CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18497|Reply: 256

[Tempatan] {11} Pelajar didakwa mencuri diheret koyak baju oleh cikgu! pic

[Copy link]
Post time 29-1-2014 07:18 AM | Show all posts |Read mode
29 Januari 2014

Kajang: Tidak cukup digelar pencuri, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Bangi dekat sini, mendakwa diheret guru disiplin lelaki hingga koyak baju selain dikurung beberapa minit dalam stor sekolah selain cuba dipukul dengan penyapu.


  Mangsa yang dikenali sebagai Balqis, 11, berkata, dia diperlakukan demikian oleh guru berkenaan dalam usaha memaksanya membuat pengakuan palsu kononnya dia bertanggungjawab mencuri wang tunai RM290 milik seorang guru di sekolah itu.

  Menurutnya, walaupun kejadian itu sudah berlaku lima bulan lalu, namun hingga kini dia masih digelar pencuri di sekolahnya, malah turut dilucutkan jawatan sebagai pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sejak kejadian itu.


  “Pada hari kejadian 23 Ogos tahun lalu, saya bersama 12 rakan sekelas yang semuanya perempuan diminta membersihkan makmal sains sehari sebelum cuti sekolah dan selepas mengemas, kami terus pulang ke rumah.

  “Bagaimanapun, selepas pulang daripada cuti sekolah, kami semua dipanggil untuk disoal siasat mengenai wang milik seorang guru yang mengajar subjek Kajian Tempatan sebanyak RM290 dikatakan hilang dan ketika itu, rakan sekelas  mengaku mengambil wang itu, tetapi dia turut membabitkan nama saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

  Menurutnya, apabila dia menafikan terbabit dengan kecurian itu, gurunya tidak mempercayai pengakuannya sebelum menuduh dia mencuri wang berkenaan dan bukan rakan sekelasnya yang mengaku berbuat demikian.


  “Saya disoal siasat tiga hari oleh beberapa guru dan pada hari kedua, saya duduk di foyer sekolah dan ketika itu, guru disiplin berjalan ke arah saya dan menuduh saya mengambil wang itu dan apabila saya enggan mengaku, dia menjerit ke arah saya sebelum menarik dan mengheret saya dari foyer ke keretanya kononnya mahu membawa saya ke balai polis.

  “Saya cuba menahan, tetapi tidak berdaya dan ketika itu guru itu menarik tangan saya dengan kuat hingga lengan baju terkoyak sambil dia memegang sejadah pula untuk menarik saya,” katanya.

  Katanya, guru disiplin itu memaksanya mengaku termasuk menyatakan jika tidak mahu mengaku, dia akan dipukul dengan penyapu manakala hari seterusnya, seorang guru wanita mengheret dan mengurungnya dalam stor sekolah kerana enggan memberitahu tempat wang yang dicuri itu disimpan.

  “Sejak kejadian itu, saya malu untuk ke sekolah dan rakan turut menjauhkan diri daripada saya kerana menyangkakan saya adalah pencuri. Saya tidak bersalah, tetapi diperlakukan begini,” katanya.

  Sementara itu, ibu Balqis, Zalina Zakaria, 30, berkata, dia dan suaminya dipanggil ke sekolah selepas dua minggu anaknya disoal siasat dengan ganas.

  “Dalam pertemuan dengan guru kaunseling, dia hanya memaklumkan anak saya mencuri wang dan tidak menyatakan dia dipukul, diheret, malah dikurung dalam stor sekolah.

  “Apabila saya meminta untuk bercakap dengan rakan anak yang mengaku mencuri itu, guru berkenaan enggan memberi kebenaran dan seolah-olah mahu melindungi murid berkenaan,” katanya.

  Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang menyiasat murid dengan ganas dan selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia kemudian pergi semula ke sekolah.

  “Apabila saya menyoal tindakan guru disiplin yang mengheret dan memukul anak saya, guru itu dengan selamba menyatakan itu adalah cara soal siasat polis.

  “Sejak kejadian itu, anak sulung saya tidak lalu makan, malah bertindak agresif hingga saya terpaksa membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Serdang sebanyak dua kali,” katanya.

  Katanya,  dia sudah membuat dua laporan polis dan kes itu juga sudah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, namun hingga sekarang tiada tindakan.-myMetro

p/s eh...eh...byk plak psl cikgu arini...






