sir belum habis lagi.” Terang wanita itu sebelum ingin berlalu keluar namun pertanyaan Jasmine membantutkan langkahnya.

“Sir lambat lagi ke? Kalau dia sibuk saya turun bawah dulu la, nanti dia dah tak busy saya datang lagi.” Bengkek je rasa hati Jasmine, tadi panggil, bila orang datang dia pergi meeting pula.

Kalau dah tau busy janganlah arahkan orang datang sini, apa dia ingat orang tak ada kerja ke. Banyak tau kerja nak buat, nak check email, nak online facebook, nak mengumpat dengan mak cik cleaner, nak kacau Kak Salmah tea lady tu….haish! rosak program.

“Tapi sir suruh cik tunggu…dia kata walau apa pun cik kena tunggu dia habis meeting.” terang wanita itu sedikit gusar apatah lagi dilihatnya Jasmine sudah mula berdiri dan mahu beredar.

“Ala…saya bosan kat sini sorang-sorang, lagi pulak saya ada banyak kerja nak buat. Nanti kalau tak buat kerja supervisor saya marah.” Jasmine buat muka sedih, kalau bab berlakon, kencing orang, bagi saja padanya, confirm tertipu.

Rasa nak tergelak ditahan sedaya upaya. Moga-moga cik kak ni makan la tipu helah dia, jadi bolehla dia berambus keluar dari sini. Pasal sir tu lain-lain hari dia settle, esok ke lusa ke....3 bulan dia akan menjalani latihan praktikal di sini, hari-hari boleh jumpa bosnya itu kalau dia nak Cuma masalahnya dia tak nak! Seram….

Apabila dilihatnya wanita tadi tidak bersuara dan kelihatan teragak-agak, Jasmine mengambil peluang mahu menyusup keluar dari situ. Tanpa berlengah dia terus berjalan ke arah pintu dan ditarik laju. Dia berpaling ke belakang dan tersengih lebar ke arah wanita tadi yang tegak berdiri, sudah rupa Statue of Liberty pun ada.

“Jumpa lagi!” lambai Jasmine mesra sebelum berlalu keluar namun Statue of Liberty yang tadinya berada dibelakang nampaknya sudah beralih ke depan. Takkan pantas sangat…Superman pun tak macam ni. Wangi pula Statue of Liberty ni, bau yang fresh, maskulin and with a hint of mint.

Jasmine melangkah setapak ke belakang untuk mendapatkan pandangan jelas siapa yang dilanggarnya sebentar tadi. Apa yang terpapar diruang matanya sekarang adalah tali leher berwarna kelabu. Perlahan-lahan matanya dilarikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2014 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jasmine melangkah setapak ke belakang untuk mendapatkan pandangan jelas siapa yang dilanggarnya sebentar tadi. Apa yang terpapar diruang matanya sekarang adalah tali leher berwarna kelabu. Perlahan-lahan matanya dilarikan kebahagian atas, bahunya yang tegap dan sasa, Jasmine telan liur sekali. Matanya perlahan bergerak ke atas sebelum terhenti pada leher lelaki dihadapannya, Jasmine telan liur dua kali demi melihatkan adam’s apple lelaki itu yang bergerak-gerak. Machonya!

‘Hoi! Kau gila ke jasmine?! Mana ada orang cakap halkum macho!!’ jerit suara hati Jasmine membuatkan gadis itu tersentak sendiri.

Ketinggian lelaki di hadapannya yang melebihi 6 kaki membuatkan Jasmine terpaksa mendongak untuk memandang wajah empunya badan. Entah kenapa jantungnya berdebar tidak tentu arah, rasa seram sejuk tiba-tiba. Membulat mata Jasmine melihatkan wajah yang dilayar diruang matanya, laju saja tangan kanan dibawa menutup mulut yang terbuka luas. Kalau dibiarkan ternganga begitu jangan kata lalat, dinosaur pun boleh terjun tiruk dalam mulutnya.

Terkelip-kelip mata Jasmine memandang wajah kacak yang sedang tersenyum dihadapannya, senyuman yang agak…err…sinis mungkin. Jasmine telan liur berkali-kali apatah lagi melihatkan gerakan tangan lelaki itu yang mengarahkannya masuk semula ke dalam ruang pejabat milik lelaki itu.

