Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Tahun lalu pelakon dan pengarah Farid Kamil ada memberitahu beliau akan mengadakan majlis aqiqah anak sulungnya Muhammad sekali dengan majlis khatam Quran isterinya, Diana Danialle. Namun sehingga kini majlis tersebut belum lagi dilaksanakan. Bertemu Farid pada majlis previu filem Kami Histeria di e@curve malam tadi, MD berpeluang bertanyakan mengenai perkembangan perancangannya itu. Menurut Farid, dia tetap akan mengadakan majlis itu. Cuma lambat atau cepat ianya dilaksanakan, bergantung pada isterinya, Diana Danielle. Begitupun mengenai hal majlis istimewanya itu yag dikatakan akan menjadi hak eksklusif stesen TV berbayar, Astro, Farid berkata perkara itu masih belum diputuskan memandangkan tiada apa-apa perbincangan selanjutnya antara dia dengan pihak berkenaan. "Majlis itu tetap diteruskan cuma bergantung pada kecepatan Diana habis belajar Al-Quran. Sekarang ni Diana masih lagi sedang belajar mengaji dan dia pun perlukan masa. Dia belajar mengaji dengan seorang ustazah. "Tentang Astro tu, saya tak boleh cakap apa. Saya pun tak pasti sebab tak ada apa-apa perbincangan", katanya yang hadir pada majlis previu itu bagi menemani isterinya. Pada masa sama Farid juga berkata dia terkejut kerana kemunculan anak dikhalayak sangat dinanti-nantikan ramai. "Saya terkejut bila ramai orang menanti kemuculan anak saya. Sebab yang bergelar selebriti adalah saya dan isteri saya dan bukan anak saya", ujarnya.
Akaun Instagram Anak Sebelum ini Farid juga pernah berkata dia tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya pada umum. Lebih-lebih lagi apabila diberitakan majlis aqiqah yang akan diadakan itu akan menjadi eksklusif untuk stesen Astro. Justeru selagi majlis belum berlangsung, dia tidak boleh terlalu mendedahkan anaknya baik di tempat umum mahupun gambar di Instagram........................................................
Baca artikel penuh: http://www.malaysiandigest.com/h ... pi-farid-kamil.html
|