Last edited by tongkatwaran75 on 29-1-2014 07:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2014 07:18 AM | Show all posts

BALQIS menunjukkan baju sekolah yang koyak ditarik cikgu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngade2 chegu tu... pepeeling nak jadi pulis lak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 07:27 AM | Show all posts
tak sengaja la kut sampai terkoyak.. awat la cite psl cikgu je ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 07:33 AM | Show all posts
kalau cikgu sendiri gelar anak murid dia pecuri, soh dia berenti keje je la
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 07:43 AM | Show all posts
amboi tingin nak jd polis lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2014 07:48 AM | Show all posts
adoiiii cikgu2 zaman skrg.... ada kah sbb diorg x dpt cari keje lain n last opsyen jd cikgu sbb tu peragai hamjad??? pas tu membusukkan nama cikgu2 semalaya... kesian dengan cikgu2 yang mengajar ngan ikhlas sbb kat mata aku skrg cikgu semua kaki pendera.... zaman aku dulu x der la cam ni sekali.... ada la sorg dua jer... cikgu komputer aku rajin la cubit kat perut atau kat lengan klu ko buat SALAH... tp aku ada ustaz ni... mmg bengong la dia tu... masa tu kelas agama... dia kuar jap... dia suh kwn aku ni catat nama budak bising... pas tu kawan aku yg bengong ni tetiba tulis nama aku... igt nak main2 la... pas tu... bila ustaz tu da masuk kwn aku takut nak padam balik... apa lagi aku kena tibai ngan pembaris kayu besar kaler kuning untuk black board tu la.... sakit siot.... smpi skrg aku igt lagi hal tu.... cikgu ni slalunyer mmg x nak siasat.... percaya jer bulat2 apa budak2 kata.... tu yg tak betul tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 07:50 AM | Show all posts
Cikgu perlu mendidik bukan mengambil tindakan sedemikian ghupe......tu yang kualiti cikgu skang dipersoal gara2 puok cam nie laa.....akibat nila setitik rosa satu belanga.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 07:57 AM | Show all posts
aku PALING BENCI CIKGU yang melabel murid2.. xkisah lah budak tu bodoh ke, pandai ke, lembap ke nakal ke pencuri ke, KAU SEBAGAI CIKGU please jgn melabelkan dorang.. bila cikgu start, semua bebudak lain mengikut! as a cikgu ko lah yang bertanggungjawab membentuk dan memberi nasihat bukan sama2 kaki nak melabel.. common lah teachers in Malaysia, cikgu2 skrg jauh tersasar jika dibandingkan dgn cikgu dulu2.. Tak salah kalau tanya elok2, berbincang dan tidak mengugut.. gunalah pendekatan yang berlemah lembut, anak2 murid ni generasi yang akan membentuk masa depan Malaysia.. fikir-fikirlah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:03 AM | Show all posts
aku sikit xpecaya kat budak tu,ramai dah budak pompuan muda dah jadi penipu sejak zaman sek ren,naik menengah dah berani bg pant*t,benda nie adalah relevan sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Samaada bdk tuh mmg pencuri handalan, so x mustahil boleh mereka cipta cerita tipu ni dgn real ATAU cikgu tu yg mmg baghallll.. haishh.. asall harini current issue sume cite psl cekgu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:04 AM | Show all posts
tu cara soal siasat polis kepala abah kawwww..
tu budak2 kot? ko nk ikot cara polis jadahhhhh nya?..
mcm mana boleh jd cikgu le manusia2 bangang mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:05 AM | Show all posts
orang sekarang dah tak hormat cikgu..
sebab cikgu yang kurang ajar
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Teknik mendptkan pengakuan dr murid umur 11 thn? Erm again Kena pantau apa yg diajar kt bakal guru di university....
Cikgu Oooo cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:08 AM | Show all posts
bongok gila cikgu
kalau iye pon nak menuduh elok la sket cara

budak skolah rendah berani ar
try budak form 4 5
silap ari bulan dia yg koyak rabak baju
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:11 AM | Show all posts
cilakak punya cikgu...
budak skolah boleh lah ko try edisi siasat ala2 polis kau
cuba kau buat kat org dewasa, mmg kau lah diSIAT-SIAT kan
apalah integriti cikgu ni, gi skolah jadi penyiasat, dapat gaji , sopping online????
hamjadah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ne duit bole hilang ckgu oiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:12 AM | Show all posts
barangkali cikgu2 sekolah ni bimbo pprt
bukan susah nak tahu budak2 cakap bohong ke tak.. budak derjah 5.. kencing pun bersepah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:14 AM | Show all posts
Innrukia posted on 29-1-2014 08:07 AM
Teknik mendptkan pengakuan dr murid umur 11 thn? Erm again Kena pantau apa yg diajar kt bakal guru d ...

Cikgu sekolah rendah kebanyakan daripada lulusan maktab dan kpli... Jika universiti, gie sekolah menengah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:16 AM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 29-1-2014 08:03 AM
aku sikit xpecaya kat budak tu,ramai dah budak pompuan muda dah jadi penipu sejak zaman sek ren,naik ...

Xkisahlah budak tu salah pun, cuma cara hukuman itu memang x wajarlah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.497780 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list