“Mimi…do I still have any appointments for today?” fail yang dipegang Draco dicampak perlahan ke atas meja. Setiausahanya Mimi dikerling sekilas, wanita itu nampak takut-takut.

“Erm…no sir, you are free until tomorrow morning, 9.30 am you’re gonna have meeting with Kelana Holding.” Terang Mimi perlahan, walaupun tanpa diari harian majikannya berada di depan mata, dia mampu menghafal semua slot jadual Draco.

“Okay, you may leave.” Arah Draco pada setiausahanya sebelum matanya dihalakan ke arah gadis yang sedang menunduk dan bermain dengan jemarinya sendiri.

“And you Miss Irina Jasmine, come…have a sit.”

Oh merdunya suara dia! Sempat lagi Jasmine memuji dalam hati. Langkahnya penuh berhati-hati menuju ke meja mahogany yang tersergam indah beberapa langkah di hadapan sebelum melabuhkan duduk dengan penuh debar. Jasmine tahu mata bosnya itu langsung tidak berkalih dari melihatnya, ada rasa kurang selesa menggamit rasa namun apa pilihannya, takkan dia nak duduk kat sofa dan lelaki itu duduk di kerusinya mahu makan makian bahasa Brazil nanti.

“So…what is your position in my company?” soal Draco tenang sekali. Matanya masih tidak lepas dari wajah cantik di hadapannya. Gadis itu nampak resah, membuatkan senyuman Draco tersungging dibibir.

“In…intern student sir.” Langsung tidak dipandang wajah yang berada dihadapannya.

Hish Jasmine! Sejak bila kau jadi ratu gagap ni.

“Why I didn’t know that you are my internship student in my company because as far as I could remember, my company did not accept internship students. So…what makes you are so special? Especially to be part of us?” soalan yang keluar dari mulut Draco membuatkan Jasmine terkedu sendiri. Gila! Dah macam interview kerja.

“Errr…ermmm…i…” sumpah, Jasmine rasa sangat bodoh ketika ini. Terasa seperti mahu mengecilkan diri seperti cerita Honey I Shrunk the Kids dan hilang dari situ.

“Saya rasa soalan saya tadi senang je untuk dijawab.”

Kali ini Jasmine betul-betul terkejut, mati-mati dia ingatkan lelaki itu tak mampu berbahasa Melayu tapi nampaknya dia silap. Bahasa Melayu lelaki dihadapannya sangat fasih, persis melayu tulen, langsung tidak ada cacat celanya. Kalau tak tengok muka confirm orang akan ingat melayu tapi bila tengok muka confirm orang naik gila, handsome nak mati!

“Sir boleh cakap melayu? Fuyyoo…hebat seyh…” soalan yang tanpa diduga Jasmine terkeluar sebelum sempat dia menahan. Bibir bawahnya digigit perlahan tanda menyedari kesilapan diri, merah padam wajahnya menahan malu.

Jasmine menunduk, langsung tidak berani mengangkat wajahnya apatah lagi bila dia terdengar lelaki itu ber’tsk’ ‘tsk’ beberapa kali. Matanya dipejam serapat mungkin namun Jasmine dapat merasakan ada entiti yang berada berdekatan dengan tempat duduknya. Belum sempat Jasmine membuka mata, terasa dagunya dipaut lembut dan ditarik ke kiri dan membuatkan dia segera mencelikkan mata. Langsung dia tidak perasankan bosnya itu sudah bangun dari kerusi dan sedang enak melabuhkan punggung dihujung meja kerjanya sambil merenung ke arahnya penuh menggoda.

Sekali lagi Jasmine terasa dagunya dipaut dan diangkat supaya wajahnya setentang dengan wajah lelaki dihadapannya. Bibirnya digigit perlahan, Draco terlalu kacak untuk ditenung lama. Boleh kena heart attack kalau lama-lama macam ni.

“Don’t…bite…your…lips.” Satu persatu perkatan keluar dari bibir Draco membuatkan Jasmine resah sendiri. Dah kenapa pulak tak boleh gigit bibir.

“Wh…why?” sahlah Jasmine, kau dapat tittle baru, Ratu Gagap!

“Because…you look sexy in that way.” Senyuman paling menggoda dilayangkan Draco buat Jasmine.

Berderau darah Jasmine demi mendengarkan tutur bicara lelaki itu yang langsung tidak berlapis, apatah lagi dilihatnya Draco merenung tajam ke arah bibirnya sambil lelaki itu menjilat bibirnya sendiri. Naik meremang bulu roma Jasmine dengan aksi jijik Draco tapi yang peliknya dia merasakan aksi itu seksi dan bukan menjijikkan. Arghhh!! Jasmine stress sendiri.

“Sa…sa…saya nak balik office dulu sir. Saya ada ba…banyak kerja nak buat.” Tanpa menunggu kebenaran Draco, Jasmine segera berdiri dan dengan itu terlepas pautan tangan Draco pada dagunya.

Jika tadi sewaktu duduk Jasmine merasakan kedudukan Draco dan diriya sudah terlalu rapat ternyata dia silap, kedudukannya lebih rapat dengan lelaki itu bila dia berdiri. Walaupun Draco masih lebih tinggi darinya sekalipun lelaki itu sedang duduk.

“Excuse me sir…” pinta Jasmine sesopan yang mungkin kerana kedudukan Draco menghalang laluannya namun lelaki itu dilihatnya hanya tersenyum manis tanpa berganjak sedikit pun.

Terasa seperti mahu menangis pun ada Jasmine rasakan apabila lelaki itu seolah-olah tidak endahkan permintaannya. Beberapa saat kemudian barulah lelaki itu bangun dari meja namun masih menghalang laluan Jasmine dan tanpa diduga pinggang ramping Jasmine dipautnya kemas dan dibawa tubuh langsing itu rapat ke dada sehingga terasa lekuk tubuh itu di dadanya, Draco tersenyum menggoda membuatkan wajah Jasmine merah. Kalaulah dapat diletak tomato disebelah wajahnya, Jasmine yakin dia dan tomato tak ada beza warnanya sekarang ini.

“Sir…apa sir buat ni…please lepaskan saya, jangan buat saya macam ni.” ujar Jasmine geram namun suara yang keluar tidak menggambarkan perasaannya kini. Jasmine rasa bengang dengan dirinya sendiri.

Tangan Draco yang melingkar dipinggangnya cuba dileraikan namun apalah sangat kudratnya, saiz badan Draco tentu saja lebih besar dan kuat berbanding dirinya. Jasmine yakin, 5 saat je lagi Draco tidak lepaskan pelukannya dia pasti akan menjerit sekuat hati, biar semua tau kegatalan dan kegilaan lelaki gila ni!

“I’ll see you tomorrow then.” Dengan itu Draco melepaskan pautannya pada pinggang Jasmine dan Jasmine tanpa menunggu sesaat pun terus menolak tubuh Draco yang berada di hadapannya dan menyelinap keluar dari bilik itu dengan nafas yang tersekat.

“Pervert! Gila!” tak henti-henti Jasmine menyumpah seranah Draco. Selebihnya dia bengang dengan dirinya sendiri, kenapa dia lemah sangat dengan lelaki itu. kalau orang lain dia yakin sangat paling kurang pasti dapat merasa penampar jepun kuasa kuda tapi dengan Draco dia kalah, kalah yang kalah lah! Kalah mati!

Sampai saja di meja yang dikhaskan untuknya, Jasmine menghempaskan tubuh ke kerusi dan termenung panjang. dia mula berkira-kira sendiri, dia masih ada lebih kurang 10 bulan lagi sebelum menamatkan latihan praktikal di sini dan Jasmine yakin, bermula esok hidupnya pasti caca marba. Mulalah dia rasa malas nak datang kerja esok, ish!


P/s : seeeeeere betapa meks sayang u ols teramat! Bangun2 tido lap ailio dengan sarung bantal je meks sanggup hupdate utk u ols tercinta. Sekarang boleh bayang tak hero dengan heroinnya? Kamon kamon tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:53 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 12-2-2014 12:37 AM
Jasmine melangkah setapak ke belakang untuk mendapatkan pandangan jelas siapa yang dilanggarnya sebe ...

mmg bakal haru biru la nie
mmg dracula ke sir draco

ehemmm sir draco salam sayam dr I ..kikikiki
sambung ..sambung ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
yoozara posted on 12-2-2014 09:53 AM
mmg bakal haru biru la nie
mmg dracula ke sir draco


Bukan takat haru biru. Hijau pink liplapliplap nanti. Hehe.. Meks makan apa lunch ni??? Jgn makan banyak nanti gumuks
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 01:56 PM | Show all posts
jgn lupa sambung ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069852 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list